Selamat Sejahtera Semua..
Jom kita masak ketam hari ni...
Semua kita suka ketam kan..tetapi ada juga yang tak suka..
Kadang-kadang bukan kita yang tak suka tetapi tak boleh suka sebab allergic..
Anakanda saya yang ke-3 sejak kecil ada eczema, jadi seafood ni memang pantang..
Tetapi dek kerana Haziq ni penggemar ketam, saya izinkan jugalah untuk berikan setakat separuh hingga seekor sahaja sambil minta pada Allah S.W.T semoga dikurangkan kesan selepas makan makanan dari laut yang sedap nih..aamin
Resepi Ketam Massak Lemak Cili Api Bersama Buncis
ymscreations
Bahan yang diperlukan :
Sekilo ketam atau 5 ketam saiz besar
5-9 Cili api ikut kepedasan
1 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat
10 batang sayur buncis
1 batang serai
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
garam secukup rasa
Cara memasak :
Tumbuk cili api, bawang kecil, bawang putih, kunyit dan halia hingga lumat
Panaskan sedudu santan pekat di dalam periuk
Tumiskan bahan tumbuk tadi bersama santan pekat yang dipanaskan ke dalam periuk
Biar hingga wangi jangan sampai hangit
Masukkan serai dan santan cair
Bila sudah mendidih masukkan ketam dan sayur buncis
Bila separuh masak masukkan santan pekat dan sehelai daun kunyit
Perasakan dengan garam
Biarkan mendidih pastikan sentiasa dikacau jangan pecah santan
Bila ketam dan buncis sudah masak sempurna boleh diangkat dan hidangkan
~yms~
assalamualaikum, kaknor singgah follow sini tengok lemak ketam ni mesti sedapp ni
ReplyDeletewaalaikumussalam w.b.t Kak Nor, salam perkenalan, silakan singgah kak nor...inshaaAllah sedap..hehe
Delete