Monday 18 May 2015

Pecal Jawa Marbeles...


Assalam,

Semalam saya sempat buat Pecal Jawa yang marbeles (ditekak saya).
Kacang yang dah bergoreng memang dah tersedia..mudah nak masak apa sekali pun. Bila sebut pecal memang orang fikir susahnya nak buat renyah..tapi makan sekejap jer ye dak?? Hmm kita ni nak makan sedap kena la susah sikit..nak semua senang aje ada ke dalam dunia ni??
Jawapan saya tiada, nak beli pun kena cari dan perlu keluarkan ongkos kan bukan free..nak dapat yg sedap, bersih dan kena dengan tekak hmmm susah nak cakap..wuallahuaalam..



Duduk di dapur ni pun perlu ada pengurusan masa kalau tidak berjam-jamlah duduk di dapur tapi hasilnya ntah ke mana. Sepatutnya sarapan jam 8.30 pg jadi ke 10.30 pagi . Lunch jam 1.00 tghari jatuh ke 3.00 ptg sebab apa??..macamana tue haiisshh rimas makcik...

Saya pulak bila di dapur tak suka ramai-ramai sangat especially yang byk sgt komen (like a backup singer) tak cukup itu kurang ini alahai kalau betul tak apa tau tapi mmg tak betul, mmg makcik tak suka...

Memasak ni perlukan fokus dan ketenangan sebab tu hasilnya akan menjadi yang terbaik. Contoh, jika ada gangguan, masak sambal yang mudah pun ntah apa jadinya..kacau bilau.

Macam tu la juga bila nak masak pecal yang agak renyah ni, perlukan fokus, tak boleh cincai sahaja....dari mula nak goreng kacang, celur sayur, siang cili kering dan macam-macam lagilah tapi jgn putus asa pulak. Itu yg saya cuba kaitkan tulisan saya di atas,  kita perlu urus masa di dapur semuanya akan jadi mudah dan pantas !! jom cuba resepi ini..abaikan bebelan saya di atas..kikkiki


RESEPI PECAL JAWA
ymscreations

Sayur-sayuran

Pucuk ubi dan kobis dicelur (atau beberapa jenis sayur yang disukai cth kangkung, kacang panjang, taugeh)  - dicelur dan potong
Timun (sengkuang pun boleh) - dihiris memanjang
Tempe dipotong nipis dan digoreng




Kuah Pecal

Semangkuk kacang tanah -  goreng (dikisar ssedehana halus)
10 tangkai cili kering* - siang, rebus
5 ulas bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
2 ketul isi cekur dan 3 helai daun cekur*  (sepokok cekur)
Minyak 3 sdb minyak masak
3 sdb gula
1  sdk garam
1/2 cawan asam jawa
1 cawan air panas


Goreng bahan yang bertanda * hingga layu
Kisar bahan yang telah digoreng tadi
Masukkan air asam jawa, gula dan garam mengikut citarasa masing-masing.




*Nota : kuah pecal ini lebihkan rasa manis jangan terlampau manis
            sangat, cukupkan rasa garam dan asam dengan sesuai.





Ada ke sesiapa yang tak kenal cekur? hmmm kena la kenal refer kat SINI kalau nak buat Pecal Jawa kena letak kalau tidak jadi rojak pulak nanti. Kalau tak suka cekur suka hatilah yer..tapi bukan pecal jawa namanya tue..





Ermmm hidangkan dengan ikan kembong goreng yang segar dibeli di Pasar Nelayan. Memang selera makan semalam, saya juga ada masak ikan bawal emas masak lemak cili api daun pegaga (next entry yer).


Alhamdulillah..

~yms~




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...