Friday 6 March 2015

Macaroni Goreng..Sukanya Dia !!

Sedapnyer mama..macaroni pagi tadi..Allahuakbar!! Merengek minta dibuatkan macaroni, mama pun bangun pagi-pagi rebus macaroni kasi empuk dan goreng macam nak goreng mee.

Berencahkan ayam yang dipotong halus, carot dipotong dadu dan daun sup untuk menambah perisa dan variasi warna.

Ammar berkejar bila saya balik dari tempat kerja bertanyakan 'mama ada lagi tak macaroni ma'..alamak..alhamdulillah ada sedikit baki saya simpankan untuk hubby tetapi punyala tak sampai hati saya cedokkan separuh untuk Ammar aduhai la anak..dah habis minta lagi.

Abang, Kakak dan Amir pun sama meminta untuk dimasakkan lagi macaroni..inshaaAllah anak-anak akan mama usahakan.





Mudah je masak macaroni ni..jangan fikir yang susah-susah yer..jom resepi.

RESEPI MACARONI GORENG MUDAH
yms creations

Bahan-bahan :

Sebungkus macaroni - rebus dengan minitikkan minyak zaitun dan sedikit garam
Cili kisar - 4 sudu besar
2-3 ketul ayam bahagian daging - dipotong kecil atau dadu
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang putih dipotong dadu
1/2 biji carrot dipotong dadu
1 pokok daun sup dihiris
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sedikit gula
garam secukup rasa
sedikit air
minyak zaitun untuk menumis

Cara membuat ;

Rebuskan macaroni hingga sempurna
Bawang putih di cincang halus, tumbuk pun boleh
Panaskan minyak zaitun, dan tumiskan hingga garing dan naik bau
Masukkan bawang besar dan carrot yang telah dipotong dadu
Masukkan cili kisar dan biar hingga garing
Masukkan daging ayam dan biarkan hampir masak
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, garam, gula dan sedikit air
Renihkan hingga mendidih dan ayam masak sempurna
Masukkan macaroni yang telah ditoskan dan daun sup
Gaul dengan sempurna dan perasakan sesedap rasa






Taraaa....boleh hidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang..yummy..yang penting anak-anak mama hepi...

Alhamdulillah..

~yms~

5 comments:

  1. sedapnya, kaknoor pun suka buat macaroni ni kat umah Lina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer Kak Noor anak-anak saya suka sangat macaroni mcm ni..

      Delete
  2. Salam singgah lina....anak sy pun suke macaroni nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan Yatie, terima kasih kerana sudi singgah di blog yang muda usianya ni..sama-sama kita gembirakan anak-anak dengan menu yang mereka suka kan..alhamdlillah

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...