Ikan bawal putih ni saya pun baru kenal hmm katanya ikan bawal no 1. Kaum cina yang sangat gemar akan ikan jenis macam ni. Ikan ni saya beli di Bagan Pasir pada masa ni..nak cuba punya pasal saya pun beli la seekor harganya RM20 sekilo tetapi di Pasar Biasa dijual dengan harga RM30 sekilo. Sedap sangat ke rasanya nak tau kenalah cuba ye..ikut tekak saya biasa aje bolehla..mungkin kaum cina ni ada kepercayaan dengan jenis-jenis ikan ni..tak tahulah kebenarannya.
Resepi Ikan Bawal Putih Masak Stim
YMS Creations
YMS Creations
Bahan-bahannya :
2 ulas bawang putih dicincang
1 biji bawang besar dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang serai diketuk
1/2 biji tomato dihirisDaun sup dihiris untuk tabur
1/2 kiub ayam
1 sudu sos tiram
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis anggaran satu sudu besar
Cara-caranya :
Tumis bawang putih hingga garing
Masukkan kiub ayam, sos tiram, gula dan garam beserta sedikit air biar hingga mendidih
Lumur ikan dengan sedikit garam selepas dibasuh bersih
Masukkan ikan ke dalam kukusan dan tabur bahan yang dihiris
Kukus hingga masak dan tabur dengan daun sup atau daun ketumbar
Tadaaa..hidangkan dengan nasi panas..nak bagitau tekak saya tak berapa ngam dengan ikan ni..apa nak buat sekadar merasa tekak lain- lain kan. Tetap bersyukur kerana dapat juga merasa ikan ciptaan Allah ini.
~yms~
Yang atas ni bukan bawal putih tu bawal hitam. Bawal putih dia benar2 putih
ReplyDeleteikan tu sememangnya Ikan Bawal Putih bukan Bawal Hitam, cuma ikan bawal putih ni ada tompok2 hitam atau kelabu..harga sekilo mencecah RM40 sekilo, jika bawal hitam harganya dalam RM 20+ murah sedikit dari bawal putih..dan yang pasti rasa ikan bawal putih ni lebih halus..
ReplyDelete