Thursday 18 June 2015

Sahur Hari Pertama ~ Ungkep Ayam Pencen

Assalam, selamat berpuasa semua..

Menu kami anak beranak pagi ni Ungkep Ayam Pencen..gara-gara hubby gi pasar malam ayam habis..depa ni beli sepuloh ekor sorang ke hapa..hmmm. Bersangka baik ajelah kan..





Apa-apapun kita jangan bersifat tamak dibulan mulia ini, sederhanalah dari pelbagai segi terutama hidangan berbuka puasa. Saya pesan pada diri sendiri dan keluarga saya..apa yang sempat mama sediakan apabila balik kerja itulah rezeki kita untuk berbuka.

Malam tadi sempatlah saya lembutkan ayam menggunakan pressure cooker sebelum dimasak ungkep.

RESEPI UNGKEP AYAM PENCEN
ymscreations

1/2 ekor ayam pencen dibersihkan dan dilembutkan menggunakan pressure cooker
1 sdk jintan halus
1 sdb biji ketumbar
2 sudu serbuk ketumbar
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 asam keping
1 batang serai
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit air masak

Semua bahan dikisar kecuali serai
Tumis bahan kisar hingga agak-agak garing
Masukkan serai yang telah diketuk dan ayam yang telah dilembutkan 
Masukkan sedikit air masak untuk beri berkuah 
Masukkan garam dan asam keping
Angkat bila sudah masak

Nota : masukkan cili yang ditumbuk utk tambah pedas



Alhamdulillah

~yms~

Wednesday 17 June 2015

Potong Kain Baju Raya..

Assalam, esok dah masuk Ramadhan bulan yang ditunggu-tunggu untuk meraih keberkatan. Masa ni lah macam-macam aktiviti yang nak dilaksanakan, termasuklah saya nak puasa baru nak potong baju raya. Mood baru datang time ni nak buat macamana kan...

Saya nak cuba cantum hujung minggu ni boleh bawa ke opis masa rehat untuk jahit leher dan kakitangan. Isi masa terluang dengan aktiviti ni sambil berzikir InshaaAllah apa yang kita lakukan dlm bulan mulia ni semua ibadahkan..



Baju yang sebelah kiri sekali hadiah dari rakan saya Ijan. Kain cotton dari Jepun, biru tu anak dara tunggal saya yang punya. Dua lagi tu saya beli dua tahun lepas di Batik Exclusive dari Chendering Kuala Terengganu...empunya bisness ni Kak Nor Azlida, saya panggil Kak Nor (019-9173636). InshaaAllah saya akan buat entri khas untuk Butik Exclusive ni InshaaAllah.

Hujung minggu ni boleh mula menjahit selepas sahur dan solat subuh..jom kita imarahkan bulan baik ini dgn aluman Al-Quran dan cuba fahamkan maknanya. 

InshaaAllah saya berpesan untuk diri sendiri dan keluarga. Saya percaya rakan diluar sana juga punya rancangan yg lebih baik dari saya kan..

Selamat Berpuasa Semua...nanti kita kongsi menu di bulan mulia ini yer..

Alhamdulillah

~yms~



Tuesday 16 June 2015

First Time Cooking Nasi Dagang Kelantan


Kunjungan ke Kota Bharu sempat singgah di Pasar Khadijah, capai beras nasi dagang ni, pulut susu, ragi dan lada solok.  Hubby tunggu di dalam kereta, hanya puteri tunggal Ayra yang teman saya keluar. 

Hanya capai 3 bungkus sahaja beras ni, sebab teringat dulu saya tak sempat masak pun berkapuk macam tu dalam kabinet dapur..haa jangan tamak yer kak.

Saya pun masak ikut resepi Kak Azlita Masam Manis, memang kak Ita tak pakai rempah khas untuk buat kuahnya. Saya pun ikutlah sebiji resepi Kak Ita...hasilnya memang sedap lah...



Resepi Nasi Dagang Kelantan
ymscreations (asal : blog masam manis)

6 pot kecil beras nasi dagang
6 pot santan yang telah dibancuh (sedang shj kepekatannya)
3 ulas bawang merah kecil dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
2 helai daun pandan disimpul
1 sdk garam

Basuh dan rendam seketika (20 minit) beras nasi dagang
Beras ditos dan masukkan bahan yang telah dihiris serta santan
Masukkan daun pandan dan garam
Msak hingga tanak

Kuah Nasi Dagang
ymscreations (asal : blog masam manis)

3 keping ikan tenggiri (kebetulan saiz besar je yg ada)
5 ulas bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas*
3 sudu besar cili kisar*
segenggam kelapa parut*
2-3 asam keping
1 sdk lada hitam*
4 biji lada solok
1 sdk gula
garam secukup rasa

Kisar bahan yang bertanda * hingga lumat
Panaskan sedikit minyak masak untuk menumis
Tumiskan bahan kisar hingga garing
Masukkan santan dan biarkan menggelegak dengan dikacau sentiasa
Masukkan ikan, garam, gula,asam keping dan lada solok
Biarkan gulai ini masak dengan sempurna hingga naik minyak


Hidangkan untuk sarapan pagi bersama acar timun dan karot.
Gambar ni diambil pagi isnin kelam kelibut masak alhamdulillah menjadi dan dapatlah rakan pejabat rasa serba sedikit hasil air tangan saya.
Dapat message dari Abg Haikal 'sedap nasi dagang mama'

Alhamdulillah..


~yms~

Monday 15 June 2015

Ermm sedap rupanya kari labu

Assalam, 
Labu ni favorite kami sekeluarga..selalunya saya masak lemak labu ni.
Kali ni teringin pulak buat kari labu, arwah ayah mertua suka sangat   dengan kari labu ni. 
  
Saya olah sendiri je resepinya yang pasti bahan utamanya adalah labu, rempah kari dan santan. Pertama kali buat..alhamdulillah anak-anak suka.



RESEPI KARI LABU
ymscreations

1/2 biji buah labu yang sedang
segenggam ikan bilis
2 sudu besar rempah kari daging
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 batang serai diketuk

Labu dikupas dan potong kecil
Tumbuk bawang merah dan putih masukkan ikan bilis tumbuk kasar
Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau 
Masukkan serai dan rempah kari daging, masukkan air biarkan pecah minyak
Masukkan labu dan santan serta air, biarkan menggelegak dan labu empuk
Perasakan garam dan kacau jangan pecah minyak
Biarkan hingga masak dan blh dihidang

Nota : dicampur udang basah pun sedap ni..



Alhamdulillah..anak-anak saya suka sangat..

~yms~

Sunday 14 June 2015

Bicara Kita Umpama Doa..


Saya terpanggil untuk menulis perkara ini pada hari ini...curi waktu sedikit untuk luahkan isi hati ini. Luahan saya perihal anak-anak..yelah Allah beri saya lima orang anak, pelbagai kerenah kerana mereka sedang membesar.

Anak-anak adalah anugerah, saya menyayangi anak-anak melebihi diri saya sendiri. Setiap hari doa saya untuk kesejahteraan anak-anak agar menjadi insan yang taat pada perintah Allah S.W.T. Jangan tinggal solat lima waktu, bangun diawal pagi, diterangkan hati menimba ilmu, berkata-kata perkara baik. Hampir setiap hari saya berpesan jangan bertengkar dan berkasar sesama sendiri. Namun mereka belum matang dari segi usia, pertelingkahan kecil ibarat permainan bagi mereka. Si Abang mengusik Si Adik, Si Abang menegur si Adik, Si Kakak dan Si Adik merajuk. Terdengar jeritan, pukulan, ketawa dan gurau senda..itu lumrah anak-anak untuk menghampiri usia matang. 

Saya pernah mendengar Ustaz berbicara berkenaan gurauan, pergaduhan dan perselisihan faham di antara adik beradik itu lumrah sememangnya anak-anak ini melewati perkara begini ketika menuju usia remaja dan ke arah kematangan. Jika ianya tidak berlaku maka anak kita seorang yang pasif, biarkan mereka menempuh zaman kanak-kanak sebelum mencapai usia remaja. Bila remaja kita juga yang sunyi dan rindu dengan tangisan dan teriakan anak-anak. Bohonglah kalau kita di dunia ini semuanya mempunyai anak yang tidak bergaduh dan baik-baik belaka. Masing-masing punya cara untuk mendidik anak-anak, setiap hari memang tidak pernah terlepas dari memikirkan hal anak-anak. Nabi juga mengajar kita memukul anak jika tidak menunaikan solat, tetapi memukul ada caranya dengan rotan bukan sembarangan pukulan hingga mencederakan anak pulak, kejam namanya.

Bila anak meningkat remaja pula dekati mereka dengan kata-kata nasihat bukan dengan cara memukul. Banyak dah saya dengar, baca dan nampak anak-anak jika dipukul kerap ianya tidak menjadi apa malah lebih teruk dan sebaliknya pula terjadi. Yang kita tidak mahu anak ini akan bertindak ganas pula dan membalas kepada sesiapa yang dekat dengannya, mungkin trauma atau dendam.


Gambar ketika masih tiga orang anak..anak-anak ini sedang membesar....saya sayang anugerah ini..

Bicara kita dengan anak-anak pula biarlah berkhemah, janganlah sentiasa bercakap kasar. Anak-anak dah lali dan tiada apa pun akan didengar dan ambil nanti. 

Saya sangat PANTANG bila ada orang lain yang menilai dan berkata yang tak baik terhadap anak-anak. Contohnya : baru pertama kali kenal dan nampak perilaku anak-anak, mudah buat kesimpulan dan mengatakan anak itu adalah seorang yang .........(tak baik) . 'Ni salah engkau sebagai seorang ibu mendidik anak' ..(janganlah kita beranggapan sebegitu salahkan ibu mengandung..)

Allahuakbar Nauzubillah Minzalik..jauhkanlah dari sikap yang tak baik melekat dalam diri anak-anak kita Ya Allah...
Jangan mudah menilai jika baru nampak sesuatu kejadian berlaku di antara anak-anak.

Hanya ibu yang melahirkan faham dengan karenah anak-anak masing-masing. Tidak perlu hipokrit untuk menunjuk-nunjuk cara kita mendidik anak pada manusia. Hanya Allah SWT yang tahu semuanya..

Jaga mulut kita bila berbicara, setiap patah perkataan merupakan satu doa..jangan diulang-ulang perkara tak baik nanti memakan diri. Cermin diri kita dahulu sebelum kita berkata buruk kepada manusia lain. Ingat !!! kita punya anak sendiri, jangan apa yang dikata terkena semula kepada anak sendiri. Nauzubillahiminzalik..jauhkanlah segala yang buruk dekatlah semua kebaikan.

Engkau lindungilah zuriat ku Ya Allah dari ancaman anasir jahat, doa-doa yang tak baik, lembutkanlah hatinya untuk taat dengan perintahMu dan jadilah anak-anakku insan yang penyayang kpd semua makhluk, berjaya dunia dan akhirat.

Aamin Ya Rabb

~yms~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...