Sunday 5 April 2015

Roti Canai Homemade...

Teringat dulu-dulu, mesti buat roti canai sendiri bila adik beradik semua balik bercuti semester baru puas makan. 

Sekarang beli aje bula nak makan, nak dapat yang mengikut tekak memangla susah nak dapat. Jalannya buat sendiri haa baru puas hati dapat roti yg garing dan kuah yg pekat!!


Kali ni saya buat kuah kari tulang yang menusuk kalbu, gunakan pressure cooker untuk dapatkan tulang yg lembut dan enak dimakan bersama roti yang garing mabeles .



Resepi Roti Canai Homemade
YMS Creations

Tepung gandum setengah kilo
Air garam ( 1 cawan air suam dicampur sesudu garam )
1 sdb susu pekat
1 telor
1/2 cawan minyak
Marjerin planta

Campurkan tepung, susu, telor yg dikacau ringan, minyak 1/4 cawan dan gaulkan dgn air sedikit demi sedikit 
Uli dengan sabar yer nak guna machine atau tangan pun boleh
Bila dah agak lembut baru bulat-bulatkan dengan marjerin, susun elok-elok di dlm loyang dan perap sekejap lg elok semalaman
Bila dah perap, tepek dan canai dalam dulang bulat guna minyak biar tidak pecah
Buat lipatan 4 segi atau bulatan haa yg ni..kena ada skill
Bila nak goreng letakkan sedikit marjerin dan minyak
Masak hingga kuning dan garing


Hidang dengan kuah kari atau yang disukai, saya buat kari tulang yang diletak kentang resepi dilain entri yer



Anak-anak suka sangat kalau gi mamak hmm tak tau kedai mana yang dpt roti garing dan kuah yang pekat.

Alhamdulillah syukur Allah beri peluang dan ruang..

~yms~

2 comments:

  1. Yg ni pun terbaik..sy dpt rasa air tgn mak roti canai garing ZAMAN kecik2 je..skrg mak dh x penah but dah..beli je..nak try buat jgk..thanks share

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi singgah dan komen di sini..alhamdulillah jom sama-sama kita buat sendiri lagi puas hati dan bukan mudah nak dapat roti canai yang lembut dan garing sekarang ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...