Tuesday 29 December 2015

Lemak Cili Api Telor Ikan Bagok & Cendawan Kukur..Sedap Sungguh!!

Sebut jer cendawan memang saya punya favorite ermmm masak tumis air, sup, lemak cili api fuhh memang menawan kalbu. Cendawan pun pelbagai jenis yang saya paling suka cendawan tiram dan cendawan kukur. Sekarang dah mudah dapat sebab diusahakan secara meluas. Kalau dulu-dulu kutip di tanah atau di batang-batang kayu. Cendawan tiram kalau dapat yg masih belum kembang aduhai suka sangat saya aduhh kecur air liur.


Cendawan kukur atau kulat sisir ni saya suka masak cili api pedas-pedas uuulala..hehehe memang meletop! .

Kali ni saya masak cendawan kukur ni dengan telor ikan bagok. Saya simpan telor ikan ni separuh untuk dimasak lemak cili api. Terjumpa pulak kulat sisir ni di pasar apalagi jadi lah menu ini petang ni. 

Lemak Cili Api Cendawan Kukur 
ymscreations 

Telor Ikan Bagok
1 mangkuk cendawan kukur
7 biji cili api
1 ulas bawang putih
1/2 ulas bawang merah
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air panas
1 keping asam keping
1 batang serai diketuk
Garam secukup rasam

Tumbuk lumat cili api, bawang merah dan putih dan masukkan  ke dalam periuk 
Letakkan santan,air, serai, asam keping, telir ikan dan cendawan kukur
Buka api perlahan dan kacau hingga masak jangan pecah santan
Perasakan garam dan boleh diangkat jika telor sudah masak



Alhamdulilah

~yms~

Saturday 26 December 2015

Bercuti di Kondo 228...

Alhamdulillah dengan apa yang Allah SWT beri pada hambaNya...itu yang selalu saya katakan pada anak-anak.




Minggu-minggu akhir cuti sekolah tahun 2015 ini kami habiskan di Kondo kami yang terletak di pinggir Ibu Kota.


Tak perlu bersesak di jalan raya beberapa minit sahaja dah sampai. Pujuk anak-anak dengan kata-kata di atas semoga lahir rasa syukur mereka dengan apa yang ada dan digunakan seadanya.


Saya pagi-pagi dah sediakan sarapan pagi dan lauk sambal keli untuk dibawa ke sana. Anak-anak bila penat mandi manda mesti mencari makanan.


Sambal keli menjadi hidangan tengahari kami..alhamdulilah syukur..



Petang balik dari kondo menuju ke rumah kami di Sungai Buloh..anak-anak mengajak untuk makan steak pulak di Tree Steak House..


Pine Sizzling Lamb Chop, Cactus Lamb Chop & Tualang Chicken Chop adalah menu pilihan kami..


Yang penting anak-anak bahagia..


Bahagia kita yang cari..apa guna hidup senang tetapi jauh dari bahagia..

Alhamdulilah 

~yms~

Monday 21 December 2015

Ikan Kukus Sambal Kicap Berapi !!!

Assalam...

Jom masak yang simple macam saya masak malam ni..batuk menyerang dari minggu lepas hari ni tekak ni macam ada sesuatu..aduhh betapa seksa bila Allah tarik nikmat kita sementara..Allahuakbar, semoga Allah beri semula kesihatan seperti sediakala. Badan jadi sakit bila batuk menyerang. Alahai anak-anak suruh cuti pegi klinik tetapi demi tugas apakan daya.

Saya nak cepat di dapur saya kukus je ikan pelaling atau kembung ni. Mudah jer, gaulkan ikan dengan garam dan kukus hingga masak.


Sediakan kuah kicap pedas berapi fuhh tak ada selera pun boleh bertambah tau. Tumbukkan cili api dalam 11 biji dan 2 ulas bawang putih hingga lumat. Perahkan 2 biji limau kasturi dan tuangkan kicap. Tahap kepedasan ikutlah selera masing-masing.


Dua tiga hari makan lauk kenduri suanya berlemak apa salahnya sesekali masak yang super simple dimple ni..woww memang superb..Alhamdulilah..macam blog saya ni juga la yang sangat simple..tetapi memeranjatkan saya..

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelayar laman blog saya yang sangat simple dimple ni..hehehe nak update pun sela tarikh  jauh-jauh. 

Namun apa yang mengejutkan saya semakin hari semakin ramai untuk blog yang tak berapa glamor ni...tetamu yang berkunjung merata tempat di dalam dan di luar negara..Alhamdulilah syukur..semoga Allah merahmati sahabat sekalian. Saya jadikan blog ini sebagai medan untuk saya berkongsi ilmu masakan..semoga ianya menjadi rujukan sahabat  sekalian. 


Alhamdulilah syukur

~yms~

Friday 18 December 2015

Kari Kepala dan Telor Ikan Bagok...Terbaik...

Salam Hujung Minggu...

Penat betul hujung minggu ni...bila pembantu rumah saya berhenti nak kawin katanya..saya rasa memang letih kerana kerja mendobi memang dibawa ke hujung minggu..

Bukan anak-anak tak boleh buat urusan basuh dan sidai baju ni..tetapi sejak akhir-akhir ni banyak kejadian rompakan jadi saya tak benarkan anak-anak keluar rumah walaupun hanya di belakang rumah. Moga Allah SWT memberi perlindungan kepada anak-anak kita jua.

Hah!! Ingat tak saya ada masak Asam Pedas Ikan Bagok sebelum ni..kali ni saya masak Kari Kepala Ikan Bagok bersama Telornya yang sangat enak..ermmm teringat ingat kesedapannya.



Kari Ikan ni sama jer macam kari yang saya pernah masak sebelum ni. Saya suka tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang. Jangan lupa tumis juga daun kari dua helai. Masukkan sesudu cili kisar dan tumis garing, baru masukkan rempah kari dan biarkan hingga garing.
Masukkan air asam jawa, kepala ikan dan telor ikan bagok. Kemudian masukkan semangkuk air suam dan santan. Tambahkan bendi dan cili hijau, biarkan ikan masak dengan menggunakan api kecil.




Sedap sangat telor ikan ni..wallaaa...kepala ikannya usah dipertikaikan lagi memang sedap sangat..

Saya pernah baca di mr google telor ikan bagok ni mahal juga harganya. Alhamdulilah saya dapat telor ikan ni sekali masa beli ikan bagok ni yang beratnya lebih 3 kg. 

Cubalah cari ikan bagok ni..memang tak rugi..rugi siapa yang tak makan ikan ni hehehe..

~yms~

Sunday 13 December 2015

Mee Goreng Basah Permata Hati..

Mee goreng basah lagi...sedapnyer anak- anak memang suka kalau hidangan ni ada atas meja...diperahkan dengan limau nipis dan potongkan cili hijau hmmm memang licin la jawabnya...

Saya bahagia kalau suami dan anak-anak berebut makan hasil air tangan saya..hilang rasa penat di dapur..



Masing-masing ada cara mencari bahagia...rezeki Allah luas..pelbagai cara dan dari mana datang rezeki tu hanya Allah yang berhak menentukan..kita tak salah untuk meminta dan menerima kerana Dia sahaja yang tahu apa yang berhak kita terima...


Ok..untuk resepi mee ni ada dlm blog ni cuba cari yer mudah jerr...

Alhamdulilah 

~yms~

Cuti-Cuti Disember 2015 Bersama Cinta Hati

Assalam...Kita masih lagi di alam cuti persekolahan...

Anak-anak kali ni saya tak ada plan cuti ke mana-mana kecuali ikut saya ke Port Dickson dan Melaka kerana mamanya ada bengkel dan  di dua tempat ni..



Ketika ni kami tinggal dia Thistle Hotel Port Dickson..ketika gambar ni diambil adalah di sebelah petang selepas saya selesai berbengkel. Saya tidak benarkan anak keluar hotel ketika saya berbengkel..kebetulan ayahnya tidak ikut sama.

Anak saya yang ke empat Ammar Hayyan memang tidak tidak sabar nak ke pool bila dah waktu petang..selesai anak-anak mandi di pool saya mengajak mereka ke Pantai selepas tu..seronok mereka..



Inilah dia permata hati saya...biarpun mulut ini bising sesungguhnya saya sangat menyayangi anak-anak syurga ini. Saya sanggup apa-apa pun berlaku pada saya tetapi bukan pada anak-anak ini.

Saya selalu berdoa agar jangan ambil nya nyawa selagi anak-anak ini belum pandai berdikari..


Selang seminggu balik dari PD saya ke Melaka dan menginap di Hatten Hotel..

Walaupun Hotel ni dekat dengan shopping complex...kami tak sempat pun window shopping disebabkan ketika ni kereta pulak meragam dan hubby mengalami sakit kaki kesan dari pembedahan dan besi yang ada dalam kakinya..


Alhamdulilah anak-anak faham dengan keadaan mamanya yang sentiasa sibuk dan ayahnya yang sering juga tak sihat.
Apapun anak-anak gembira dengan bilik hotel yang agak besar seperti kondominium jenis studio...


Kami cuma keluar cari makan di situ dan keesokannya mencari gerai ikan bakar di Alai..



Maaflah tak ada pula gambar di Alai tu tetapi malam tu selera kami lebih kepada kerang sambal, pepahat tumis cili api dan ikan bakar pari bersambal juga sayur kailan. Ikan siakap 3 rasa tidak berusik pun dan dibawa balik.

Apapun Alhamdulilah kami bersyukur walaupun perancangan kami ke JB dan Legoland terpaksa ditunda kerana majlis saudara sebelah hubby yang dimaklumkan last minute kami perlu redha..janji dengan anak-anak tetap akan ditunaikan namun tarikhnya belum tentu.

Kebetulan saya pun belum sihat dari batuk yang agak teruk..saya setuju utk percutian ditangguhkan.

Alhamdulilah 

~yms~


Asam Pedas Ikan Bagok

Awal pagi selepas subuh saya telah keluarkan Ikan Bagok, hajat dihati nak dibawa ke rumah ayahanda di Merundan makan tengahari di sana sebelum kami bergerak ke Tampin. Ayra, puteri tunggal saya ada temuduga bagi kemasukan ke MRSM di Gemenceh, Negeri Sembilan. Semoga semua berjalan lancar pada hari Isnin nanti. 

Jam 9.00 pagi Asam Pedas Ikan Bagok telah pun siap. Pertama kali saya memasak ikan bagok ni. Dapat 2 ekor, yang kecil dan yang besar. Yang besar beratnya 3 kilo lebih kata As. As anak kepada tauke Kak Zie yang menjual hasil tangkapan nelayan di Pasar Nelayan LKIM Kuala Selangor.

Selesai kerja di pejabat pada hari sabtu yang lalu, kami bergerak ke rumah kami di Selayang untuk selesaikan apa yang patut. Selepas solat zuhur, kami menuju ke Kuala Selangor untuk mengambil ikan segar yang ditempah petang semalam. Kata As ikan baru naik, semua saya borong hehehe maklumla stok ikan dsh habis. 

Selain ikan bagok, senangin saiz besar, jenahak dan kaci. Alhamdulilah semua ikan yang saya suka. Cuma bagok saya biasa dengar cuma kali ini pertama kali.
Alhamdulilah sangat sedap ikan ni...lembut tidak liat...dua keping saya goreng. Kepala ikan saya masak asam pedas bersama dua keping isi ikan.

Nak cerita sikit time bab bersihkan ikan ni terutama bahagian kepala tue. Adusss sakit jari jemari ku luka semua sebab tang insang tu berduri.... Tapi sebab tang ikan tu yg sedap tahan jelah..hehe


Resepinya sama seperti sebelum ini cuma kali ni saya guna cili besar tak nak sakit perut sebab Ayra nak temuduga.

Apapun alhamdulilah licin juga kami anak beranak, Abah dan adik beradik menjamu makan tengahari hari ni..

Sesiapa yang belum pernah rasa ikan bagok cubalah yer..spesis ikan mayong juga tapi lagi sedap sebab tu harganya mahal sedikit.

~yms~

Saturday 12 December 2015

Cucur Udang Kuah Kacang

Salam Rabiul Awal..bulan kelahiran Nabi SAW..moga dibulan yg mulia ini kita beroleh keberkatan dalam apa jua yg kita laksanakan..aamin..

Alhamdulillah masih diberi ruang olehNya untuk saya menulis di blog yg lama sepi ni..

Bukan terlupa tetapi masa penuh terisi..subhanaaAllah betapa setiap minit itu beharga sekiranya diisi dgn perkara yg disukai olehNya..

Saya sempat sediakan Cucur Udang dengan Kuah Kacang pagi ni..sambil memasak Asam Pedas Ikan Bagok. 

Mudah sahaja sediakan Cucur ni...
Bancuh macam nak buat cekodok cuma saya tambahkan 1 sudu teh yis & 1/2 sudu teh bikarbonat.

Sos atau kuah kacang tu saya kisar sebiji cili besar merah dan seulas bawang putih. Masukkan air asam jawa, gula, garam & sos cili. Masak atas api hingga mendidih dan masukkan segenggam kacang tanah yg dikisar. 


Alhamdulillah mudah jer tiada yg susah pun jika kita suka memasak yg penting anak terjaga kesihatan dan kebersihan.

~yms~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...