Tuesday 24 October 2017

Talapia Masak Lemak Cekur

Pasar sabtu lepas ternampak ikan talapia  teringin pulak nak makan & masak lemak. Nampak pulak ubi cekur dan daunnya sekali...alahai sedapnya!



Saya masak ikan talapia dgn ubi cekur tu utk lauk dinner..sedapnya..dah lama sangat tak beli ikan talapia ada beberapa tahun rasanya..

Salah satu sebab saya tak beli kerana ikan laut dalam lebih baik dari ikan bela di darat..ini yang saya baca dan tahu lah...ermm tapi saya dulu-dulu masa kecil memang ikan ini menjadi santapan. Dulu mungkin tiada anasir-anasir yg tak baik ni..terutama dari segi apa yang diberi makan ikan bela ni..hmm ntahlah.

Moga-moga ikan talapia yang saya masak ni selamat hendaknya hihi..


Talapia Masak Lemak Cekur
ymscreations

Ikan Talapia dibersihkan dan dipotong
1 mangkuk santan
11 biji cili api ikut kepedasan 
2 ulas bawang putih
2 pokok cekur yang ada ubi sekali 
1/2 inci kunyit hidup
1 keping asamkeping
garam secukupnya

Cili api, bawang putih,kunyit hidup dan ubi cekur ditumbuk halus
Daun cekur dihiris nipis
Panaskan periuk, masukkan santan dan bahan tumbuk biarkan mereneh
Bila mendidih masukkan ikan dan daun hirisan cekur biar hingga masak
Masukkan garam dan hidangkan

Sedap tau...ini salah satu menu jawa tau..

Alhamdulillah

~yms~

Thursday 19 October 2017

Ikan Sebelah Goreng Berlado...sedapnya!

Bila tanya Mr Hubby..apa nak masak ikan sebelah yang besar tu...jawapannya Masak Berlado..guna cili basah. Baiklah!

Ikan ni saya beli di Pasar Nelayan Kuala Selangor cuba cari entri perihal pasar ni saya ada kongsikan...

Ikan sebelah ni bila digoreng atau dibakar sedap rasanya..bila digoreng garing kulitnya memang terbaik..nak rasa kena beli dan masak yer..


Saya masak separuh sahaja tang kepala nak masak asam pedas *asik2 asam pedas hahahaha
jom laa kita masak..

Ikan Sebelah Goreng Berlado
ymscreations

Ikan sebelah dibersihkan dan goreng garam kunyit hingga agak-agak garing


2 sudu besar cili kisar (saya letak juga sbb anak2 suka sambalnya)
1 biji bawang besar dihiris kasar
2 biji cili merah *
3 ulas bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1 keping asam keping
garam dan gula secukupnya
sedikit air 
sedikit minyak

Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda * yang sudah ditumbuk
Masukkan cili kisar dan biarkan sedikit garing
Masukkan garam, gula dan asam keping.
Masukkan sedikit air dlm batu lesung (saya suka buat mcm ni sayang bahan2 yg ditumbuk dalam lesung tu)
Biarkan merenih dan masukkan bawang yg dipotong kasar


Bila agak pekat boleh tutup api dan tuang atas ikan
Sedia untuk santapan!


Alhamdulillah...seronok tengok suami dan anak-anak selera makan...licin!..hilang penat balik kerja dan masak..syukur

~yms~

Wednesday 18 October 2017

Sup Bayam Kentang Karot & Telor

Sayur ni saya lawankan dengan Ikan Sebelah Goreng Berlado...kau ado hehehe..saja gurau dengan pelayar setia blog ymscreations ni..

Mudah aje nak buat sup bayam campur kentang, karot dan telur ni..


Sup Bayam Karot Kentang Telor
ymscreations

2 ikat bayam cina
1/2 biji kentang potong kecil
1/2 biji karot potong bulat
1 biji telor
1/2 biji cili merah potong serong
3 ulas bawang putih tumbuk kasar
1 ulas bawang merah kecil hiris nipis
serbuk maggi cukup rasa 
minyak untuk tumis
air masak secukupnya

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili merah
Masukkan kentang biarkan hingga separa empuk dan masukkan air dan karot biar mendidih
Masukkan bayam dan pecahkan telor
Perlahankan api biar sekejap dan masukkan serbuk maggi secukup rasa
Siap dan hidangkan

Mudahkan...silakan cuba makan dgn ikan goreng pun sedap!!

Alhamdulillah

~yms~


Friday 29 September 2017

Kolak Pisang...

Teringat arwah mak...tanggal 29 September arwah mak dilahirkan..Allah SWT beri pinjam setakat umurnya 46 tahun sahaja...saya kadang-kadang cemburu sesiapa yang masih punya emak, ibu dan mama ketika umur 40an. Ketika inilah keberadaannya sangat diperlukan untuk berkongsi segala..


Namun saya bersyukur dengan ketentuan ini..semua yang berlaku Allah SWT telah atur. Hanya kita hambaNya yang tidak tahu..


Tatkala rindu menjengah hati...masa inilah  terasa-rasa sentuhan tangannya uang memukau selera...salah satunya pisang..

Arwah mak sangat suka makan pisang yang dibuat 'kolak'..macam sira pisang tapi bukan...mcm pengat tp bukan...

Kolak Pisang
ymscreations

Sesisir pisang raja/ sematu
Gula secukupnya (manis buah shj)
3 biji bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis
Air masak

Didihkan air, masukkan gula dan bahan-bahan lain biar hingga mendidih
Selesai masak boleh diangkat dan hidang

Sedap makan waktu suam atau disejukkan dalam peti, saya dulu suka letakkan ais dan makan selepas berbuka aduhh nyaman sungguh

Alhamdulillah
~yms~

Sunday 13 August 2017

Nasi Goreng Bunga Kantan

Teringin pulak makan nasi goreng bunga kantan dan guna udang kering..biasanya saya guna ikan bilis tapi kali ni ubah selera.

Jom kita cuba...orang lain dah biasa buat 
jom kita cuba rasa air tangan kita hehe


Resepi Nasi Goreng Bunga Kantan
ymscreations

2 mangkuk nasi lebihan malam tadi
1 batang bunga kantan dihiris halus dan serong
1 biji telor 
9 biji cili api
3 ulas bawang merah kecil
1/3 bawang besar dihiris halus
2 ulas bawang putih
1 sdb udang kering
Garam secukup rasa

Tumbuk cili api bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga lumat
Tumis hirisan bawang merah hingga sedikit garing dan masukkan bahan tumbuk hingga wangi dan garing
Masukkan bunga kantan yang telah dihiris tumis hingga layu
Masukkan telor dan kacau hingga hancur
Masukkan nasi dan garam secukup rasa, gaul hingga sebati dan hidang

Sedap sangat wallaaa

~Alhamdulillah~




Wednesday 26 July 2017

Ayam Kampung Goreng Kunyit

As salam..sekejap je dah habis syawal..bulan ramadhan pun sangat pantas berlalu..betapa pantas masa meninggalkan kita..sekarang pun dah mula musim jemaah haji berangkat ke tanah suci menandakan tak lama lagi dah tiba bulan Zulhijjah.


Saya tak berkesempatan utk berkongsi menu ketika bulan puasa baru-baru ni..utk menu syawal tahun ini tidak seperti bulan syawal tahun lepas..saya tidak merendang atau memasak ketuat atau lontong pun. Suami hanya membeli rendang daging dan lemang sahaja dari Kuala Kubu Bharu. Ini semua gara-gara saya yang baru habis berpantang dan tekanan darah yang belum stabil. 
Saya perlu jaga makan utk dptkan tekanan darah yang normal semula disamping mengamalkan pengambilan supplement seperti minyak ikan dan vitamin lain. Sebab itu saya lebih kerap membeli ayam kampung utk dimasak. Kali ni saya sediakan ayam kampung masak kunyit yg mudah disediakan.

Ayam Kampung Goreng Kunyit
ymscreations

1 ekor ayam kampung
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
3-4 batang kacang panjang di potong
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1 biji cili merah dipotong serong
1 keping asam keping
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit air 
Garam secukupnya


Tumbuk kunyit, halia dan bawang putih 
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan ayam dan gaul sebati
Masukkan sedikit air dan tutup kuali
Biarkan ayam hingga empuk, masukkan kacang panjang, bawang besar hiris, asam keping dan cili potong hingga layu dan kacang masak
Boleh diangkat dan hidangkan dengan nasi panas dan lauk lain

Alhamdulillah
~yms~


Thursday 25 May 2017

Ikan Siakap Masak 3 Rasa & Sayur Campur ymscreations

Ikan Siakap ni hubby beli di Pasar Nelayan Kuala Selangor..besar juga..saya masakkan menu ini utk juadah petang balik dari kampung hubby..


Mudah jer masak menu ni..macam masam manis juga cuma saya letak hirisan serai dan hirisan daun limau purut..mudah saja..pssstt kalau nak resepi komen di bawah ni..tapi saya rasa dah ada saya kongsikan dlm blog ni..


Saya gandingkan dgn sayur campur versi ymscreations hehe boleh nampakkan bendi, sawi, karot yang ditumis dgn sos tiram dan sotong yg segar hahh licin tau..

Jom ler masak yang mudah-mudah jika nak jimat masa yang pasti sedap..nak sedap ikhlaskan hati..terutama di bulan ramadhan..Salam Ramadhan Kareem..

Alhamdulillah..

~yms~

Bubur Kacang Durian Kunyit

Bila hubby beli kacang hijau saya dah jangka mesti teringin bubur kacang hijau ni..malam tadi bawa balik durian kunyit ermmm sah suruh buat bubur kacang durian kunyit. Bukan letak kunyit yerr nama durian tu Durian Kunyit..haaa warna pun kuning macam kunyit kan..

Alhamdulillah si kecil Ayesha perangai elok hari ni..saya rebus kacang hijau setengah cawan sementelah menunaikan solat zuhur...


Jom masak bubur kacang durian utk juadah berbuka puasa nanti..


Bubur Kacang Durian
ymscreations

1/2 cawan kacang hijau
2 cawan air
10 ulas durian (hubby beli durian kunyit)
1 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 keping gula kabung/ melaka
Gula secukupnya
Secubit garam

Basuh kacang hijau dan rebus dgn air hingga empuk masukkan secubit garam
Masukkan gula kabung, santan cair dan daun pandan kacau sebati dgn api sederhana
Biarkan menggelegak tapi jaga jgn pecah santan, masukkan santan pekat dan kacau
Bila sudah sebati masukkan durian dan tambah gula secukupnya, saya suka manis buah saja 
Bila durian agak lecur seperti gambar di bawah boleh tutup api dan hidangkan 
Masuk dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk pun sedap 


Alhamdulillah 

~yms~

Wednesday 24 May 2017

Ikan Sardin Goreng Cili

Tinggal lagi 2 ke 3 hari nak berpuasa jika anak bulan mengesahkan kita berpuasa pada hari sabtu ini 27/5/2017 bersamaan 1 Ramadhan 1438H. Sebagai ibu-ibu yang mahukan juadah yang disediakan utk berbuka dan bersahur nanti yang terbaik utk keluarga sudah pastinya dari sekarang sudah memikirkan apa menu yang bakal dimasak. Betulkan..begitu juga saya..selagi daya saya akan sediakan sendiri juadah utk keluarga dibln yg barakah semoga apa yang masuk ke dalam perut suami dan anak-anak adalah terjamin kebersihan bagi meneruskan ibadah selama sebulan.



Menu yang saya kongsikan ni sesuai utk juadah bersahur..Ikan Sardin Goreng Cili..
atau boleh juga dipanggil Ikan Sardin Goreng Sambal hihi kita yang buat dia suka hati lah nak bagi nama apa yer..

Ikan Sardin Goreng Cili

3 ekor ikan sardin digoreng garam kunyit
3 biji cili besar hijau*
1 biji cili besar merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 biji bwg besar*
1/2 inci belacan*
1/2 biji bwg besar dimayang kasar
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
 
Tumbuk bahan yg bertanda* sedikit lumat
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing
Masukkan bwg yg dimayang
Perasakan gula & garam 
Masukkan air asam jawa
Biar hingga pekat dan masukkan ikan yg digoreng td gaul sebati dan angkat
Siap






Alhamdulillah

~yms~

Tuesday 23 May 2017

Rempah Kari Sudiharti Ayam Kampung

Assalam kpd semua pengunjung setia blog ymscreations yang disayangi..terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ini. Sudilah kiranya menitipkan sebarang komen jika sudah mencuba resepi samada berjaya, suka ataupun sebaliknya..boleh kita jalinkan ukhuwah persahabatan di alam maya kan..


Kali ni saya nak kongsikan rempah kari yang saya beli di Pekan Rabu Alor Setar, Kedah tahun lepas..saya sebenarnya mencari Rempah Kari Cap O tetapi adik yg menjual di Pekan Rabu tu perkenalkan saya Rempah Kari Cap di bawah ni..semoga murah rezeki adik ni..sebab dia bagi yang terbaik utk saya..

Dah tak perlu nak tambah ketumbar biji dan jintan utk menaikkan rasa kari seperti saya buat sebelum ni..

Utk bulan puasa ni..alhamdulillah masih ada lagi stok utk saya sediakan juadah berbuka..



Yang pasti saya akan ke kedai adik nilagi utk borong rempah kari ni lagi. Saya kalau beli memang banyak dan saya sedekahkan kepada adik beradik saya..supya mereka juga merasa kesedapan kari yang di masak.

Owhh cara memasak kari boleh baca diplastik rempah ni atau kita boleh masak dgn cara kita sendiri..Kari Ayam Kampung ni memang sedap dan saya gandingkan dengan nasi minyak.

Alhamdulillah..

~yms~ 

Monday 15 May 2017

Puding Marble

Musim panas ni sangat sedap kalau buat puding atau agar-agar yang disimpan dalam peti sejuk..bila nak makan keluarkan dan masuk mulut..waduh-waduh enak banget!

Saya pertama kali buat puding ni sangat enak bila saya buat lebihkan sedikit air 'texture' sangat halus dan bila dimakan bagai meletop letop dalam mulut...haaa gitu gambaran yang saya dapat berikan bila menikmati puding marble yang meletop kebabom ni..


Buatnya mudah aje..jom saya kongsikan resepi..ni resepi kembar saya beri pada saya..
Saya lebihkan koko sebab sangat suka rasa koko yang lazat ermm yummy!

Puding Marble
ymscreations

1 paket agar-agar tali 18gram
4 mug air ( saya guna sukatan 1 paket agar-agar)
1 tin susu cair
2 sdb tepung kastard
2 biji telor
2 sdb serbuk koko
1 1/2 cawan gula
1 sdb butter

Masak agar-agar dengan air yang disukat hingga cair masukkan gula dan kacau dgn api sederhana
Masukkan susu, butter & telor ke dalam blender dan kisar
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk agar-agar tadi kacau hingga pekat
Sediakan bekas dan asingkan 1 bahagian
Bancuh koko yang ditapis dgn sedikit air supaya tidak berketul dan masukkan ke dalam periuk dan kacau hingga sebati
Sediakan bekas atau acuan dan isikan puding menggunakan senduk dengan cara bergilir-gilir 
Teknik yang digunakan adalah tindihkan puding kuning di atas puding koko bergilir-gilir sehingga habis


Bila nak hidang potong ikut kesukaan masing-masing yang penting terlajak sedap! 

Tak sempat nak potong cantik-cantik  si kecil Amsyar tak sabar nak makan..hihi
nak tunjuk bahawa marble saya menjadi berselang seli walaupun bahagian koko 
lebih byk..ermm sedap sgt!

Alhamdulillah

~yms~

Thursday 11 May 2017

Tumis Air Lobak Putih dan Khasiatnya

Lobak putih punya khasiat utk tambah air susu ibu..dalam pantang elok sangat kalau jadikan menu berpantang..

Saya amalkan sayur ni dan sawi utk banyakkan susu ibu. Jika dah abis pantang pon elok diamalkan makan lobak putih ni..

Saya biasanya masak tumis air je yang mudah kerana masih lagi berpantang makan santan hehehe..



Lobak Putih Tumis Air
ymscreations

Lobak putih dibersihkan dipotong nipis
1 biji cili merah dihiris
1/2 biji bawang merah besar dihiris
2 ulas putih dihiris
Sedikit udang atau ikan bilis direndam
Sedikit belacan
Sedikit mintak untuk menumis
Sedikit air

Panaskan minyak dan tumis bahan hiris dan masukkan lobak putih 
Biarkan empuk masukkan udang tumis lagi masukkan air dan perasakan garam
Belacan/ udang utk orang berpantang janganla masukkan hehe

Siap dan hidang

Alhamdulillah

~yms~

Masak Lemak Cili Api Ayam Kampung

Sejak mengandung si bongsu baru-baru
ni saya memang minta suami belikan ayam kampung sehingga berpantang dan habis pantang hehehe..

Banyak kelebihan ayam kampung ni berbanding ayam bandar..nak tau sila tanya pakcik google yer..

Kali ni teringin bak makan ayam masak lemak cili padi style saya yang tak berapa pedas kerana masih menyusukan si bongsu.

Jom masak menu yang mudah ni..


Masak Lemak Cili Padi Ayam Kampung
ymscreations

1/2 ekor ayam kampung
5 biji cili padi ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci kunyit hidup ditumbuk
1 ulas bawang merah 
2 biji kentang dipotong empat
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 btg serai diketuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

Panaskan periuk dan masukkan bahan tumbuk, serai dan ayam biarkan dgn api perlahan dan tutup
Bila dah sebati masukkan santan cair dan kentang biarkan ayam dan kentang empuk, ayam kampung kena lama sikit masak kerana dagingnya kenyal tak sama ayam bandar
Bila dah empuk semuanya boleh masukkan santan pekat dan asam keping biarkan hingga mendidih dan perasakan garam
Masak lemak kena jaga api dan jgn biar meluap utk dptkan kuah yg cantik

Selamat mencuba! Sedap!

Alhamdulillah

~yms~

Kerabu Pegaga...Sedap!

Aduhh sedap sungguh kerabu pegaga ni...buatnya pun mudah aje tak perlu susah-susah...


Khasiat pegaga ni pun bagus yer...
boleh mengawal tekanan darah tinggi dan juga menambah susu badan.. 

Rasanya pun sedap! Jom buat kerabu..

Kerabu Pegaga
ymscreations

Seikat pegaga dibasuh dan dipotong
3 sdb kelapa parut yang putih sahaja
1 biji cili merah*
1 ulas bawang putih*
ulas bawang merah kecil*
1/3 inci belacan*
1 biji limau kasturi
Sedikit garam dan gula

Bahan yang bertanda * ditumbuk jgn terlalu halus
Sangan bahan tumbuk tadi dan masukkan kelapa
Biarkan sebati hingga kelapa dan bahan tumbuk tdk basah tp jgn sampai kering sangat gunakan api kecil shj
Masukkan garam, air limau kasturi dan sedikit saja gula
Akhir sekali masukkan pegaga gaul sebati

Waduhhh makan dgn ikan goreng je pun da sedap! 

Alhamdulillah
~yms~

Wednesday 10 May 2017

Betik Oh Betik..


Betik depan rumah yang saya tanam dengan tangan saya sendiri sudah pun berbuah..spesies betik panjang, merah dan sangat manis..

Alangkah beruntungnya kita bila berbudi pada tanah walaupun tanah tidak sebenar mana yang penting kita gunakan sebaik mungkin..



Itu rezeki saya selepas habis berpantang, sebelum ni ada dua biji yang telah masak ranum..


Tuuu diaa sudah masak dipokok tinggal diambil sahaja..


Ermmm sedapnya betik ni...kalau kita semai dari baka yang baik hasilnya juga baik..begitu juga manusia kan..
Jom makan buah-buahan yang berkhasiat ni..yummy



Sebelum ni saya ada juga share pokok betik yang satu lagi..itu yang spesies bulat, merah dan lagi sedap sebab bila dimakan tidak lembik ada rasa rangup.
Ermm memang sedaplah..betik ni boleh melawaskan usus jadi sangat baik jika dimakan..

Nak tau khasiat betik..saya ada kongsikn sebelum ini..jom kita makan betik utk kesihatan!

Alhamdulillah..
~yms~

Friday 21 April 2017

SAWI..teman setia dlm berpantang..

Sawi...sayuran yang banyak khasiat bagus dimakan ketika berpantang dan hari-hari biasa untuk melawas dan mengelakkan dari terkena sembelit.

Kita boleh tanya google tentang khasiat sayur Sawi ni..memang tidak dinafikan banyak khasiatnya terutama antioksidan yang boleh mengelak kanser dan puluhan kebaikan lain yang terdapat dalam sawi.

        Sawi Pak Choy Tumis Sos Tiram

Ketika berpantang inilah sayuran saya hari-hari dan boleh menangis jika tiada sawi untuk hidangan..

Sawi ni saya biasa masak bening atau rebus air sahaja utk minggu pertama, minggu kedua ke atas saya tumis sawi.
Bila sudah sebulan saya tumis dengan telor. Sawi pulak ada beberapa jenis yang biasa suami saya beli adalah Sawi Cameron, Sawi Hijau Pendek dan Sawi Pak Choy. Ketiga-tiga sawi ni tak rasa pahit, malah sangat sedap dan menjadi pilihan saya walaupun bukan waktu berpantang.

                  Sawi Tumis Telor

                Sawi Cameron 

Makanlah makanan sawi yang banyak khasiat ini..namun untuk membasuh sawi saya rendam dengan sedikit garam supaya racun yang digunakan hilang.

Alhamdulillah

~yms~

Thursday 20 April 2017

Meehoon Goreng Menu Berpantang

Dalam berpantang 44 hari menu sarapan biskut atau roti..nak jimat masa dan elak perut dari angin ni menu yang cepat..

Bila teringin yang lain saya buat mihum simple ni..Meehoon Kari Rencah Ikan Bilis dan Telor..

Mudah aje bahannya..



Meehoon Berpantang
ymscreations

Meehoon direndam (sekeping)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sdb rempah kari ikan/ daging
sedikit ikan bilis
1 biji telor
sayuran sawi & kobis
garam secukup rasa

Tumbuk bawang merah, bwg putih & ikan bilis
Panaskan minyak utk menumis dan tumis bahan tumbuk hingga garing 
Masukkan rempah kari dan tumis hingga naik bau
Masukkan sedikit air biar mereneh 
Masukkan garam dan mihun yg telah direndam
Gaulkan sebati jika kurang masukkan sedikit lagi air
Perasakan garam dan pecahkan telor, kacau hingga meehoon masak sempurna
Boleh dihidang..sedap!


Alhamdulillah..utk org berpantang sudah sedap sgt nih..menu saya utk hari ke 38 hari ini..

~yms~

Permata Hati ke-6 Merangkap Si Bongsu

Assalam di hari jumaat yang mulia..

Terima kasih kepada pengunjung yang setia melayari blog ymscreations yang serba sederhana ini..diwujudkan sekadar suka-suka utk rujukan keluarga saya dan berkongsi resepi kepada sesiapa yang sudi..

Alhamdulillah..Allah masih memberi kesempatan dan peluang utk saya menulis di ruang yang saya cintai ini..terbehenti seketika bermula 12/3/2017 yang lalu kerana Allah nak beri rezeki...

Bila Allah beri nikmat kesihatan sesungguhnya kita syukuri itu adalah rezeki..apatah lagi bila Allah beri rezeki zuriat dan kebahagiaan berganda yang tidak dijangka..Allah Maha Penyayang..
Namun jangan kita alpa kpd yg diuji dengan pelbagai dugaan kesihatan..

Saya catatkan kebahagiaan keluarga kami di sini dengan kehadiran Puteri Bongsu kami yang diberi nama Ayesha Harleena..


Dilahirkan normal di Putra Medical Centre pada 15 Mac 2017 dengan berat 2.65kg..pada jam 7:46 pagi.

Syukur dengan nikmat Allah SWT kerana saya sakit sekejap sahaja tak sangka mudah melahirkan si kecil ini..sesuai dengan makna namanya Gadis Kecil yang sentiasa Mengingati TuhanNya..

Semoga Allah melindungi puteri kecil kami ini dan diberi kesihatan sepanjang hayatnya..

Nikmat yang disyukuri..alhamdulillah..

~yms~

Saturday 11 March 2017

Percik Ikan Sebelah

Bila dah tak lalu nak makan lauk apa bila tengah 'tunggu hari ni..' mulalah teringat masakan arwah mak. Kembar saya berikan idea untuk masak ikan percik..ermm sedap tue.. tapi kat dalam peti takde ikan kembong..yang ada ikan sebelah. Terbaca blog Kak Amie ikan sebelah bakar..ermm boleh la buat percik ni..


Wah..sedap rupanya ikan sebelah dimasak percik!

Resepi Percik Ikan Sebelah
ymscreations

Ikan sebelah diletak garam dan kunyit dan dibakar!
1 cawan santan 
2 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah kecil*
4 sdb cili kisar
1 sdk serbuk kunyit
1 inci halia*
1 batang serai dititik
Sedikit air asam
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Semua bahan yang bertanda dikisar  
Panaskan minyak utk menumis bahan kisar tadi hingga naik bau dan masukkan  cili kisar biarkan hingga naik minyak
Masukkan serbuk kunyit dan serai 
Masukkan santan pekat dan kecilkan api
Masukkan gula, garam & air asam
Biarkan hingga pekat & terbit minyak
Tuangkan ke atas ikan yang dibakar

Kalau nak dibakar atas ikan pun boleh saya tuang sahaja dan bakar ikan menggunakan pemanggang ajaib

Alhamdulillah

~yms~

Friday 10 March 2017

Cekodok Sayur Rangup Kruk Krak..

Ya Allah...sedapnya cekodok sayur resepi Bonda Rozita Ratu Jamu Malaya..dah lama saya cari resepi cekodok rangup yang tidak menggunakan air panas!..saya tak gemar guna air panas sebenarnya sebab ianya menyerap minyak!..tapi disebabkan tiada resepi yang lebih sesuai makanya terpaksa la guna juga air panas ni..saya juga pernah guna telor dan simpan dalam peti sejuk tetap tak menjadi juga!


Alhamdulillah terima kasih Bonda Rozita semoga Allah SWT panjangkan umur bonda dan dapat berkongsi pelbagai  petua yang baik-baik selepas ini. Mulanya saya mencari menu berpantang dan petua berpantang ni..walaupun anak dah ramai tetapi tidak mahu abaikan amalan berpantang ni..lagi berumur lagi kena berpantang.

Resepi Cekodok Sayur Bonda Rozita
ymscreations

1 mangkuk tepung gandum 
kobis dihiris
karot disagat
daun sup dihiris
*sayuran ni lagi banyak dari tepung bila dicampurkan dalam 2 mangkuk
1/2 biji bawang besar dihiris
ikan bilis ditumbuk atau segenggam udang geragau
anggaran 1 cawan air sejuk yg direndam ais
garam secukup rasa
sedikit gula

Bancuh tepung dengan garam, gula, ikan bilis dan air sejuk
Masukkan sayuran dan bawang kacau hingga sebati dan bancuhannya sedikit cair yer
Panaskan minyak dan goreng dengan bentukkan leper guna sudu
Goreng garing dan hidang dgn sos cili pun da sedap sangat


Saya suka goreng lebih keperangan sikit untuk dapatkan cekodok yang rangup dan garing..ermm sedapnya..saya buat pagi dan petang sebab sedap sangat tak percaya cuba tau...bagus untuk anak-anak yang tak berapa gemar sayur bila dihidang habis licin sebabnya sedap!!


Alhamdulillah...

~yms~

Wednesday 22 February 2017

Kuih Keria Gula Melaka

Ingat tak sayaa ada kongsikan kuih CMM baru-baru ni..ada lebihan keledek putih saya rebus utk buat kuih keria gula melaka. Kebetulan gula melaka yg dibeli di Pekan Rabu Alor Setar dan Tg Dawai pada awal cuti sekolah yg lalu byk sangat belum berusik kenalah cari kuih yg menggunakan resepi gula melaka. 


Mudah jer resepi kuih keria ni...saya punya resepi seperti di bawah yee..nampak tak bila digoreng gebu gebass rupanya..rasanya aduhai lembut banget..memang tidak berbaki la keria ni..


Resepi Kuih Keria Gula Melaka
ymscreations

2 ketul keledek angggaran 3 cawan
2 sdb planta
2 sdk garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdk serbuk penaik
1 keping gula melaka
1 1/2 sdb gula
1/2 cawan air 

Rebus keledek dengan 2 sdk garam
Lenyek keledek  dgn planta
Ayak tepung gandum & serbuk penaik
Adunkan keledek dan tepung hingga sebati dan bentukkan
Bila dah siap digoreng dan sejukkan
Sementara itu sediakan gula melaka, air dan gula utk disira
Bila gula dah likat masukkan keria yg telah disejukkan tadi


Hidangkan untuk yg tersayang...



Alhamdulillah..

~yms~

Friday 17 February 2017

Sambal Ikan Sardin Rebus...ermm sedap!

Alhamdulillah cepatnya masa berlalu..sudah melebihi pertengahan Februari 2017..Salam Jumaat semuanya..

Saya bersiaran dari rumah kerana telah bercuti sejak januari hingga Jun ini..inshaaAllah.

Saya punya masa untuk update blog yg disayangi ini..tahun lepas sangat sedikit saya berblog..moga saya dapat luangkan masa utk laksanakan impian saya..


Saya sediakan menu ini utk hari ni..ikan sardin segar yer bukan sardin dalam tin hehehe..jom kita masak!!

Resepi Sambal Ikan Sardin Rebus
ymscreations

2 ekor ikan sardin direbus dgn garam dan asam keping
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1/2 cawan air asam jawa
4 sdb cili kisar
1/2 biji bawang besar hiris kasar
Gula dan garam secukup rasa 

Goreng ikan yg telah direbus dgn api sederhana
Tumbuk bawang merah, putih dan belacan hingga lumat
Tumiskan bahan tumbuk hingga garing dan masukkan cili kisar hingga garing
Masukkan garam dan gula secukupnya
Masukkan air asam jawa dan biarkan hingga terbit minyak
Masukkan bawang hiris dan ikan goreng tadi
Boleh dihidang dengan nasi panas dan lauk lain..saya hidang dengan pucuk paku tumis dan ikan masin gelama jeruk diperah limau kasturi errmm aduhh menyelerakan!


Alhamdulillah..

~yms~

Wednesday 15 February 2017

Molek sungguh Cek Mek saya petang ni...aduhaii

Minggu lepas kami ke Tesco Puncak Alam, ternampak pulak keledek putih terus saya ambil 3 biji yang sedang.

Hari ni baru berpeluang untuk buat Cek Mek Molek..alhamdulillah memang molek sungguh kejadiannya. Mungkin faktor keledek yang dari China ni..harga 3 ketul pun mencecah RM8. Sebelum ni ada juga saya beli keledek putih di Kedai Acheh tapi tak sama kejadiannya.

Ada lebih seketul saya nak buat Kuih Keria Antarabangsa yang pemes kat Melaka tu..buat sendiri lagi puas hati.


Resepi Kuih Cek Mek Molek
ymscreations

2 ketul keledek putih direbus bersama 2 sdk garam
Sukatan tepung gandum diayak perlulah dikurangkan 1/4 (contoh 2 cawan keledek, tepung 1 + 3/4 cawan sahaja)
1 sdk baking powder diayak
2 sdb marjerin planta
Gula secukupnya

Keledek yang telah sejuk dilenyek dgn marjerin hingga lumat
Masukkan tepung yang telah digaul sebati dengan baking powder dan uli lembut
Biarkan seketika dalam 15 minit sebelum dibentukkan dan diisi gula spt dlm gambar di bwh.
Bila siap boleh digoreng dgn api sederhana jgn panas sgt nanti meletop.



Sekali hadap je CMM saya habis licin dimakan hubby & anak2 panas2 hihihi. 

Alhamdulillah..


~yms~

Karipap Pusing Idaman Kalbu...

Cerita Kelmarin..

Teringin sungguh nak makan karipap pusing dah lama juga tak buat..kali ni saya gunakan inti kentang rencah daging batang pinang. Guna kentang kurang sikit angin yang menyerang dalam badan..kalau nak tengok resepi ada saya kongsikan dalam blog ni..kali ni saya tidak berhasrat untuk tulis resepi inti karipap saya nak fokus kulitnya sahaja.



Di bawah inti yang telah siap dan disejukkan. 


Di bawah ni pula cara saya menghasilkan kulit karipap pusing. Gambar 1 : Gabungan tepung yang diuli dgn minyak panas dan air sejuk (luar), tepung diuli dgn marjerin sahaja hingga boleh dikepal (dalam). Pastikan kulit luar lebih besar dari yg dalam.

Gambar 2 : Canaikan G1 dan belah dua kemudian gulung dan canai lagi secara memanjang dan gulung kemudian dipotong 4 bahagian seperti gambar 3.

Gambar 5 : Ambil satu bahagian dr gambar 3 tadi dan canai untuk diisi inti dan dikelim.


Buat karipap pusing ni memang kena sabar. Saya simpan dalam freezer seharian, esok baru saya canaikan dan hasilnya lebih cantik berbanding saya uli dan terus canai..
Terpulang pada budibicara masing-masing..
Bila menggoreng pula gunakan api kecil untuk dapatkan hasil yang sangat cantik dan kalau merekah tu biasalah..


Jom buat..rajinkan diri, yakin dan bersungguh untuk dapatkan yang terbaik..

Alhamdulillah..

~yms~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...