Saturday 28 February 2015

Kek Marble Pisang Marbeles!

Setiap hujung minggu adalah kek pisang..kek marble dan pelbagai kek lagi..hehe seronok!..Kebetulan baby Amsyar Hayy genap setahun hari ni..wahh baby Amsyar pun makan kek!.

Apa yang tak seronoknya..bila kita mula putar mixer anak-anak dah bertanya mama buat apa, Sambutan pulakluar biasa buktinya haaa tengokla gambar di bawah ni. Ammar Hayyan seorang budak penggemar kek, dia tidak sabar menunggu mamanya memotong kek. Hehe hai la anak..masih panas sudah suruh dipotong..mama tak sampai hati ikutkan jelah..

Ayah minta kek pisang, Mama nak kek marble coklat. Mama pun reka lah Kek Marble Pisang..alhamdulilah hasilnya sangat puas hati !





RESEPI KEK MARBLE PISANG 
yms creations

Bahan-bahan :

250g butter
1 cawan gula castor
1 cawan pisang berangan yang telah dilecek
2 cawan  tepung naik sendiri
3 sdb serbuk koko 
1 sdt serbuk penaik
5-6 biji telor gred A
1 sdt esen vanila


Cara membuat :

Pukul butter hingga hampir kembang dan masukkan gula castor. Pukul hingga kembang.
Masukkan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan telor sebiji demi sebiji sehingga yang terakhir pukul hingga sebati.
Behenti menggunakan mixer.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan masukkan sedikit demi sedikit menggunakan kaedah kaup dan balik.
Bahagikan adunan sama rata, satu adunan campurkan dengan pisang dan satu adunan lagi campurkan koko yang telah ditapis. 
Panaskan oven dan sediakan tempat pembakar yang dilapik dengan baking paper dan sapu dengan marjerin keliling dan di atas kertas.
Masuk adunan ke dlam acuan berselang seli dan lorekkan mengikut kesukaan.
Masukkan ke dalam oven selepas 10 minit dipanaskan. Saya gunakan 170 darjah celcius.
Bakar selama 50-60 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.





 



Dapat message dari hubby..'buat lagi kek marble pisang'..hmm itu tandanya kek ini akan menjadi favorite forever..alhamdulillah

~yms~ 

Thursday 26 February 2015

Paceri Nenas Special


Nenas, buah-buahan yang saya dan anak-anak saya suka. Selain dimakan begitu shaja sedap juga dimasak lemak, asam pedas dan paceri. Enri kali ni bercerita tentang Paceri Nenas Special. Sebab apa yer special? Kerana rempahnye dibuat sendiri, resepi from my mother in law (MIL) . Jom tengok resepi...




RESEPI PACERI NENAS SPECIAL
yms creations

Bahan-bahan :

1 biji nenas moris atau madu - sederhana besar
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah kecil*
1 inci kunyit hidup* 
1 sb udang kering / ikan bilis*
1/2 inci halia* 
10 tangkai cili kering disiang dan rendam dgn air panas*
1 sb ketumbar*- rendam 
1 sk jintan halus* - rendam 
1 sk jintan manis* - rendam
1/4 cawan air asam jawa
1-2 sb kerisik
1 batang kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga 
1 cawan santan pekat
1-2 sb gula melaka
1-2 sb gula 
Garam secukup rasa
2-3 cawan air masak untuk merebus nenas 
minyak masak - dalam 1 senduk


Cara Memasak :

Nenas dikupas dan dipotong empat dan direbus. Apabila telah empuk toskan dan airnya boleh dibuat jus. 

Cili kering yang telah direndam di basuh dan ditos, digoreng bersama dengan bawang putih, bawang merah, jintan manis, jintan halus dan ketumbar biji. 

Apabila telah layu, diangkat dan dikisar bersama dengan halia dan kunyit hingga halus.

Panaskan minyak dan tumiskan rempah ratus bersama bahan kisar tadi. Biarkan hingga garing dan naik minyak, masukkan udang kering atau pun ikan bilis.

Setelah naik minyak masukkan santan pekat, gula melaka, gula dan garam. Kemudian masukkan air asam jawa. Biarkan sebati dengan cukup rasa manis, masin dan masam. Akhir sekali masukkan kerisik.







Masak lauk ini memang kena sabar, biarkan hingga naik minyak untuk mendapatkan rasa rempahnya.

Lauk paceri ni perlu ada rasa manis sikit tapi jangan manis sangat elakkan diabetis hehe.

Hidangkan dengan nasi minyak, ayam goreng atau nasi puti dan ikan goreng atau telur dadar.

Memang sangat sedap!..cuba yer jangan tak cuba.




~yms~

Wednesday 18 February 2015

Sambal Tumis Hati Pari..ermm sedapnyer



Hati Pari!!! yes..saya jumpa di Pasar Nelayan pada hari sabtu pada masa tu memang banyak ikan pari naik. Selain hati pari, insang pari pun turut dijual..saya suka hati pari..murah sahaja yang penting fresh!

Saya bakar, tumis cili dan buat sambal hati pari ni..kali ni saya kongsi resepi sambal tumis dulu entri lain akan menyusul yer.






SAMBAL TUMIS HATI PARI
ymscreations

Bahan-bahan:

Hati Pari - 2-3 keping (sila rujuk gambar di bawah)
Bawang kecil - 3 ulas
Bawang besar - 3 ulas
Bawang putih - 2 ulas
Cili kisar - 3 senduk
Belacan - 1 inci
Air asam jawa -1/2 cawan
Minyak untuk menumis
Garam -secukup rasa
Gula  - secukup rasa




Ni dia hati pari yang fresh tu yer

Cara memasak:

Bawang kecil , 2 bawang besar , bawang putih dan belacan dikisar dan tumis hingga garing
Masukkan cili kisar biarkan lama atas api hingga naik minyak
Masukkan garam, diikuti dengan gula
Bila sudah sebati masukkan air asam jawa
Masukkan hati pari yang dipotong sederhana dan sebiji bawang besar yang dipotong bulat.
Kecilkan api tunggu hingga hati pari masak





Nota : Hati pari akan mengeluarkan sejumlah minyak yang banyak, jadi bila nak menumis tu guna sedikit sahaja ye minyak masak tu.

Hidangkan dengan nasi panas ermm sedapnyer...

~yms~

Monday 16 February 2015

Mee Rebus Tulang


Cerita ini perihal TULANG lembu yer...hmm sedapnye buat sup!! Tapi kali ni saya buat MEE REBUS TULANG..permintaan suami yang memang sukakan tulang. Air manis tulang lembu ni terutama yang di bahagian rusuk memang menawan kalbu hehe. Sedap dimasak apapun.kari ke, sup ke..kuah jadi manis dan sedap.

Haa gambar bawah ni anak perempuan tunggal saya yang buat..seronok sangat dia makan berulang kali & sempat snap gambar yang pinggannya agak comot..maafkanje la ye..anak-anak. Mama..tengok ni macam dalam majalah tak..hehe iye..tapi pinggan tu kenapa comot. Apa pun saya sangat menghargai suami dan anak-anak saya kerana sangat menyukai menu ini. Sebab itu saya gunakan juga gambar ini tanda penghargaan saya kepada anak saya Ayra Hadirah. 





Resepi ni cukup untuk kami sekeluarga jika untuk jemput tetamu perlu tambah la ye..jom layan resepi.


RESEPI MEE REBUS TULANG !
ymscreations

Bahan-bahan:

Mee kuning - 2 paket dicelur
Tulang bahagian rusuk - sekilo
Udang - 1 mangkuk kecil
Udang kering* - 1 sudu besar direndam
Bawang besar* - 2 biji
Bawang putih* - 3 ulas
Keledek - 2 biji yang sederhana direbus dan lecek halus
Halia* - 1 inci
Lengkuas* - 1/2 inci
Serai - 2 batang diketuk
Rempah kari daging - 2 sudu besar ( saya guna rempah kari cap O dari Alor Setar)
Jintan kasar* - 1/2 sudu teh
Jintan halus* - 1 sudu teh
Ketumbar biji* - 1 sudu besar
Cili kering yang sudah dikisar - 2 sudu besar
Air rebusan daging/tulang
Bawang kecil 5 ulas hiris halus dan goreng
Tomato - 1 biji
Sawi - 2 pokok
Telor rebus
Limau kasturi 
Garam dan gula - secukup rasa
Cili hijau dan merah di hiris serong
Minyak


Cara membuat :

Rebus tulang yang telah dibasuh dengan menggunakan peruik noxxa (atau preesure cooker lain)
Kisarkan bahan yang bertanda * hingga halus
Panaskan minyak dalam suku cawan dan tumiskan bahan kisar, masukkan serai dan tumis hingga garing 
Masukkan cili kisar, udang kering  dan rempah kari, tumis lagi hingga naik minyak
Letakkan sedikit air rebusan tulang dan tulang biarkan hingga sebati
Agak-agak tulang dah meresap dengan bahan tumis tadi masukkan udang dan stok air rebusan tulang hingga habis serta keledek yang telah lumat
Anggarkan kuantiti air yang dimasukkkan dengan kuantiti mee
Letakkan garam dan gula
Sebatikan rasa ada manis tetapi jangan terlebih manis yer, biar rasa manis tu dari tulang dan udang
Bila tulang sudah empuk dan udang telah masak dan biarkan mendidih beberapa kali, masukkan sawi dan tomato yang dipotong. Boleh ditutup api.
Hidangkan mee dengan telor rebus, bawang goreng, limau kasturi, cili hijau dan merah, tahu dan taugeh (saya letak sawi je kali ni) & cedoklah kuah yang dah dimasak tadi..

Makanlah dengan keluarga tersayang semoga kasih sayang semakin erat dengan hidangan yang kita sediakan aminn..alhamdulillah






Tulang atau daging akan lembut sekali dengan menggunakan periuk Noxxa...sila rujuk di SINI





Bertambah suami dan anak-anak makan..memang berbaloi..jika nak belipun saya belum jumpa yang kena dengan tekak lagipun boleh makan berulang-ulang, yang penting tahap kebersihan dan bahan-bahan yang digunakan terjaga.

~yms~



Sunday 15 February 2015

Cendawan Tumis Hati


Cendawan memang sedap, memasaknyer pun mudah.

Kali ni cendawan tumis hati..memang menawan hati..hehe

Sekarang yang jumpa pun cendawan tiram, dulu-dulu saya suka sangat makan cendawan yang macam payung tu..






Susah nak jumpa dah spesis cendawan camni..boleh buat goreng dengan tepung kfc yang rangup tu..rasanya seakan ayam goreng tapi masih ada rasa cendawan laa sedap!!

Owh dalam dua tahun lepas di kampung abah saya ada tumbuh dapat banyak juga..cuma sekarang tak rajin nak gi merayap..hehe

Apa pun cendawan tiram ni pun sedap juga..terus ke resepi yer..
RESEPI CENDAWAN TUMIS HATI
ymscreations

Bahan-bahan :

Cendawan tiram - 1 paket / 1 mangkuk
Hati ayam - 2 ketul di potong kecil
Cili besar - 1 biji dihiris
Cili api    - 3 biji (ikut kepedasan masing-masing)
Bawang besar  - separuh dihiris
Bawang putih - 2 ulas dihiris
Belacan - sedikit je
Minyak utuk menumis
Garam

Cara memasak :

Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga layu dan naik bau
Masukkan belacan biar hancur kemudian masukkan hati hingga masak
Barulah masukkan garam secukup rasa dan cendawan
Jika perlu masukkan air keran cendawan yang dibaruh menyerap air
Cendawan sudah layu dan sebati dengan hati bolehlah diangkat dan hidang bersama lauk lain
Makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun cukup.

Alhamdulillah..




~yms~







Tuesday 10 February 2015

Lontong Daun Pisang Asli



Assalamualaikum w.b.t,

Semalam Allah S.W.T berikan rezeki untuk saya menikmati keenakan Lontong di Warung Ibu Jannah yang lokasinya tidak jauh dari pejabat saya di Kuala Selangor. Lontongnya memang asli menggunakan daun pisang. Dulu saya hairan bila  nasi impit dimakan bersama kuah lodeh dipanggil lontong. Pada saya nasi impit, nasi impit lah lontong adalah lontong daun pisang tu. Bila dipotong jadi seperti gambar di bawah ini.



                                   



Dah lama saya simpan gambar kesayangan ni, Lontong ini dibuat oleh ayahanda saya adik saya menghantar ke rumah ketika Hari Raya Haji Tahun Lepas kerana saya tidak pulang ke kampung kerana kesihatan suami tidak mengizinkan. 

Sejak arwah bonda saya tiada ayahanda saya saya yang mengambil alih tugas untuk membuat lontong apabila tiba musim perayaan. Bersyukur kerana masih dapt makan Lontong yang sedap ni. Sejak kecil kami memang diperkenalkan dengan masakan jawa dan tradisional ni. Arwah moyang sebelah atok saya memang berasal dari Sumatera, Indonesia. Lontong memang makanan kami apabila Hari Raya. Teringat di kampung sebelah arwah bonda dan ayahanda memang meriah lauk pauknya tetamu yang datang memang dijamu dengan pelbagai makanan yang lazat. Begitu juga kenduri kendara huh memang penatlah tukang masak ada sahaja menu yang akan disediakan untuk tetamu. Apa pun saya sangat bersyukur lahir dan hidup dalam keluarga saya yang berketurunan jawa. Kami memang dididik untuk melayani tetamu dengan makanan yang enak dan pelbagai, selepas makan tengahari menu hi-tea pula, begitu juga malam selepas makan malam minum kopi pulak..hehe kenyang perut suka hati. Berusaha untuk jamu tetamu dengan makanan yang bagus-bagus aja...enak atau tidak ngikut tekak masing-masing yang menikmatinyaa...hahaha cam indon la pulak.

Ok jom jangan melalut..apa lagi resepinya.


LONTONG DAUN PISANG ASLI
YMS Creations

Bahan-bahan :

Daun pisang secukupnya (anggaran kelebaran dalam 35cm)
Acuan kayu
Tali untuk mengikat daun pisang
Beras dibasuh dan tos
Air untuk merebus

Cara membuat :

Gulungkan daun pisang menggunakan acuan kayu
Ikat dengan tali di hujung atas daun dengan kemas
Isikan beras separuh bawah sikit kedalam daun pisang yang digulung tadi
Ikat lagi sebelah bahagian daun dengan tali
Buat sehingga daun pisang habis
Goncang sebelum di susun berselang seli ke dalam periuk 
Isikan air melebihi paras susunan lontong tadi
Rebus selama 6 jam untuk kuantiti yang banyak 
(selepas 3 jam di tukar air dengan yang air yang baru dan rebus lagi hingga 3 jam berikut)
Boleh juga direbus 4 jam sahaja untuk kuantiti yang sedikit
Selesai rebus boleh di angkat dan susun secara berdiri di dalam bakul agar ianya sejuk dan mengeras.

Nota : Rebusan yang lama boleh buat lontong tahan lama.




Aduhai...teringat-ingat baunya sangat harum dek kerana daun pisang tu.. Sedap dimakan bersama kuah lodeh, rendang, serunding, kuah kacang. 

InshaaAllah jika tiada aral melintang saya akan buat lontong sendiri..sampai bila nak harapkan ayanhanda kan..pokok pisang nipah yang kami tanam pun dah banyak daunnya. Saya akan kongsikan step by step cara penyediaanya yer inshaAllah.







~yms~

Thursday 5 February 2015

Bingka Labu Kebabom!!



Assalamualaikum...

Sudah masuk bulan februari 2015 dah kita bersamaan 14 Rabiulakhir 1436, semoga kita semua di bawah perlindunganNya..aamin. Selamat berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa ganti atau sunat hari khamis..jom! kita berpuasa..termasuk lah saya inshaaAllah.

Cerita enti kali ni...suka tak makan LABU?..saya , suami dan anak-anak suka makanan ini. Semua orang tahu kan..LABU ni adalah makanan Sunnah Rasulullah S.A.W. Selain dari itu ianya mempunyai khasita yang sangat baik..sila rujuk di SINI yer. Saya tak mahu copy paste di sini..(tak boleh pun hehe). Baca sendiri ye..

Cerita pasal labu ni saya suka sangat beli labu utnuk dimasak lemak cili api atau masak kari. Haa masak kari ? yer saya pun baru first time makan menu ni..mak mertua ku yang masak. InshaaAllah saya akan kongsika resepi kari labu apabila saya dah memasak sendiri menu itu yer..

Bingka Labu atau Kuih Bakar Labu adalah benda yang sama. Hubby dan anak-anak suka sangat dengan kuih ini. Rasanya dah lebih 10 kali buat samada utk makan sendiri atau sedekah kepada adik beradik saudara mara dan bonda mertua untuk majlis kenduri kendara atau majlis makan-makan, tapi baru hari ni sempat untuk masukkan dlm blog huhu. Saya ni tak sempat memanjang ada masa rehat dan tak keluar lunch alhamdulillah..
   




Ok, saya kongsi resepinya di bawah.

RESEPI BINGKA LABU
YMS Creations

Bahan :

2 cawan labu yang telah direbus dan lecek halus
2 cawan tepung gandum
4 biji telor ayam
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu butter dicairkan
3 cawan santan (santan pekat dan air))
secubit garam

Cara membuat :

Panaskan oven gunakan 175 darjah celcius
Bancuhkan gula, tepung, santan dan telor dalam mangkuk
Gaul gunakan whisk hingga sebati
Letakkan esen vanila
Tapiskan adunan tadi ke dalam bekas lain
Masukkan labu yang telah dilecek tadi dan gaul rata
Masukkan butter cair dan tuang ke dalam acuan
(saya gunakan bekas pyrex seperti di bawah ini untuk membakar bagi satu adunan.)
Masukkan dalam oven dan bakar selama 1 jam

Mudahkan...cubalahhh tak rugi punya










 * Resepi asal dari Kak Azie (Azie Kitchen) 1 adunan beliau separuh dari adunan yang biasa saya buat. Kak Azie guna minyak sapi saya tukarkan kepada butter.

Hasilnya..alhamdulillah sangat lembut, halus dan mulus..kebabom lah..hehe terima kasih K.Azie..





Minggu lepas saya buat juga satu adunan alhamdulillah licin...kebabom tak?? hehehe

~yms~

Sukanya Asam Rebus Ikan Belanak !


Ikan belanak memang sangat sedap!!! saya sukaaa...

Apalagi bila di masak asam rebus..Ya Allah nikmatnya dapat makan sebegini..yang penting cepat dimasak dan sangat sedap di makan dan di jambal!..haaa apa tu jambal..bahasa jawa diratah yer..dapat belajar bahasa jawakan walaupun satu perkataan. Ilmu tu hahaha...betulkan..nak tanya bahasa jawa sterusnya..rajin-rajin ziarah blog YMS Creations banyak ilmu yang anda jumpa di sini...inshaaAllah.






Tau tak sebab apa gambar ni kurang cantik dan hanya ada satu?? haaa pandai sebab tak sabo nak mamam..hehehe jom tengok resepi pastu balik kang cuba yer mudah ajer..


RESEPI ASAM REBUS IKAN BELANAK
YMS Creations

Bahan-bahan :

Ikan belanak (5 ekor)
5 biji bendi
5 biji cili api
Sebatang cili besar merah
Seulas bawang merah kecil
Seulas bawang putih 
1/2 inci belacan
Ikan bilis (agak-agakla buat perencah)
2 tangkai daun kesum
garam secukup rasa
sekeping asam keping 
2-3 cawan air / secukupnya

Cara memasak :

Tumbukkan bawang, cili dan belacan, masukkan ikan bilis dan tumbuk jgn lumat sgt
Panaskan air dalam periuk dan masukkan bahan tumbuk tadi 
Bila mendidih masukkan ikan belanak dan daun kesum 
Masukkan asam keping, bendi yang di potong dan garam
Bila dah mendidih dan rasanya sebati boleh diangkat

Mudahkan...siapa kata hari-hari kena masak yang susah-susah untuk hidang pada keluarga..yang mudah pun sedap janji ikhlas..

~yms~


Donut Ball !!..lamanya tertangguh...



Assalam,

Donut ball!!! yeaaaa saya dah siapkan tempahan Kak CT yang sekian lamaaaaaaaanyer. Minta maaflah kakak ku dah kepingin sangat yea..brp kali whatsapp nak donut ball hehe.

Alhamdulillah permintaan akak telah saya siapkan..bukan saya tak nak buatkan tetapi baby kecil saya yang cumeell tu membuatkan ianya tetangguh..bukan berhari bebulan lamanya hehehe.

Akhirnya..saya dapat siapkan.

Resepinya?? owh sama jer dengan resepi di blog masakan yang lain mudah ajer...






~YMS~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...