Tuesday 20 November 2018

Pucuk Ubi Tumis Bersama Nenas

As salam dan Salam Sejahtera, bertemu kembali di alam maya...

Lama sangat saya tinggalkan blog ni...byk resepi nak dikongsi bersama sebenarnya tetapi saya tak dapat luangkan masa utk menulis di blog ini..inshaaAllah saya cuba urus masa sebaik mungkin yer..
Kali ni nak kongsi resepi dari bahan yang cukup baik untuk kesihatan iaitu buah nenas yang dimasaak bersama pucuk ubi..

Menu ni mengingatkan saya dengan Arwah Mak tersayang...saya pernah bawa bekal lauk ni bersama ikan masak kicap..sedap sangat tau..sesiapa yang belum rasa boleh rujuk resepi di bawah yer..cuba jangan tak cuba..




Resepi Pucuk Ubi Tumis Nenas

Secekak pucuk ubi 
1/2 biji nenas masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
9 biji cili api 
1 biji cili besar merah
segenggam ikan bilis
sedikit belacan
garam & gula secukup rasa

Pucuk ubi diambil pucuk (saya suka batang yg lembut) diletakkan sesudu kecil garam dan air, ramas hingga keluar air hijau ulang 2-3 kali dan bilas.
Nenas dikupas dan dibuang mata serta dihiris kecil.
Cili besar, cili api, bawang kecil & bawang putih dihiris.
Panaskan minyak, tumis bahan hiris, ikan bilis dan belacan hingga layu dan wangi.
Masukkan pucuk ubi dan sedikit air, tutup utk bagi pucuk ubi lembut.
Masukkan nenas, garam dan gula, tumis pagi hingga sebati.
Boleh hidang dengan lauk pauk lain, makan dengan ikan goreng saja pun sedap..

Alhamdulillah
~yms~

Tuesday 24 October 2017

Talapia Masak Lemak Cekur

Pasar sabtu lepas ternampak ikan talapia  teringin pulak nak makan & masak lemak. Nampak pulak ubi cekur dan daunnya sekali...alahai sedapnya!



Saya masak ikan talapia dgn ubi cekur tu utk lauk dinner..sedapnya..dah lama sangat tak beli ikan talapia ada beberapa tahun rasanya..

Salah satu sebab saya tak beli kerana ikan laut dalam lebih baik dari ikan bela di darat..ini yang saya baca dan tahu lah...ermm tapi saya dulu-dulu masa kecil memang ikan ini menjadi santapan. Dulu mungkin tiada anasir-anasir yg tak baik ni..terutama dari segi apa yang diberi makan ikan bela ni..hmm ntahlah.

Moga-moga ikan talapia yang saya masak ni selamat hendaknya hihi..


Talapia Masak Lemak Cekur
ymscreations

Ikan Talapia dibersihkan dan dipotong
1 mangkuk santan
11 biji cili api ikut kepedasan 
2 ulas bawang putih
2 pokok cekur yang ada ubi sekali 
1/2 inci kunyit hidup
1 keping asamkeping
garam secukupnya

Cili api, bawang putih,kunyit hidup dan ubi cekur ditumbuk halus
Daun cekur dihiris nipis
Panaskan periuk, masukkan santan dan bahan tumbuk biarkan mereneh
Bila mendidih masukkan ikan dan daun hirisan cekur biar hingga masak
Masukkan garam dan hidangkan

Sedap tau...ini salah satu menu jawa tau..

Alhamdulillah

~yms~

Thursday 19 October 2017

Ikan Sebelah Goreng Berlado...sedapnya!

Bila tanya Mr Hubby..apa nak masak ikan sebelah yang besar tu...jawapannya Masak Berlado..guna cili basah. Baiklah!

Ikan ni saya beli di Pasar Nelayan Kuala Selangor cuba cari entri perihal pasar ni saya ada kongsikan...

Ikan sebelah ni bila digoreng atau dibakar sedap rasanya..bila digoreng garing kulitnya memang terbaik..nak rasa kena beli dan masak yer..


Saya masak separuh sahaja tang kepala nak masak asam pedas *asik2 asam pedas hahahaha
jom laa kita masak..

Ikan Sebelah Goreng Berlado
ymscreations

Ikan sebelah dibersihkan dan goreng garam kunyit hingga agak-agak garing


2 sudu besar cili kisar (saya letak juga sbb anak2 suka sambalnya)
1 biji bawang besar dihiris kasar
2 biji cili merah *
3 ulas bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1 keping asam keping
garam dan gula secukupnya
sedikit air 
sedikit minyak

Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * yang sudah ditumbuk
Masukkan cili kisar dan biarkan sedikit garing
Masukkan garam, gula dan asam keping.
Masukkan sedikit air dlm batu lesung (saya suka buat mcm ni sayang bahan2 yg ditumbuk dalam lesung tu)
Biarkan merenih dan masukkan bawang yg dipotong kasar


Bila agak pekat boleh tutup api dan tuang atas ikan
Sedia untuk santapan!


Alhamdulillah...seronok tengok suami dan anak-anak selera makan...licin!..hilang penat balik kerja dan masak..syukur

~yms~

Wednesday 18 October 2017

Sup Bayam Kentang Karot & Telor

Sayur ni saya lawankan dengan Ikan Sebelah Goreng Berlado...kau ado hehehe..saja gurau dengan pelayar setia blog ymscreations ni..

Mudah aje nak buat sup bayam campur kentang, karot dan telur ni..


Sup Bayam Karot Kentang Telor
ymscreations

2 ikat bayam cina
1/2 biji kentang potong kecil
1/2 biji karot potong bulat
1 biji telor
1/2 biji cili merah potong serong
3 ulas bawang putih tumbuk kasar
1 ulas bawang merah kecil hiris nipis
serbuk maggi cukup rasa 
minyak untuk tumis
air masak secukupnya

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili merah
Masukkan kentang biarkan hingga separa empuk dan masukkan air dan karot biar mendidih
Masukkan bayam dan pecahkan telor
Perlahankan api biar sekejap dan masukkan serbuk maggi secukup rasa
Siap dan hidangkan

Mudahkan...silakan cuba makan dgn ikan goreng pun sedap!!

Alhamdulillah

~yms~


Friday 29 September 2017

Kolak Pisang...

Teringat arwah mak...tanggal 29 September arwah mak dilahirkan..Allah SWT beri pinjam setakat umurnya 46 tahun sahaja...saya kadang-kadang cemburu sesiapa yang masih punya emak, ibu dan mama ketika umur 40an. Ketika inilah keberadaannya sangat diperlukan untuk berkongsi segala..


Namun saya bersyukur dengan ketentuan ini..semua yang berlaku Allah SWT telah atur. Hanya kita hambaNya yang tidak tahu..


Tatkala rindu menjengah hati...masa inilah  terasa-rasa sentuhan tangannya uang memukau selera...salah satunya pisang..

Arwah mak sangat suka makan pisang yang dibuat 'kolak'..macam sira pisang tapi bukan...mcm pengat tp bukan...

Kolak Pisang
ymscreations

Sesisir pisang raja/ sematu
Gula secukupnya (manis buah shj)
3 biji bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis
Air masak

Didihkan air, masukkan gula dan bahan-bahan lain biar hingga mendidih
Selesai masak boleh diangkat dan hidang

Sedap makan waktu suam atau disejukkan dalam peti, saya dulu suka letakkan ais dan makan selepas berbuka aduhh nyaman sungguh

Alhamdulillah
~yms~

Sunday 13 August 2017

Nasi Goreng Bunga Kantan

Teringin pulak makan nasi goreng bunga kantan dan guna udang kering..biasanya saya guna ikan bilis tapi kali ni ubah selera.

Jom kita cuba...orang lain dah biasa buat 
jom kita cuba rasa air tangan kita hehe


Resepi Nasi Goreng Bunga Kantan
ymscreations

2 mangkuk nasi lebihan malam tadi
1 batang bunga kantan dihiris halus dan serong
1 biji telor 
9 biji cili api
3 ulas bawang merah kecil
1/3 bawang besar dihiris halus
2 ulas bawang putih
1 sdb udang kering
Garam secukup rasa

Tumbuk cili api bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga lumat
Tumis hirisan bawang merah hingga sedikit garing dan masukkan bahan tumbuk hingga wangi dan garing
Masukkan bunga kantan yang telah dihiris tumis hingga layu
Masukkan telor dan kacau hingga hancur
Masukkan nasi dan garam secukup rasa, gaul hingga sebati dan hidang

Sedap sangat wallaaa

~Alhamdulillah~




Wednesday 26 July 2017

Ayam Kampung Goreng Kunyit

As salam..sekejap je dah habis syawal..bulan ramadhan pun sangat pantas berlalu..betapa pantas masa meninggalkan kita..sekarang pun dah mula musim jemaah haji berangkat ke tanah suci menandakan tak lama lagi dah tiba bulan Zulhijjah.


Saya tak berkesempatan utk berkongsi menu ketika bulan puasa baru-baru ni..utk menu syawal tahun ini tidak seperti bulan syawal tahun lepas..saya tidak merendang atau memasak ketuat atau lontong pun. Suami hanya membeli rendang daging dan lemang sahaja dari Kuala Kubu Bharu. Ini semua gara-gara saya yang baru habis berpantang dan tekanan darah yang belum stabil. 
Saya perlu jaga makan utk dptkan tekanan darah yang normal semula disamping mengamalkan pengambilan supplement seperti minyak ikan dan vitamin lain. Sebab itu saya lebih kerap membeli ayam kampung utk dimasak. Kali ni saya sediakan ayam kampung masak kunyit yg mudah disediakan.

Ayam Kampung Goreng Kunyit
ymscreations

1 ekor ayam kampung
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
3-4 batang kacang panjang di potong
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1 biji cili merah dipotong serong
1 keping asam keping
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit air 
Garam secukupnya


Tumbuk kunyit, halia dan bawang putih 
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan ayam dan gaul sebati
Masukkan sedikit air dan tutup kuali
Biarkan ayam hingga empuk, masukkan kacang panjang, bawang besar hiris, asam keping dan cili potong hingga layu dan kacang masak
Boleh diangkat dan hidangkan dengan nasi panas dan lauk lain

Alhamdulillah
~yms~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...