Tuesday 19 August 2014

Caramel Cinta Hati Yang Mula Di Tempah


Caramel Cinta Hati diberi nama kerana ianya dihasilkan dengan penuh kasih sayang di dalam jiwa. Bila sesuatu yang kita 'create' untuk mendapatkan hasil yang terbaik ianya akan meresap ke dalam jiwa. Benar...itu yang saya rasakan. Dulu saya memang sangat suka caramel tetapi masih mencari-cari resepi yang paling kena dengan tekak saya yang sedikit cerewet ni..sedikit ke?? hehe my hubby boleh jawab dengan tepat!. Sehingga satu ketika saya terjumpa resepi caramel yang sangat sedap dihasilkan oleh blog kak Azie Kitchen..terima kasih Kak Azie!..saya salin resepi ni dan cuba buat sendiri, namun saya olah ikut kehendak dan kreativiti saya sendiri kerana tekak saya tidak boleh menerima sesuatu yang agak manis,  juga rasa telor yang kurang hanyir. Maka terhasil lah Caramel Cinta Hati ni dek kerana cintee diri sendiri, my lovely hubby and children. 

Keenakan caramel ini turut dirasakan oleh rakan-rakan yang boleh menilai keberhasilannya. Sesetengah orang lain citarasanya, ada juga yang tiada punya deria rasa yang sedap dikatakan biasa-biasa aje, yang biasa-biasa dikatakan sedap ishh pelikkan manusia ni. Begitulah lumrah manusia kan..ianya anugerah Allah S.W.T, apapun bersyukur di atas pemberianNya.

Di bawah ni tempahan untuk Kak CT Khadijah awal tahun ini, saya pun dah terlupa bila tarikhnya yang pasti ianya ditempah untuk meraikan sambutan hari lahir anak beliau. 100 bekas kesemuanya haa itu dia Kak CT Khadijah yang mempunyai 'bisness minded'. Dia lah insan yang mengajar dan memujuk untuk saya mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan..Hahaha macam besar je bunyinye kan..inshaaAllah suatu hari nanti saya akan ke situ jua dengan izinNya kerana 'Perniagaan adalah satu Sunnah Rasullullah'. Masih terngiang di telinga ni bila ex-bos ketika di Shah Alam sering mengingatkan, katanya 'jika ada ruang, berjinak-jinaklah dengan dunia perniagaan mula dari sekarang!'..haa apakan daya saya masih merangkak lagi kerna anak-anak masih kecil ketika itu dan perlukan perhatian penuh ibubapa. Saya tetap tanamkan dalam jiwa moga saya berpeluang untuk bergelar seorang peniaga wpun secara-kecil kecilan.  Niat di hati ingin meneruskan cita-cita arwah bonda yang belum kesampaian. Ianya sudah ada dalam benak fikiran cuma untuk dizahirkan namun hanya menunggu masa dan keadaan yang sesuai. InshaaAllah,  moga Allah perkenankan tanpa ada rasa riak dan jauhkan dari sikap cemburu manusia di sekeliling kita. Aaminn

Oppss sudah jauh meleret jom kita layan resepi puding ni dulu. 

RESEPI PUDING CARAMEL 
Oleh : YMS Creations

Bahan-bahan utk puding :

1 tin susu cair
1/3 susu pekat
1 tin air
4-5 biji telor
sedikit esen vanila

Utk  caramel :
4 cawan air 
2 cawan gula pasir

Cara-caranya :

1. Masukkan gula dlm kuali panas, biarkan hingga cair dan bewarna perang.
2. Masukkan air biarkan larut dgn sebati.
3. Sementara tunggu caramel sejuk, sediakan bancuhan puding dengan masukkan susu cair, susu pekat dan air.
4. Pecahkan telor dan pukul ringan sahaja. (buang mata telor atau tapiskan sebelum masukkan ke dlm bancuhan tadi)
5. Masukkan esen vanila.
6. Tapiskan bancuhan tadi sebelu dituang ke dalam acuan. 
7. Masukkan gula caramel ke dalam acuan (agak-agakla ye) dan tuang bancuhan puding.
7. Kukus sehingga masak dlm 15 minit. Siapkan sehingga bancuhan habis.
8. Bila sudah sejuk dari kukusan blh masukkan ke dalam peti sejuk atau letakkan puding bersama ais dalam bekas.  
   
Nota :

Biasanya satu adunan dapat dalam 20 bekas seperti di bawah, terpulang pada kuantiti yang dituang dalam setiap bekas.




Gambar di bawah puding Caramel Cinta Hati yang telah sejuk dan sangat cantik tekstur nya siap sedia untuk di telan. Ehem terasa kenikmatannya..alhamdulillah..saya suka caramel yang sedikit pahit sangat eksklusif!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...