Lama sangat saya tinggalkan blog ni...byk resepi nak dikongsi bersama sebenarnya tetapi saya tak dapat luangkan masa utk menulis di blog ini..inshaaAllah saya cuba urus masa sebaik mungkin yer..
Kali ni nak kongsi resepi dari bahan yang cukup baik untuk kesihatan iaitu buah nenas yang dimasaak bersama pucuk ubi..
Menu ni mengingatkan saya dengan Arwah Mak tersayang...saya pernah bawa bekal lauk ni bersama ikan masak kicap..sedap sangat tau..sesiapa yang belum rasa boleh rujuk resepi di bawah yer..cuba jangan tak cuba..
Resepi Pucuk Ubi Tumis Nenas
Secekak pucuk ubi
1/2 biji nenas masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
9 biji cili api
1 biji cili besar merah
segenggam ikan bilis
sedikit belacan
garam & gula secukup rasa
Pucuk ubi diambil pucuk (saya suka batang yg lembut) diletakkan sesudu kecil garam dan air, ramas hingga keluar air hijau ulang 2-3 kali dan bilas.
Nenas dikupas dan dibuang mata serta dihiris kecil.
Cili besar, cili api, bawang kecil & bawang putih dihiris.
Panaskan minyak, tumis bahan hiris, ikan bilis dan belacan hingga layu dan wangi.
Masukkan pucuk ubi dan sedikit air, tutup utk bagi pucuk ubi lembut.
Masukkan nenas, garam dan gula, tumis pagi hingga sebati.
Boleh hidang dengan lauk pauk lain, makan dengan ikan goreng saja pun sedap..
Alhamdulillah
~yms~