Sunday 13 March 2016

Alahai Anak Dara Seronoknya Dia Berniaga...

Assalam...

Sudah menjengah ke pertengahan bulan Mac dah kita..sekejap sangat masa berlalu. Cerita awal bulan Mac pun masih belum sempat untuk dikongsi bersama..tak apa..saya bukan full time tulis blog..hobi sampingan sahaja..asalkan pembaca tak rasa bosan yer mebaca entri saya..jom baca!

Nak cerita betapa seronok berniaga ni rupanya..sehinggakan Ayra memujuk rayu saya untuk dibuatkan dadih dan aiskrim untuk dijual..Mulanya Ayra diminta tolong oleh Ustaz utk berniaga di Perkarangan Masjid Saujana Utama 2, Sg Buloh Country Resort. Saya mengizinkan cuma Ayra kata Ma..why not we try to sell something..ermmm ok juga kakak tapi nak jual apa?..ma..kita buat yang senang dan diminati kanak-kanak sebab yang membeli nanti kanak-kanak dan remaja. 
Program yang dianjurkan adalah Perlawanan Street Scocer. 
Ok kita jual dadih dan aiskrim malaysia..hahaha..mudahkan..



Saya terlewat hantar kakak dah bising orang dah mula beli ma...Ustaz menjual burger dan air memang laku jualan Ustaz kali ini..


Wahh tak kurang juga dadih coklat & buah-buahan serta aiskrim milo yang dijual alhamdulillah habis dijual..dalam polistrin putih tu dadih dan aiskrim dlm termos hijau tak sempat snap pic..

Saya jual dadih RM1.00 sahaja sambil bersedekah kepada kanak-kanak & remaja yang membeli. Aiskrim milo saya jual 50 sen jer. Ehh bukan saya jual Kakak Ayra yang berpanas hingga sun burn mukanya...alahai anak dara ku sorang ni..janji keinginan ditunaikan..
 
~yms~

Saturday 5 March 2016

Bertabahlah Wahai Sahabat...Doaku Mengiringi..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada yang membaca blog saya sekarang..semoga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat dan dilindungi olehNya. Kita jangan putus doa untuk minta yang baik-baik dari Dia, namun pasrah jika Allah SWT beri ujian kepada kita kerana disebalik ujian itu terselindung hikmah yang kita tidak tahu sebelum ini. Semoga disebalik pahit kita akan temui kemanisan...

Entri ini saya tujukan kpd sahabat yang disayangi Ijan atau Norizan..saya lama memgenalinya sejak mula bekerja dulu..mula-mula kami tidak rapat mungkin perwatakan saya membuat orang susah nak dekat tetapi bila sudah berkawan dan dapat menyelami hati masing-masing kami menjadi rapat. Sehinggakan pada tahun lepas jodoh kami sangat dekat apabila saya diberitahu beliau akan berpindah ke putrajaya sebelum saya mengikut jejaknya. Begitu juga apabila beliau pindah ke KL selang 2 bulan saya menyusul dan di tempatkan di Bahagian yang sama. Kami bekerja satu bumbung ke sana ke sini bersama untuk melangsaikan tugas yang diamanahkan, makan minum disama tempat dan susah senang kami dikongsi bersama. Ibarat susah senang kami bersama suka duka ditelan bersama...

Hingga pada suatu masa...beliau mengadu sakit dan saya izinkan untuk beliau jalani pemeriksaan terperinci di HKL. Berita mengejutkan saya dan kawan kami Kak Ida bila Ijan disahkan mengidap kanser yang kerap dialami oleh wanita. Allahurabbi..hari itu bagaikan hujan sepanjang hari.. Kami sugul memikirkan hari-hari yang akan datang....

  

Namun hidup perlu diteruskan, kami tidak mahu tekanan menjadi santapan Ijan setiap hari...kami sangat percaya dan doakan Ijan akan pulih seperti sediakala dan dapat bersama kami seperti selalu...
Gelak ketawa...berkongsi resepi...makan minum kami disulami dengan gelak ketawa...senyuman terukir tatkala berbicara...moment indah kami bertiga...(rindu saat itu...)



Alhamdulillah Ijan dah selesai operation 15 Januari 2016 yang lepas, kami sempat juga melawat Ijan di HKL sebelum discaj tempohari. Beliau sangat tabah dengan dugaan yang dihadapi dan saya terus mendoakan agar Ijan kuat dan terus kuat berusaha melawan penyakitnya...amin.



Selasa lepas 2 Mac 2016 cuti rehat saya diisi semata-mata memenuhi permintaan Ijan dan Kak Ida untuk kami habiskan masa bersama...pagi kami ke rumah Ijan di Setia Alam sambil menikmati hidangan mee goreng yang sangat sedap hasil air tangan Ijan..tenkiu my fren...sedap sangat mee goreng u muaahhhh. Selesai makan-makan sambil sembang pasal macam-macam hahaha kami bersiap sedia untuk ke SACC Mall..(ohh lupa saya bawa karipap utk Ijan dan Kak Ida dan ada lebih sikit untuk anak-anak Ijan). Nak cari apa di SACC Mall?? Ohh kami je yang tau hehehe itu rahsia...hahaha.

Best! Best! Best! Alhamdulillah kami biarkan masa berlalu pergi yang penting kami bertiga masih mencari dan mencuba..biasalah org pompuan kalau ber shopping memang cerewet. Apa yang penting kerjasama...sehati sejiwa...sabar...satu kepala hahahaha. 

Dah dapat apa yang berkenan dihati kami ke Tea Pot Deli hajat dihati nak makan laksa johor tapi takde rezeki takpe makan yang lain..ermm sedapnya puding roti..saya tapau scones olalala.

Kami makan sambil sambung sembang...tak abis topik yang dibicarakan huhh rasa dah penat cakap tapi masih byk yang nak dilontarkan...itulah kami..sembang gelak senyum dan yang pasti we fie hehehe.



Masa berlalu pantas sekali dah jam 5:00 pm kami terpaksa bersurai...ermmm hati dah sedih tapi pendam..jom balik..kereta masing-masing di rumah Ijan. Kami akan pastikan moment indah ini akan berulang tidah terhenti di sini...Kak Ida janji nak sambung di Kajang dan Putrajaya, turn saya di Saujana Utama haahh bila tue kita tunggu...



Saya akan simpan kenangan indah kami sampai bila-bila...moment ini akan dirindu...dikenang...moga Allah SWT mendengar hati-hati kami...bahagianya bila sahabat bersatu...itulah sahabat tidak hanya sahabat kami bagaikan adik beradik susah senang kami harungi bersama...semoga Ijan kuat untuk tempoh kemoterapi yang pertama pada 10 Mac 2016 nanti. Kami terus berdoa dan berdoa...agar sihat dan kembali pulih menjadi milik Ijan..saya tahu dia kuat..saya tahu dia tak pernah putus asa...saya tahu Ijan nak gembira seperti dulu, bahagia disamping keluarga tersayang...saya nak dia kembali bekerja seperti dulu..percayalah ada sinar yang terang dihadapan menunggu..saya tunggu saat itu...

            

Moga semua jadi kenyataan...sahabatku...aaminn...

::yms::



Wednesday 2 March 2016

Sedapnyer Umbut Kelapa !!

Alhamdulillah..dari minggu lepas sangat teringin nak makan UMBUT..terliur sangat. Cakap hubby nak cari di Pasar Paya Jaras ahad ni, tetapi nak dijadikan cerita semalam hubby balik dari ziarah kematian ayah saudara yang meninggal dunia. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan para syuhada. Ptg tu hubby singgah di Pasar Tg Karang nak beli ikan ternampak Umbut Kelapa..apa lagi sekilo hubby beli. Syukur Ya Allah, betapa Besarnya kuasa Mu hinggakan apa yang ada dalam hati hambaMu dapat didengari. Terima kasih hubby ingat dan tidak menghampakan keinginan isteri yang kadang-kadang punya selera pelik-pelik hehehe.


Malam tu juga saya masak UMBUT Masak Lemak Putih. Aduhai sedapnya..sepinggan tu saya dan hubby jer habiskan. Anak-anak masih baru lagi dengan makanan ni nak makan pun banyak soalannya. Saya pun pernah makan sekali sahaja masa kenduri kawin sepupu hubby dua atau tiga tahun yang lepas. Selepas tu saya teringat-ingat sampai sekarang. Ermm tengok di TV pulak Didie Alias masak Umbut ni dengan daging salai dimasak Lemak Cili Api aduhai memang mencabar betul. Ada ke yang tak kenal Umbut?? Haa ni dia..masa potong tu sempat saya makan mentah aduh lemaknya sedap sangat..tak sabar nak masak. 

 


Jomlah masak umbut...

RESEPI UMBUT MASAK LEMAK PUTIH

1/2 kilo Umbut dihiris nipis
2 cawan santan pekat
1 cawan air masak
1 biji cili dihiris
1/2 biji bawang merah besar dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
Segenggam udang kecil
garam secukup rasa

Masukkan kesemua sekali dan didihkan di atas api sederhana.
Kacau sentiasa sehingga umbut empuk.
Perasakan dengan garam.
Hidangkan dgn sambal belacan oolalaa..



Alhamdulillah... Hidang juga dgn ikan goreng atau lauk lain memang terangkat lah..

::yms::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...