Friday 5 September 2014

Ikan Gelama Berlada di Pagi Jumaat

Assalamualaikum w.b.t ,


Hari ni saya berkesempatan menimba ilmu hanya satu jam mendengar alunan bacaan Al-Quran sebahagian surah At-Taubah dan Surah Yunus, terjemahan Surah Al-Baqarah Ayat 58 berkenaan kepentingan kita umat Nabi Muhammad wajib menuntut ilmu Feqah, Iman dan Ihsan. Juga sempat belajar tajuwid . alhamdulillah masih diberi ruang untuk hati ini terbuka menghadiri majlis ilmu di hari Jumaat yang penuh Barakah ini. Ustazah ada menyatakan bahawa bermula kita di dunia Allah S.W.T ini tanpa seurat benang pun oleh ibu kita dan seterusnya mendidik dan membesarkan kita sehingga kita boleh hidup sendiri tidak dengan ilmu dan amal berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Sementara kita hiidup di dunia ini, Allah S.W.T tempat kita No 1, jadikan Al-Quran itu hiburan tatkala kita suka dan duka. Jangan sekali-kali kita lupa padaNya di kala kita susah dan senang. Sesungguhnya Allah S.W.T segala-galanya, jangan sesekali mangharapkan penghargaan manusia, hanya Allah S.W.T tempat kita berharap dan Dia tempat berlindung.

Jom sama-sama kita membaca surah Al-Kahfi..

Pagi tadi saya sempat sediakan ikan gelama berlada untuk anakanda yang disayangi..moga dari hasil air tangan mama ini kalian dapat menerima ilmu dengan mudah untuk menjadi insan yang berilmu, soleh dan solehah.



Ikan ni dibeli segar dari laut Kuala Selangor haaaa...anak-anak sangat suka ikan gelama selalunya saiz ikan gelama ni kecil sahaja tetapi kali ni besar. Ini kali kedua saya membeli ikan gelama yang besar saiznya, sebelum ini saya masak sambal limau purut..nantikan resepinye yer..

Mudah jer resepi ni..saya teringatkan arwah bonda bila masak lauk pauk yang simple macam ni..arwah sangat kreatif menyatukan bahan-bahan yang mudah untuk mendapatkan masakan yang memikat selera anak-anak. Jangan susah-susah memikir bila kita penat atau punya masa yang singkat untuk sediakan sesuat juadah. jom kita lihat resepi ni...

RESEPI IKAN BERLADA
Oleh : YMS Creations

Bahan-bahan :

Ikan gelama - seekor yang besar
Cili merah besar - 2 ke 3 biji
Cili hijau besar - 2 ke 3 biji
Cili api - 5 ke 7 biji
Bawang besar - sebiji
Bawang kecil - 3 biji
Bawang putih - seulas
Belacan - 1/2 inci
Asam keping - 1 keping yang kecil
Sedikit air suam
Minyak
Garam dan gula sekukup rasa

Cara memasak :

Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan garam dan kunyit dan gorengkan ikan hingga masak.




Sementara menunggu ikan masak dengan sempurna, tumbuk cili besar dan cili api, bawang kecil, bawang putih dan belacan hingga lumat (saya suka sedikit kasar).

Kurang minyak yang digunakan utk menggoreng ikan tadi, kemudian tumiskan bawang besar yang potong bulat atau dibelah dua kasar.

Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan tumis hingga garing, masukkan garam, gula dan asam keping. Masukkan sedikit air untuk bagi berkuah sedikit, rasakan biar cukup masin dan sedikit sahaja manis juga masam. Asam keping boleh keluarkan jika anda rasa sudah terlebih masam.


Tuangkan tumisan tadi ke atas ikan yang telah digoreng tadi.



Tadaaaaa....hidangkan dengan nasi panas pun dah buat kita makan bertambah-tambah..dihidangkan dengan salad dan timun pun bolehhh...kenyang dan happy anak-anak alhamdulilllah...








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...