Aduhai..lamanya tak update blog ni..hari ni tiba-tiba mood nak menulis kembali menjelma. Semoga tulisan ini tidak behenti di sini. Banyak sangat gambar masakan yang saya simpan tapi tidak sempat dipost dlam blog ni akibat kekangan waktu di pejabat dan di rumah. Salah satu sebab saya tak sempat menulis adalah terpaksa menghadiri tugas di luar kawasan, kali ini saya nak berkongsi pengalaman bertugas di Rome Italy. Pertama kali dapat arahan untuk menghadiri bengkel di sana, hati tertanya-tanya..'apa yang menarik di sana?'. Apa yang saya tahu ianya salah satu negara yang meninggalkan sejarahnya yang tersendiri.
Selepas memohon kebenaran dari En Hubby..alhamdulillah saya dibenarkan untuk pergi tidak seperti masa saya di arah untuk pergi ke Mexico pada bulan Jun yang lalu. Akibat dari tidak mendapat keizinan dari En Hubby macam-macam yang berlaku. Saya tidak mahuteruskan menulis berkenaan itu..yang penting saya telah berangkat ke Rome pada tanggal 27hb Oktober yang lalu dengan menaiki pesawat penerbangan Emirates. Suami dan anak-anak menghantar ke KLIA diiringi tangisan si Kecil Hayyan ketika melihat MamaNanya pergi meninggalkannya buat sementara waktu. Sedih juga masa tu tetapi kuatkan hati dan semangat demi melaksanakan tanggungjawab..
Perjalanan dari Kuala Lumpur transit di Dubai mengambil masa selama 7 jam sebelum meneruskan perjalanan ke ROME selama 7 jam lagi..aduhai..jauhnya perjalanan saya rasakan. Dalam penerbangan biasalah ada sahaja makanan dan minuman yang disediakan..dan masa saya dihabiskan dengan menonton movie selepas selesai membaca sedikit ayat dari surah Al-Quran melalui handphone. Sampai di ROME hari dah gelap malam awal di sana sedangkan saya touch down dalam jam menghampiri 6.30pm. Naik teksi sendirian ke Hotel Borromini mengambil masa lebih kurang 45 it jugalah..aduhai mahalnya tambang teksi di sana..57 Euro..bayar la juga..Apa yang terlintas dalam kepala..saya nak rehat dan tido dengan selesa..
Jom layan gambar-gambar kenangan selama 3 hari saya berada di sana..sebelum ke sambungan entri ini Part II
|
Ticket boarding pass dari KLIA - Dubai - Rome |
|
Dinner pada hari pertama selepas selesai bengkel..mengantuk sangat time nih.. |
|
Sebelum menaiki bas utk memulakan bengkel.. |