Hari-hari yang berlalu dengan penuh onak duri kadang-kadang kita penat, tak ada mood. Bila sebut mood ni memang la ada kena mengena dengan perbuatan seharian kita. Ibu-ibu macam saya bila di rumah memasak adalah rutin utama, nak masak kena ada mood dan berbuat apa saja lah kena ada mood. Shopping yang best tu pun kalau tak ada mood tak happening kan.
Bila tak ada mood ni kadang-kadang ianya dapat merehatkan minda dan anggota kita. Bila tangan dan kaki ligat dengan pelbagai aktiviti kita akan rasa penat, apa kata bagi peluang tangan dan kaki kita berehat. Haaa menu yang saya nak kongsi ni sangatlah mudah..sesekali bagi la peluang tangan dan kaki kita berehat kan..tapi tidak la semudah mengenyit mata semuanya siap..alahai nampak nau menipunyerrr. (kata orang melaka).. kena la juga siapkan bahan-bahan dan cari periuk dan sebagainya untuk memasak. Bezanya persiapannya sedikit mudah dan cepat tetapi tetap lazat dan menyelerakan.
Bening bayam..penah dengar? bening ni biasanya orang Jawa yang biasa nyebut. Masak air la orang Melayu yang biasa sebut. Hmm sebab saya orang jawa, saya guna juga perkataan bening..kan sedap bunyinye sesedap rasanya. Bila rasa bosan dengan hidangan lauk asam pedas, kari, masak lemak & sambal yang berulang-ulang cuba kita masak lauk mudah ni. Hidang dengan sambal tutok dan ikan goreng hgaring..fuhhh sememangnya sedap sesangat.
Mudah sangat bahan-bahan dan penyediaanya.
Resepi Bening Bayam
YMS Creations
Bahan-bahan :
Seikat bayam merah disiang dan asingkan batang - dicuci bersih
Ikan bilis - 1sudu besar
Seulas bawang kecil - dihiris halus
Garam -secukup rasa
Secubit gula
2 cawan air
Cara-cara :
Masukkan air, hirisan bawang dan ikan bilis ke dalam periuk
Biarkan mendidih dan masukkan batang bayam
Bila agak empuk masaukkan daun bayam, garam dan gula
Biar mendidih dan bayam telah agak lembut (jangan biarkan lembik)
Tutup api dan hidangkan dengan sambal tutok dan ikan goreng.
Walla..segarnyer
~yms~
No comments:
Post a Comment