Tuesday 30 December 2014

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis Petai



Assalam...bertemu di alam maya pada tarikh penghujung disember tahun 2014. Semoga ada cahaya yang cerah pada tahun 2015 yang akan menjengah 1 hari lagi.

Nak kongsi nasi lemak kegemaran anak-anak saya. Pilihan No 1 anak-anak saya jika ditanya nak bersarapan apa. termasuklah ayahnya hehe. Apa-apa pun alhamdulillah kerana diberi ruang waktu dan kesihatan oleh Allah S.W.T untuk menyediakan menu ini.




Sambal yang saya sediakan ini adalah Sambal Ikan Bilis Petai, anak-anak memang suka petai. Anak-anak saya memang tak cerewet pasal makan...ulam ulaman dan pucuk ubi pun makan, senang kata apa-apa jenis sayurlah mereka suka. Memang saya ajar anak-anak untuk tidak memilih. Peria pun saya sedang cuba untuk jinak-jinakkan dengan tekak anak-anak saya ni. Bukan apa...supaya mereka ni tidak memilih sangat pasal makan..apalagi perihal sayur-sayuran yang banyak khasiat ni..lagi satu susah nak ke mana-mana nanti.  



Petua buat sambal yang sedap perlu guna minyak lebih sikit..bukan terlajak lebih yer..dan gunakan bawang besar dalam jumlah yang banyak mengikut berapa kuantiti cili kisar yang kita gunakan. Jom lihat resepi dari YMS Creations.



RESEPI  NASI LEMAK
YMS Creations

Bahan-bahan

Beras - 4 pot kecil
Halia - 1/2 inci
Bawang kecil - 2 ulas
Daun pandan - 2 helai disimpul
Santan - 5 pot kecil ikut sukatan beras
Garam - 1/2 susu kecil

Cara memasak

Basuh beras
Hiriskan bawang dan halia
Masukkan semua bahan di dalam periuk memasak dan masaklah hingga nasi masak





RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
YMS Creations

Bahan-bahan

Segengam ikan bilis - basuh dan tos
Bawang kecil - 3 ulas
Bawang besar - 3 ulas
Bawang putih - 2 ulas
Cili kisar - 3 senduk
Belacan - 1 inci
Air asam jawa -1/2 cawan
Minyak untuk menumis
Garam -secukup rasa
Gula  - secukup rasa

Cara memasak

Gorengkan ikan bilis jangan sampai garing sangat
Bawang kecil , 2 bawang besar , bawang putih dan belacan dikisar dan tumis hingga garing
Masukkan cili kisar biarkan lama atas api hingga naik minyak
Masukkan garam, diikuti dengan gula
Bila sudah sebati masukkan air asam jawa
Masukkan ikan bilis dan sebiji bawang besar yang dipotong bulat.
Kecilkan api tunggu hingga pekat

Boleh hidang dengan nasi lemak bersekali dengan telor rebus dan timun.
Tentunya insan-insan tersayang tersenyum gumbira hehe..selamat mencuba!!!

~YMS~

Tuesday 23 December 2014

Sweet Sour Siakap Fresh !!

Assalamualaikum w.b.t,

Ini cerita bulan lepas..suatu petang saya berjaya mendapatkan Ikan siakap fresh dari laut itulah idaman saya..sangat berbeza rasanya jika dibandingkan dengan siakap bela. Saya anggap ini rezeki saya bekerja di sini (Kuala Selangor) dapat menikmati ikan fresh dari laut.

Bila tanya anak-anak sudah tentu menu Siakap Sweet Sour. Saya sediakan lah menu ini untuk dinner malam itu. Resepi sudah tentu sama dengan menu-menu lain yang ada dalam blog-blog sediada. Cuma yang beza cara penyediaan dari Chef yang berbeza.


Resepi Mudah Siakap Sweet Sour
Oleh : YMS Creations

Ikan siakap - goreng dengan kunyit, garam & tepung jagung
2 sudu besar cili kisar
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar*
2 ulas bawang kecil - tumbuk lumat*
1 buji bawang besar - potong dadu*
Nenas & timun - potong dadu
1 inci halia - tumbuk kasar*
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya



Cara :

Tumiskan bahan bertanda* hingga garing, masukkan cili kisar 
Kemudian masukkan sos tomato dan cili tumis lagi hingga naik minyak 
Masukkan nenas & timun yg dipotong dadu
Masukkan garam, gula dan air asam jawa secukup rasa
Tuangkan di atas ikan siakap yang telah digoreng dgn sempurna

Hidangkan untuk keluarga tersayang..walla...

-YMS-



Friday 19 December 2014

Family Day Ex-TI KL di Sg Klah Sungkai Perak

Selamat Bercuti Semua Pembaca Blog Sekalian...

Sudah nak hampir ke minggu-minggu terakhir cuti sekolah 2014.. Huh..lamanya blog ni tidak diisi dengan ceritaku. Busy dengan tugasan di pejabat banyak nak diselesaikan..baru berpeluang untuk update ditengah malam ni. Sikecil dah tidur hmmm abk sikit waktu untuk corat coret di ruangan yang istimewa bagi saya nih.

Minggu ni adalah minggu cuti saya, walaupun hari rabu lepas terpaksa cancel kan cuti di atas tugas tapi saya gembira cuti kali ni dapat langsaikan byk tugas yang telah diatur.







Ok!!.. Hari ni kami bertolak ke Felda Residence Sg Klah Hot Spring di Sungkai Perak tak jauh dari rumah kami di Sg Buloh, dalam 70 km jauhnya untuk sampai ke sini. Hubby & the gang Ex - TI KL (Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur) buat family day di sini. Seronok dengan aktiviti yang padat yang disusun dengan cantik dan teratur. Lengkap dengan solat berjemaah, tahlil, sukaneka, dinner dan slot mengenang kembali zaman persekolahan dahulu.



Wah!!..first time masuk ke sini teruja juga..sebelum check in nampak banyak sangat petai yang sangat fresh! Apalagi beli..selepas check in kami menginap di Villa 11 bersama satu keluarga lain Ima atau Sarimah namanya. Di belakang Villa ni ada jakuzi boleh di jadikan sebagai terapi. Kami share dengan satu keluarga lagi, tapi anak mereka sorang saje..hmmdah pesan dengan anak-anak duduk dengan orang kita tak boleh havoc sangat huhu. Maklumlah kami ni selalu meriah sangat compare dengan kelaurga kecil. Apa-apapun kami always happy..






Nak cerita ni sebenarnya..teruja dengan tempat percutian yang hebat dan sesuai untuk buat family gathering nih. Pernah sekali kami singgah selepas menghadiri majlis perkahwinan teman hubby di kawasan Felda Sungkai ni tetapi tidak jadi turun kerana perlu beratur panjang beli tiket untuk masuk ke dalam..hmm tak jadilah kami turun. Di kesempatan ini kami tidak lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan majlis yang diatur berbulan lamanya bagi berjumpa semula selepas 25 tahun.





Petang ada sukaneka, hubby sibuk dengan tugas saya sibuk melayan si kecil..sambil berfikir macam2 dalam kepala hehe. Abg Haikal sudah tidak seperti dulu, sekarang sangat sporting join aktiviti sukaneka..Kakak Ayra memang peramah orangnya hehe dan Amir...hmm dia memang seorang yang ligat dengan sukan. Mama pulak macam biaca selagi ada baby kesayangan selagi itu mama akan berkepit dengan baby bungsunya Amsyar. Abg Ammar biasalah main ball sendiri cari aircond tengah padang bila rasa panas..hahaha alahaila anak ku yang sorang tak sempat abk pic dia sebab dia xde mood posing & kami xsempat snap pic dia.







Malam tu kami ada dinner dan banyak aktiviti disusun malam tu..yang best mengimbau kenangan silam hehe. Cuma lebih menarik jika group yang reunion ni buat persembahan bukan anak-anak hmmm. Apapun nak bagitau..pasangan yang paling sporting dalam program ini adalah...Apai@ Moh Paizal dan istering Yuslina...hihihi..terkejut juga kami terima kasih kepada pengajur.

Esok pagi selepas breakfast dan bergambar kenangan, aktiviti bebas mandi manda anakanak..layannn.

Baguslah tempat ni..villa ni pun selesa boleh memasak bagai sangat sesuailah untuk buat family gathering..dah berapa kali mentioned  nih hehe maknanya memang sesuai sangatlah..jom plan aktiviti untuk reunion atau percutian keluarga.


~YMS~





Sunday 7 December 2014

Bening Bayam

Assalam,

Hari-hari yang berlalu dengan penuh onak duri kadang-kadang kita penat, tak ada mood. Bila sebut mood ni memang la ada kena mengena dengan perbuatan seharian kita. Ibu-ibu macam saya bila di rumah memasak adalah rutin utama, nak masak kena ada mood dan berbuat apa saja lah kena ada mood. Shopping yang best tu pun kalau tak ada mood tak happening kan.

Bila tak ada mood ni kadang-kadang ianya dapat merehatkan minda dan anggota kita. Bila tangan dan kaki ligat dengan pelbagai aktiviti kita akan rasa penat, apa kata bagi peluang tangan dan kaki kita berehat. Haaa menu yang saya nak kongsi ni sangatlah mudah..sesekali bagi la peluang tangan dan kaki kita berehat kan..tapi tidak la semudah mengenyit mata semuanya siap..alahai nampak nau menipunyerrr. (kata orang melaka).. kena la juga siapkan bahan-bahan dan cari periuk dan sebagainya untuk memasak. Bezanya persiapannya sedikit mudah dan cepat tetapi tetap lazat dan menyelerakan.

Bening bayam..penah dengar? bening ni biasanya orang Jawa yang biasa nyebut. Masak air la orang Melayu yang biasa sebut. Hmm sebab saya orang jawa, saya guna juga perkataan bening..kan sedap bunyinye sesedap rasanya. Bila rasa bosan dengan hidangan lauk asam pedas, kari, masak lemak & sambal yang berulang-ulang cuba kita masak lauk mudah ni. Hidang dengan sambal tutok dan ikan goreng hgaring..fuhhh sememangnya sedap sesangat.

Mudah sangat bahan-bahan dan penyediaanya.

Resepi Bening Bayam
YMS Creations

Bahan-bahan :

Seikat bayam merah disiang dan asingkan batang - dicuci bersih
Ikan bilis - 1sudu besar
Seulas bawang kecil - dihiris halus
Garam -secukup rasa
Secubit gula
2 cawan air

Cara-cara :

Masukkan air, hirisan bawang dan ikan bilis ke dalam periuk
Biarkan mendidih dan masukkan batang bayam
Bila agak empuk masaukkan daun bayam, garam dan gula
Biar mendidih dan bayam telah agak lembut (jangan biarkan lembik)
Tutup api dan hidangkan dengan sambal tutok dan ikan goreng.

Walla..segarnyer




~yms~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...