Thursday, 24 September 2015

Salam Aidiladha 11 Zulhijjah 1436H

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan dan rezeki untuk malkasanakan ibadah korban pada tahun ini..


Kami sekeluarga berhari raya di Saujana Utama 2, Sg Buloh Country Resort pada tahun ini. Kebetulan kami tidak pulang beraya pada tahun ini kerana bertugas pada 12 Zulhijjah 1436H.


Tahun lepas juga kami sekeluarga tidak ke mana-mana kerana cuti yang pendek. Trauma masih lagi menghantui fikiran kami sekeluarga, kami sepakat tidak mahu terburu-buru mengejar waktu kebetulan cuti memang tidak banyak.


Alhamdulillah kami menyambut di rumah kami sahaja, berpeluang untuk bersama-sama rakan jiran lain untuk melaksanakan ibadah korban di Masjid SU2, sebanyak 12 ekor lembu ditumbangkan pada tahun ini. Alhamdulillah lembu ke 10 mudah disembelih dan tidak mengambil masa yang lama menghembuskan nafas terakhir dan dilapah. Saya minta anak-anak turut sama untuk menyaksikan ibadah korban dilaksanakan. Selesai penyembelihan saya pulang ke rumah dan terus memasak Nasi Beriani, Ayam Masak Merah dan Acar. Sementelah menunggu suami pulang, saya sediakan rempah untuk menyediakan Kari Daging Korban.

Alhamdulillah..ini adalah menu kami pada Hari Raya Aidiladha 1436H..






Yang pasti untuk Menyambut Hari Raya Korban/ Aidiladha kita mestilah faham dengan erti Pengorbanan yang terjadi pada zaman Nabi Ibrahim A.S bersama anaknya Nabi Ismail A.S..



Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.



Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

terima kasih perkongsian dari http://manusialidi.blogspot.my

SubhanaAllah, lihatlah betapa taatnya Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Sesunguhnya perintah ini sangat berat ketika itu, namun Nabi Ibrahim tetap taat. 

Kita yang  hanya menunaikan kewajiban yang tidak berat pun kadangkala sukar untuk taat. Jom kita sama-sama melaksanakan suruhanNya. Sesungguhnya segala kebaikan yang Allah SWT perintahkan, kebaikan nya kita juga yang perolehi semula. Semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk saya dan keluarga taat menunaikan perintah Mu..Aaminn Ya Rabb

~yms~




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...