Wednesday 29 April 2015

Mee Goreng Basah Yang Hot !!


Inilah menu yang paling laris apabila dihidangkan di Teratak kami sekeluarga bila hujung minggu..

Bila ditanya mee yang beli tadi nak dimasak apa? Jawapan my hubby 'mee goreng basah Ma..' uitt ingat nak buat mee kari lama betul rasanya tak buat menu tu..

Takpelah demi hubby dan anak-anak, saya buat mee goreng basah yang hot !!




RESEPI MEE GORENG BASAH
ymscreations

4 ulas bawang putih  - tumbuk kasar
1 ulas bawang merah kecil - tumbuk kasar
sedikit hirisan bawang besar
2 paket mee kuning
1 sdb kici kisar
2 sdb sos cili
2 sdb sos tomato 
1 sdb sos tiram
1 sdb kicap lemak manis
1 mangkuk kecil potongan ayam
1 mangkuk kecil udang sederhana
1 mangkuk kecil potongan kek ikan
2 biji tomato dipotong 4 atau kecil 
2 pokok sawi di hiris sederhana
1 pokok daun sup
1 cawan air panas
garam dan gula secukup rasa
limau kasturi dan cili hijau - sampingan
Minyak zaitun - untuk menumis

Panaskan minyak dan tumiskan bawang-bawang tadi
Masukkan cili kisar, tumis hingga garing dan masukkan potongan ayam
Bila ayam hampir masak, masukkan sos-sos tadi, kicap dan sedikit air biarkan mereneh masukkan udang dan kek ikan 
Masukkan air panas, garam (jgn byk sbb mee dah masin) dan gula (jgn byk sbb kicap dah manis), rasakan ikut kesesuaian
Masukkan mee yang telah dibasuh dan ditos beserta sawi
Gaulkan hingga mesra dan masukkan buah tomato dan daun sup
Bila sudah sebati angkat cepat dan hidangkan panas-panas..

Memang hot mee ni sebab anak-anak berebut-rebut..hehehe
Hidangkan pula dgn belahan limau kasturi wow memang mabeles la..
Membelah jiwa...hehe

Satu lagi petua...mulakan apa sahaja aktiviti di dapur dgn kalimah yang sangat bermakna memberi beribu keajaiban iaitu...Bismillahirrahmanirrahimm...inshaaAllah Dia akan bantu kita untuk hasilkan sesuatu yang terbaik..

Selamat Mencuba!!!! Mee Goreng Basah Yang Hottt !!



Alhamdulillah...

~yms~

Thursday 23 April 2015

Post/Entri ke 100 ~ Terima Kasih Pengunjung YMS Creations ~


Assalamualaikum pembaca blog yang dikasihi sekalian..

Terima kasih kerana ada sahaja yang sudi mengunjungi blog saya yang masih muda usianya ini..walaupun member pun dok yang itu aje tak bertambah hehe..

Terima Kasih kak Noor (Blog Bicara Kak Noor) yang jauh di Brunei sana kerana sudi menjadi member blog saya ni..

Itu tak penting yang penting saya harapkan blog ini dapat menjadi rujukan kepada sesiapa yang memerlukan..

Ohh yer.. Ini adalah entri yang ke 100..lambat sikit sebab saya memang tak sempat up-date setiap hari..

Apapun bila dilihat pengunjung yang datang saya tersenyum..alhamdulillah blog saya ada pengunjung yang 'silent reader'..kalau tinggalkan komen pun ok juga blh wujudkan silaturrahim kan..

Ok ! nak belanja gambar ni..saya buat Spaghetti Carbonara dua hari lepas selepas balik dari kerja..anak tunggal perempuan Ayra yang minta dah lama sangat.

Kali ni saya tidak pun bertujuan untuk kongsi resepi cuma belanja gambar aje hehehe..inshaAllah entri selepas ini yer..


Syukur Alhamdulillah...

~yms~

Sunday 19 April 2015

Paceri Terung Sedap !!

Saya sangat suka paceri / pajeri terung sedap!!

Selain nenas, terung, mangga, kedondong, belimbing buloh semuanya blh dibuat paceri. Yang paling biasa adalah terung. Kali ni saya masak yang mudah ajer seperti resepi di bawah ;



RESEPI PACERI TERUNG
yms creations

6 biji terung kecil
1 cawan santan pekat
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 sdb serbuk kari daging
1/4 inci halia
1/4 inci kunyit
1/4 cawan ikan bilis
1 sdb kerisik
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit air
Gula dan garam secukup rasa
Minyak utk menumis

Goreng terung yg dibelah dua hingga lembik
Tumbuk/kisar bawang putih, bawang merah, halia & kunyit  hingga lumat Tumbuk kasar ikan bilis
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing, masukkan serbuk kari dan kacau sebati dan masukkan sedikit air agar tidak hangus
Bila sudah garing masukkan santan, garam dan gula perasakan biar agak manis sedikit, masukkan air asam jawa
Biarkan hingga pecah minyak dan masukkan kerisik
Masukkan terung yang telah digoreng tadi

Hidangkan dengan telor dadar pun dah sedap sangat...


Alhamdulillah...

~yms~


Saturday 18 April 2015

Lemak Udang Nenas


Masak lemak nenas adalah menu kegemaran keluarga kami juga... Buktinya lauk dlm pinggan di bawah ni habis licin sekali hadap je hehe..




Bila anak-anak tak de selera makan haaa ini menu yg cepat dimasak enak dimakan.

RESEPI LEMAK UDANG NENAS
yms creations

Sebiji nenas yang agak masak
1 mangkuk udang saiz sedang
7 biji cili api
Seulas bawang putih
Seulas bawang merah kecil
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Sehelai daun kunyit
Garam secukup rasa

Kupas nenas dan hiris sedang-sedang nipis
Tumbuk cili padi, bawang putih dan bawang merah hingga lumat
Masukkan sesenduk santan pekat dan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk
Tumiskan hingga sedikit garing dan tambah santan cair 
Masak dgn api perlahan dan kacau jgn biarkan
Masukkan nenas dan udang, bila hampir masak masukkan santan pekat dan daun kunyit
Perasakan garam dan tutup api
Hidang dengan ikan goreng, sambal belacan dan ulam-ulaman

*Saya suka gunakan nenas yang agak masak kerana manisnya akan bercampur manis udang memang sedap sekali




Alhamdulillah...

~yms~

Puding Jagung Manjanye Rasa Dia.....

Assalam,

Lamanya tak update blog!!! Bila dah berpindah tempat baru ni memang mencabar..time lunch mesti ada aktiviti tidak seperti sebelum ni saya hanya waktu rehat duduk di opis sahaja so ada masa untuk jenguk dan up-date blog kesayangan dalam masa sejam tuh..kini saya waktu penuh terisi kecuali jumaat tetapi masih juga kurang ruang..waktu di rumah curi-curi dengan anak-anak especially si kecil Amsyar yang dah mula nak berjalan..haaa kena selalu diperhatikan anak comel ni hehe. Jom cerita masak-masak..

Lamanya tak buat Puding Jagung...



Teringat ketika di UiTM masa buat degree dulu, ada aje yang minta buatkan Puding Jagung nih..aduhai tangan anak dara la masa tu kan..

Tapi sekarang air tangan mak dara pun masih meletop lagi I tell U..hehehe

Mudah aje nak buat Puding Jagung ni..

RESEPI PUDING JAGUNG
ymscreations

1 tin jagung manis 
1 cawan santan pekat
1 cawan tepung kastard
3 cawan air
3/4 cawan gula
Secubit garam
Sehelai daun pandan disimpul

Masukkan semua bahan ke dalam periuk kacau biar sebati 
Buka api dapur perlahan sahaja
Kacau jangan biarkan berketul dan menggelegak 
Lebih kurang sejam juga utk adunan menjadi likat dan berkilat cantik
Jangan lupa sentiasa dikacau yer
Sediakan tempat utk dijadikan acuan dan tuangkan adunan dgn cepat utk mendapatkan tekstur yang cantik 
Saya gunakan plastik seperti di atas mudah untuk disimpan dlm peti sejuk kerana boleh ditutup dengan rapi
Oooh saya alaskan dengan daun pisang ermmm harumnya melekat kat puding tu sedap!!



Boleh dihidang ketika sejuk sebagai dessert utk tetamu atau keluarga tercinta...

Alhamdulillah...

~yms~






Sunday 5 April 2015

Lemak Cili Api Siput Sedut


Siput Sedut !! Menu favorite kami sekeluarga..anak-anak saya pun suka ni..dimasak lemak cili api bersama keladi. Pastikan keladi yang tidak gatal dimakan yer hehehe





RESEPI LEMAK CILI API SIPUT SEDUT 
yms creations

Siput sedut selalu jual dlm paket disiang dan dibersihkan
1 ikat batang keladi disiang dan rebus empuk toskan
11 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah kecil
2 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair
1 btg serai dititik
1 helai daun kunyit

Tumbuk lumat cili api, bawang merah, bawang putih, kunyit dan garam
Masukkan santan cair, bahan tumbuk, siput dan batang keladi tadi dalam kuali
Biarkan mendidih dan mendidih, gunakan api perlahan
Saya suka masak guna kuali agar siput masak dgn sekata
Bila mendidih dan siput hampir masak masukkan santan pekat, serai dan daun kunyit, perasakan garam dan biar masak dengan sempurna


Hidangkan dengan ikan goreng, ulaman dan sambal belacan atau tempoyak walla mmg menjilat jari , alhamdulillah..

~yms~

Roti Canai Homemade...

Teringat dulu-dulu, mesti buat roti canai sendiri bila adik beradik semua balik bercuti semester baru puas makan. 

Sekarang beli aje bula nak makan, nak dapat yang mengikut tekak memangla susah nak dapat. Jalannya buat sendiri haa baru puas hati dapat roti yg garing dan kuah yg pekat!!


Kali ni saya buat kuah kari tulang yang menusuk kalbu, gunakan pressure cooker untuk dapatkan tulang yg lembut dan enak dimakan bersama roti yang garing mabeles .



Resepi Roti Canai Homemade
YMS Creations

Tepung gandum setengah kilo
Air garam ( 1 cawan air suam dicampur sesudu garam )
1 sdb susu pekat
1 telor
1/2 cawan minyak
Marjerin planta

Campurkan tepung, susu, telor yg dikacau ringan, minyak 1/4 cawan dan gaulkan dgn air sedikit demi sedikit 
Uli dengan sabar yer nak guna machine atau tangan pun boleh
Bila dah agak lembut baru bulat-bulatkan dengan marjerin, susun elok-elok di dlm loyang dan perap sekejap lg elok semalaman
Bila dah perap, tepek dan canai dalam dulang bulat guna minyak biar tidak pecah
Buat lipatan 4 segi atau bulatan haa yg ni..kena ada skill
Bila nak goreng letakkan sedikit marjerin dan minyak
Masak hingga kuning dan garing


Hidang dengan kuah kari atau yang disukai, saya buat kari tulang yang diletak kentang resepi dilain entri yer



Anak-anak suka sangat kalau gi mamak hmm tak tau kedai mana yang dpt roti garing dan kuah yang pekat.

Alhamdulillah syukur Allah beri peluang dan ruang..

~yms~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...