Tuesday, 17 November 2015

Tahniah dan Alhamdulillah!!!

Assalam semua...

Hari ini tarikh keramat anak-anak mendapat keputusan UPSR dan PSRA.
Begitu juga puteri tunggal saya..linangan airmata menemani sewaktu menerima keputusan UPSR hari ni. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT..dengan usaha, tawakal dan doa anak-anak kita peroleh kejayaan.

Ini pengalaman pertama saya menemani anak utk ambil result sebelum ni abangnya saya tak dpt cuti. Apapun keputusan kita terima dengan redha. Ini permulaan semoga masa mendatang milik anak-anak kita juga. InshaaAllah..


Sedih kegembiraan puteri mama ni aduh luluh jantung bila dapat tengok keputusan. SubhanaaAllah Alhamdulillah Allahuakbar..Semoga Anak Mama Menjadi Anak yg terus cemerlang dunia dan akhirat..


Ini baru permulaan semoga ini menjadi pelita yang menerangi masa depanmu sayang..


Sahabat yang baik dapat menjadi pesaing yang positif pada anak-anak, pastikan anak-anak berkawan dengan sahabat yang baik akhlaknya. Tahniah Raihana sahabat baik Ayra, pelajar contoh di Sekolah Kebangsaan Saujana Utama Sg Buloh, Daerah Kuala Selangor.


Seramai 71 orang yang berjaya mendapat 5A pada tahun ini..syabas kepada semua anak-anak juga kepada ibu bapa.


Anak-anak juga diajar solat sunat syukur.
Terima kasih kepada guru-guru yang mendidik tanpa rasa jemu. Jasamu akan dikenang guru..

Alhamdulillah..syukur..


Kegembiraan terpancar diwajah semua pelajar yang cemerlang. Alhamdulillah..


Tahniah...

~yms~




Saturday, 14 November 2015

Lempeng di Malam Hari

Assalam, lamanya tidak menulis di alam maya ni..
Sejak saya berpindah tempat kerja sekarang ni memang sangat susah untuk mencuri masa..
Peluang menulis ketika hujung minggu di rumah sahaja itupun jika tiada tuntutan kerja. Alhamdulillah masih punya ruang waktu untuk berkarya..
Malam ni saya hanya buat lempeng..tak sangka pulak laku hehehe sekejap jer dah licin..alhamdulillah asyik nasi jer ubah selera pula kan..


Resepi Lempeng
ymscreation

Tepung gandum
Air masak
Sedikit garam
Sebiji telor
1 sdb minyak masak

Campurkan semua bahan dan kacau rata
Saya anggarkan sahaja bahan-bahan tersebut 
Mudah sahaja kadang2 bila disukat kurang menjadi kita kena berani bila buat kerja dapur ni.. I 


Buat sambal ikan bilis, resepi ada dalam blog ni..begitu juga lempeng di atas tadi jika mahukan sukatannya sila layari laman ini yer..


Saya juga hidang dgn kari sardin haa yang ni sama sahaja macam masak kari ikan bezanya cuma masukkan sardin dalam tin yer..taraaa alhamdulilah siap sajian utk malam ni..

Terima kasih kerana sudi singgah..

~yms~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...