Tuesday 30 September 2014

Tempe oh Tempe...Tumis Cili & Tempe Goreng KFC

Assalamualaikum, terima kasih sudi lawat blog saya..

Hari isnin lepas saya teringin pulak nak makan Tempe Tumis Cili, ni baru pertama kali saya sediakan kerana semua anak-anak saya dah mula suka makan tempe selain di masak sambal tempe yang kering-kering tu..(nanti saya share resepi yer..). haa sapa penggemar tempe mesti tau kesedapan dan kelemakan tempe ni kan..memang tak rugilah cuba resepi ni sebab sampai adik saya si bongsu Awe tu boleh singgah ke rumah dari opis dia di bangsar kerana saya post gambar ni dalam whatssapp group family kami..hehehe...hebat kan penangan tempe niii...hahaha


Haaa ni gambar dari dalam kuali sebab tak sempat snap pic dari dalam pinggan sebab masing-masing dah nak makan termasuklah saya..heheh...nak tau penangan tempe ni lagi..samapai saya kena masak nasi lagi..jenuh nak tunggu nasi kering saya la yang kena sabar menunggu tue...apap-apun syukur walaupun lauk simple tp hmm tetap marbeles..




RESEPI TEMPE TUMIS CILI
Oleh : YMS Creations

Bahan-bahannya :

4-5 keping tempe (yang bungkus daun pisang lagi wangi)
7 biji cili padi (terpulang mengikut selera masing-masing)
1-2 biji cili hijau
1 biji bawang besar (dimayang kasar)
1 cawan ikan bilis
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit gula (hujung sudu je buat rasa)
Minyak


Cara-caranya :

1. Hiris nipis tempe macam dalam gambar tu, dan goreng hingga garing. Kemuadian goreng ikan       
    bilis juga hingga garing.
2. Tumbuk kasar cili dan belacan (blend kurang sedap ye haa jangan malas ye jadi      
    perempuan kena rajin)
3. Gunakan kuala menggirang tadi dan kurangkan minyak dalam biarkan dalam 3 sudu besar    
    tumiskan bahan tumbuk tadi hingga wangi. 
4. Masukkan bawang yang dah di mayang.
5. Biarkan sebati dan bawang layu masukkan sedikit shj gula dan garam..agak-agakla yang ini 
    secukup rasa. 
6. Masukkan ikan bilis dan tempe, gaul hingga rata dan tutup api.

Makan dengan nasi panas-panas, saya hidangkan dangan sup ketam ketika ni memang terlajak laris hehehe.




Ok..yang bawah ni pulak saya sediakan minggu lepas tak hengat hari apa dah kakak ni dik...ada lebihan tepong KFC yang dibeli masa program MAHA Selangor di pejabat saya baru-baru ni..
Saya memang nak suruh anak saya ni makan makanan tradisi orang jawa-jawa..maklumlah tak hilang ke mana kalau dah jawa tu..kita lah yang kena bentuk anak-anak ni kan..

Haaa saya pun potong-potong tempe ni dan pecahkan telur untuk disalut dengan tempe sebelum digolek-golekkan dengan tepung KFC yang sangat sedap tue..

Tu diaaa berebut anak-anak tercinta ku makan yang dicicah dengan sos cili life..macam potongan ayam katanya kakak ayara...aduhai la anak..takpelah janji anak-anak mama makan tempe..kata kau..hehe..memang sedap tau..tak tipu punya para pembaca sekalian..hehe


Kehilangan Bonda Tercinta

Tanggal 29hb September 2014 yang baru berlalu adalah hari ulangahun arwah bonda tersayang yang ke 60. Bonda dilahirkan pada tahun 1954. Arwah pergi dipanggil mengahadap Ilahi pada tanggal 20hb Mei 2000. Satu tarikh yang sangat tragis...bila dikenang kembali airmata ini akan mengalir derassss....Sebab itu agak sukar untuk saya menulis di enti ini..namun saya gagahkan jua agar anakanda-anakanda saya dapat fahami perasaan saya ketika kehilangan seorang ibu disaat saya amat memerlukan DIA..
Ketika jam lebih kurang 12 tengah malam di Taman Cheras Utama, Cheras Kuala Lumpur..saya menerima panggilan dari Abah yang saya rasa umpama mimpi dalam mimpi. Suara dalam telefon sangat jelas walaupun kendengarannya amat sayu disampaikan oleh ayahanda Mohd Sani dari Balai Polis Kuala Lipis. "Cue, Mak dah takde",  Ya Allah...handphone saya yang agak besar ketika itu berwarna hijau hitam jatuh dari gengaman saya. (Panggilan manja arwah mak dan abah ketika itu kepada saya adalah UCU maklumlah bongsu tak jadi). Saya menjerit memanggil kekanda saya 'Kak Yussss....' dan menuju ke ruang tamu. Kekanda saya bergegas ke luar dan mendapatkan saya dan bertanyakan samada saya mengigau ke apa. Saya kata padanya..'abah main-main cakap kata mak dah takde', petang tadi baru berbual dalam telefon agak lama berbincang berkenaan persiapan bunga telor menjelang hari perkahwinan saya pada bulan november tahun itu. Saya pasrah selepas itu..tiada ucapan lain lagi...kekanda saya terus menghubungi Abah semula dan bertanyakan hal sebenar. Ya...memang benar apa yang diucapkan Abah adalah benar..

Sekejap ye..emosi saya dah mula dah ni...inshaAllah anak mak ni kuatkan..

Selepas itu, kami bersetuju untuk menunggu jenazah di Tol Gombak kerana jenazah terus dibawa balik ke sini untuk disemadikan di kampung halaman kami, Meru Klang. Kembar dan seorang adik saya ada di kampung rumah nenda. Tiga lagi adik beradik saya ada di Kuala Lipis seorang balik bercuti dari UKM, dua lagi adik saya masih menuntut di Sekolah Menengah Clifford dan Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Lipis. Yang bongsu darjah 5, ntahkan faham ntahkan tidak adik saya ketika itu...

Alhamdulillah jenazah sampai dengan selamat di rumah nenda di Meru Klang pada awal pagi..kami memang berjaga sedekahkan bacaan Al-Quran sementara menunggu ustazah yang menguruskan jenazah sampai. Kami berulang kali dinasihatkan untuk tidak menangis meronta-ronta kerana airmata ttidak boleh setitis pun jatuh menitik di atas tubuh jenazah. Saya tahan saja untuk memeluk erat arwah ketika tu..airmata usah dikatakan lagi..tak henti henti walaupun ramai yang menasihatkan redha dengan dugaan ini..ye..saya redha namun saya masih mentah ketika itu..dan saya sangat-sangat terkejut dengan apa berlaku di hadapan saya ketika ini. Petang semalam saya rancak berbual pasal bunga telor, arwah nak datangke KL menaiki bas sendiri  dan saya berjanji akan ambil di Pudu Raya..memang tiada tanda..cuma satu..saya hairan kenapa arwah menolak pemberian hadiah sempena Hari Ibu yang saya telah sediakan. Sunguh-sungguh arwah tidak mahu..katanya saya perlu simpan duit untuk kegunaan hari-hari mendatang nanti. Saya memang pelik..dan biasalah sebagai anak saya merajuk..merajuk..dan merajuk...saya tak dapat fikir secara rasional ketika itu. Rupanya hingga terhenti nafasnya memang arwah tidak sempat menyentuh apalagi memandang hadiah yang belikan itu...apabila terpandang 'Seutas Rantai Emas' itu membuatkan airmata ini sentiasa berjuraian...saya simpan juga hingga beberapa tahun.

Apabila selesai urusan mandikan, dan memakai kain kapan..saya tetiba menjadi seolah-olah kebudak-budakan terus menerpa arwah dan memeluk erat-erat sambil mencium muka, tangan, badan dan kaki arwah yang sedang dikafankan ketika itu untuk meminta ampun..sebab saya baru dapat jawapan yang arwah ada sebab menolak pemberian saya ITU.... yang ALLAH...andai ku tahu...tidak akan ada insiden merajuk itu duhai bonda ku sayang...saya kesal yang teramat sangat. Mulianya hati mu bonda ku...

Allahuakbar...redakan emosi sekejap...

Abah menarik saya ketika saya sempat mencium kaki bonda yang sudah kaku...'sabar la cu..sabarlah cu...jangan buat macam ni tak baik...'  dan saya menjawab 'mak tak nak terima hadiah dari cu bah sebab mak dah tak ada...' saya meraung bagaikan orang gila..saya tak kisah orang keliling ketika tue..dalam fikiran saya saya sangat..sangat..sangat..memerlukan dia..cu nak kawin mak bulan 11 ni...hanya tinggal beberapa bulan lagi.....

Alhamdulillah..Arwah selamat dikebumikan, ramai sangat yang datang ziarah, rakan-rakan arwah dari Kuala Lipis ramai datang walaupun jauh..solat jenazah terpaksa dibuat diperkarangan luar rumah nenda. saya turt serta ke tanah perkuburan dengan langkah yang amat longlai..dah dipesan berulang kali jangan tangisi..jangan tangisi..ye..saya gagahi demi untuk ke perkuburan namun hati Allah yang tahu bagaikan lautan bergelora jiwa saya ketika itu..

Apapun saya redha dengan ketentuanNYA..saya mulakan hidup dan semangat baru...saya perlu berjuang melawan emosi..menghadapai hari-hari mendatang tanpa lagi ada IBU..perkahwinan saya ditunda ke tahun berikutnya...

Memori itu sangat tragis...saya perlu stop ni bagi hati saya kembali tenang..kan saya katakan tadi susah untuk menulis entri ni..ianya mengundang memori pahit untuk dikenang..saya perlu lawan..tapi saya kurang kuat...saya amat rindukan dia....semoga roh ARWAH ROHIYATI BINTI HAJI AHMAT termasuk ke dalam golongan insan-insan yang solehah dandi tempatkan di sisi ALLAH S.W.T..aminn ya rabilalamin...

Kita semua akan kembali jua tetapi bila dan bagaimana kita tidak tahu..semoga bertemu di Jannah Duhai Bonda...












Thursday 18 September 2014

Tumis Telor

Hi guys...Salam kebahagiaan buat semua..

Kali ni saya nak share masakan arwah bonda saya bila datang rasa jemu dengan lauk ikan or ayam..hmm kita tukar selera dengan resepi yang mudah dan cepat dimasak dan sedap dimakan. Sedap sangat lauk Tumis Telor ni tau, sesiapa yang takde selera makan tu boleh cuba ye resepi ni...cincai je resepinya tapi ingat jangan cincai dalam penyediaannya walaupun simple ye..malula perempuan buat keje cincai macai ni...tak mau...tak mau yer...


Hmmm tengok gambar pun sedapkan..anak-anak suka sangat termasuk ammar hayyan yang suka makanan pedas tuh...aduhai anak...

RESEPI TUMIS TELOR
Oleh : YMS Creations

Bahan-bahan

3-4 biji telor ayam
7 biji cili api
1biji cili besar merah
5 ulas bawang merah
1ulas bawang putih
Sedikit belacan/ikan bilis (agak-agak la)
1-2 cawan air suam
1 sudu garam (ikut selera masing-masing)
Minyak utk menumis

Cara:

Tumbuk cili-cili, bawang-bawang, belacan/ikan bilis hingga lumat (saya suka kasar sikit).
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk tadi hingga garing dan naik bau. Masukkan air suam biarkan menggelegak baru masukkan telor satu persatu. Perlahan api ketika ini, biarkan telor masak dengan sempurna dan perasakan garam. Cepatkan..dah siap la tu. Boleh hidangkan dengan nasi panas dan ikan masin...hmmm memang sedaplah...


Lempeng Kelapa Resepi Bonda

As salaam semua...Salam Hari Jumaat Penghulu Segala Hari

Semoga kita semua mendapat keberkatan di hari ini..aamin..
Nak berkongsi perihal lempeng kelapa yang sangat enak dimakan bersama sambal ikan bilis yang meletop letop dalam mulut hahaha gitew....




Cerita bermula bila sekeluarga balik ke Meru teratak ayahanda saya di Jalan Kempas..balik sahaja adinda bongsu sudah selesai masak santapan tengahari..saya ada sediakan kuih kasui tetapi tak sampai ke petang jawabnya sebab dapat sambutan hehehe nanti saya kongsikan resepinya ye..
Saya terpikir nak buat cekodok rangup tetapi adinda bongsu saya minta buatkan lempeng. Owh ok! Ada lebihan kelapa putih kuih kasui tadi..yes! kita makan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilislah...lama sangat tak makan lempeng kelapa..mulala terkenang memori lama ketika arwah mak masih ada. Arwah sangat kreatif mempelbagaikan juadah untuk kami sekeluarga semuanya sedap-sedap pulak tu..semoga arwah mak tenang di sana...amin...

Jomla kita buat lempeng kelapa yang jadi rebutan ni...




Alhamdulillah...ayahanda happy sangat dapat makan lempeng kelapa ni..saya macam dengar ada orang nak resepi...hahaha perasan!..tak minta pun xpe saya kongsikan di bawah untuk tatapan anakanda tersayang..

RESEPI LEMPENG KELAPA
Oleh : YMS Creations

Bahan-bahan

Tepung gandum (anggaran 3 cawan)
Air - 6 cawan  (jangan cair sangat & pekat sangat) 
Garam - 1 sudu kecil
Gula - 1/2 sudu kecil (jangan letak banyan nanti melekat di kuali)
Kelapa putih 1/2 cawan ( nak letak lebih pun boleh ye lagi sedap)
Minyak kelapa atau zaitun - 1senduk

Cara

Bancuhlah semua bahan tadi dalam mangkuk, pastikan kelikatannya membolehkan kita melempeng dalam kuali. Cedok menggunakan senduk bulat memudahkan kita melengser dalam kuali. Pastikan kita menggunakan minyak dahulu bagi kuali yang biasa. Jika guna kuali yang tidal melekat sangat mud ah...hidangkan dengan sambal hmmm enak tak terkata...

Camane nak buat sambal?..haaa kena tunggu la entri akan datang  yer...


Apa tunggu lagi cepat pegi ke dapur...oppsss masih di opis yer salin la resepi ni..hehe...jadikan minum petang weekend ni sesuatu yang meletopsss cik abang pun tak keluar minum kat kedai mamak hehe..ikat perut depa ni dengan makanan yang sedap dan terbaikkkk...





Bangkok

Assalamualaikum semua...

Saya terpanggil untuk menulis berkenaan kenangan saya ke Bangkok pada tahun 2010 atas sebab tugasan bagi membentangkan senario kemarau di Malaysia. Ketika ini saya baru sahaja mula bertugas semula selepas selesai program sarjana. Kalau tak silap saya sesudah hari raya aidilfitri. Saya setuju menghadiri bengkel ini selepas berbincang dengan suami yang amat memahami kerjaya saya. Saya tidak berhasrat untuk menulis panjang berjela..sekadar mengimbau kenangan yang lepas moga ianya menjadi moment yang indah walaupun ada yang pahit saya alami ketika ini. Namun yang pahit itu pengajaran jangan mudah percaya dan simpati dengan orang yang baru kita kenal. Sangat berharap dan berdoa moga berpeluang untuk ke sana lagi bersama keluarga tersayang. Jom kita layan gambar kenangan di bawah bermula saya mula pijak bumi Bangkok di Suvarnabhumi Airport !!!
Ketika pertama kali jejak Kota Bangkok...petang tu terus gi jenjalan tak sempat pun nak snap pictures coz i am very exciting that time due to the prices of all items hmmm amazing!!!

Hotel tempat saya menginap selama empat hari...alhamdulillah

Memori terindah ketika selesai present & workshop...best!!

Lunch hour at Amari Hotel

Outing dengan rakan-rakan workshop..makanan memang superb japanese cuisine...wallaaa..lepas makan gi cuci mata dengan member dari brunei & jakarta



Before boarding to Kuala Lumpur posing-posing dulu..hehe..mama anak-anak & hubby u tunggu tu...hahaha

Wednesday 10 September 2014

Ayam Panggang Kabsa

Ayam panggang ni saya sediakan bersama-sama Nasi Kabsa di SINI. Mudah sahaja penyediaannya, rempah kabsa yang digunakan juga sama seperti menyediakan Nasi Kabsa iaitu jintan manis, jintan putih dan ketumbar biji.

Ayam  yang telah dipotong mengikut citarasa kita direbus dahulu untuk diambil airnya bagi memasak nasi kabsa.




Ayam kemudiannya diperap dengan rempah kabsa dan bahan-bahan seperti di bawah ;


RESEPI AYAM PANGGANG KABSA
Oleh : YMS Creations

Bahan-bahan :
1 ekor ayam*
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang kecil*
Sebiji bawang besar dibelah 4
Serbuk lada hitam - 1 sudu kecil
Jintan manis - 1 sudu kecil*
Jintan putih - 1 sudu kecil*
Ketumbar biji - 3 sudu kecil*
Madu - 1 sudu besar  
Serbuk kunyit - 1 sudu kecil
Sos tiram - 1 sudu besar
Garam dan sedikit gula

Cara-caranya :

Sangan dulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar  hingga wangi dan sedikit garing tapi jangan sampai hangus ye. 

Kisar bahan  yang bertanda * hingga lumat dan gaulkan dengan semua bahan di atas tadi. Perisakan dengan garam dan secubit gula . Perap hingga sejam kemudian bolehla dibakar menggunakan oven atau pemanggang ajaib sehingga keperangan. Ayam ni telah direbuskan, jadi tak perlu lama dibakar ikutlah selera masing-masing.



Nikmati keenakan ayam panggang ni dengan nasi kabsa seperti di SINI....


Pressure Cooker Yang Sangat Membantu

Salam sejahtera semua pembaca blog saya...

Saya nak masukkan entri ni bukan atas dasar lain..cuma ingin berkongsi pembantu saya yang cekap di dapur ni.

Ini lah dia periuk ajaib Noxxa atau lebih dikenali sebagai pressure cooker. Alhamdulillah kehadirannya memudahkan saya untuk menyediakan pelbagai juadah dengan mengambil masa yang singkat. Kebenarannya terbukti bila saya menyediakan nasi arab, ketupat , nasi impit dalam masa yang menjimatkan. Nasi Arab hanya mengambil masa 7 minit sahaja, ketupat dan nasi impit hanya 30 minit sahaja. Saya syorkan kepada sesiapa yang ingin menjimatkan masa memasak cuba dapatkan periuk ini. Atau pembaca ada periuk yang lebih baik daripada ini boleh dikongsi bersama.



Diperkenalkan oleh kak CT Khadijah..hati terus terpaut dan terus membeli periuk ni. Kebetulan memang saya mencari pressure cooker tapi dek kerana cerewet asyik bertangguh nak memiliki periuk macam ni. Tetapi ini berbeza fungsi boleh menggoreng, merebus dan stim. Boleh juga bertindak sebagai slow cooker haaaaa menarik dan tertarik kan...memang berbaloi..apa taknya bila saya menyediakan ketupat di bawah ni hanya 30 minit ramai yang teruja...sekarang kembar saya Lin, adik saya Jaja, Kak Yus dan Abah juga memiliki periuk ini. Berjaya tak saya promote periuk ni hehehe



Ketupat ni kejadiannya sangat lembut, tetapi kena la juga pandai mengisi ketupat dengan kapasiti berasnya ye..saya buat dua jenis :

1. Ketupat Santan ~  direbus menggunakan santan dan garam
2. Ketupat Biasa   ~  direbus menggunakan air dan garam

Yang pasti kedua-duanya menggunakan pressure cooker ini dan tempoh memasak hanya 30 minit..
Alhamdulillah setakat ini saya juga sudah menyediakan Nasi Kabsa, resepinya di SINI dua kali saya memasak nasi ini kerana first round habis anak-anak minta buatkan lagi. Merebus nasi impit untuk dibawa ke majlis tahlil di pejabat dan merebus tulang untuk dibuat mee sup tulang untuk dua ke tiga kali rasanya. Nak resepi ke???? InshaAllah saya akan cuba untuk kongsikan resepinya ye....

Ada sesiapa yang berminat???? sila cari pengedar amway mesti ada jawapannya.



Monday 8 September 2014

Butter Prawn Membuat Hatiku Girang

Assalamualaikum w.b.t,

Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya yang tak seberapa ini. Maklumlah tuan punya blog pun bukan hari-hari dapat menjengah apalagi menulis untuk perkongsian bersama. Saya curi masa rehat saya sekejap sebelum urusan lawatan tapak petang ini. InshaaAllah mohon padaNya agar diberi ruang dan peluang untuk menghilangkan rasa hati yang sunyi dan kadang-kadang rasa sedih melalui penulisan. Bila mula menaip saya cuba lari dari tumpuan kerja dunia, juga cuba lari dari dugaan dunia..jika difikirkan terus menerus tidak akan habis..itulah dunia. Apa yang penting Allah S.W.T yang perlu kita ingat No 1. Apa yang perlu kita kejar di dunia??? PANGKAT , HARTA, semua sementara namun pencarian redha ALLAH itulah kunci utama dalam kehidupan. Saya juga manusia biasa tidak punya apa-apa, saya hanya mahukan Allah S.W.T berikan saya kebahagiaan sementara saya masih bernafas di dunia ini. Apa yang saya lakukan hanya untuk mencari redha Allah S.W.T. .sekadar perkongsian, maafkan saya jika saya tersilap. 

Ok...jom kita bercerita berkenaan Butter Prawn atau Udang Mentega yang membuatkan hati saya girang tak terkata. Saya sediakan juadah ini untuk bersahur ketika bulan ramadhan tahun ini. Allahamdulillah selesai tanggungjawab bersujud padaNya saya terus ke dapur..teringin sangat nak makan udang mentega nih..beberapa tahun dulu saya ada cuba namun hasilnya sangat mendukacitakan saya sampai putus asa dibuatnya. Tetapi kali ni rasa sangat-sangat teringin nak buat sekali lagi hinggalah saya jumpa resepi ini di..tak lain tak bukan Azie Kitchen. kak Azie terima kasih sangat sudi kongsikan langkah demi langkah dalam penyediaan resepi ni...


Bila saya hidangkan di atas meja anak-anak saya terdiam seketika dan bertanya 'mama masak ke mama beli ni...' aduhai 'mama masak la sayang....' seronok anak-anak lagi seronok la saya. Nikmatnya dapat menikmati hidangan yang kita idam-idamkan. Terima kasih Allah..

Jom lihat resepinya.

RESEPI BUTTER PRAWN 
Oleh: YMS Creations
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahan :
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar (saya guna susu cair)
Sedikit butter/marjerin  untuk menumis (saya guna butter)
Sedikit serbuk lada hitam/putih 
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Pukul ringan kuning telur.
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak
Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk bulat tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti. (saya putar ikut arah tawaf / lawan jam)
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halus jer.
Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.
Goreng udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak (sekejap shj) 
Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 
Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. 
Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. 
Bila sudah agak kering sikit boleh diangkat dan tabur telor yang yang dibuat floss tadi


Aduhaiii sedapnya...terliur dibuatnya tengahari macam ni..hehehe
Ini resepi yang sangat menjadi dan membuatkan saya happy tak terkata. Ratah sahaja pun sedap ni...

Friday 5 September 2014

Ikan Gelama Berlada di Pagi Jumaat

Assalamualaikum w.b.t ,


Hari ni saya berkesempatan menimba ilmu hanya satu jam mendengar alunan bacaan Al-Quran sebahagian surah At-Taubah dan Surah Yunus, terjemahan Surah Al-Baqarah Ayat 58 berkenaan kepentingan kita umat Nabi Muhammad wajib menuntut ilmu Feqah, Iman dan Ihsan. Juga sempat belajar tajuwid . alhamdulillah masih diberi ruang untuk hati ini terbuka menghadiri majlis ilmu di hari Jumaat yang penuh Barakah ini. Ustazah ada menyatakan bahawa bermula kita di dunia Allah S.W.T ini tanpa seurat benang pun oleh ibu kita dan seterusnya mendidik dan membesarkan kita sehingga kita boleh hidup sendiri tidak dengan ilmu dan amal berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Sementara kita hiidup di dunia ini, Allah S.W.T tempat kita No 1, jadikan Al-Quran itu hiburan tatkala kita suka dan duka. Jangan sekali-kali kita lupa padaNya di kala kita susah dan senang. Sesungguhnya Allah S.W.T segala-galanya, jangan sesekali mangharapkan penghargaan manusia, hanya Allah S.W.T tempat kita berharap dan Dia tempat berlindung.

Jom sama-sama kita membaca surah Al-Kahfi..

Pagi tadi saya sempat sediakan ikan gelama berlada untuk anakanda yang disayangi..moga dari hasil air tangan mama ini kalian dapat menerima ilmu dengan mudah untuk menjadi insan yang berilmu, soleh dan solehah.



Ikan ni dibeli segar dari laut Kuala Selangor haaaa...anak-anak sangat suka ikan gelama selalunya saiz ikan gelama ni kecil sahaja tetapi kali ni besar. Ini kali kedua saya membeli ikan gelama yang besar saiznya, sebelum ini saya masak sambal limau purut..nantikan resepinye yer..

Mudah jer resepi ni..saya teringatkan arwah bonda bila masak lauk pauk yang simple macam ni..arwah sangat kreatif menyatukan bahan-bahan yang mudah untuk mendapatkan masakan yang memikat selera anak-anak. Jangan susah-susah memikir bila kita penat atau punya masa yang singkat untuk sediakan sesuat juadah. jom kita lihat resepi ni...

RESEPI IKAN BERLADA
Oleh : YMS Creations

Bahan-bahan :

Ikan gelama - seekor yang besar
Cili merah besar - 2 ke 3 biji
Cili hijau besar - 2 ke 3 biji
Cili api - 5 ke 7 biji
Bawang besar - sebiji
Bawang kecil - 3 biji
Bawang putih - seulas
Belacan - 1/2 inci
Asam keping - 1 keping yang kecil
Sedikit air suam
Minyak
Garam dan gula sekukup rasa

Cara memasak :

Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan garam dan kunyit dan gorengkan ikan hingga masak.




Sementara menunggu ikan masak dengan sempurna, tumbuk cili besar dan cili api, bawang kecil, bawang putih dan belacan hingga lumat (saya suka sedikit kasar).

Kurang minyak yang digunakan utk menggoreng ikan tadi, kemudian tumiskan bawang besar yang potong bulat atau dibelah dua kasar.

Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan tumis hingga garing, masukkan garam, gula dan asam keping. Masukkan sedikit air untuk bagi berkuah sedikit, rasakan biar cukup masin dan sedikit sahaja manis juga masam. Asam keping boleh keluarkan jika anda rasa sudah terlebih masam.


Tuangkan tumisan tadi ke atas ikan yang telah digoreng tadi.



Tadaaaaa....hidangkan dengan nasi panas pun dah buat kita makan bertambah-tambah..dihidangkan dengan salad dan timun pun bolehhh...kenyang dan happy anak-anak alhamdulilllah...








Nasi Kabsa Yang Memukau

Tanggal 31 Ogos 2014, Ahad sempena Cuti Hari Merdeka  saya menyediakan juadah Nasi Kabsa berlaukkan ayam panggang berempah, puding karamel cinta hati, kek kukus buah-buahan dan dadih mangga kebetulan Family Kak Ngah & Kak Long sebelah suami akan bertandang ke rumah kami...merdekaraya la ni...hehe. Pagi tu saya ada menyediakan lontong daun pisang namun kurang menjadi kerana saya menggunkan Pressure cooker mungkin masanya perlu ditambah. Kek buah-buahan saya pun tak menjadi kerana dikukus hanya sejam,resipi asalnya 3 jam itula kalau pandai-pandai ubah resipi asal..kononnya saya hanya buat setengah adunan sahaja tetapi dek kerana guna acuan kecik ketebalannya turut ada kesan untuk kek masak dengan sempurna..hmm takpe jangan putus asa..belajar dari kesilapan tak gitu?

Ok! saya nak bercerita berkenaan Nasi Kabsah yang dibuat sendiri rempahnya oleh saya. Seperti biasa saya akan meng 'google' untuk study resipi untuk menyediakan rempah buharat. Saya menggunakan pressure cooker yang mana hanya 7 minit sahaja. Nak tau bagaimana pembantu saya yang cekap ini..haa sila lihat di SINI


Jom layan resipi dulu, sebelum tue saya nak bagitau resipi di bawah ini saya dah olah ye..sumbernya adalah daripada blog Azie Kicthen dan blog Kongsi Resipi.

RESIPI NASI KABSA
Oleh : YMS Creations

Beras Moghul Basmathi Faiza - 1 kg 
Air rebusan bagi 2 ekor ayam 
Bawang Besar - dipotong dadu
Tomato -dipotong dadu
Jintan manis - 1 sudu besar*
Jintan putih - 1 sudu kecil*
Ketumbar biji - 3 sudu besar*
Lada hitam - 2 sudu kecil
Serbuk kunyit - 1 sudu kecil
Tomato puri  - 2 sudu besar
Sos Tomato - 2 sudu besar
Minyak zaitun - 2 sudu besar
Butter - 1 sudu besar

Pertama sekali sangaikan dahulu bahan yang bertanda * kemudian kisar samada kering atau gunakan air hingga halus. Panaskan butter dan minyak zaitun dahulu dan tumiskan bawang dan tomato hingga wangi dan layu masukkan bahan kisar tadi, lada hitam, serbuk kunyit, tomato puri dan tomato sos. Biarkan sedikit garing masukkan garam dan beras yang telah direndam selama 20 minit yer. sukat betul-betul sukatan air sama dengan sukatan beras dan masukkan ke dalam pressure cooker masak selama 7 minit.

Boleh dihidang bersama ayam kabsa...wallaaa...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...