Sudah menjengah ke pertengahan bulan Mac dah kita..sekejap sangat masa berlalu. Cerita awal bulan Mac pun masih belum sempat untuk dikongsi bersama..tak apa..saya bukan full time tulis blog..hobi sampingan sahaja..asalkan pembaca tak rasa bosan yer mebaca entri saya..jom baca!
Nak cerita betapa seronok berniaga ni rupanya..sehinggakan Ayra memujuk rayu saya untuk dibuatkan dadih dan aiskrim untuk dijual..Mulanya Ayra diminta tolong oleh Ustaz utk berniaga di Perkarangan Masjid Saujana Utama 2, Sg Buloh Country Resort. Saya mengizinkan cuma Ayra kata Ma..why not we try to sell something..ermmm ok juga kakak tapi nak jual apa?..ma..kita buat yang senang dan diminati kanak-kanak sebab yang membeli nanti kanak-kanak dan remaja.
Program yang dianjurkan adalah Perlawanan Street Scocer.
Ok kita jual dadih dan aiskrim malaysia..hahaha..mudahkan..
Saya terlewat hantar kakak dah bising orang dah mula beli ma...Ustaz menjual burger dan air memang laku jualan Ustaz kali ini..
Wahh tak kurang juga dadih coklat & buah-buahan serta aiskrim milo yang dijual alhamdulillah habis dijual..dalam polistrin putih tu dadih dan aiskrim dlm termos hijau tak sempat snap pic..
Saya jual dadih RM1.00 sahaja sambil bersedekah kepada kanak-kanak & remaja yang membeli. Aiskrim milo saya jual 50 sen jer. Ehh bukan saya jual Kakak Ayra yang berpanas hingga sun burn mukanya...alahai anak dara ku sorang ni..janji keinginan ditunaikan..
~yms~
No comments:
Post a Comment