Saturday 25 June 2016

Rendang Ayam Maman..#bekal kakak

Anak perempuan tunggal saya akan balik ke Penang tengahari ini selepas pulang sejak jumaat baru ni..sabar ye kakak jumaat akan datang dah balik ke rumah semula utk cuti raya..

Saya sediakan Rendang Ayam Maman utk juadah berbuka, saya bekalkan nasi impit dan nasi putih. Tidak lupa juga sambal tempe, kentang dan ikan bilis.


Resepi Rendang Ayam Maman
YMSCREATIONS

1/2 ekor ayam
1 mangkuk daun maman
5 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
2 btg serai*
5 biji cili api *
2 sdb cili kisar
1 cawan santan pekat
Sedikit  air masak
1 sdb kerisik
1 senduk minyak
Sedikit gula dan garam

Kisar bahan bertanda *
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar berserta cili kisar
Biar hingga garing dan masukkan ayam yg telah dibasuh dan biar hingga kering air
Masukkan santan pekat dan sedikit air
Masukkan daun maman ( jgn kerap dikacau )
Kecilkan api biarkan reneh hingga kuah sedikit kering


Saya tak letak daun limau purut dan daun kunyit sebab letak daun maman..


Alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah SWT berikan...

~yms~

Thursday 23 June 2016

Kambing Masak Kicap...sedap rupanya!


Iftar hari ke 18.. Saya terfikir nak makan nasi putih dengan menu yang mudah dan sedap dimakan. Daging kambing yang saya beli di Berkat Madinah belum berusik lagi. Muak juga asyik kari kari dan kari...terikir kambing masak kicap mesti sedapkan!..


Yeahh! Memang sedap rupanya kambing black pepper aka masak kicap ni...

Resepi Kambing Masak Kicap 
YMSCREATIONS

1 mangkuk daging kambing (guna periuk noxxa 20 minit)
1 biji kentang dipotong 6 (digoreng)
5 hirisan cili benggala hijau 
5 hirisan cili benggala merah
1 bawang besar dipotong separuh bulat
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris nipis
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga dibuang biji
1 sdk serbuk lada hitam
1 sdb sos cili
1 sdb cili kisar
1 sdb sdb sos tiram
1 sdb kicap
1 senduk minyak
1/4 cawan air
Secubit garam

Panaskan minyak dan tumis rempah 3 beradik
Masukkan bawang hiris dan cili kisar tumis hingga garing
Masukkan sos tiram, lada hitam & sos cili
Masukkan kicap dan daging kambing yg telah dilembutkan 
Renehkan hingga sedikit dan masukkan kentang
Biarkan sebati dan perasakan garam


Saya sediakan juga Sayur Brokoli & Buncis Masak Lemak Udang dan Sambal Belacan  Nenas. Saya akan komgsi resepi dalam entri lain yer...tunggu!


Alhamdulillah

~yms~

Wednesday 22 June 2016

Pokok Betik Berbuah Sulung....

Alhamdulillah...pertama kali tanam pokok betik dan hidup hingga berbuah...teringat arwah mak kata tangan saya panas kerana bila menanam pokok tidak subur..
Ada betulnya kerana saya perhatikan banyak putik pokok betik ni asyik keguguran hehe...baru sebiji ni yang melekat!.


Saya doakan dibulan yang mulia ini pokok betik saya akan subur dan berbuah dengan lebat..aaminn.

Saya pernah nampak pokok betik yang rendang tapi buahnya sangat banyak dan subur sekali..apa baja yang diletak agaknya yer. Saya amalkan menyiram dengan air beras sahaja. Pernah siram dengan air basuhan ikan dan letak juga sisa makanan, tetapi masalah siput pulak timbul terus saya hentikan.

Kena belajar lagi cara menjaga pokok dengan baik..inshaaAllah..

~yms~



Tuesday 21 June 2016

Saya dah tau buat rojak!


Rojak! Makanan kegemaran suami dan anak-anak...mulanya dulu saya rasa macam susah sangat nak buat kuah rojak ni...nak dapat resepi yang sedap bukan mudah ada saja yang tetinggal itu ini...ermmm inshaaAllah saya cuba gali dan gali hingga dapat yang kena dengan tekak.



Alhamdulillah anak-anak semua suka habis licin rojak ni..gembira rasa hati walaupun pada mulanya ada sedikit kekurangan tapi selepas berbuka saya alter kasi secukup rasa!.

Resepi Kuah Rojak Sempoi
YMSCREATIONS

1 mangkuk kacang tanah digoreng dan dikisar
3 ulas bawang putih 
3 ulas bawang merah kecil
1 sdb ikan bilis halus
1 inci belacan
6-7 tangkai cili kering direbus dan tos
4 keping biskut lemak dikisar halus
Air masak
1/3 cawan air asam jawa
1 senduk gula
Garam

Cili kering, bawang putih, bawang merah, belacan, ikan bilis digoreng hingga layu
Kisar halus bahan-bahan yang telah digoreng
Panaskan periuk yang berisi air dan masukkan bahan kisar tadi, biarkan hingga mendidih
Masukkan kacang tanah, air asam jawa, garam dan gula
Masak hingga kuah menjadi pekat 
Masukkan biskut yg sudah dikisar

nota: kuah rojak ni sedikit manis baru sedap dimakan bersama bahan-bahan lain


Sayur-sayuran seperti sengkuang, timun dan salad. Tauhu digoreng dan saya sediakan cekodok mudah kerana nak jimat masa. Telor direbus...bahan-bahan ikut suka kita sayur mana yang menjadi pilihan hati....yg penting kuah rojak sedap!


Cekodok ni saya sediakan sebab anak-anak request . Tepung gandum, yis, ikan bilis halus ditumbuk, garam dan sedikit gula. Biarkan sekejap dan boleh goreng dan dipotong.

Walaupun sempoi tetap sedap ditekak anak-anak dan hubby!..hubby bg markah  100%...at last!

~yms~

Monday 20 June 2016

Lemak Cili Api Daun Mamam! Kau Memang Sedap!

Syukur..syukur..alhamdulillah...sekian lama rindukan daun maman dimasak Lemak Cili Api bersama ayam. Bila pagi sabtu baru-baru ni kakak saya text nak daun maman kan...rasa macam nak menangis sebab memang teringin sangat nak makan menu ni. Lagi-lagi dibulan puasa ini memori bersama arwah mak segar dalam ingatan...


Iftar hari ke 14 saya dapat menyiang, memasak dan memakan dikau wahai daun maman hehehe..

Siapa yang tak atau belum mengenali daun maman ni gambar di bawah..susah nak dapat daun ni tau..ini diimport khas dari Kuala Lipis Pahang..

Nak siang kena hati-hati jangan kena kuku yer nti pahit..



Resepi Masak Lemak Cili Api Ayam & Daun Maman 
YMSCREATIONS

1/2 ekor ayam dipotong kecil
Seikat daun maman
13 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
2 keping asam keping
1  1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Tumbuk lumat cili, kunyit dan garam
Panaskan kuali dan jerang ayam bersama bahan tumbuk tadi
Masukkan serai dan sedikit santan 
Biarkan air ayam kering baru masukkan 1/2 santan pekat dan air biarkan mendidih
Masukkan daun maman dan asam keping
Bila daun maman sudah layu dan kuah agak sedikit kering boleh diangkat


Nota : jangan kerap sangat mengacau nanti akan membuatkan daun maman menjadi pahit.


Nampak tak daun maman tu disaluti dengan santan ermmm itu yang buat sedap! Saya masak sekali gus utk juadah berbuka dan bersahur..juadah ni bila kita panaskan dan keringkan lagi bertambah sedap tau!..habis semuanya..dua kali utk berbuka dan sekali untuk bersahur..membuka selera. Saya kalau makan lauk ni tak ada lauk lain pun nasi bertambah hehehe..nikmatnya daun maman..

Alhamdulillah..


~yms~\


Friday 17 June 2016

Lamb Steak Permintaan Si Anak Bujang...


Salam Ramadhan Kareem...Iftar hari ke-12 cepat sungguh masa berlalu...

Hari ke hari berpuasa anak saya yang no 3 sudah tidak lalu makan nasi..malam kelmarin berbisik dengan saya..'mama boleh masak steak tak ? Amir dah tak lalu makan nasi laa ma..' . Tak sanggup untuk menidakkan permintaan..hari ini saya mencari lamb untuk di buat steak.

Alhamdulillah...


Saya ke Supermarket Berkat Madinah di Ampang semata-mata untuk mencari lamb yang elok kualitinya. Saya guna resepi mudah sahaja tengoklah tidak cukup korum tapi alhamdulillah licin anak-anak dan suami langsaikan..

Resepi Lamb Steak

6 keping lamb 
1 sdb ketumbar biji
1/2 sdk jintan halus 
1/2 sdk jintan kasar
2 ulas bawang putih
2-3 ulas bawang merah kecil
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
2 sdb sos tiram
Minyak zaitun utk memanggang
Garam secukup rasa


Semua bahan di atas kecuali minyak dikisar halus..dan diperap dengan lamb tadi selama 1-2 jam

Panaskan pemanggang ajaib dan letak minyak zaitun dan panggang hingga masak.


Saya sediakan juga coleslow ; kobis dan carrot di potong dadu, mayonis, gula, garam dan perahan lemon. 


Resepi Sos Black Pepper 
YMSCREATIONS

1 bawang besar dipotong dadu
 kiub ayam
1 sdb butter
1 sdk serbuk lada hitam
1 cawan air
1 sdb sos tiram
1/2 sdbsedikit kicap manis
1 sdk sedikit gula
2 sdb tepung gandum. 


Panaskan butter dan tumis bawang hingga layu
Masukkan kiub ayam 
Masukkan tepung dan kacau
Masukkan air
Masukkan sos tiram dan kicap
Renehkan dgn api perlahan hingga pekat
 


Saya juga sediakan nasi goreng mudah permintaan hubby..

Alhamdulillah..

~yms~

Sunday 12 June 2016

Kuih Keria....Iftar ke - 7

Salam Ramadhan ke - 7...
Sayu hati ni bila anak tunggal perempuan pulang ke Asrama...
Ayra atau Kakak balik ke MRSM Kepala Batas hari ni..kami hantar ke airport subang jam 11:30am. Flight take off jam 1:00pm...kami saja gerak awal agar tidak kelam kelibut, risau bila terlewat nanti macam-macam yang tak diingini berlaku.
Disebabkan nak keluar awal saya tak sempat sediakan kuih keria untuk dibawa Ayra..tak mengapalah nanti Kakak balik boleh buat lagi!.



Kuih keria ni memang kegemaran hubby dan anak-anak. Membuatnya pun mudah ..jom kita buat!

Resepi Kuih Keria 
YMSCREATIONS

3 biji keledek oren direbus dan dilecek lumat
Tepung gandum (sukatan 1/2 drp sukatan keledek)
1 sdb planta
3 sdb gula
1/2 cawan air

Gaulkan planta dan tepung seperti serbuk roti dan masukkan keledek
Uli hingga sebati (jangan terlalu lama nanti liat)
Terap dengan acuan donut
Goreng kekuningan

#sira keria
Panaskan air dan gula dalam kuali utk proses menyira
Biarkan hingga likat dan masukkan kuih keria yang sudah digoreng tadi
Gaulkan rata sehingga gula tadi melekat dan menyaluti kuih keria tadi
Sedap dimakan panas-panas bersam air kopi atau teh....



Alhamdulillah...

~yms~

Talam Berlauk Keladi...Iftar ke-6

Salam Ramadhan ke-6, hari ni kami berbuka di Meru rumah ayahanda kami. Alhamdulillah sudah keluar wad semalam dan akan sambung rawatan pada hari isnin nanti.


Ketika dipotong kuih ni masih panas lagi, gambar di bawah sesudah sejuk dan bila dipotong agak bersepah sedikit kerana ada keladi. Rupa bukan penentu segala yang penting rasanya kan...

Alhamdulillah..pertama kali saya buat Talam Berlauk Keladi...rasanya lemak sebati dengan santan dan bahan-bahan lain yang disatukan mesra. Nak tau kena cuba yer..




Resepi Talam Berlauk Keladi
YMSCREATIONS

1 mangkuk keladi yang dipotong dadu (direbus dan ditos)
10 ekor udang dipotong kecil
1/2 sdk lada sulah
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sdb tepung ubi
4 gelas santan (santan pekat + santan cair)
1 biji bawang besar dihiris nipis dan goreng garing
1 pokok daun sup dihiris
1 sdb udang kering (rendam, goreng & kisar halus)
1 biji telor dibuat telor dadar dan dihiris 
1 biji cili merah & 1 biji cili hijau
1 sdb kacang tanah kisar 
Garam secukupnya


Bancuh sukatan tepung dan santan di dalam bekas dan tapis
Letakkan garam dan ketepikan 
Sementara itu panaskan minyak, goreng udang dan letakkan lada sulah
Masukkan udang tadi dan keladi ke dalam bancuhan tepung 
Panaskan kukusan dan biar air menggelegak
Panaskan periuk dan jerang bancuhan tepung tadi hingga berasap api perlahan sahaja
Masukkan ke dalam loyang seperti gambar di bawah dan kukus selama 45 minit


Selepas 45 minit boleh taburkan cili potong dan daun sup
Selepas 1 jam boleh letakkan udang kering yang dikisar, kacang tanah kisar dan bawang goreng seperti gambar di bawah


Saya taburkan telor dadar yang dihiris akhir sekali..boleh juga disusun tabur ikut kreativiti masing-masing


Hidang kan dengan sos yang enak..

#15 minit terakhir buka penutup kukusan untuk beri air kering di permukaan
#saya suka kejadian kuih ini agak lembik sedikit sangat sedap dimakan dengan sos!


Resepi Sos Talam Berlauk
YMSCREATIONS

2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 ulas bawang merah kecil ditumbuk halus
2 sdb cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
3-4 sdb gula ( ikut citarasa masing-masing 
2nsdb cili sos
Garam secukup rasa

Masukkan semua bahan dan renihkan hingga mendidih
Perasakan garam 

#Rasa sos lebih sedap bila cukup rasa masam, manis dan masin sekadarnya



Walaupun penyediaan kuih ini agak leceh sikit tapi berbaloi dengan rasanya

Alhamdulillah..

~yms~

Friday 10 June 2016

Cucur Udang Lembut..sedap!



Cucur udang ni hubby sangat suka...sajian yang sesuai untuk berbuka puasa, sedap dan ambil masa yang singkat untuk sediakan. Bila nak ke dapur  selepas pulang dari kerja memang kena cari menu yang mudah...kita pun penat sangat dan tak serik dapur.





Resepi Cucur Udang
YMSCREATIONS

3 cawan tepung gandum
1 sdb yis
1cawan air (secukupnya)
6 pokok daun kucai
Segenggam taugeh
1/2 biji bawang dihiris
1/2 cawan udang 
1/2 sdk serbuk kunyit
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Campurkan tepong, yis, kunyit dan garam dan masukkan air bancuh rata
Masukkan kucai, taugeh dan udang
Biarkan setengah jam biarkan sedikit naik dan goreng (saya tak suka lama sangat nanti menyerap minyak)
Goreng dalam minyak panas (besar cucur anggaran seperti gambar di bawah)


Sejukkan sekejap sebelum dipotong...


Dah siap dipotong....


Resepi Kuah Cucur
YMSCREATIONS

2 sdb cili kisar
1/4 cawan air asam jawa
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah kecil
2 sdb cili sos
2 sdb gula (ikut suka tahap kemanisan)
Sedikit garam
Air masak (jgn cair sangat)
Sedikit kacang tanah kisar

Tumbuk bawang putih dan merah
Masukkan kesemua bahan kisar dan bahan-bahan lain dalam periuk
Renehkan hingga jadi pekat
Perasakan garam dan gula
Taburkan kacang bila sudah sejuk


#sangat sesuai untuk kuah popia dan tauhu sumbat sedap!

Alhamdulillah...

~yms~

Nasi Tomato, Kurma Ayam dan Salad Telor Iftar 5 Ramadhan...

Alhamdulillah..sudah ramadhan ke lima ketika saya sediakan sajian utk iftar.

Oleh kerana semalam saya tidak menyediakan menu untuk iftar ramadhan ke empat kerana ke HUKM melawat ayahanda..hari ni saya gagahkan diri untuk ke dapur walaupun penat driving ke Sg Besar kerana ada kerja yang perlu diuruskan.

Puasa pada tahun ini saya cuba untuk minimise hidangan berbuka puasa tidak mahu pembaziran berlaku dengan membuang lebihan makanan. Nasi tomato ni saya sediakan dengan kirma ayam dan salad telor sahaja. Alhamdulillah habis semuanya...syukur!


Resepi Nasi Tomato 
YMSCREATIONS

5 pot kecil beras (dicuci dan tos)
5 ulas bawang merah kecil dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia
1/2 biji tomato di potong dadu
Sebatang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3-4 bunga cengkih
2 helai daun pandan disimpul
1 sdb minyak sapi
1 sdb planta
1 sdb tomato puri
1 1/2 sdb sos tomato
1 sdk garam

Panaskan periuk noxxa (guna stir fry)
Masukkan minyak sapi dan planta
Tumiskan rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih)
Masukkan hirisan bawang dan tumis hingga kekuningan
Masukkan tomato puri dan sos tomato tumis hingga garing & tomato yg dipotong dadu 
Masukkan beras kacau sekejap dan masukkan air, garam dan daun pandan
Tukarkan kepada high pressure 7 minit dan biarkan masak



Resepi Kurma Ayam
YMSCREATIONS

8 potong ayam
1/2 paket kurma faiza
1 sdb ketumbar biji rendam dan dikisar
1/2 sdk jintan halus rendam dan dikisar
3 ulas bawang merah kecil dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
Sebatang serai
2 batang daun sup disimpul
2 hirisan kobis
1 sdk jus lemon
2 biji kentang dipotong 4
1/2 biji tomato dan potong baji 
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
3 beradik rempah bahan tumis
Sedikit minyak untuk menumis 
Garam secukup rasa

Kisar sekali bahan-bahan yang perlu dikisar dan serai yang dititik
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar
Masukkan rempah kurma dan tumis hingga garing
Masukkan ayam dan biar hingga kecut
Masukkan santan dan kentang
Biar hingga kentang empuk dan masukkan jus lemon, daun sup dan kobis
Perasakan garam dan biar semua sebati boleh diangkat



Resepi Salad Telor
YMSCREATIONS

4 biji telor direbus
Sebiji timun dihiris serong
Sos cili

Susun timun dan telor dihiris bulat dan tuangkan sos


Alhamdulillah tertunai permintaan suami dan anak-anak...buat yang mudah janji anak-anak dan suami suka!..

~yms~

Wednesday 8 June 2016

Mee Kari Ketam..Iftar Ramadhan ke-3


Salam Ramadhan Kareem...
Alhamdulillah sudah Ramadhan ketiga...
Hari ni masak Mee Kari Ketam..
Al-Kisahnya teringin nak makan Mee Kari Kerang tapi tiada kerang jumpa ketam aje..


Resepi Mee Kari Ketam
YMSCREATIONS

Bahan utk mee :
2 bungkus mee kuning
2 pokok sawi dicelur
2 batang daun sup dihiris
4-5 ulas bawang merah kecil dan putih digoreng garing
3 biji telor rebus (saya tak letak kali ni)
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
5 biji limau kasturi dibelah dua

Bahan utk kuah :
3 ekor ketam dibelah 4
3 ulas bawang merah kecil *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
1/2 sdb ketumbar biji *
1/2 sdk jintan manis *
1 batang serai dititik
1/2 paket rempah raja kari faiza
1 sdb cili kisar
2 keping kek ikan dan bbrp biji bebola ikan
2 helai daun kari
2 cawan santan pekat
2 cawan air (atau secukupnya)
Minyak utk menumis
Garam

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (yang bertanda * dikisar sekali)
Tumis hingga garing dan masukkan serai
Masukkan rempah kari dan cili kisar tumis hingga garing
Masukkan ketam dan kek ikan serta bebola ikan kacau sekejap
Masukkan santan dan air (jangan cair atau pekat sgt)
Masukkan garam dan biar mereneh (jangan guna api kuat)
Bila sudah sebati boleh dihidang dgn mee yg sudah siapkan 



Alhamdulillah syukur...bila dah makan mee sahur baru makan nasi dengan selera!

~yms~




Monday 6 June 2016

Paceri Nenas & Terung, Ikan Senangin Asam Rebus


Saya memang tak boleh berpisah dengan paceri terung dan nenas..aduhai boleh nangis kalau tak dapat..

Alhamdulillah resepi paceri ada saya kongsikan dalam ni..cari la yer..
Kali ni saya buat banyak sikit awasnya bila terung habis saya masukkan nenas pulak..ermmm kecur air liur bila sebut dalam bulan puasa ni..


Paceri terung gambar di atas tapi di bawah ni paceri nenas..anak-anak saya sangat suka paceri terung. Nenas ni saya, suami dan abang yg sulong je suka..

Kalau takde selera makan paceri ni dengan telor dadar atau ikan masin pun bertambah nasi..cubalah jangan tak cuba..

Paceri nenas ni keesokannya bila terung dah habis..saya masukkan nenas yang sudah dicelur sekejap jer..kebetulan nenas ni jenis yg manis dan lembut jenis banyak air aduhh sangatlah sedap bila masuk dalam kuah paceri ni..


Kali ni saya makan paceri terung dengan ikan goreng belanak haaa goreng dgn sisik sekali hingga garing memang meletop!

Ammar & Ayra pulak minta Asam Rebus..ada juga saya kongsikan di sini cuma saya letak daun limau purut. Saya guna cili merah basah dikisar dengan bawang merah kecil seulas dan bawang putih seulas, juga kunyit hidup. Jerang atas api hingga mendidih dan masukkan daun limau purut dan asam keping Perasakan garam ermmm siap! Menghirup Ammar menikmati kuah asam rebus kesukaan dia..


Yang dalam mangkuk kecil tu saya bwk balik gulai kawah dari Sg Petani ' Mid Gulai Kawah' memang sedap patutla hari pertama kami pegi licin gulai kawah ni..
Esok baru hubby singgah dan bungkus untuk kami dua orang sebelum hubby dan 4 anak lain balik ke Sg Buloh..punyala banyak..itu yang saya simpan dalam freezer bawa balik ke rumah. Masih sedap dan tidak basi! Alhamdulillah..

Selamat Memasak dan Berbuka yer kaum wanita sekalian..air tangan kita pengikat kasih sayang keluarga...

~yms~

Percutian ke Pulau Pinang..sambungan

Sambungan Percutian kami ke Pulau Pinang hari kedua kembar saya Lin mengajak saya stay di Hotel Equatorial Penang. Memang pancung abis hotel ni masa cuti sekolah ni..khabarnya di Batu Feringgi pun lagi mahal..

Sebelum kami check in hotel hubby bawa kami ke Balik Pulau untuk
Makan durian..ermm agak mahal
jugalah durian..tapi nak makan apa salahnya..


Ni penjual melayu tunggal..yang saya ingat kami memilih durian udang merah dan satu lagi tak ingat macam durian kampung tapi yg gred bagus sikit lah..



Seronok si bujang dan ayahnya menikmati durian..


Yang ni durian udang merah memang sedap isinya..alhamdulillah..yang lain tak mahu turun kereta jadi kami tapau dalam bekas sahaja.

Makan malam kami bersekali dengan family my twin..suaminya membawa kami JJCM ke Restoran Deen..di Gelugor ..memang sedap ayam gorengnya, kuah kari bersama bendi yang sedap tu dan kari telor sotong. Puas hati makan di situ dengan harga yang sangat munasabah.


Keesokan paginya Lin bawa kami makan nasi lemuni berdekatan dengan pasar.


Sangat sedap nasi lemuni ni mcm nasi tomato juga lauknya cuma nasi tu warna hitam tapi sangat sedap!. Hubby mengambil lauk ikan goreng yang rangup, sambal ikan bilis, jelatah dan kuah sambal dan gulai..ermm wallaa!

Nasi tu dimasak dgn daun lemuni kan..ada khasiat rupanya daun lemuni ni utk wanita..nti kita cari info yer..
Siang sabtu tu kami dah berpisah selepas sarapan..masing-masing bawa haluan sendiri..Lin berhenti makan mee udang di Sri Tambang katanya..saya belum cuba selepas raya kami akan menghantar kakak ayra ke MRSM Kepala Batas inshaaAllah kami akan singgah!..

Malam tu kami ke Gerai Aziz Pak Ngah Mee Udang..boleh tahan la rasa meenya..tapi pada saya kurang kick kalau tak letak sos cili..apapun alhamdulillah..(tekak ni cerewet sikit apa nak buat)..tapi penuh jer gerai ni.


Di kedai ni udang tak boleh pilih tetapi di Sri Tambang udang ditimbang..agak mahal sikit kata Lin tapi puas hati...ada coconut shake sedap lagi katanya..memang kena cuba ni..


Di gerai Aziz ni bukan apa..first impression saya dah spoiled sebab caea layanan yang kurang memuaskan hati saya..(walaupun ramai orang dik oiii jangan layan pelanggan mcm atas angin jer..)...will say you la after this...
..

Next time kami akan singgah ke Mee Udang Sri Tambang yang nampak lebih special ni...mari kita cuci mata hehehe..


~yms~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...