Sunday 31 January 2016

Seri Muka @ ymscreations

Assalam..hari ni Cuti Hari Wilayah..saya yang bekerja di KL dapatlah bercuti hari ni olala..

Tapi si kecil Amsyar ni asik muntah aje dari semalam aduhai...tapi kurang sikitlah batuknya..


Dalam pada tu agenda yang saya set dalam kepala ni tertunai jua sementara Amsyar tido dalam buaian mama gi dapur jap ye sayang..


Hahhh jom buat serimuka lagi..selagi tak menjadi dengan puas hatinya selagi itu akan ku gagahi hehehe. Jangan cepat mengalah dengan resepi sebab kita diberi Allah akal fikiran. Jangan lurus sangat dengan resepi jomm kita oleh mengikut kreativiti.

Kuih Seri Muka
ymscreations

Bahan A (atas) :
10 helai daun pandan
2 cawan santan pekat
1 cawan air panas/ suam
1 1/2 cawan gula (tidak penuh)
1 cawan tepung gandum (penuh)
2 sudu besar tepung beras
2 biji telor gred A

Bahan B (bawah) :
2 cawan pulut susu
1 1/2 cawan santan (1 cawan santan pekat dan 1/2 cawan air panas)
1 sdk garam

Rendam pulut lebih kurang 3 jam
Campurkan santan mengikut sukatan bersama garam yg digaul rata dan kulus hingga masak sempurna
Keluarkan dari bekas pengukus dan masukkan ke dalam bekas lain yg telah diletakkan plastik dan diratakan minyak
Tekan pulut hingga padat memggunakan plastik

Utk bahan A, kisar daun pandan dengan sukatan santan dan air hingga lumat dan tapiskan ke dlm bekas adunan
Kacau telor dan tapis ke dlm bekas adunan
Masukkan gula, dan kacau rata
Masukkan tepung gandum dan tepung beras, kacau hingga sebati dan tapis ke dlm periuk yg diletak atas api sederhana
Kacau hingga sedikit likat dan tuang ke atas pulut yg telah diores sedikit dengan garfu agar adunan A melekat pd pulut


Panaskan air kukusan dan kukus dengan api besar bagi 15 minit pertama, dan biasa hingga 30 minit. Angkat kerap penutup kukusan utk mengelap air di penutup kukusan. 15 minit terakhir buka penutup utk hilangkan air di atas kuih.


Alhamdulillah syukur kuih seri muka saya menjadi kali ni puas hati sangat. Saya akan guna sukatan ini utk masa akan datang. Cantek kuih seri muka saya kali ni...pengajaran jangan terus ambil resepi tanpa mengkaji. Cara orang berbeza-beza kena bijak!


~yms~

Saturday 30 January 2016

Kek Pisang..ermmmm

Assalam...lama tak menulis blog ni melepaskan minggu-minggu yang sibuk.

Teringin nak makan kek pisang kebetulan My MIL bagi pisang setandan nama pisang tu tak pasti pulak..pisang selom ke apa.


Kek Pisang
ymscreation.blogspot.my

1 buku butter (anchor-salted)
3/4 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum diayak
1 sdk serbuk penaik
1/2 sdk soda bikarbonat
1 cawan pisang dilecek lumat
4 biji telor gred A
1/2 sdk esen vanila

Putar butter dan gula hingga kembang dan gebu (low speed, medium & high)
Masukkan telor sebiji dan putar setiap kali telor dimasukkan hingga habis
Masukkan esen vanila dan pisang yg telah dilecek bersama soda bikarbonat, putar lagi hingga kembang
Panaskan oven dan sediakan bekas pembakar kek 
Masukkan tepong yg telah diayak bersama serbuk penaik, putar perlahan
Masukkan adunan dalam bekas pembakar kek dan bakar menggunakan api atas bawah selama 45 minit dgn kepanasan 170 darjah celcius

Alhamdulillah menjadi dan kek ni boleh habis tak sampai 48 jam.

~yms~






Wednesday 13 January 2016

Roti Sardin Cheese..

Terbayang menu roti ni dari minggu lepas lagi. Pagi ni saya lontarkan idea ni dan sambutan dari anak-anak dan suami sangat memberansangkan..alhamdulillah..


Roti Sardin Cheese
ymscreations.blogspot.my

10 keping roti sandwich gardenia
Planta utk disapu pd roti
Cheese cheddar yg ditabur atas roti

Sambal sardin utk letak atas roti
Sardin dlm tin
1 sdb cili kisar
Sos cili 
Sos tomato
Jus limau kasturi sebiji
Bawang putih dan merah di cincang
Sedikit garam

Panaskan minyak dan tumis bawang
Masukkan cili kisar, sos cili dan tomato
Masak mcm buat sambal sardin
Jangan masin sangat sbb akan letak cheese

Panaskan oven 
Sapu roti dgn planta dan letak rata sambal sardin
Taburkan cheese
Bakar dlm oven selama 10 minit api atas shj
Bila cheese dah cair blh tutup oven dan hidang panas-panas
Sedap!!



Alhamdulillah..

~yms~

Ikan Bakar Bersambal

Assalam, selamat berhujung minggu pada semua...semoga kita beroleh kebahagian buang jauh-jauh kesedihan kemarahan..maafkan insan di sekeliling kita...moga Allah kurniakan bahagia yang berpanjangan amminn..

Jom kita makan makanan yang menyihatkan..rebus dan bakar..
Kali ni saya masak ikan cencaru bakar bersambal..anak-anak saya suka yang bersambal kalau takde sambal kurang seleranya..tapi jangan dibiasakan sangat makanan pedas ni. Saya tahan pedas dimulut tapi diperut tak tahan aduhai..


Ikan Bakar Bersambal
ymscreations.blogspot.my

Ikan cencaru seekor besar
1 ulas bawang putih
Daun pisang untuk balut ikan
1 helai daun kunyit
2 sudu cili kisar
1/2 sdk serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Tumbuk bawang putih hingga lumat
Masukkan cili kisar garam dan serbuk kunyit gaul rata sambal ikan
Sediakan daun pisang & letakkan daun kunyit di atas daun pisang (rujuk gambar)
Letak ikan dan lumur rata bahan 
sambal dia atas, dalam dan bawah ikan
Panggang menggunakan pemanggang ajaib hingga masak dengan sempurna
Saya suka tidak terlalu kering isi ikan agak2 dah masak blh diangkat
Cicah dgn air asam memang berselera




Alhamdulillah..

~yms~

Sunday 3 January 2016

Kuih Bakar Pandan


Pagi semalam saya berkebun dan menebas pokok pandan saya yang sangat lebat. Dua pokok saya tebas, sepokok saya sedekah pada jiran yang rajin buat kuih hehehe sepokok lagi saya rendam dan guna daunnya untuk buat kuih bakar ni.


Saya suka sangat kuih bakar pandan ni..saya suka adunan yang lembut dan tak keras. Kali ni saya tambahkan tepung beras dan ternyata alahai lembutnya cair dimulut.

Kuih Bakar Pandan
ymscreations.blogspot.my

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3 biji telor gred A
4 cawan santan
2 cawan air pandan (10 helai daun pandan)
1 1/2 cawan gula
Secubit garam
Sesudu mentega dicairkan

Bancuhkan santan, gula, tepung dan air pandan dengan whisk
Pukul telor perlahan dan tapis ke dalam bancuhan tadi
Kacau dengan whisk lagi hingga adunan sebati, masukkan garam dan mentega yang dicairkan
Panaskan oven 180 darjah celcius
Sapu acuan dengan mentega atau marjerin dan tapis adunan ke dalam acuan
Bakar dengan selama 1jam menggunakan api atas bawah


Alhamdulilah menjadi sangat kuih saya ni..sama je adunan cuma saya rasa adunan kali ni agak moist mungkin ada campuran tepung beras.
Hulur kat jiran sikit..





Alhamdulilah 

~yms~


Meehoon Goreng Kari..Sedap!

Alhamdulilah pagi ni terasa nak jogging pulak dengan En Hubby..dah lama sangat tak bersenam keluarkan peluh badan pun rasa letih..tak dinafikan buat kerja rumah pun bersenam cuma aktiviti berbeza. Balik dari jogging saya mengemas laman rumah dengan En Hubby..susun pasu bunga cantas pokok yang dah layu..hmm nanti saya kongsikan laman saya yang sekangkang kera tu tapi penuh pokok selagi ada tanah hehe. 

Pagi ni saya minum berduaan dengan En Hubby..selesai kemas depan saya kemas belakang buang apa yang patut. 

Saya sambung untuk sediakan sarapan anak dengan menggoreng meehon kari..

Ehh laku pulak..anak-anak makan bertambah langsung takde baki alhamdulilah...


Gambar nak cepat macam ni lah..yang pasti sedap! Teringat arwah nenek dan mak yang suka sediakan menu ni zaman saya kecik dulu..

Meehoon Goreng Kari
ymscreations.blogspot.my

1/2 paket meehon yg direndam dan ditos
2 pokok sawi dipotong
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1/2 gengam ikan bilis dibasuh
2 sudu besar serbuk kari (ikan atau daging)
1 sudu besar cili kisar
1 pokok daun sup
Minyak utk menumis
Garam secukup rasa
1 cawan air suam
1 helai daun kari

Tumbuk kasar bawang putih, bawang merah dan ikan bilis
Tumis bahan tumbuk hingga hampir garing
Masukkan cili kisar dan serbuk kari
Tumis hingga wangi dan masukkan daun kari dan sedikit air, biarkan sedikit garing 
Masukkan garam dan air lebihan tadi hingga menggelak dan masukkan meehoon dan sawi
Biarkan masak dengan sebati dan meehoon lembut, jika kurang air blh tambahkan
Biar rasa meehoon sebati dengan rasa garam jika tawar tak sedap
Taburkan daun sup


Cubalah tak rugi memang sedap wallaa

Alhamdulilah 

~yms~

Seri Muka Yang Tak Berapa Nak Berseri di Awal Tahun 2016

Salam Tahun Baru 2016...alhamdulillah kita dah tinggalkan tahun 2015 dengan beribu kenangan indah dan pahit. Gembira, sedih, suka dan duka kita tinggalkan..dan sekarang menjengah ke tahun baru pelbagai onak dan duri perlu ditempuh dengan penuh kesabaran. Apa yang penting kebahagiaan dan kesihatan yang saya cari. Pastinya umur semakin meningkat..saya cari redha Ilahi..

Ok jom buat kuih di tahun baru..sesekali boleh buat kuih manis macam ni.. Yang penting ini kuih tradisional yang sangat saya suka tetapi nak buat memang mencabar kesabaran saya.



Walaupun kejadian permukaan seri muka ni kelihatan berseri tetapi tak menyerikan hati saya sebab lapisan tengahnya sedikit cair aduh..


Takpe saya dah kaji dan hasilnya seperti resepi yang saya akan kongsikan seperti di bawah ini. Kesinambungan  resepi dari blog Azie Kitchen dan Sinar Kehidupanku. Saya akan jadikan rujukan untuk menyediakan kuih ini untuk masa akan datang..inshaAllah ianya akan menjadi ikut kata hati saya..

Kuih Seri Muka
ymscreations.blogspot.my

Bahagian bawah :
2 cawan pulut direndam  3-4 jam
2 cawan santan (1 cawan santan pekat + 1 cawan air)

Bahagian atas :
4 cawan santan (3cawan santan pekat + 1 cawan air)
1 1/2 cawan gula
1 cawan tepung gandum padatkan 
1 sudu besar tepung beras
2 biji telor gred A
8-10 helai daun pandan 

Kukus pulut  dan santan hingga masak
Tukarkan ke loyang atau acuan lain, saya guna bekas 4 segi dilapik plastik
Tekan hingga padat & gores utk lekatkan bahagian atas
Kisar sebahagian santan dan daun pandan dan perahkan
Bancuhkan tepung, gula, santan dan air daun pandan tadi dengan menggunakan whisk
Pukul telor perlahan dan tapis sebelum dimasukkan ke dalam adunan tadi
Selepas sebati panaskan di atas api yang perlahan hingga berwap dlm tempoh 3 minit
Tuang ke atas pulut tadi dan kukus dengan api kuat selama 10 minit dan teruskan kukus dgn api biasa hingga 30 minit
Buka penutup kukus yg dibungkus kain dan terus kukus selama 5 minit utk keringkan air di atas permukaan kuih
Sejukkan baru dipotong 

InshaaAllah saya akan gunakan resepi ini utk masa akan datang dan pastikan ianya menjadi.
  

Kali ni mungkin saya guna 4 biji telor gred A dan tidak campur tepung beras. Pulut di bawah menjadi cuma agak tebal dan kurang masin sikit.

Takpe saya akan cuba hingga berjaya.
Alhamdulilah 

~yms~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...