Sunday 31 May 2015

Mini Reunion Yang Amat Bermakna

Selepas 23 tahun bertemu semula..'akhir sekali berpeluk sakan di pintu pagar Sekolah Menengah Teknik Kuantan' (ambik ayat Rose). Kemudian masing-masing melangkah menuju cita-cita masing-masing. Apapun kejayaan tercipta kami tetap sahabat, terus menyayangi dan disayangi..alhamdulillah.

Rindu sangat dengan Masliza, Rosmahaida dan Ismaliza..kami sekelas akhirnya rancangan yang diatur terlaksana. Walaupun anakanda saya tak berapa sihat hari tu kami teruskan jua pertemuan yang telah diatur kesekian kalinya. Syukur alhamdulillah hampir airmata nak mengalir kerana pertemuan ni. Kalau tak dapat jumpa mahu banjir bandar Kuantan ni jadinya..hehehe.



Me, Rose and Mas

Makan malam kami di Restoran Zam Zam Bandar Kuantan..macam-macam cerita, walaupun kepenatan muka saya tu hehehe tapi gembira. Apa taknya gerak dari KB ke Kuala Terengganu, singgah Dungun dan ke Kuantan aduhai..memanglah keletihan tapi rancangan tetap diteruskan juga. Bukan senang nak atur semua ni kan..

Bicara kami tidak terhenti di Zam Zam, rupanya Mas dah book bilik di MS Garden..I love U Mas..sanggup tu booking bilik untuk bertemu dengan kawan dia nih..awesome la Mas...soo kami boleh lagi sembang dan sembang time breakfast pagi tue.



Haa dengan Che Rose pun datang breakfast dengan kami pagi tue...time off pagi katanya..Ya Allah indahnya persahabatan..'hard to let go' Rose kata...nak menitik lagi air mata ni..

Bateri mulut kami ni belum weak lagi hehehe pot pet pot pet tak behenti aduhai seronoknye mengimbau kisah lama...

Isma pulak message nak join kami tapi sedikit terlewat la Isma...tapi takpe sementara saya siapkan diri dan anak-anak utk checkout dapat Isma ke sini. Yes...akhirnya sempat jumpa Isma namun tak sampai 15 minit..sebab dah ada plan lain dengan my biras pulak huhuhu.

Beratnya hati ni nak bergerak pergi..aduhai rindunya belum habis terubat..masa sangat singkat bagaikan cemburu bergerak pantas.
Apakan daya ku gagahkan jua kaki melangkah..aduhai puitis la pulak...


Lambaian terakhir dari dalam kereta ke MS Garden, wajah-wajah kesayangan hamba yang akan dirindui...semoga ukhuwah terus terjalin dan bertemu dilain episod..tak puas tatap gambar walaupun muka ku kusam dan penat tapi ceria bertemu sahabat hehehe.




Alhamdulillah..

~yms~

Friday 29 May 2015

Bestnyer Kopitiam Kita di Kota Bharu....yummy

Tanggal 29 Mei 2015, saya cuti hari ni..mlm td baru landing dari JB dan selepas subuh kami bergerak ke Kota Bharu melalui jalan Gua Musang melalui Kuala Lipis. Rindunya dengan Kuala Lipis, hampir 10 tahun kami membesar di sana arwah mak meninggal semua pindah ke Cheras. Masa tidak mengizinkan untuk kami singgah ke Lipis, inshaaAllah dilain waktu. Sebenarnya untuk menghadiri Majlis Pernikahan adik ipar saya yang mendapat jodoh orang Pengkalan Chepa, saya ambil kesempatan untuk bertemu rakan sekolah di SMT Kuantan yang menetap di Kota Bharu. Ketika di Bentong kawan baik saya Aeza sudah bertanyakan saya sudah sampai di mana..mahu mengajak minum petang katanya. Alahai Aeza memang tak sempat, kena check in hotel dulu ni, nak luruskan kaki dulu.. mlm ni ada majlis pernikahan entah jam berapa habisnya..kita minum di Hotel Perdana ajelah yer Aeza ajak saya..kebetulan beliau ada mesyuarat di kawasan berdekatan hotel..cantik benar susunan yang Allah dah aturkan alhamdulillah. Borak-borak petang tu terlalu singkat pada kami, Aeza plan untuk bawa keluarga untuk minum pagi keesokan hari sebelum majlis persandingan adik ipar. Nak bawa makan nasi tumpang, nasi belauk dan makanan tradisi kelantan katanya. Wow bunyi pun dah menarik tu...





Esoknya kami pun konvoi ke tempat yang hendak di bawa oleh Aeza dan keluarganya. Sampai di hadapan restoran wahh banyaknya kereta, alhamdulillah ada tempat parking untuk kami. Ohh Kopitiam Kita! saya pernah baca di blog Masam Manis. Wow ramainya orang, lama juga kami nak cari meja kosong, akhirnya ada juga alhamdulillah.

Aeza dan suami membawa bakul, ohh begini rupanya nak ambil makanan. Boleh pilih dan ambil makanan yang telah tersusun cantik di atas barisan meja. Macam-macam ada makanan berat dan kuih muih.



Saya berminat dengan Nasi Tumpang dalam gambar barisan kedua atas ni yang bungkus daun pisang bentuk 3 segi tue, nampak je pun dah menyelerakan bila rasa memang Awesome !. Nasi Lauk (Air Dingin) gambar tengah yang ada ikan tu pun sedap wallaa. Pssst Air Dingin tu nama tempat rupanya..tau pun selepas borak-borak tanya itu ini dengan Aeza dan suaminya..hehe. Rupanya ramai juga yang menghantar makanan mengikut tempat rupanya. Pandai oghe kelate niage dehhh hehehe. Abang Haikal nak Nasi Dagang alamak dah habis la abang...hmm patutla Aeza ajak keluar awal sikit..takpelah apa yang ada ini pun dah cukup baik.

Ada lagi menu yang sangat istimewa di order oleh Aeza iaitu Roti Titab, haaa nampak tak roti yang ada kaya dan telor hampir masak tue. Wow memang meletoplah rasanya, sebab apa bila roti bakar tu disapukan dengan kaya dan telor hampir masak memang meletop-letop dalam mulut. Haaa memang sedap sangattt...kenyang banget kami pagi tu..

Semoga ukhuwah ini berpanjangan, rezeki melimpah ruah kepada Aeza dan keluarga dengan kejayaan bisness yang diceburi. Bersyukur mempunyai sahabat yang seperti keluarga, kita saling menyayangi..seronok sangat. Moga kita dapat bersua lagi, dengan harap dapat menjamu Aeza dan keluarga pula bila berkunjung ke KL nanti..inshaaAllah. SubhanaAllah hebat persahabatan ini...  



Kami bagi thumbs up kepada Restoran Kopitiam Kita..sesiapa yang ke Kota Bharu boleh singgah sure tak menyesal punyalah...




Alhamdulillah..

~yms~

Tuesday 26 May 2015

Enaknya Gandingan Daging Salai & Belimbing Buloh

Daging Salai...hmmm dengar macam susah je kan nak salai-salai daging nih..tak susah mana pun.

Nak mudah kita beli daging batang pinang, cepat sikit masaknya..beza berapa rm je pun dengan daging biasa tak sampai 10 hengget, janji tugas di dapur menjadi mudah dan cepat.

Jom salai daging dan siapkan bahan tumbuk..petik dulu belimbing buloh yang dok berjuntai kat pokok depan rumah hehehe



DAGUNG SALAI BELIMBING BULOH

Daging 1/4 kilo - dihiris nipis dan disalai guna pemanggang ajaib letakkan minyak zaitun sikit
7 biji cili api*     - suka hati kalau nak pedas
1  biji cili besar* - dibuang biji
1 ulas bawang kecil *
1 inci kunyit hidup*
5 biji belimbing buloh - dibelah dua
1 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
1 cawan santan air
1 keping asam keping

Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat 
Panaskan sesentuk santan pekat, tumis hingga naik bau dan masukkan daging yang telah disalai tadi dan santan cair, biarkan mesra seketika
Masukkan serai, asam keping, santan pekat dan belimbing buloh
Perasakan dengan garam dan kacau jangan biarkan
Bila daging sudah masak sempurna dan santan dah cantik boleh tutup api

Nota : guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu sekejap sahaja dah empuk.



Hidangkan dengan lauk pauk lain hmm yummy alhamdulillah..




~yms~

Wednesday 20 May 2015

Lemak Cili Api Bawal Emas Ulam Pegaga

Sukanya saya dengan ulam pegaga, dimasak lemak cili api dengan ikan memang sangat menyengat.

Leceh sikit nak bersihkan daun pegaga ni lah sebab saya suka ambil akarnya dan biji yang ada di bahagian akar tue, sedap !. 

Masak Lemak Cili Api ni mudah saja semua orang tahu kan..




RESEPI LEMAK CILLI API BAWAL EMAS ULAM PEGAGA
ymscreations

Ikan bawal emas (2 potong)
7 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 ulas bawang merah kecil 
1 cawan santan pekat
1 cawan cair
1 mangkuk daun pegaga yang telah dicuci dan disimpulkan
1 keping asam keping 

Cili api, kunyit dan bawang ditumbuk lumat
Panaskan periuk, masukkan 2 sudu santan pekat tumis bahan tumbuk tadi, bila sudah agak layu masukkan separuh santan pekat dan air secawan
Masukkan daun pegaga dan ikan
Perasakan garam secukup rasa
Masukkan asam keping, biarkan mendidih perlahan dan jaga santan yer



Saya sangat suka ikan bawal emas ni..rasanya jauh lebih enak dengan bawal hitam. Di masak apa pun sedap...

Nak tau tak rasa kuah masak lemak ni sangat enak disebabkan gandingan ikan tue dan pegaga..wallaa..tak percaya cuba..

Pegaga ni sanagt bagus untuk kesihatan terutama perempuan, nanti saya kongsikan khasiatnya yer..

Nampak tak biji atau buah yang dekat sgt dengan akar pegaga nih..haaa itu yg berkhasiatnye jangan dibuang akar dan batangnya di situ lah banyak khasiatnya..



Yang penting family suka Ayra siap hirup kuah yang berbaki..next time mama beli lagi pegaga dan masak dengan ikan senangin atau tenggiri pulak yer..

Alhamdulillah..

~yms~

Monday 18 May 2015

Pecal Jawa Marbeles...


Assalam,

Semalam saya sempat buat Pecal Jawa yang marbeles (ditekak saya).
Kacang yang dah bergoreng memang dah tersedia..mudah nak masak apa sekali pun. Bila sebut pecal memang orang fikir susahnya nak buat renyah..tapi makan sekejap jer ye dak?? Hmm kita ni nak makan sedap kena la susah sikit..nak semua senang aje ada ke dalam dunia ni??
Jawapan saya tiada, nak beli pun kena cari dan perlu keluarkan ongkos kan bukan free..nak dapat yg sedap, bersih dan kena dengan tekak hmmm susah nak cakap..wuallahuaalam..



Duduk di dapur ni pun perlu ada pengurusan masa kalau tidak berjam-jamlah duduk di dapur tapi hasilnya ntah ke mana. Sepatutnya sarapan jam 8.30 pg jadi ke 10.30 pagi . Lunch jam 1.00 tghari jatuh ke 3.00 ptg sebab apa??..macamana tue haiisshh rimas makcik...

Saya pulak bila di dapur tak suka ramai-ramai sangat especially yang byk sgt komen (like a backup singer) tak cukup itu kurang ini alahai kalau betul tak apa tau tapi mmg tak betul, mmg makcik tak suka...

Memasak ni perlukan fokus dan ketenangan sebab tu hasilnya akan menjadi yang terbaik. Contoh, jika ada gangguan, masak sambal yang mudah pun ntah apa jadinya..kacau bilau.

Macam tu la juga bila nak masak pecal yang agak renyah ni, perlukan fokus, tak boleh cincai sahaja....dari mula nak goreng kacang, celur sayur, siang cili kering dan macam-macam lagilah tapi jgn putus asa pulak. Itu yg saya cuba kaitkan tulisan saya di atas,  kita perlu urus masa di dapur semuanya akan jadi mudah dan pantas !! jom cuba resepi ini..abaikan bebelan saya di atas..kikkiki


RESEPI PECAL JAWA
ymscreations

Sayur-sayuran

Pucuk ubi dan kobis dicelur (atau beberapa jenis sayur yang disukai cth kangkung, kacang panjang, taugeh)  - dicelur dan potong
Timun (sengkuang pun boleh) - dihiris memanjang
Tempe dipotong nipis dan digoreng




Kuah Pecal

Semangkuk kacang tanah -  goreng (dikisar ssedehana halus)
10 tangkai cili kering* - siang, rebus
5 ulas bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
2 ketul isi cekur dan 3 helai daun cekur*  (sepokok cekur)
Minyak 3 sdb minyak masak
3 sdb gula
1  sdk garam
1/2 cawan asam jawa
1 cawan air panas


Goreng bahan yang bertanda * hingga layu
Kisar bahan yang telah digoreng tadi
Masukkan air asam jawa, gula dan garam mengikut citarasa masing-masing.




*Nota : kuah pecal ini lebihkan rasa manis jangan terlampau manis
            sangat, cukupkan rasa garam dan asam dengan sesuai.





Ada ke sesiapa yang tak kenal cekur? hmmm kena la kenal refer kat SINI kalau nak buat Pecal Jawa kena letak kalau tidak jadi rojak pulak nanti. Kalau tak suka cekur suka hatilah yer..tapi bukan pecal jawa namanya tue..





Ermmm hidangkan dengan ikan kembong goreng yang segar dibeli di Pasar Nelayan. Memang selera makan semalam, saya juga ada masak ikan bawal emas masak lemak cili api daun pegaga (next entry yer).


Alhamdulillah..

~yms~




Friday 15 May 2015

Jom Kelim Karipap !!

Assalam Sahabat !!

Jom jom kita buat karipap boleh disimpan dlm freezer utk dibekukan dan keluarkan untuk digoreng sebelum disantap dengan yummy...

Biasanya saya buat karipap dihujung minggu, haa sakit pinggang nak mengelim dengan cantik dan ayu gitew (versi sayalah) mesti rakan di luar sana hasil kelimnya lebih awesome dari saya..

Dulu-dulu arwah mak memang paksa anak-anaknya untuk belajar kelim karipap selagi tak pandai jangan behenti haaa ambik..

Anak-anak sekarang ni tak mcm dulu-dulu, contoh anak saya sendiri paling pandai pun setakat ni lah dok bulat-bulatkan tepung dan menggelek. Menggelek pun belum dapat yang setara semuanya..haa dapat pulak mak yang cerewet macam saya, bukan nak membebel tapi nak anak-anak tau buat sendiri dimasa akan datang sekiranya saya sudah tiada. Kalau beli pun susah kot nak cari yang macam kita buat ye tak? orang lain mesti lain kejadiannya kan..



RESEPI KARIPAP / CURRY PUFF

Bahan untuk inti

3 biji keledek saiz sedang - dipotong dadu
3-4 sdb rempah kari daging
5 ulas bawang kecil 
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis direndam dan tos
sepokok daun sup dihiris
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis
air secukupnya

Tumbuk bawang putih dan merah hingga lumat 
Masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar
Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau dan sedikit garing
Masukkan keledek dan gaul sebati
Masukkan air dalam dua gelas separas dgn keledek di dlm kuali
Biarkan hingga menggelegak dan masukkan garam dan gula secukupnya
Bila sudah empuk perlahankan api hingga kering dan masukkan daun sup

*Nota - jgn letak garam lebih sangat nanti kulit karipap pun ada garam masin sangat nti jadi karipap masin pulak hehehe

 


Bahan Kulit Karipap

3/4 kilo tepung gandum
2 sdb planta
2 sdb minyak masak
1 sdk garam 
1 cawan air sejuk (anggaran)

Panaskan planta & minyak hingga panas
Tuang ke dalam tepung gandum yg diletak dlm dulang (buat lubang tgh)
Gaulkan perlahan-lahan hingga rata 
Jadikan deraian tepung
Tuang air sejuk sedikit demi sedikit (pastikan jangan terlebih air) 
Uli hingga doh betul-betul jadi pastri (tak boleh lembik)
Bila nampak ada minyak sedikit timbul didoh boleh dibulat-bulatkan 
Guna canai kayu utk leperkan doh dan diisi inti keledek tadi




Haaa nampak tak tu saya guna dulang turun temurun dari arwah mak yang memang saya simpan. Satu-satunya dulang yang saya ada sayang sgt dengan dulang ni. Bila tgh buat terbayang masa arwah mak mengajar kelim karipap dulu. Betul mak kata biar kita susah skrg janji kita senang kemudian, hasilnya alhamdulillah wpun arwah dah tiada saya tetapi ajaran dia masih saya guna. Sabarlah wahai hati .....(mood sedih..)

Practice makes perfect!! Bila dah biasa kelim tu akan jadi mudah dan hasilnya pun memuaskan hati saya..

Bila buat karipap sendiri ni bukan apa jauh sekali nak tunjuk pandai tetapi memang puas hati sbb isi boleh letak banyak..inti tu kalau ada balance Hubby dok berebut dgn anak nak ratah aduhailah..
Memang tak rugi tak perasan sekejap jer habis...

Alhamdulillah..

~yms~




Sambal Belacan Buah Kuinin

Assalam...

Semoga Jumaat Penghulu Segala Hari ini semuanya dilimpahi kerahmatan dari yang Maha Esa. Jom baca dan dengarkan ayat-ayat suci dari Surah Al-Kahfi...fahami maksudnya semoga kita beroleh kemanisan dalam apa jua yang kita kerjakan InshaaAllah.

Hidup di dunia ini jika tidak disulami dengan ilmu akhirat tak rasa manisnyakan..jom kita cari sama-sama ilmu yang bermanfaat dan dikongsikan dengan insan di sekeliling kita. 

Umpamanya bila makan nasi dengan lauk-lauk lain perlu ada sambal belacan kan dah tekaknya orang melayu. Sambal belacan ni pulak macam-macam versi boleh buat. Ada yang sambal belacan biasa sahaja perahkan limau kasturi, kulit limau tu biasanya saya hiris halus dan letak dalam sambal tu memang sedap sangat. 

Kali ni saya buat sambal belacan kuinin, kebetulan gi pasar sabtu yang lepas saya ada beli tiga biji kuinin ni. Aduhai harumnya bau kuinin ni...




Makan dengan sambal camni memang bertambahlah En Hubby saya hehe. Saya tak ingat dah lauk apa yang saya hidangkan hari tu, tetapi yang saya ingat sambal ni memang licin berebut dengan anak-anak lagi..
Memang sedap tau..jom saya kongsi resepi yang mudah aje ni..

SAMBAL BELACAN KUININ

1 biji cili merah besar
7 biji cili api
1 inci belacan digoreng sekejap dengan sedikit minyak (tak perlu garing)
1 ulas bawang merah kecil
1 biji buah kuinin (dihiris memanjang)  
1/2 sdk gula
1 sdk garam

Cili merah dibuang biji
Tumbuk cili merah, cili api, bawang dan belacan hingga lumat
Masukkan gula, garam dan kuinin yang dah diris tadi
Tumbuk sikit je bagi sebati

*Nota : Jika tak cukup garam atau gula sila tambah yer sebab ikut kemanisan buah kuinin.


                       

Alhamdulilah....

~yms~


Thursday 14 May 2015

Harumanis Import dari Perlis..Alhamdulillah !


Assalam,

Saya mengidam Mangga Harumanis sejak anak no empat masih dalam kandungan, bila berpeluang ke Perlis saya cari tapi tak jumpa..sedihnya.

Bila kami bercuti ke Langkawi tahun lepas ternampak-nampak mangga harumanis dijual di deretan kedai berhadapan Jeti Kuala Perlis hingga Hubby sanggup berpusing dua kali semata-mata nak mencari buah itu. Tetapi hampa bayangan saya rupanya..alahai teruknya bila teringin sangat nak makan spesis buah tu.






Baru-baru ni bila member masa sama-sama menuntut di SMT Kuantan maklumkan ada member dari Perlis buat bisnes jual harumanis secara pos saya tak fikir panjang dah terus order. Sekotak dijual dengan harga RM88.00 termasuk pengeposan.





Alhamdulillah akhirnya rasa mengidam itu dah terbalas bila kotak harumanis sampi ke pejabat Hubby di Lembah Pantai.

Hati berlagu riang nak balik cepat tak sabar nak buka kotak tu, tetapi telah ditulis di atas kotak sila buka pada 8.5.2015 . Oh..begitu ye..biar buah masak ranum dulu baru blh dibuka.

Dan.....bila dibuka inilah dia gerangan buah yang teringin sangat tekak ni nak makan hehehe..






Rupanya memang sekarang ni musim Mangga Harumanis dan mangga-mangga yang sewaktu dengannya..hahaha..aduhai teringat pulak dengan pokok mangga saya yang dah mati punya buah yang lebat dan sangat sedap tak lembik dan manis masam yang sesuai dengan tekak saya.





Sekarang sudah tanam pokok mangga yang baru tetapi bukan jenis mangga yang seperti dulu susah juga nak dapat anak pokok Chokanan, kalau tak silap saya baka dari Thailand.

Takpe lah rezeki hanya setakat itu sahaja..

Apapun terima kasih kepada Eim atau Azimah kerana maklumkan pada saya ada jualan secara pos harumanis ni.








Alhamdulillah....

~yms~

Wednesday 6 May 2015

Spagetthi Carbonara !!

Gud morning everybody..harapnye semua sihat belaka semoga kebahagian menjadi milik kita hendaknya. Salah satu kunci kebahagiaan suami isteri dan anak-anak kepada kita adalah dari masakan. InshaaAllah kebahagiaan akan menjadi milik kita selamanya..

Jom dinner Spagetthi Carbonara yang best !!!! Resepi di olah selepas berbual berkenaan resepi ini bersama my BFF Cek Jan (Norizan). Saya jenguk juga blog Kak Azie Kitchen..



RESEPI SPAGETTHI CARBONARA 
ymscreations 

Sebungkus spagetthi direbus dgn sedikit garam dan sedikit minyak zaitun hingga lembut
3 ulas bawang putih dicincang
1/2 ulas bawang merah besar dicincang
2 keping ikan salmon
1 mangkuk kecil udang 
1 tin sup cendawan campbell's
1 sdk serbuk lada hitam
1 tin air panas
1/2 mangkuk kecil cendawan butang di hiris
2 sudu butter
2 hiris cheese cheddar (saya guna yang buku)
Garam secukup rasa

Grill kan ikan salmon bersama minyak zaitun, taburkan sedikit serbuk lada hitam dan sedikit garam. Angkat bila sudah masak
Panaskan butter, tumiskan bawang putih dan bawang hingga naik bau
Masukkan udang, lada hitam dan cendawan hingga hampir masak
Masukkan sup campbell's bersama air panas dan kacau hingga cair dan sebati serta tidak berketul-ketul
Biar hingg mendidih dan masukkan cheese serta garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan ikan salmon yang telah dipotong kecil dlm 2 inci
Hidangkan dengan spagetthi yg telah direbus cantik..



Nikmati keenakan dgn keluarga tersayang..wallaa


Alhamdulillah...


~yms~

Tuesday 5 May 2015

Oh POPIA Yang Terlajak Laris !!!

Assalam,

Ini menu untuk buka puasa saya pada hari isnin lepas, selamat berpuasa kepada semua yang berpuasa sunat bulan rejab jom kita ambil kesempatan untuk berpuasa di bulan yang Allah beri pahala berganda apabila kita melakukan amalan sunat seperti ini.




POPIA adalah menu yang dijawab oleh My Hubby ketika saya bertanyakan menu apa yang sedap nak buka puasa petang ni..
Yes ! gud idea..Hubby belikan kulit popia dan dalam kepala saya sudah terbayangkan ada lebihan tauge, timun dan tauhu di dalam peti. Hmm apa rencahnya? Ohh udang masih ada..apa lagi jom kita buat popia..

RESEPI KUIH POPIA
ymscreations

Kulit popia (yang halal byk dipasaran sekarang)
1 mangkuk taugeh
1 mangkuk timun dihiris memanjang
1 keping tauhu dipotong dadu kecil
1/2 mangkuk udang di potong kecil
1/2 sdk lada sulah
1/4 sdk gula
garam secukup rasa
3 sdb minyak masak
1 ulas bawang puting dicincang
1 ulas bawang merah kecil dihiris halus

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan lada sulah hingga naik bau tidak perlu garing sangat
Masukkan udang, tauhu gula dan garam
Bila udang hampir masak masukkan sayur taugeh dan timun
Gaul sekejap sahaja dan tutup api
Toskan air yang keluar dari sayuran tadi dan sejukkan
Leraikan kulit popia dan isi dengan sayuran tadi
Gulung spt dalam gambar dan letakkan sedikit bancuhan tepung dan air utk lekatkan kulit popia agar mendapat gulungan cantik
Goreng hingga masak dgn api yang sederhana




SOS / KUAH BERKACANG

1 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 ulas bawang merah kecil ditumbuk halus
2 sdb cili blender
1 sdb sos cili 2 sdb gula
1/4 cawan air asam jawa
1 sdk garam/ secukup rasa
2 sdb kacang tanah - tumbuk (rujuk gambar)

Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak dgn api perlahan hingga pekat dan sebati. Rasa kuah ni perlu seimbang dgn manis, masam dan jangan masin sangat
Taburkan kacang tanah yang ditumbuk



Hidangkan dengan keluarga tersayang, semestinya POPIA ini  sangat yummy dannn terlajak laris..



Yang penting bila Hubby saya makan sambil tersenyum dan anak-anak seronok tak terkata..inilah sangat bahagia bagi seorang isteri dan ibu seperti saya...

Alhamdulillah...

~yms~

Blooming Hi-Tea With Datin Sri Norliyati....digamit rindu..

Assalamualaikum w.b.t..

Tetiba je teringatkan aktiviti Puspanita..senang cerita saya rindukan rakan-rakan di sana. Bila bekerja kita laksanakan sebaik mungkin, bersosial juga perlu dengan melibatkan diri aktiviti dengan persatuan. Ianya mengajar kita untuk bergaul dan berinteraksi secara sihat dengan rakan-rakan tidak kira pangkat dan kerjaya.

Saya suka dengan pelbagai aktiviti seperti ini membuatkan kita lebih mesra dan mengenali di antara satu sama lain. Penat bekerja disulami dengan aktiviti sukan dan persatuan boleh melepas tekanan kan..

Jom jamu mata dengan gambar yang meninggalkan kenangan manis bersama mantan isteri Ketua Pengarah JPS Malaysia yang telah di adakan pada 26 Mac yang lalu di Flora Terrace Kuala Lumpur. (dah sebulan berlalu namun tak sempat berkongsi)..apapun ianya masih segar di kotak memori saya..jom layanssssssss



Majlis Hi-Tea ini diadakan bagi meraikan perpisahan kami ahli Puspanita JPS bersama Datin Sri Noliyati (isteri mantan KP JPS) . Sambutan sangat menggalakkan, apa taknya saya yang dari Kuala Selangor pun turut hadir bagi meraikan majlis ini. Datin Sri seorang yang sangat 'humble' amat disenangi oleh semua ahli, sederhana sikapnya senang cerita ramai yang menyayangi beliau.


MC pada hari tu adalah
Along, petah berbicara pandai mengalihkan perhatian penonton bagi menutup segala kekurangan majlis..gud job Along. Disusuli dengan ucapan terakhir dari Datin Sri..sayu dibuatnya kami semua..



Di antara aktiviti yang diatur 'mari berdansa' hahaha tengoklah tu seronokkan..yang pasti mak-mak kat dlm majlis ni tak over yer hehehe
saja seronok-seronokkan saya cuma perhati aje (syyy tak ngaku tue)


Sambil borak-borak dengan kawan-kawan dah lama tak jumpa, ini masanya untuk kita sembang macam-macam cerita yang penting jangan ngata orang...


Gambar atas ni sedang tunggu 'announcement' dipersilakan untuk makan hahaha makanan yang dihidang sedap tau kat sini di antaranya spagetthi a'lio, pecal aka rojak (tak la mcm pecal sangat), tapi rakan saya yang baju merah tu Nat suka sangat dengan pecal ni, jawa la katakan hehehe. Kuih muih seperti karipap, kek dan macam-macam lagilah lupa dah mokcik...


Haaa ni kek yang ditempah khas untuk Datin Sri bertemakan 'flora'...cantikkan tetapi saya tak makan sebab tue krim banyak...huhu

Di bawah ni semua gambar kenangan dengan Datin Sri dan bos-bos saya (dari kanan : me, Puan Bibi, Puan Norizan, Datin Sri, Datin TKP, Pn Paridah dan Natrah)

 


Ni pun sama juga gambar kenangan dengan Datin Sri, ramai pulak tak perlu tulis nama kot penat hehehe


Haaa yang kanan ni Suzana, blogger juga dia ni tapi belum sempat tanya apa nama blog Zana ni..Kak Maslina insan yang selalu beri nasihat pada saya dan Natalia..gadis ayu gitue..inilah dia rakan baik saya walaupun berbeza agama tapi kami seJAWA dan suka sembang pasal masakan jawa..hahaha kelas ko Nat !!


Sweet la gambar ni..tengok la Datin Sri tu sangat sporting posing sebegitu comel !!! Sebelah Datin Sri isteri Pengarah JPS Kelantan, ibunda saya lah kiranya ni sebab Pengarah ni EX-Bos saya dan saya gelar dia Ayahanda, banyak beri tunjuk ajar perihal agama dan mengajar saya mengaji dengan baik..alhamdulillah..




Alhamdulillah Majlis Hi-Tea berlangsung dengan santai dan meriah   sekali..cuma agak lewat sedikit dimulakan namun MC pandai ambil hati kami yang cacat sikit-sikit tu dpt ditutup dengan kemas..apapun gud job for the team who managed this event..

Semoga ada Majlis yang menarik lagi dan lagi saya tunggu....

See u next...

~yms~








Monday 4 May 2015

Kenduri Kendara di Sana Sini..



Assalam..

Hari-hari cuti macam ni mesti ramai yg blk ke kampung kan..saya ni kampung dekat saja tak gaduh nak blk jauh-jauh. Hati-hati di jalan raya ketika musim cuti ni..byk kemalangan yang kita dengar. Rancang cuti kita dgn sebaiknya..nak bergerak jangan waktu tengah malam..biarlah menjelang ke pagi. Pengalaman mengajar saya sentiasa beringat.. 



Cuti empat hari sempena cuti hari pekerja dan cuti hari wesak diisi dengan menghadiri jemputan kenduri dan rewang. Haaa gambar saya dengan si kecil Amsyar tu ketika menghadiri kenduri anak jiran kami diadakan di Dewan Gemilang Felda Kelana Jaya.

 

Masa ni dah tak ramai orang sebab tu ada ruang utk posing sementara My Hubby sedang mengambil makanan tue kat belakang hehe,  beri laluan untuk Hubby menjamu dahulu..kami lewat sampai dalam jam 3 ptg kerana ada tetamu dari Bumi Kenyalang.. Shhh awal lagi nak cerita di sini kita tunggu entri seterusnya yer...

Mood anakanda saya masa ni sangat baik..cuma mulutnya yang asik menyebut nak nak nak bila nampak makanan heheh..sayang anak mama..nak bagi makanan kenduri ni pun kena hati-hati takut perut meragam nanti almaklumlah org tua pun kadang2 tak tahan dengan kualiti hidangan apalagi bayi kan. Tapi tak semua yang tak berkualiti kita kena bijak lah utk mengambil diet kita apabila menghadiri majlis mcm ni..



Itu kisah di dewan, haaa ni nak citer yang best bila rewang di rumah pakcik saya yang menerima menantu lelaki. Maklumlah anak perempuan seorang, keluarga kami berketurunan jawa jadi kenduri ni agak meriah dengan pelbagai hidangan juadah jom tengok ni...oowh gambar di bawah ni yang diberi sebagai berkat utk kendarat..utk yang menolong rewanglah kiranya..ada juga bubur somsom tapi tak sempat snap dah licin sebab sedap sangat. InshaaAllah jika saya buat saya share..Ayra suka sangat bubur ni..dah janji untuk buatkan bila-bila nanti.



Sayur kobis tu nampak simple tapi enak banget ada suhun yang banyak mmg meletop lah. Haaa siap ada taucu lagi tu mmg sedap lah..gambar yg ada di atas tu di antara makanan yg enak bg tekak saya lah banyak lagi menu lain spt dalca, tumis kuning nenas, nasi minyak, tauhu sumbat. Malamnye pulak nasi ayam, utk makanan kendarat pulak ada hidangan makan tghari sehari sebelum majilis kenduri ni asam pedas, kerabu, tenoe goreng dan macam2 lah. Ada kuih sedap sangat rupa macam nagasari tetapi diletak cendol mmg sedap sangat I like!!! 

Ada satu menu yang saya dan yang lain-lain ligat menolong di belakang apa dia nak tau mmg menyihatkan dan saya nak tiru hidangan ni bila saya buat makan-makan di rumah saya InshaaAllah..


Siap ada ais tu memang sedap betul & hidangan paling laris hari tue..


Semoga Farahin sepupu saya ni dan suaminya kekal berbahagia hingga ke akhir hayat..aamin ya rabb

Alhamdulillah 

~yms~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...