Friday 27 January 2017

Sambal Belacan Kuinin

Sedapnya sambal kuinin...makan pulak dengan lauk kari ikan pergghhh memang letup! 


Resepi Sambal Belacan Kuinin
ymscreations

1 biji buah kuinin
1 biji cili besar merah
3-5 biji cili api
1 inci belacan dibakar atau digoreng
garam dan gula secukup rasa

Tumbuk semua bahan hingga lumat kecuali buah kuinin
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Cincang buah kuinin dan masukkan dalam sambal belacan tadi
Dah siap..mudah jer

Makan pulak dgn lauk pauk seperti di bawah memang nasi bertambah laa jawabnya..hehehe..


Alhamdulillah..

~yms~

Wednesday 25 January 2017

Nasi Goreng Pucuk Paku Sedap!

Ishhh teringin sangat nak makan nasi goreng pucuk paku ! Bila dapat masuk dalam mulut aduhh nikmat tak terkata..haa jangan main-main bila mak buyong ngidam anak ke-6 hahaha..


Abaikan gambar yang tak menarik ni yer..yang penting kesedapan nasi goreng ni..

Resepi Nasi Goreng Pucuk Paku

2 pot nasi yang telah dimasak
5 biji cili api (terpulang ikut kepedasan masing2)
3 ulas bawang merah dihiris
(1 ulas ditumbuk)
1/2 genggam ikan bilis ditumbuk kasar
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci belacan ditumbuk
1/2 ikat pucuk paku (saya beli pucuk paku yg seikat banyak)
1 biji telor
Garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing dan masukkan pucuk paku dan kacau sebati
Masukkan telor dan kacau serta garam
Masukkan nasi ke dalam kuali dan kacau sebatikan dengan garam
Biarkan hingga sebati dan boleh la diangkat 

Mudahkan..mana ada susah hehe janji kena rajin la..

Alhamdulillah 

~yms~




Nasi Lemak Sambal Kerang

Sebelum bertolak ke Seberang Perai hari ni saya sediakan dulu nasi lemak sambal kerang untuk anak-anak yang ditinggalkan. Resepi nasi lemak saya dah pernah kongsikan dalam blog ni dah ada cuma Sambal Kerang sahaja yang belum. 



Kali ni saya dapat kerang yang kecik-kecik sangat..tapi bersyukurlah dpt juga sbb dah lama tak jumpa kerang. Memikirkan khasiat kerang yang boleh tambah hemoglobin saya yang sangat rendah belilah juga..


Dalam sambal tu tersoroklah kerang-kerang yang sudah dikupas isinya memang tak nampak sebab halus sangat hehehe

Resepi Sambal Kerang

1/2 kilo kerang (dibasuh dan masukkan dalam periuk biarkan terbuka, biar sejuk dan kupas)
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
2 biji cili merah besar
1/2 biji bawang besar dihiris kasar
4 sdb cili kisar
Air asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Kisar bawang putih, bawang merah, cili merah dan belacan 
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan cili kisar
Masukkan garam dan gula secukupnya dan sedikit air biar ada kuah sedikit
Biarkan hingga garing dan masukkan air asam dan kacau
Masukkan kerang yang dikupas dan bawang yang dihiris kasar
Bila dah sebati boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi lemak..



Alhamdulillah

~yms~

Tuesday 24 January 2017

Tumis Peria

Peria menang sayuran yang berkhasiat..walaupun pahit tetapi ianya ubat untuk pelbagai penyakit..

Saya sangat suka jika peria ni ditumis dengan belacan dan pedas sedikit..cuma sekarang saya kena pantang makan pedas..tetapi tetap sedap!


Resepi Tumis Peria

2 biji peria ketak (dihiris dan direndam dgn air garam bila basuh ramas sedikit)
1 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih
3 ulas cili api dihiris
1/2 cili merah dihiris
1/2 inci belacan
1/3 genggam ikan bilis
Garam secukup rasa

Panaskan minyak untuk menumis
Masukkan bawang merah & putih, cili api & cili besar yg dihiris, ikan bilis dan belacan
Tumis hingga naik bau dan sedikit garing
Masukkan peria dan garam secukupnya
Tutup hingga peria empuk
Letak sedikit air masak agar tidak kering sangat

Alahai sedap sangat bila makan denganl kauk kari ikan atau asam pedas lagi2 nasi panas. Teringat dulu-dulu arwah mak letak cili api shj ada dalam segenggam..
Bila makan memang terangkat segala tp memang sedap hilang rasa pahit peria tu..



Sedapnya wehhhh

Alhamdulillah

~yms~

Petola Masak Lemak Putih

Bila masak petola masak lemak memang licin..hubby & anak-anak memang suka lauk ni..lagi lah berselera jika dimakan dengan sambal ikan ermmm enak banget!..


Resepi Petola Masak Lemak Putih

Sebiji petola saiz sederhana dikupas dan potong ( saya tak suka buang semua kulit cuma buang yg tajam shj )
Seulas bawang merah kecil dihiris
Seulas bawang putih dihiris
1/3 gengam ikan bilis
1/2 biji cili merah dihiris
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Suhun direndam (agak-agak)
Garam secukupnya

Masukkan santan cair dan semua bahan hiris serta ikan bilis ke dalam periuk
Buka api biarkan hingga mendidih dan jangan biarkan meluap dengan kerap mengacau
Masukkan sayur petola yg telah dipotong  dan dibasuh serta masukkan santan pekat
Biarkan sayur hingga empuk dan masukkan suhun dan garam, kacau seketika dan padamkan api

Siap untuk dihidang..

Alhamdulillah

~yms~



Tuesday 17 January 2017

Sambal Ikan Kerisi Berempah

Jom kita masak yang mudah-mudah hari ni yang pasti anak-anak suka dengan apa yang kita sediakan untuk mereka.

Hari ni saya masak sambal ikan kerisi berempah..



Resepi Sambal Ikan Kerisi Berempah

2 ekor ikan kerisi digaram kunyit dan digoreng garing
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
1/2 inci belacan
1/2 biji bawang besar hiris kasar
1/2 sudu besar ketumbar biji
1/3 sdk jintan halus
5 sdb cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Tumbuk bawang merah kecil, bawang putih dan belacan hingga lumat
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing dan masukkan cili yang dikisar dengan ketumbar dan jintan, biar hingga pecah minyak dan garing
Masukkan garam dan gula ikut citarasa
Letakkan air asam dan kacau sebati
Masukkan bawang potong hingga layu dan sedikit air
Bila sambal dah cantik masukkan ikan kerisi yg telah digoreng tadi

Hidangkan dengan salad pun dah memikat selera..

Alhamdulillah..

~yms~


Sunday 15 January 2017

Sri Tambang Mee Udang di Sungai Dua P.Pinang

Saya teringat awal Januari lalu menghantar anak dara balik ke MRSM Kepala Batas Penang, kembar saya pernah beritahu cuba rasa Mee Kuah atau Mee Udang di Sri Tambang..udangnya sangat segar..rupanya bukan setakat udang sahaja tetapi ketam pun boleh dipilih sebelum memasak mee yg juga boleh dipilih untuk dimasak apa.

Wah menarik..di sini juga ada dijual cononut shake dan air kepala..ermm memang terbaik lah..

Saya memilih udang dan ketam utk dimasak Mee Kuah..haa tu diaaaa dah mai...


Kami menikmati dengan lazat sekali..alhamdulillah..harga yang sangat berpatutan dan air yang kami pilih tu pun sangat sedap. Ni memang sah singgah lagi lepas ni..tidak lepaskan peluang..


Tengok air coconut shake tu sangat sedap!..air kelapa memangla tidak dinafikan lagi..


Ayah dgn si kecil Amsyar..(setakat ni..dia la yg kecil hehe)..


Gambar di atas mama merenung masa akan datang..bersyukur dengan kurniaan Allah SWT kepada keluarga kami..semoga kasih sayang kami suami isteri berkekalan hingga ke jannah dan anak-anak kami menjadi insan yang disayangi Allah SWT..aamin ya rabb..


Alhamdulillah keluarga besar kami..tunggu bulan mac tahun ini akan menambah ceria keluarga kami..Allahurabbi..besarnya kuasaMu Ya Allah..doaku dimakbulkan oleh Mu Allah SWT Maha Penyayang..selepas menunggu hampir 14 tahun lamanya..
Apakan penantian itu?? kita nantikan...


~yms~

Thursday 12 January 2017

Buah Melaka Labu...aduhai lembutnya..

Pernah buat buah melaka gunakan labu?? saya sebelum ni gunakan keledek kali ni saya gunakan labu pulak..mashaaAllah sedap sungguh!

Cukup rasa lemaknya..bila dimakan meletup-letup dalam mulut hehehe..
Mudah je bahan-bahannya saya agak-agak je buat kuih ni macam mak-mak kita dulu bukan guna sukatan pun tapi tetap mabeles..


Resepi Buah Melaka Labu

Labu semangkuk yang telah direbus dan dilecek
1 mangkuk tepung pulut 
2 cubit garam
1 helai daun pandan
1 keping gula melaka dipotong kecil
1 mangkuk kelapa diletak sedikit garam

Masukkan tepung pulut, garam dan labu di dalam mangkuk ulikan hingga jadi doh yang boleh di gentel di telapak tangan. Jika tak cukup tepung tambah sedikit demi sedikit jangan terkeras.

Panaskan periuk yang berisi air dan daun pandan dan sedikit garam.

Ambil sedikit adunan dan isi kan gula melaka dan bulatkan cantik sebelum dimasukkan ke dalam periuk yang telah mendidih. Biarkan hingga timbul dan angkat, toskan biar airnya jatuh dan golekkan dalam kelapa tadi.


Dah siap boleh la dihidang..hubby makan  sepinggan dia sorang aje hehehe...

Apa tidaknya bila kunyah macam tak terasa sebab tersangat lembut alahai dikau sedap sangat!!

Alhamdulilah..

~yms~

Tuesday 10 January 2017

Ikan Bawal Emas Masak Tempoyak

Assalam semua...lama sangat saya tak kongsi cerita..sampai masuk tahun baru..2017. Alhamdulillah bersyukur sangat bila Allah SWT beri peluang dan ruang untuk saya menulis diruangan yang saya cintai..

Sesekali bercuti panjang saya rasakan inilah peluang untuk saya isi masa untuk anak-anak yang selama ini saya tinggalkan dengan pembantu atau di taska..betapa seronok anak-anak bila tau mama ada masa di rumah dan yang penting sediakan sarapan dan makan tengahari sebelum 'my loves' ke sekolah.

Jom kita cerita perihal menu kegemaran anak-anak..ni dia Ikan Bawal Emas Masak Tempoyak..anak-anak saya memang sukakan menu ni abis licin tak tinggal sikit pun hehehe..


Resepi Ikan Bawal Emas Masak Tempoyak

Seekor Ikan Bawal Emas dipotong 4 bahagian
Cili api ( saya guna 5 biji jer sbb tak nak pedas)
Sebiji cili besar merah buang biji
Kunyit hidup seinci
Sekuntum bunga kantan potong 4
4 btg daun kesum
2 sudu besar tempoyak
Sekeping asam keping
Air masak semangkuk
Garam secukupnya

Tumbuk cili api, cili besar dan kunyit hidup hingga lumat dan tumbuk sekali tempoyak

Masukkan ikan dalam periuk, bahan tumbuk, daun kesum, bunga kantan, 
air serata ikan dan garam secukupnya

Buka api perlahan dan biarkan hingga mendidih, kacau sekali sekala sahaja untuk elak ikan hancur

Bila dah mendidih masukkan lebihan air dan renehkan hingga ikan dan bunga kantan masak

Mudahkan..yang pastinya sangat membuka selera untuk menjamu selera samada makan tengahari atau malam.

~yms~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...