Saturday 11 March 2017

Percik Ikan Sebelah

Bila dah tak lalu nak makan lauk apa bila tengah 'tunggu hari ni..' mulalah teringat masakan arwah mak. Kembar saya berikan idea untuk masak ikan percik..ermm sedap tue.. tapi kat dalam peti takde ikan kembong..yang ada ikan sebelah. Terbaca blog Kak Amie ikan sebelah bakar..ermm boleh la buat percik ni..


Wah..sedap rupanya ikan sebelah dimasak percik!

Resepi Percik Ikan Sebelah
ymscreations

Ikan sebelah diletak garam dan kunyit dan dibakar!
1 cawan santan 
2 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah kecil*
4 sdb cili kisar
1 sdk serbuk kunyit
1 inci halia*
1 batang serai dititik
Sedikit air asam
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Semua bahan yang bertanda dikisar  
Panaskan minyak utk menumis bahan kisar tadi hingga naik bau dan masukkan  cili kisar biarkan hingga naik minyak
Masukkan serbuk kunyit dan serai 
Masukkan santan pekat dan kecilkan api
Masukkan gula, garam & air asam
Biarkan hingga pekat & terbit minyak
Tuangkan ke atas ikan yang dibakar

Kalau nak dibakar atas ikan pun boleh saya tuang sahaja dan bakar ikan menggunakan pemanggang ajaib

Alhamdulillah

~yms~

Friday 10 March 2017

Cekodok Sayur Rangup Kruk Krak..

Ya Allah...sedapnya cekodok sayur resepi Bonda Rozita Ratu Jamu Malaya..dah lama saya cari resepi cekodok rangup yang tidak menggunakan air panas!..saya tak gemar guna air panas sebenarnya sebab ianya menyerap minyak!..tapi disebabkan tiada resepi yang lebih sesuai makanya terpaksa la guna juga air panas ni..saya juga pernah guna telor dan simpan dalam peti sejuk tetap tak menjadi juga!


Alhamdulillah terima kasih Bonda Rozita semoga Allah SWT panjangkan umur bonda dan dapat berkongsi pelbagai  petua yang baik-baik selepas ini. Mulanya saya mencari menu berpantang dan petua berpantang ni..walaupun anak dah ramai tetapi tidak mahu abaikan amalan berpantang ni..lagi berumur lagi kena berpantang.

Resepi Cekodok Sayur Bonda Rozita
ymscreations

1 mangkuk tepung gandum 
kobis dihiris
karot disagat
daun sup dihiris
*sayuran ni lagi banyak dari tepung bila dicampurkan dalam 2 mangkuk
1/2 biji bawang besar dihiris
ikan bilis ditumbuk atau segenggam udang geragau
anggaran 1 cawan air sejuk yg direndam ais
garam secukup rasa
sedikit gula

Bancuh tepung dengan garam, gula, ikan bilis dan air sejuk
Masukkan sayuran dan bawang kacau hingga sebati dan bancuhannya sedikit cair yer
Panaskan minyak dan goreng dengan bentukkan leper guna sudu
Goreng garing dan hidang dgn sos cili pun da sedap sangat


Saya suka goreng lebih keperangan sikit untuk dapatkan cekodok yang rangup dan garing..ermm sedapnya..saya buat pagi dan petang sebab sedap sangat tak percaya cuba tau...bagus untuk anak-anak yang tak berapa gemar sayur bila dihidang habis licin sebabnya sedap!!


Alhamdulillah...

~yms~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...