Monday 31 August 2015

Cekodok Udang Kegemaran Kesayangan

Bila tanya hubby nak sarap apa..cekodok udang lahh ok..

Jom bersilat di dapur buat cekodok udang yang garing dan lembut nihhh



Cekodok Udang Daun Kunyit

3 cawan tepung gandum 
1/2 biji bawang besar dihiris halus
Segenggam udang basah putih
Sehelai daun kunyit dihiris
1/2 biji cili merah dipotong dadu
1 cawan air panas
Sedikit air suam
1/2 sdk garam
Secubit gula

Masukkan tepung, gula dan garam, gaulkan
Masukkan air panas dan gaul sebati 
Masukkan air suam utk jadikan adunan sedikit lembut 
Masukkan bawang, udang, hirisan daun kunyit dan cili merah
Biarkan dlm 10 minit barulah di goreng dlm minyak panas
Gunakan jari utk dptkan bentuk bulat
Goreng hingga kuning keemasan

Hidang dan cicah dgn sos yg dibuat sendiri..tunggu yer


Alhamdulillah..

Sunday 30 August 2015

Sup Bebola Daging & Gear Box

Sup Tulang Gear Box 

Segar tulang bila dapat makan sup tulang gear box hehe...

Saya tambahkan dengan bebola daging untuk anak-anak..

Gear box ni yg sedapnya isi di tulang sumsum tu..wow sangat memikat rasanya..tetapi hati-hati siapa yg ada darah tinggi takut tumbang je nanti..

Masak sup mudah aje..saya gunakan periuk noxxa utk melembutkan daging tu..rempah lain saya tumis asing, bila garing saya tuangkan ke dalam periuk noxxa yang berisi tulang gear box yang dah pun sedia lembut.

Rempah sup (kisar jintan manis, ketumbar biji, 3 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah, seinci halia)

Tumiskan dengan minyak panas bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga (buang biji). Masukkan rempah yg dikisar tadi bersama serbuk lads putih dalam 1 sudu kecil. Tumis hingga garing dan wangi kemudian masukkan ke dalam periuk noxxa.


Celur meehoon dan buat sambal kicap (seulas bawang putih, 5 biji cili api, kicap dan perahkan limau kasturi 2 biji).

Hidangkan dengan bawang goreng dan daun sup bagi menambah rasa kesegaran..best tau..


Mudah dan pantas dengan periuk noxxa dan resepi yg menyihatkan..

Alhamdulillah...

~yms~

Cempedak Goreng Rangup


Ermmm harumnya bau cempedak... Tengah musim buah-buahan kan sekarang ni kan..dan masa inilah anak-anak demam batuk selsema. Ye ke teori tu mungkin kebetulan kan..

Kebetulan di rumah abah memang ada pokok cempedak, yang sedikit pelik buah cempedak ni ada dua jenis disatu pokok.
Maksudnya di sini satu jenis isinya tebal dan satu lagi tidak berapa tebal 'just nice' orang kata. Haaa kali ni saya goreng yang isinya tebal..manis betul cempedak ni..bijinya pulak kadang-kadang tiada.



CEMPEDAK GORENG RANGUP

1 mangkuk cempedak yg telah dikupas
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar planta
Sedikit air
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Campurkan kedua-dua tepung dengan planta hingga sebati seperti serbuk roti
Masukkan air hingga bancuhan likat (anggarkan kuantiti air)
Masukkan sedikit garam
Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing dan berwarna keemasan



Hidangkan waktu minum petang memang buat keluarga tersenyum..saya goreng untuk minum pagi..waktu menggoreng  bau cempedak ni dah menarik anak-anak dan suami turun ke bawah..tak perlu panggil lagi kan mudah tu..

Alhamdulillah 


Sunday 23 August 2015

Sup Telor Mudah dan Cepat

Masak yang mudah-mudah bila masa cemburu dan rasa kurang sihat..

Jom masak yg mudah..


Sup Telor 
ymscreations

2 biji telor
1 biji ubi kentang dipotong kecil
5 biji fish ball
1/2 biji tomato merah dipotong baji
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah kecil
1/2 sdk serbuk lada putih
2 cawan air atau lebih
3 btg daun sup dihiris kasar
Sedikit suhun direndam
Minyak utk menumis
 
Panaskan minyak dan tumis bwg putih yg diketuk dan dan bawang merah yg dihiris serta serbuk lada sulah
Masukkan kentang biar empuk dan fish ball
Masukkan air biarkan mendidih dan masukkan tomato dan pecahkan telor dan biarkan menggelegak 
Masukkan suhun dan garam
Taburkan daun sup
Tutupkan api


Hidangkan dengan nasi panas memang segar dan nyaman..

Alhamdulillah

~yms~



Saturday 22 August 2015

Dugaan Si Bongsu...

Assalam...

Sedikit perkongsian...

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْت
الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca.                                " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)



Si bongsu kecil saya warded kali kedua tahun ni..aduhai sayu hati melihat si kecil melawan demam dan sakit yang ditanggung..

Paru-paru Amsyar sgt mudah dijangkiti..
Susah hati saya melihat anak kecil ni..
Demam belum kebah..semoga Allah beri kesembuhan duhai anakku..hanya Engkau sebaik-baik pelindung, Engkau yg beri sakit dan Engkau jua yang menyembuhkan..aaminn ya rabb


Sembuhkan anak ini Ya Allah SWT..aaminn

Rendang Daging Hijau

Assalam, hari ni teringat ada lebihan Lemang & Ketupat Palas ..cili kering belum berkisar..teringat rendang hijau ketika di Kuala Selangor dulu bila saya bawa balik anak-anak memang suka..jom kita masak Rendang Daging Hijau..


Rendang Daging Hijau
ymscreations

1 mangkuk daging lembut
7 biji cili api
2 biji cili hijau besar buang biji
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Semua bahan di atas dikisar halus
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
2 sdb kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Sehelai daun kunyit
Panaskan minyak (agak-agak ikut brp byk bahan)
Tumis bahan kisar hingga wangi dan sedikit garing
Masukkan daging, biarkan hingga air daging kering dan daging empuk perlahankan api
Masukkan garam dan gula serta santan
Biarkan hingga sebati dan masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit
Bila dah kering, daging empuk & naik minyak blh di angkat dan hidangkan


Kami makan dgn lemang dan ketupat palas rendang ni..guna ayam pun sedap nih.. 

Alhamdulillah..

~yms~

Monday 3 August 2015

Pertunangan Adinda

Hari raya tahun ini sangat singkat rasanya ada sahaja agenda yang pelbagai..itu yang update blog pun jadi tergendala..hehe

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT..tanggal 2 Ogos 2015 selesai majlis pertunangan my lovely sister Hawa dengan tunangnya Lufman..

Menu yang disediakan adalah set makan tengahari catering dan homemade juadah hari raya iaitu Lontong, Kuah Lodeh, Rendang Daging & Sambal Kacang..

Dessert yang menjadi rebutan dan licin pada hari itu adalah Caramel Cinta Hati dan Dadih Perisa Coklat..

My twin sangat rajin menyediakan Kek Coklat & Muffin Blueberry & Coklat..

Haaa ini lah dia my lovely sister..anak bongsu yang manja..yelah orang lain disaat beginilah bantuan ibu sangat diperlukan..apakan daya..alhamdulillah masih punya kakak yang blh membantu meringankan beban..


Lain terus muka dia kan sbb memang jarang mengenakan make up hehe..


Alhamdulilah kami masih punya adik beradik yang bersatu hati..hati rasa gembira tatkala melihat keceriaan semua..wpun hati saya ketika ni amat sayu terasa kekurangan..alangkah bahagianya jika arwah mak masih ada..
Apapun kami redha sesungguhnya ini ujian utk hamba yang Dia sayang..

Gambar bawah ni..Caramel Cinta Hati untuk hati-hati yang disayangi..

Alhamdulilah ramai yang bertanya resepi..tiada rahsia antara kita hehehe silalah layari resepinya dalam blog ini..


Semoga Hawa dan Lufman tabah mengharungi dugaan alam pertunangan & dibukakan jalan yang mudah untuk ke gerbang perkahwinan..aaminn ya rabb.

Alhamdulilah 

~ yms ~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...