Tuesday 30 December 2014

Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis Petai



Assalam...bertemu di alam maya pada tarikh penghujung disember tahun 2014. Semoga ada cahaya yang cerah pada tahun 2015 yang akan menjengah 1 hari lagi.

Nak kongsi nasi lemak kegemaran anak-anak saya. Pilihan No 1 anak-anak saya jika ditanya nak bersarapan apa. termasuklah ayahnya hehe. Apa-apa pun alhamdulillah kerana diberi ruang waktu dan kesihatan oleh Allah S.W.T untuk menyediakan menu ini.




Sambal yang saya sediakan ini adalah Sambal Ikan Bilis Petai, anak-anak memang suka petai. Anak-anak saya memang tak cerewet pasal makan...ulam ulaman dan pucuk ubi pun makan, senang kata apa-apa jenis sayurlah mereka suka. Memang saya ajar anak-anak untuk tidak memilih. Peria pun saya sedang cuba untuk jinak-jinakkan dengan tekak anak-anak saya ni. Bukan apa...supaya mereka ni tidak memilih sangat pasal makan..apalagi perihal sayur-sayuran yang banyak khasiat ni..lagi satu susah nak ke mana-mana nanti.  



Petua buat sambal yang sedap perlu guna minyak lebih sikit..bukan terlajak lebih yer..dan gunakan bawang besar dalam jumlah yang banyak mengikut berapa kuantiti cili kisar yang kita gunakan. Jom lihat resepi dari YMS Creations.



RESEPI  NASI LEMAK
YMS Creations

Bahan-bahan

Beras - 4 pot kecil
Halia - 1/2 inci
Bawang kecil - 2 ulas
Daun pandan - 2 helai disimpul
Santan - 5 pot kecil ikut sukatan beras
Garam - 1/2 susu kecil

Cara memasak

Basuh beras
Hiriskan bawang dan halia
Masukkan semua bahan di dalam periuk memasak dan masaklah hingga nasi masak





RESEPI SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
YMS Creations

Bahan-bahan

Segengam ikan bilis - basuh dan tos
Bawang kecil - 3 ulas
Bawang besar - 3 ulas
Bawang putih - 2 ulas
Cili kisar - 3 senduk
Belacan - 1 inci
Air asam jawa -1/2 cawan
Minyak untuk menumis
Garam -secukup rasa
Gula  - secukup rasa

Cara memasak

Gorengkan ikan bilis jangan sampai garing sangat
Bawang kecil , 2 bawang besar , bawang putih dan belacan dikisar dan tumis hingga garing
Masukkan cili kisar biarkan lama atas api hingga naik minyak
Masukkan garam, diikuti dengan gula
Bila sudah sebati masukkan air asam jawa
Masukkan ikan bilis dan sebiji bawang besar yang dipotong bulat.
Kecilkan api tunggu hingga pekat

Boleh hidang dengan nasi lemak bersekali dengan telor rebus dan timun.
Tentunya insan-insan tersayang tersenyum gumbira hehe..selamat mencuba!!!

~YMS~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...