Monday 23 March 2015

Cream Puff With Nuttela & Strawberry Filling

Assalam,

Wahh hati berbunga riang bila mana apa yang kita angan-angankan menjadi kenyataan. Huh leganya bila dapat menunaikan impian anak-anak setelah sekian lama minta mamanya buat Cream Puff beringikan Nuttella & Strawberry Fresh!. Allhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana beri saya ruang, peluang, kesihatan dan keinginan yang kuat untuk mencuba resepi yang dah lama saya simpan sedangkan insan lain di luar sana dah beratus-ratus kali membuatnya hinggakan ada yang buat bisness. Saya buat ini semata-mata melunaskan janji anak-anak saya yang suka dengan makanan yang sebegini. Kebetulan bulan ni kelahiran anakanda saya yang cerewet sikit pasal makan. Amir Haziq memang anak yang cerewet padal makan, dia seorang yang agak pendiam tetapi bila sesuatu makanan tak kena dengan tekaknya dia tidak akan makan. Taste dia agak kebaratan, itulah makanan yng akan disebut jika mamanya bertanya nak makan apa. Cream Puff ini di antara menu yang diminta sekian lama, nuttella menjadi kegemarannya sedari kecil. Hai la anak, semoga menjadi anak yang soleh dan menurut perintah Tuhan, mama akan cuba melunaskan permintaan anak-anak sekiranya kena dengan masa, tempat dan keadaan. InshaaAllah..

Saya dapatkan resepi ni dari blog-blog masakan yang pemes di alam maya ni..dan saya study betul-betul dengan penuh keyakinan. Alhamdulillah hadilnya sangat gebu, cuma oven saya ni tak sampai  20 minit dah masak cream puff saya ni. Nampak gaya ni tetamu pada hari raya tahun ni dapatlah rasa cream puff versi yms creation saya ni..




RESEPI CREAM PUFF
ymscreations 

Bahan-bahan :

125 gm tepung naik sendiri 
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telor

Cara membuat :

Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius 
Satukan butter, air dan gula dalam periuk dan panaskan hingga butter cair
Selepas mendidih masukkan tepung yang telah diayak dan perlahankan api
Kacau dengan pantas sehingga tidak melekat di periuk, adunan akan menjadi kental dan tutup api
Biarkan adunan betul- betul sejuk
Selepas sejuk putarkan menggunakan mixer dan masukkan telor sebiji demi sebiji dan putar hingga adunan menjadi licin
Gunakan piping beg utk membentuk cream puff mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki
Renjis dengan sedikit air sebelum dimasukkan ke dalam oven dan bakar mengikut kepanasan oven masing-masing, saya hanya membakar dalam tempoh 15 minit sahaja
Setelah  masak, keluarkan dan biarkan sejuk seketika dan potong untuk isi filling.
Seperti yang saya nyatakan tadi, anak-anak minta isi nuttella dan strawberry sahaja 



Tengok tu bukan gebusss nye dia hehe, anak-anak bergilir-gilir excited tengok cream puff yang mengembang dalam oven hehe..hai la anak..seronok ! alahmak ada lak fly dalam pic atas nie abaikan la yer sudah dihalau pun..tu buktinye cream puff ni memikat selera sesiapa sahaja hehehe

Apa yang membezakan cream puff ini adalah intinya itu memberi tamparan hebat kepada lidah seseorang yang memakan cream puff ni. InshaaAllah di lain kali saya akan buat menggunakan filling castard seperti resepi asal. Resepi asal saya guna dari kak ida@1001 resepi, terima kasih tuan punya resepi!



Alhamdulillah, tak sempat pun tunggu 8 jam cream puff ni sudah licin..ayah memang tak sempat rasa la sebab ketika ni hubby ada training RAJD di Sg Besi. Next time buat lagi, saya cuma buat satu adunan sahaja nak test jadi ke tidak..rupanya memang kebabom !!!! Hehee seronok !!!

Alhamdulillah..

~yms~


Sunday 22 March 2015

Lemang & Rendang Ayam Santapan Hujung Minggu

Assalam Pagi Ahad, semoga berada di bawah lindunganNya kepada semua pembaca blog saya. Alhamdulillah walaupun blog ini masih muda usianya ramai juga pengunjung dari luar negara sana. Tidak kira sesiapa jua pengunjung yang datang saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah, harapan saya agar blog ini bermanfaat kepada setiap pengunjung yang datang. 

Ok jom sarapan dihujung minggu!
Lemang ni Kakak saya yang beri dibawa balik dari Kuala Lipis. Abang Ipar saya yang seorang ni berasal dari Kuala Lipis. Nanti saya ada enti khas perihal Kuala Lipis yer!!. Sekarang nak cerita pasal Lemang yang sedap nih hingga saya sanggup buat Rendang Ayam dipagi hari Ahad yang hening ini hehe..

Seronok bila hubby dok menjenguk jenguk dapur bau rempah rendang ditumis..



Resepi Rendang Ayam pernah saya kongsikan tetapi kuantiti yang banyak tapi kali ni saya guna 1/2 ekor ayam sahaja.

Jom resepi,

RENDANG AYAM
yms creations

Bahan bahan :

1/2 ekor ayam (ayam daging)
5 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia*
1/2 lengkuas*
1 inci kunyit hidup *
2 batang serai *
1/2 senduk cili kisar - ikut suka pedas
1 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit - dihiris 
1 helai daun limau purut
1 sdb kerisik 
Kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang (agak-agaklah jgn banyak sgt)
Garam 
Gula

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan yang telah dikisar sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar serta lengkuas yang diketuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. Pastkan benar-benar kering ye, baru dimasukkan santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 

Akhir sekali, masukkan daun limau purut, kerisik, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak dan taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.


Rendang yang sudah siap dimakan dengan lemang yang lembut dan lemak nih, alahai sedap sungguh !!!

Alhamdulilah..

~yms~

Saturday 21 March 2015

Kek Marble Oren & Coklat

Kek Marble lagi hehe...kali ni saya perasakan dengan oren sunkist dan coklat.

Kali ni juga saya menggunakan Pure Creamy Butter SCS.  Wow hasilnya memang menakjubkan, puas hati saya menghasilkan sebiji kek yang gebu dan sangat lembut!. Alhamduillah...



Mudah jer resepi kek marble atau Kek butter ni. Sama seperti resepi sebelum ni cuma saya tambah perasa buah oren sunkist yang segar sahaja.




RESEPI KEK MARBLE OREN & COKLAT
ymscreations

Bahan-bahan :

250 gm pure butter SCS
1 cawan gula castor (saya kurangkan gula sikit tidak penuh)
2 cawan tepung
1 sdk baking powder
5 biji telor gred A
1 sdk esen vanila
1 biji oren sunkist
1 sdb coklat serbuk 

Cara membuat :

Parut kulit oren yang warna oren sahaja dan perahkan airnya.
Putarkan butter hingga creamy  dan masukkan gula, putar hingga kembang
Masukkan esen vanila
Sementara itu panaskan oven 150 darjah celcius dan sediakan baking paper ke dalam tin pembakar kek serta sapukan butter ke dalam tin kek
Masukkan telor sebiji demi sebiji hingga habis dan putar lagi setelah sebati behenti putar
Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dgn cara kaup dan balik (tepung telah diayak dgn baking powder)
Ambil 1/3 bahagian, bancuh dgn warna coklat dan 2/3 dengan kulit oren dan jus oren tadi
Masukkan adunan tadi berselang seli untuk dptkan  bentuk marble yang disukai
Bakar kek hingga masak mengikut kepanasan oven masing-masing



Tak sampai 24 jam kek ni hehe hubby pun tak dapat rasa anak-anak sangat suka lembut sangat kejadiannya.
Alhamdulilah..

~yms~




Thursday 19 March 2015

Pergedil...amboi cepatnya licin..

Pergedil ! Pergedil ! Dulu sebelum saya berjaya buat sendiri pergedil ni terasa sangat susah rasanya     nak buat. Tetapi sekali buat alhamdulillah tak la susah mana hendak seribu daya tak hendak seribu     dalih. 

Mudah aje rupanya, jom lihat resepi




RESEPI PERGEDIL 

Bahan-bahan :

3 biji kentang import (yang besar sikit) dipotong bulat dan digoreng empuk
10 ulas bawang merah kecil dihiris halus dan digoreng
2 sudu besar udang kering direndam, digoreng dan ditumbuk halus
1 pokok daun sup dihiris halus
2 biji telor
sedikit garam sekukup rasa
sedikit lada sulah

Cara membuat :

Kentang yang telah digoreng dilenyekkan hingga halus
Masukkan garam dan lada sulah (agak-agaklah jangan terlalu masin)
Masukkan bawang goreng, udang goreng yang telah halus dan daun sup
Gaulkan hingga sebati
Masukkan 1/2 biji telur yang telah dipukul
Bentukkan bulat dan tekan sedikit agar nampak leper
Celupkan ke dalam telur yang telah dipukul tadi dan goreng dalam minyak yang panas
Pastikan api jangan kuat dan jangan hangus
Hidangkan dengan mee hoon sup, soto atau makan begitu saja




Wahh memang sedap nih..kadang-kadang saya buat rencah ayam atau daging. Anak-anak saya sangat suka ni..sekejap je duk dalam pinggan tak sedar licin dah hehehe

Alhamdulillah..

~yms~

Thursday 12 March 2015

Pulut Kuning untuk Amsyar....


Selamat Ulang Tahun...Selamat Ulang Tahun...for my little love Amsyar Hayy pada 28 Februari 2015 yang lalu..Kami sangat sayangkan kamu duhai sayang..

Ni baru sempat nak cerita. Maklumlah saya bkn Housewife dan tak sempat buat entry hari-hari, perlu curi-curi masa. Saya jadikan ber 'blog' ini sebagai hobi, daripada buang masa tak tentu hala. Ada baiknya saya ber'blog' berkongsi rasa dari hasil air tangan, rasa dari perasaan. itupun kepada pembaca yang sudi singgah ke sini.

Alhamdulillah, dari hari ke hari saya nampak ada sahaja yang singgah dari merata negeri mahupun negara. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah, tak jadi follower pun tidak mengapa. saya sangat low profile hehehe. Apa yang saya harap agar ilmu masakan ini dapat dikongsikan dengan insan lain terutamanya anak perempuan tunggal saya dan bakal anak menantu saya akan datang, InshaaAllah... 
.
Yang penting bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar berkongsi rasa. 

OK!!! ke tujuan sebenar entri ini ditulis...
Saya buat pulut kuning ni untuk disedekahkan kepada jiran yang terdekat dan yang ada di rumah ketika tu.
Kepada yang tiada di rumah ketika tu tak dapatla saya nak hulurkan dan kepada yang dah declared tak makan pulut. 

Siapa yang dapat tu kira rezeki lah yer sebab saya sediakan ppulut ni denga hati yang tulus ikhlas dengan niat agar anak comel saya ni diberi kesihatan berpanjangan dan menjadi anak yang menuruti perintah Allah S.W.T.

Saya tak bercadang untuk kongsikan resepi di sini kerana kukus atau tanak pulut ni semua orang tahu kan..cuma kukus ni ambil masa yang agak lama lebih dari sejam.

Kali ni saya kukus, saya kukus dengan meletakkan sesudu butter untuk melembutkannya bagi kukusan pertama. Kukusan kedua barulah di gaulkan dengan santan pekat yang dicampurkan garam secukup rasa.




Kali ni saya gandingkan dengan rendang ayam, resepinya boleh rujuk di SINI...mudah jer




Alhamdulillah , kami semua dapat juga merasa sorang sedikit..mkn pulut ni bukan boleh berulang kali sangat, angin lah macam-macam. Biar sedikit tetapi menyelerakan dan diingat-ingat sampai bila-bila. Saya cadang nak buat lagi dengan cara tanak menggunakan periuk Noxxa..inshaaAllah.







~yms~

Wednesday 11 March 2015

Nasi Lemak Sambal Udang

Lagi lagi..dan lagi..Nasi Lemak !! Bila ditanya Hubby nak breakfat apa esok pagi? jawapannya Nasi Lemak! Kali ni Sambal Udang Fresh !! memang enak sangat aduhai lah..memang meletop..

Saya dapat udang fresh ni di Pasar Nelayan saya pernah cerita perihal ikan segar di SINI, Kak Zie akan hubungi saya ikan dan udang yang saya booking sudah ada. Petang saya akan datang ambil, senangkan..yang pasti fresh!

Sebelum ni saya ada kongsi resepi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis Petai seperti di SINI..haaa kali ni saya sediakan Sambal Udang Petai. Resepi sambal sama sahaja bezanya cuma udang, saya goreng dulu udang tu biar layu dan diangkat. Masak macm biasa selepas letak asam jawa, garam dan gula, baru masukkan udang. Masak sambal ni kena sabar hingga naik minyak dan betul-betul garing untuk dapatkan kualiti yang baik, sedap dan menyihatkan.





Kali ni saya nasi lemak dimakan dengan ikan bilis goreng, telor goreng dan timun yang segar. 

Satu lagi..daun pisang..haaa ni daun pisang depan rumah tau...berbudi pada tanah kita yang dapat hasilkan. Janganla tanam pokok yang buat semak mata memandang tapi kita tak dapat manfaaat pun dari pokok tu. Daun pisang ni hubby selalu cantas daunnya saya ni geram tengok daun pisang ni ada je nak dibuatnya. Tapi sekarang ni tak sempat hubby cantas ada manusia lain yang cantas..hmmmm pelik dengan perangai manusia ni tiada adab berjiran, budi bahasa hilang..nak ambil mintala izin tuan punya pokok. Kita ni kalau orang berbudi bahasa kan seronok, jangan di cantas batang pokok tu sudahla. Sebab pernah berlaku dulu pokok kari dan pandan saya memang sihat dan subur tetapi ada manusia yang tak berhati perut ni boleh matikan pokok tu saja-saja. Saya nak juga rasa bersedekah dengan orang tapi bila orang buat tak baik macam tu adoiii susah nak cakap. Sekarang tanam pokok kari dan pokok pandan dalam kawasan pagar rumah. Ada juga yang diluar, hanya mampu berdoa agar manusia yang suka mengambil hak jiran tu dilembutkan hatinya agar tidak merosakkan pokok tu. Ambillah...saya sedekah tetapi jangan sekali-kali ambil tanpa sebab apatah lagi nak rosakkan pokok tu. Aduhaila manusia...membebel dah saya ni..

Ok! Kali ni saya bungkus nasi lemak dengan daun pisang, ermmm terasa wangi nasi tu..jangan lupa basuh dan lapkan daun pisang tu yer. Kebersihan perlu jaga..maklumlah depan rumah saya ni macam jalan utama kereta lalu lalang habuk dan macam-macam yang menyinggah kat pokok pisang ni.

Nak cerita memang licin nasi lemak kami hari tu..wah seronoknya..tunggu la mesti selang seminggu menu ni akan muncul kembali hehehe..





Alhamdulillah...

~yms~

Tuesday 10 March 2015

Betik Muda Tumis Lemak..sedapnya!


Aduhai..sedapnya betik muda ni dimasak tumis lemak. Beginilah saya bila rindu dengan arwah bonda dan nenda serta masakan arwah berdua saya akan masak sendiri menu yang saya ingat dan kenang sampai bila-bila.

Kali ni menu ini, betik muda dah lama ambil dok dalam peti dah lama.

Kadang-kadang saya akan tanya adik arwah mak yang masih ada di Meru, kadang-kadang saya mengagak sahaja resepinya.

Yang ini saya mengagak dan mengolah sendiri seperti saya merasainya ditekak. Itulah penangan kesedapan masakan mereka sangat menarik hati.





RESEPI BETIK MUDA TUMIS LEMAK 
yms creations


Bahan-bahan :

1/2 biji betik muda yang saiz sederhana
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil merah
1 hiris halia dan lengkuas
2 sudu besar cili kering kisar
1 batang serai dititik
1 cawan udang basah
1 sudu kecil gula
garam 
minyak untuk menumis

Cara membuat :

Betik dikupas dan dicuci bersih, gunakan penyagat untuk dapatkan hirisan yang halus
Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan lengkuas hingga lumat
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi hingga garing
Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga betul-betul garing
Masukkan serai yang dititik, betik  dan udang
Masukkan santan cair biarkan menggelegak sambil dikacau
Masukkan santan pekat, garam dan gula
Bila betik sudah empuk sempurna boleh tutup api
Hidangkan dengan lauk pauk lain





Walla makan dengan ikan goreng dan sambal becacan pun da sedap weeiiiii

Alhamdulillah

~yms~

Monday 9 March 2015

Daging Ungkep Jawa !!

Assalam,

Bila ku rindu akan ku sebut nama mu...walaupun dikau sudah tiada...hmmm saya rindukan arwah mak saya, semoga arwah tenang di sana. Saya sediakan sendiri lauk ni bila rindukan dia..nama lauk ni Daging Ungkep, orang jawa mesti tau kan..

Bukan ungka ya! Bukan main lagi nak permainkan menu orang..hehheh.

Daging ungkep ni pedas sikit saya tambahkan cili api, memang licinlah kisahnya bila dimakan dengan nasi impit dan kuah kacang..alhamdulillah..

Sejak saya kecil menu ni jadi hidangan wajib! Bukan bermakna hari - hari tetapi kerap dimasak. Dulu arwah nenek, arwah mak dan makcik saya letakkan cili api sebiji-sebiji tetapi kali ni saya blend terus kerana anak-anak saya sukakan pedas. Jangan banyak sangat setakat 5 ke 7 biji cukuplah kan.

Jom selak resepi turun menurun keluarga saya ni.,





RESEPI DAGING UNGKEP
yms creations

Bahan-bahan :

Daging 1/2 kilo - dihiris nipis
2 sdb ketumbar biji*
1 sdk jintan halus*
1sdk jintan kasar*
1 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
5-7 biji cili api*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai*
4 ulas bawang merah atau 1/2 biji bawang besar*
1/2 inci lengkuas*
1 sdk gula
Garam secukup rasa

Cara memasak :

Rendam terlebih dahulu ketumbar biji, jintan halus dan kasar. Blend semua bahan yang bertanda * hingga betul-betul halus. 
Separuh bahan kisar tadi diperap dengan daging dalam 20 minit, lagi lama lg sedap
Saya gunakan pressure cooker untuk melembutkan daging yang diperap tadi bersama rencah
Panaskan minyak dalam sesenduk dan tumis bahan kisar yang separuh tadi
Biarkan hingga garing dan wangi baru masukkkan daging yang telah dilembutkan tadi
Masukkan sedikit air dan perlahankan api, masukkan gula dan garam secukup rasa
Biarkan hingga betul- betul empuk dan mesra rasanya 
Bila sudah agak kering seperti gambar di bawah boleh tutup api dan hidangkan





Kali ni saya hidangkan dengan nasi impit dan kuah kacang...licin! 
Saya bawakan untuk Abah dan adik-adik di Meru..juga licin..alhamdulillah
Syukur kepada Allah S.W.T di atas nikmat yang dikurniakan..



Makanan jawa sentiasa dihati...

~yms~

Sunday 8 March 2015

Nasi Jagung Memikat Selera !!

Jagung sememangnya banyak khasiatnya di samping mempunyai rasa yang sangat lazat dan menyelerakan. Sila klik di SINI untuk tahu khasiat jagung. Please check it out!.  Boleh buat jagung bakar, bubur jagung, jagung kukus, puding jagung dan macam-macam lagi lah..

Kali ni nak kongsi pasal keenakan Nasi Jagung!!. Friendly speaking memang saya tak tau pun ada wujud nasi jagung..mulanya saya buat bubur jagung dicampur dgn labu & keladi utk menu berbuka puasa minggu lepas. Helper saya Iffah, tiba-tiba bersuara 'saya selalu bikin nasi jagung jika ada jagung' katanya. Owh ye ke..kamu masak bagaimana? huhu..ckp indon pulak saya..ekeke.

Masak dengan nasi aja..gitu... Mudah aje..so saya nimpan hasrat nak cuba masak nasi jagung weeken ni..mungkin dia teringin maklumlah di perantauan mungkin teringin nak makan masakan mereka.

Saya cuba google dan jumpa resepi nasi jagung ni di blog Sinar Kehidupanku. Tq K. Yatie !!
Tetapi saya olah sendir mengikut kesukaan saya hehe..jom tengok resepi.





RESEPI NASI JAGUNG
yms creations

Bahan-bahan :

4 cawan beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan
5 cawan air
2 biji jagung (asingkan dan kikis jagung utnuk mndapatkan butiran dan krim jagung dari batangnya)
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 camca besar marjerin planta
1 camca besar minyak zaitun
1 inci halia, hiris
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkeh
Garam secukup rasa

Cara membuat :

Panaskan minyak zaitun dan planta dalam kuali, masukkan bahan tumis, bawang besar, bawang putih, serai dan halia hingga harum.
Masukkan jagung dan tumis hingga layu
Masukkan garam dan air ikut sukatan, biarkan menggelegak
Matikan api, masukkan beras tadi dan alihkan dalam rice cooker.
Masukkan garam secukup rasa.
Tanak nasi seperti biasa hingga masak.




Hidang dengan daging masak merah dan acar mentah timun & karot..walla..alhamdulillah..



ermmm yummy..licin...meletop..



~yms~

Friday 6 March 2015

Macaroni Goreng..Sukanya Dia !!

Sedapnyer mama..macaroni pagi tadi..Allahuakbar!! Merengek minta dibuatkan macaroni, mama pun bangun pagi-pagi rebus macaroni kasi empuk dan goreng macam nak goreng mee.

Berencahkan ayam yang dipotong halus, carot dipotong dadu dan daun sup untuk menambah perisa dan variasi warna.

Ammar berkejar bila saya balik dari tempat kerja bertanyakan 'mama ada lagi tak macaroni ma'..alamak..alhamdulillah ada sedikit baki saya simpankan untuk hubby tetapi punyala tak sampai hati saya cedokkan separuh untuk Ammar aduhai la anak..dah habis minta lagi.

Abang, Kakak dan Amir pun sama meminta untuk dimasakkan lagi macaroni..inshaaAllah anak-anak akan mama usahakan.





Mudah je masak macaroni ni..jangan fikir yang susah-susah yer..jom resepi.

RESEPI MACARONI GORENG MUDAH
yms creations

Bahan-bahan :

Sebungkus macaroni - rebus dengan minitikkan minyak zaitun dan sedikit garam
Cili kisar - 4 sudu besar
2-3 ketul ayam bahagian daging - dipotong kecil atau dadu
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang putih dipotong dadu
1/2 biji carrot dipotong dadu
1 pokok daun sup dihiris
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sedikit gula
garam secukup rasa
sedikit air
minyak zaitun untuk menumis

Cara membuat ;

Rebuskan macaroni hingga sempurna
Bawang putih di cincang halus, tumbuk pun boleh
Panaskan minyak zaitun, dan tumiskan hingga garing dan naik bau
Masukkan bawang besar dan carrot yang telah dipotong dadu
Masukkan cili kisar dan biar hingga garing
Masukkan daging ayam dan biarkan hampir masak
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, garam, gula dan sedikit air
Renihkan hingga mendidih dan ayam masak sempurna
Masukkan macaroni yang telah ditoskan dan daun sup
Gaul dengan sempurna dan perasakan sesedap rasa






Taraaa....boleh hidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang..yummy..yang penting anak-anak mama hepi...

Alhamdulillah..

~yms~

Thursday 5 March 2015

Belimbing Buloh Mula Berbuah

Assalam,

Jom ke kebun kita hari ni..kebun yang tak berapa nak kebun sangat lah..tanah sikit sangat duduk rumah teres mana banyak sangat tanah. Apapun syukur alhamdulillah kerana Allah masih beri ruang dan peluang untuk bercucuk tanam. Hobi saya bercucuk tanam ni saya bawa ke mana saja..alhamdulillah yang lain saya konsikan kemudian ye..kali ni seronok nak cerita perihal Pokok Belimbing Buloh spesis hijau.


                              




Saya suka belimbing buloh, selalu ambil jiran saya punya Salmawati beliau pindah ke Putrajaya. Suka buat sambal hitam resepi orang Pahang. Selain dari tu masak lemak cili api, sambal tumis, sardin pn sedap bubuh belimbing ni. 

Di rumah abah saya ada juga pokok belimbing buloh ni tapi spesis lain warna kuning buahnya. Saya sukakan yang buah hijau ni lagi lembut bila di masak dan rasanya lebih masam. 

En Suami yang menanam pokok ni di hadapan rumah kami, terkejut juga sudah berbuah tidak sampai setahun. Alhamdulillah rezeki Allah S.W.T beri cepat, terima ajelah. 

Yang sempat saya masak dengan buah belimbing ni adalah Masak Lemak Cili Api Ayam di SINI..memang menyelerakan lah. Tetapi ini adalah buah yang kali kedua..yang pertama saya petik tahun lepas tetapi tertinggal dalam kereta adik masa tu saya nak keluar. Rasanya kering macam tu saja dalam kereta..takpelah tiada rezeki namanya tu.



                                

~yms~

Wednesday 4 March 2015

Ayam Masak Lemak Cili Api Belimbing Buloh

Hati berbunga riang lagi bila nampak pokok belimbing buloh yang ditanam tahun lepas sudah berbuah. Alolo..manja jer berbuahnya,,dapatlah 4 biji, ini kali kedua berbuah yang pertama dulu sudah dipetik tetapi terbawa ke dalam kereta adik saya masa tu nak keluar ke Setiawangsa rasanya. Bila dah balik ke rumah langsung terlupa..adoilahh sayangnya mesti kecu macam tu je dalam kereta si adik bongsu saya tu hehe. Itulah yang dinamkan tiada rezeki, takpe kali ni saya minta Ayra petik dan terum masukkan dalam kuah yang sedang menggelegak di atas dapur.



Mudah je masak lemak ni..

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API BELIMBING BULOH
yms creations

Bahan-bahan :

Ayam yang telah bersihkan dalam 10 ketul
5 biji cili api 
1 inci kunyit hidup
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah kecil
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 biji kentang potong 4
sebatang serai
sekeping asam keping
5-6 biji belimbing buloh (saya guna 4 biji jer ini je yang ada)
garam

Cara membuat :

Tumbuk cili api, kunyit, bawang putih dan merah besertakan garam hingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk dan ayam, saya perap sekejap dan letak atas api.
Biarkan hingga ayam meresap dan separuh masak, masukkkan serai dan asam keping.
Masukkan santan cair dan kentang.
Bila ayam sudah empuk masukkan santan pekat dan belimbing buloh, masak hingga mendidih.
Rasa cukup masin atau tidak.
Apabila belimbing kentang sudah empuk boleh ditutup api.





Aduhaiii seleranya kami anak beranak makan, hidangkan dengan sambal tempoyak dan ulam-ulaman pun dah cukup enak!!

Alhamdulillah..

~yms~


Kek Pisang Minyak Pulak!

Semangat membuat kek membuak-buak hehe..kali ni kek pisang menggunakan minyak jagung. Pernah juga gagal buat kek macam ni dulu, ketika tu saya gunakan blender seperti di dalam resepi yang saya salin. Buat kek ni kena study juga yer bukan main copy & paste je, banyak yang mempengaruhi keberhasilan kek ni. Haaa bila kek yang dibuat dah mula menjadi ni, mulalah bersemangat untuk cuba resepi- resepi pelbagai kek yang lain pulak!.

Kali ni saya kongsikan resepi kek pisang yang menggunakan minyak yer..teksturnya lembab sikit.
Biasanya saya guna butter apapun rasanya tetap enak!

Kek Pisang Minyak
yms  creations

Bahan-bahan :

1 cawan minyak jagung
1 cawan gula castor
1 cawan pisang berangan yang telah dilecek
2 cawan  tepung naik sendiri
1 sdt serbuk penaik
5-6 biji telor gred A
1 sdt esen vanila


Cara membuat :

Pukul telor dan gula hingga kembang dan masukkan gula castor. 
Masukkan minyak dan esen vanila pukul lagi hingga sebati.
Berhenti menggunakan mixer.
Masukkan pisang dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit demi sedikit menggunakan kaedah kaup dan balik.
Panaskan oven dan sediakan tempat pembakar yang dilapik dengan baking paper dan sapu dengan marjerin keliling dan di atas kertas.
Masuk adunan ke dlam acuan berselang seli dan lorekkan mengikut kesukaan.
Masukkan ke dalam oven selepas 10 minit dipanaskan. Saya gunakan 170 darjah celcius.
Bakar selama 50-60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.






alhamdulillah..

~yms~

Tuesday 3 March 2015

Akhirnya Kek Marble Moist Menjadi

Alhamdulillah bila impian terlaksana hati berbunga riang..seronok sangat bila kek marble kali ni sangat menjadi. Resepi dari my twin tersayang Yuslin or Lin !.

Saya kadang-kadang dah merajuk nak buat kek marble ni disebabkan asyik tak menjadi. Minta my twin buatkan sebuku ak sampai 24 jam habis..hmm nampaknya kena buat juga sendiri. My twin whatsapp resepi pada saya dengan pesanan buatla yer lepas ni..Nak tak nak mesti cuba jaya!

Alhamdulillah akhirnya, dengan cara pukulan, step by step, sukatan resepi dan kepanasan oven kek marble saya membuahkan hasil!.

Jom saya share kan resepi..





KEK MARBLE MOIST
yms creations
My Twin Lin

Bahan-bahan :

250g butter
1 cawan gula castor
2 cawan  tepung naik sendiri
1 sdt serbuk penaik
5-6 biji telor gred A
1 sdt esen vanila
2 sdb susu pekat

Cara membuat :

Pukul butter hingga hampir kembang dan masukkan gula castor. Pukul hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan telor sebiji demi sebiji dan yang terakhir pukul hingga sebati. Behenti menggunakan mixer.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit demi sedikit menggunakan kaedah kaup dan balik.
Bahagikan adunan sama rata dan warnakan mengikut kesukaan masing- masing. Saya guna warna yang lembut jer
Panaskan oven dan sediakan tempat pembakar yang dilapik dengan baking paper dan sapu dengan marjerin dalam acuan.
Masukkan ke dalam oven selepas 10 minit dipanaskan. Saya gunakan 170 darjah celcius.
Bakar selama 50-60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.







Seronoknye anak-anak dan suami menikmati kek marble ni. Hati berbunga riang bila buat sesuatu yang disukai keluarga..moga dapat eratkan kasih sayang! Amin..

Alhamdulillah..

yms



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...