Wednesday 6 May 2015

Spagetthi Carbonara !!

Gud morning everybody..harapnye semua sihat belaka semoga kebahagian menjadi milik kita hendaknya. Salah satu kunci kebahagiaan suami isteri dan anak-anak kepada kita adalah dari masakan. InshaaAllah kebahagiaan akan menjadi milik kita selamanya..

Jom dinner Spagetthi Carbonara yang best !!!! Resepi di olah selepas berbual berkenaan resepi ini bersama my BFF Cek Jan (Norizan). Saya jenguk juga blog Kak Azie Kitchen..



RESEPI SPAGETTHI CARBONARA 
ymscreations 

Sebungkus spagetthi direbus dgn sedikit garam dan sedikit minyak zaitun hingga lembut
3 ulas bawang putih dicincang
1/2 ulas bawang merah besar dicincang
2 keping ikan salmon
1 mangkuk kecil udang 
1 tin sup cendawan campbell's
1 sdk serbuk lada hitam
1 tin air panas
1/2 mangkuk kecil cendawan butang di hiris
2 sudu butter
2 hiris cheese cheddar (saya guna yang buku)
Garam secukup rasa

Grill kan ikan salmon bersama minyak zaitun, taburkan sedikit serbuk lada hitam dan sedikit garam. Angkat bila sudah masak
Panaskan butter, tumiskan bawang putih dan bawang hingga naik bau
Masukkan udang, lada hitam dan cendawan hingga hampir masak
Masukkan sup campbell's bersama air panas dan kacau hingga cair dan sebati serta tidak berketul-ketul
Biar hingg mendidih dan masukkan cheese serta garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan ikan salmon yang telah dipotong kecil dlm 2 inci
Hidangkan dengan spagetthi yg telah direbus cantik..



Nikmati keenakan dgn keluarga tersayang..wallaa


Alhamdulillah...


~yms~

2 comments:

  1. sedapnya spaghetti carbonara ni Lina akak ada buat minggu lepas beum smpat update lagii terliur lah tengok Lina punya ni

    ReplyDelete
  2. Hehe first time buat Kak Noor, letak salmon tu mmg meletop-letop dalam mulut Kak Noor..yummy sangat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...