Saturday 26 September 2015

Taucu Ikan Bilis Timun


Bila nak masak cepat dan dah jemu dengan lauk-lauk ayam, daging & ikan. Jom kita beralih dengan lauk yang mudah disediakan dan enak dimakan. 
Bila raya macam ni mulalah tekak nak makan yang lain dari yang lain. 

Jom masak taucu!! Sedap nihh!!


Resepi Taucu Ikan Bilis Timun
ymscreations.blogspot.com

1 mangkuk ikan bilis
2 sudu besar taucu
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih dihiris kasar selepas dibelah dua
2 biji cili hijau dihiris
5 biji cili padi dihiris 
1 biji cili merah dihiris 
1/2 biji timun dibelah dua dan potong serong
1 batang serai diketuk
1/4 cawan air panas atau ikut suka
Secubit gula
Minyak utk menumis

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga hampir garing dan angkat
Masukkan bawang, cili dan serai
Tumis hingga wangi dan layu
Masukkan taucu dan timun, tumis lagi Masukkan sedikit gula dan air panas
Biarkan mendidih dan sedikit pekat
Perasakan secukupnya dan angkat bila sudah sebati

Hidangkan dengan nasi panas dan telur dadar, aduh seleranya tidak terkata..

Alhamdulillah 


Friday 25 September 2015

Daging Goreng Kunyit Sedap!

Sempena hari raya korban ni jom kita masak daging korban..resepi yang mudah-mudah jer...

Daging Goreng Kunyit menu pilihan, mudah disediakan dan sedap dimakan bersama nasi panas.


Resepi Daging Goreng Kunyit
ymscreations 

1 mangkuk daging yg telah dihiris
5 batang kacang panjang dipotong spt dlm gambar
1 labu bawag besar
2 ulas bawang putih
1 sdb ketumbar biji direndam *
1 sdt jintan halus direndam *
1 sdt kunyit serbuk
1 sdt garam
1 biji cili merah dihiris kasar
1 senduk minyak masak


Kisar bahan bertanda * dan gaulkan daging bersama serbuk kunyit dan garam, perap semalaman

Panaskan minyak separuh, goreng daging hingga empuk dan angkat 

Tambahkan lebihan minyak tadi dan goreng hirisan bawang besar, bawang putih dan cili. Apabila sudah layu masukkan potongan kacang panjang dan daging tadi. 

Bila tak cukup rasa garam boleh tambah ikut kesesuaian citarasa masing-masing .



Alhamdulillah 

~yms~

Tumis Taugeh Kasar

Susah nak dapat taugeh kasar yang sedap nihh..tengok je dah dapat rasa keenakannya bila dikunyah krup krap krup krap. 



Menu yang sangat mudah, saya tumis dengan udang bersama hirisan bawang merah, cili merah dan bawang putih. Saya letakkan sos tiram sikit dan garam, masukkan udang. Bila dah layu semua bahan tumis tadi baru masukkan taugeh kasar telah dibersihkan. 

Mudah je kan..hidangkan dengan lauk-lauk lain sedap tau..

Alhamdulillah 

~yms~


Sambal Ikan Sembilang

Sedapnya ikan sembilang dimasak asam pedas..tapi kali ni anak-anak minta dimasakkan Sambal Ikan Sembilang uishh pandai anak-anak bagi cadangan menu yang meletop.


Mudah jer masak menu ni yang penting kena siang dengan betul ikan ni..ikan sembilang ni kalau tak disiang dengan betul akan hanyir yer. Jika diperhatikan diperut ikan ni ada pusat yang perlu di buang dan belah perut hingga ke kepala. 
Rendam dengan air limau kasturi dan basuh hingga bersih. Potong badannya supaya dapat potongan yang kecil dan cepat garing bila digoreng.

Resepi Sambal Ikan Sembilang
ymscreations 

3 ekor ikan sembilang yg telah digoreng
1 labu bawang besar dihiris kasar
2 ulas bawang putih ditumbuk
1/4 inci belacan ditumbuk
1/3 sdb asam jawa dibancuh dgn air
2 sdb cili kisar
1 sdk garam
1/2 sudu gula
Minyak utk menumis

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan bawang yg dihiris kasar tadi
Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing 
Masukkan garam dan gula biarkan hingga sebati dan pecah minyak
Masukkan air asam jawa biarkan mendidih
Kecilkan biarkan sedikit pekat dan masukkan ikan sembilang yg telah digoreng dan tutup api

Ermmm sedapnya jika dihidangkan dengan nasi panas-panas. Saya ni dari dulu kalau kuali lepas masak sambal ni saya akan ambil nasi untuk dikorek dalam kuali tu..sedap!!



Alhamdulillah 

~yms~


Thursday 24 September 2015

Salam Aidiladha 11 Zulhijjah 1436H

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan dan rezeki untuk malkasanakan ibadah korban pada tahun ini..


Kami sekeluarga berhari raya di Saujana Utama 2, Sg Buloh Country Resort pada tahun ini. Kebetulan kami tidak pulang beraya pada tahun ini kerana bertugas pada 12 Zulhijjah 1436H.


Tahun lepas juga kami sekeluarga tidak ke mana-mana kerana cuti yang pendek. Trauma masih lagi menghantui fikiran kami sekeluarga, kami sepakat tidak mahu terburu-buru mengejar waktu kebetulan cuti memang tidak banyak.


Alhamdulillah kami menyambut di rumah kami sahaja, berpeluang untuk bersama-sama rakan jiran lain untuk melaksanakan ibadah korban di Masjid SU2, sebanyak 12 ekor lembu ditumbangkan pada tahun ini. Alhamdulillah lembu ke 10 mudah disembelih dan tidak mengambil masa yang lama menghembuskan nafas terakhir dan dilapah. Saya minta anak-anak turut sama untuk menyaksikan ibadah korban dilaksanakan. Selesai penyembelihan saya pulang ke rumah dan terus memasak Nasi Beriani, Ayam Masak Merah dan Acar. Sementelah menunggu suami pulang, saya sediakan rempah untuk menyediakan Kari Daging Korban.

Alhamdulillah..ini adalah menu kami pada Hari Raya Aidiladha 1436H..






Yang pasti untuk Menyambut Hari Raya Korban/ Aidiladha kita mestilah faham dengan erti Pengorbanan yang terjadi pada zaman Nabi Ibrahim A.S bersama anaknya Nabi Ismail A.S..



Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.



Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

terima kasih perkongsian dari http://manusialidi.blogspot.my

SubhanaAllah, lihatlah betapa taatnya Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Sesunguhnya perintah ini sangat berat ketika itu, namun Nabi Ibrahim tetap taat. 

Kita yang  hanya menunaikan kewajiban yang tidak berat pun kadangkala sukar untuk taat. Jom kita sama-sama melaksanakan suruhanNya. Sesungguhnya segala kebaikan yang Allah SWT perintahkan, kebaikan nya kita juga yang perolehi semula. Semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk saya dan keluarga taat menunaikan perintah Mu..Aaminn Ya Rabb

~yms~




Sunday 20 September 2015

Nasi Dagang Kelantan lagi...

Bulan lepas saya beli beras nasi dagang lagi..kebetulan mengajar kursus di Kota Bharu. Beli sekali cili hijau yang sedap tu kononnya nak buat solok..alahai ntah ke mana soloknya tak muncul-muncul.

Saya buat nasi dagang kali ni dengan mengukus..tapikan leceh sikit laa sebab saya tak rendam semalaman. Rasanya lagi mudah tanak macam resepi sebelum ni. Saya ada kongsi di sini..



Tahap kesabaran yang tinggi dan sokongan yang padu dr suami saya dapat juga hidangkan nasi dagang ni..aduhh sejam lebih kakak masak dik oiii..



Haa ni kuahnya..resepi pun pernah saya kongsi kat sini..godek-godek la yer cuma sebelum ni saya guna ikan tenggiri kali ni saya guna ikan tuna yang sangat enak..





Mudah je masak kuah nasi dagang ni..kena cuba baru tau mudah tang macamane yer..
Jom lihat resepi di SINI


Acar ni mudah juga..kan nampak ada timun, carrot, bawang & cili merah kan..hiris macam dalam gambar tu dan bancuhkan gula satu sudu, cuka epal dua sudu dan air panas dalam dua sudu.
Gaulkan bahan bancuhan tadi ke dalam sayuran yang dipotong tadi.

Bolehlah hidangkan untuk yang tersayang..


Hmmmm sedapnya hingga menjilat jari..
Saya buat ni waktu cuti sabtu ahad..pagi waktu kerja kena masak kuah dan acar waktu malam pagi masak nasi sahaja. Mudah kan yang penting kena paksa diri rajin la kan..kalau nak buat sesuatu yang sedap macam saya jugalah..jika tiba malas melanda susah la nak cakap...Hehe..

Jom makan..


Makan dengan keropok dari kemaman memang enak sekali..teringin yer..cubalah buat..

Alhamdulillah..

~yms~



Asam Pedas di bulan September...

Bulan September sangat sibuk bagi saya..yang paling nyata saya telah berpindah tempat kerja di Kuala Lumpur dari Putrajaya. Situasi yang amat berbeza ...huh macam-macam dugaan di tempat kerja yang saya perlu hadap. Nak sesuaikan dengan keadaan skrg memang mengambil sedikit masa. Bab kerja inshaaAllah tapi karenah manusia fuhh hanya Allah SWT tempat mengadu dan meminta pertolongan.

Bulan september juga bulan yang saya rasa banyak kali memasak asam pedas..di antaranya asam pedas daging, asam pedas ikan pecah periuk campur tuka dan asam pedas ikan sembilang. Ada yang tak pernah dengar ikan tuka?
Ni spesis ikan pari juga cuma saiznya agak kecil sedikit. Kalau dibakar memang sedap sekali..saya masak sedikit asam pedas campur dengan ikan pecah periuk.



Pecah periuk?? Hehe pelik kan nama ikan ni..saya di Kuala Selangor baru kenal ikan ni. Warnanya hitam isinya lembut dan sedap, pada saya rasanya persis ikan jenahak tetapi jauh lebih murah harganya. Mungkin rupanya tidak secantik jenahak sebab tu harganya murah hehe. Itu firasat saya jer tak pernah pulak tanya kakak yang jual ikan tu. 

Jom layan gambar asam pedas saya..resepinya sama dengan asam pedas yang saya masak sebelum ni.. Masih menggunakan ketumbar biji dan jintan halus. Kalau pembaca setia blog saya sudi singgah teratak saya inshaaAllah saya sudi menjamu juadah ni..bila ianya akan jadi kenyatan yer hehe..mungkin suatu hari nanti kan tidak mustahil..nak resepi sila rujuk di SINI yer..sama sahaja bahan-bahan yang digunakan.




Tu ikan pecah periuk yer..maaf la kalau terliur hehe..nama pun blog masakan  mestilah gambar masakan yang ada. Kalau blog kecantikan dok tayang muka manusia la pulak kan hehe.
Bawah ni ikan sembilang yang suami beli di Pasar Tanjung Karang hmmm memang marbeles lah..


Saya bila masak asam pedas memang mewah dengan bendi & tomato sebabnya akan jadi rebutan anak-anak dan suami isteri hehe..


Nampak tak ikan sembilang tu..hehe
Asam pedas daging nanti yer saya kena tulis resepinya..ok stop dulu ye jumpa lagi di entri yang lain yer..assalam..

Alhamdulillah..

~yms~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...