Sunday 22 May 2016

Melaka..FAFO & Roti Canai Kayu Arang 15.5.2016

Sejak akhir-akhir ni asyik teringatkan percutian...sibuk dengan tugas di pejabat dan rumah, menunggu masa nak berehat, bertenang dan mencari bahagia. 

Minggu lepas ambil peluang berehat di Swiss Garden Hotel Melaka, kebetulan melunaskan jemputan kenduri Aqiqah anak buah suami di Serkam.


Balik dari kenduri kami singgah di Freeport A Famosa Outlet buat kali pertama..not bad dapat juga barang yg dicari..alhamdulillah..
Tak pandai buat penilaian bolehlah pegi jika teringin nak pegi..apa yang boleh dirumuskan oleh saya dan family JPO lagi happening..ikut masing-masing lah kan.


Sebelum kami ke kenduri singgah sekejap di Warung Roti Canai Kayu Arang..fuhh ramai betul orang yang datang warung ni..


Nasi Lemak yang dihidang dengan sayur kangkung buat saya tertarik. Roti Canai pulak ada telor lapis memang sedap.



Tauke kedai ni perempuan tak sempat berkenalan dalam gambar di bawah ni yang pakai apron tu tengah mencanai roti. Wow! Bangga dengan kakak ni...


Boleh google utk tau di mana tempatnya..Alhamdulillah..

~yms~

Tuesday 17 May 2016

Terkenang percutian bulan Mac 2016..BURGER MAT SALLEH

Alhamdulillah pengunjung YMS Creations silih berganti walaupun empunya blog tak sempat nak update setiap hari. Betapa berharganya masa itu, sangat diperlukan walaupun Allah SWT beri masa 24 jam sehari namun jika tidak pandai mengurus sebaiknya masa akan berlalu begitu sahaja. Terima kasih kepada pengunjung setia, jika ada masa tinggalkan lah sedikit kata-kata perkenalan diruangan komen boleh kita eratkan silaturrahim..



Gambar bawah ni Ayah, Abang, Ammar dan Amsyar..Kakak Ayra takde mood masa ni hehe Amir biasalah tak suka bergambar dan Mama sebagai camerawoman hehehe..ini di Felda Residence Kuala Terengganu.


Dah tinggal beberapa hari lagi kita akan berpuasa dan anak-anak akan cuti sekolah. Teringat percutian bulan mac yang lepas, kami bercuti ke Terengganu dan Kelantan. Tujuannya mengisi masa cuti sekolah anak-anak dan memujuk kakak kerana belum dapat keputusan ke mana-mana sekolah asrama penuh. Alhamdulillah berita gembira kami dapat ketika berada di Kelantan..tanah suci di Malaysia lah katakan..


Alhamdulillah syukur pada ketentuannya..sejak itu saya sangat sibuk hingga blog ini umpama terhenti..umpama sahaja...

Apa yang menarik di Kuala Terengganu kami tak pernah tinggal Keropok Lekor 008 di Pantai Kelulut..memang sangat sedap. Kami makan keropok ni di Pantai Tok Jembal terasa tenang dan damai.
Di Terengganu kami hanya ke Pasar Payang sahaja cari nenas sedap (baby nenas saya ada share sblm ni..)

Saya paling tak boleh lupa dan aktiviti paling seronok makan di Kota Bharu Kelantan kami makan di Restoran Burger Mat Salleh, rakan saya Aeza yang perkenalkan tempat ni sangat sedap menunya..


Ini burger yang sangat sedap sebabnya daging tu dibuat sendiri dan bahan-bahan ditumis sebelum daging tu dibakar..alahai sangatlah sedapnya burger ini..


Ini ABC yang sangat sedap aisnya halus dan diletak aiskrim yang berkualiti. Waffle di bawah ni sangat rangup dan diletakkan aiskrim yang sangat sedap..ermmm tak puas makan hehe.


Kami order spagetthi tuna, seafood & daging aduhhh memang sangat sedap..masih dapat rasa kesedapan di lidah ini walaupun sudah 2 bulan yang lalu..sangat sangat sedap saya bagi 5 bintang.



Spagetthi Tuna..


Spagetthi Daging


Spagetthi Seafood (Lala/Shell)

Nama kedai ni BURGER MAT SALLEH..kedainya kecil sahaja di tepi jalan berhadapan dengan Petronas. Tanya Google pasti ada jawapannya..

~yms~




Sambal Mohdi Warisan Turun Temurun

Alhamdulillah..syukur diberi masa dan ruang untuk saya berkarya oleh Dia..curi-curi waktu..sesungguhnya waktu itu amat beharga untuk kita laksanakan pekerjaan yang baik-baik. Berblog untuk berkongsi ilmu dunia masakan pun inshaaAllah baik kan...



Resepi Sambal Mohdi
ymscreations

2 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 keping asam keping
Segenggam ikan bilis 
Sedikit belacan
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Goreng ikan bilis hingga garing
Tumbuk bawang putih dan belacan hingga lumat
Bawang besar dihiris sederhana nipis dan goreng dlm minyak lebihan goreng ikan bilis tadi hingga layu
Masukkan bahan tumbuk tadi hingga sedikit garing dan masukkan cili kisar
Biarkan garing dan naik minyak masukkan garam, gula dan asam keping
Tidak perlu masukkan air yer biarkan hingga sebati dan masukkan ikan bilis goreng tadi
Tutupkan api dan hidangkan dgn nasi lembik atau bubur nasi bersama kangkung tumis dan telor masin/ikan masin



Menu pilihan anak-anak saya licin semuanya..

Alhamdulillah..

~yms~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...