Thursday, 21 November 2013

Rome, Italy...Part III

OK...ini entri yang terakhir..maaflah tak dapat share gambar2 ketika berada di sana kerana saya tidak berpeluang untuk berjalan-jalan apalagi nak ke Milan..kota fesyen yang menjadi tumpuan pelancoong seluruh dunia. Saya difahamkan perjalanan ke kota Milan ambil masa selama 8 jam juga dengan meiki bas..hmmm Inshaa Allah bercerita dengan hubby..tunggu anak-anak besar kita melancong ke Milan yea...yeahh!!!!.

Jom..kita layan gambar di bawah ni..gambar ni saya snap ketika nak ke airport time balik tue...hmmm jadilah at least boleh buat kenangan...
Vaticant City 
Kebanyakan rumah-rumah yang didiami oleh penduduk di ROME

Shopping Complex..tengok ajer

Jual buku tepi jalan jer..

Haa..ni yang paling best..window shopping handbag..tengok ajer la belum mampu utk miliki..inshaAllah suatu hari nanti...

OKla...cukup cerita saya di ROMA, ITALY..semoga mendapat perkongsian dengan pengalaman saya yang tak seberapa selama lebih kurang 3 hari berada di Roma, Italy...jumpa dilain episod...

ROME, Italy...Part II

Entri kali ni adalah sambungan dari Part I ...Saya di sana tidak berkesempatan untuk keluar mencuci mata terutama di tempat yang selalu diperkatakan contohnya di Vaticant City atau Collesium. Saya hanya sempat keluar ke bandar pada hari terakhir bengkel itupun selepas dipelawa oleh member from Philipinies Dr Susan, kebetulan beliau mempunyai rakan yang telah menetap di Rome melebihi 20 tahun..hmmm dapatla saya merasa untuk keluar dan membeli sedikit cenderahati utk dibawa pulang. Itupun terpaksa menaiki bas 3-4 kali...waktu balik kami menaiki teksi kerana waktu telah lewat malam. Gambar di bawah ini ketika menghadiri workshop, menu ketika dinner & lunch, juga gambar ketika outing last day sebelum balik keesokannya..jom layan gambar di bawah...


MaMaNa Kitchen
Bersama Pakar Hydrology di Italy Madam Poala
Bersama Dr Susan dari Filipina
Like a dessert before we take a dinner at first night 
Risotto first time try
Bersama member filipina yang sudah lebih 20 tahun menetap di Italy
Salad yang dijual di food court during the first and last outing
Menu yang saya makan for 2nd day
Macam2 jenis pasta di groceries





 sambungan di Part III


Saturday, 16 November 2013

ROME, Italy.. Part I

Aduhai..lamanya tak update blog ni..hari ni tiba-tiba mood nak menulis kembali menjelma. Semoga tulisan ini tidak behenti di sini. Banyak sangat gambar masakan yang saya simpan tapi tidak sempat dipost dlam blog ni akibat kekangan waktu di pejabat dan di rumah. Salah satu sebab saya tak sempat menulis adalah terpaksa menghadiri tugas di luar kawasan, kali ini saya nak berkongsi pengalaman bertugas di Rome Italy. Pertama kali dapat arahan untuk menghadiri bengkel di sana, hati tertanya-tanya..'apa yang menarik di sana?'. Apa yang saya tahu ianya salah satu negara yang meninggalkan sejarahnya yang tersendiri.

Selepas memohon kebenaran dari En Hubby..alhamdulillah saya dibenarkan untuk pergi tidak seperti masa saya di arah untuk pergi ke Mexico pada bulan Jun yang lalu. Akibat dari tidak mendapat keizinan dari En Hubby macam-macam yang berlaku. Saya tidak mahuteruskan menulis berkenaan itu..yang penting saya telah berangkat ke Rome pada tanggal 27hb Oktober yang lalu dengan menaiki pesawat penerbangan Emirates.  Suami dan anak-anak menghantar ke KLIA diiringi tangisan si Kecil Hayyan ketika melihat MamaNanya pergi meninggalkannya buat sementara waktu. Sedih juga masa tu tetapi kuatkan hati dan semangat demi melaksanakan tanggungjawab..

Perjalanan dari Kuala Lumpur transit di Dubai mengambil masa selama 7 jam sebelum meneruskan perjalanan ke ROME selama 7 jam lagi..aduhai..jauhnya perjalanan saya rasakan. Dalam penerbangan biasalah ada sahaja makanan dan minuman yang disediakan..dan masa saya dihabiskan dengan menonton movie selepas selesai membaca sedikit ayat dari surah Al-Quran melalui handphone. Sampai di ROME hari dah gelap malam awal di sana sedangkan saya touch down dalam jam menghampiri 6.30pm. Naik teksi sendirian ke Hotel Borromini mengambil masa lebih kurang 45 it jugalah..aduhai mahalnya tambang teksi di sana..57 Euro..bayar la juga..Apa yang terlintas dalam kepala..saya nak rehat dan tido dengan selesa..

Jom layan gambar-gambar kenangan selama 3 hari saya berada di sana..sebelum ke sambungan entri ini Part II
Ticket boarding pass dari KLIA - Dubai - Rome

Dinner pada hari pertama selepas selesai bengkel..mengantuk sangat time nih..

Sebelum menaiki bas utk memulakan bengkel..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...