Tuesday 26 August 2014

ABOUT ME

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Salam Perkenalan....Pertama sekali terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya yang masih setahun jagung ini. Keinginan utk mempunyai blog sendiri bermula apabila saya suka menyimpan gambar-gambar masakan saya yang sebelum ini dikongsikan bersama rakan fb. Tujuan utama saya adalah utk menjadi tatapan diri sendiri apabila kehilangan idea terutama ketika bulan puasa. Terfikir juga inilah kenangan kepada anak-anak hasil air tangan mamanya...sekurang-kurangnya boleh menatap dan mencuba resepi kegemaran mereka kelak. Selain Memasak saya juga minat decoration, gardening dan jahitan. InshaAllah saya akan kongsikan apa yang saya hasilkan untuk tatapan rakan-rakan lain.

Selamat melayari blog saya ini & have a fun!


Nama saya YUSLINA MOHD SANI...di kalangan keluarga saya dipanggil LINA, di antara rakan-rakan saya lebih dikenali dengan panggilan YUS..ada juga rakan yang memanggil INA, NA..apapun ianya tetap nama saya. Hobi ini terbina bila saya berpindah ke Kuala Selangor kerana saya jarang keluar waktu rehat tidak seperti ketika di Ampang sebelum ini, panjang kaki melangkah kerana ramai teman-teman mengajak saya dating minum dan makan bersama-sama bagi menghilangkan stress bekerja. Di tempat baru ni saya memikirkan apa yang saya boleh lakukan untuk menghilangkan stress bekerja...owhhh blog!!! yes!!! saya memang minat fotografi sejak di  universiti saya memikul kamera video untuk sebarang program yang dijalankan di kampus tempat saya menginap. Saya juga minat memasak, dulu memang saya bercita-cita untuk mendalami bidang masakan dan jahitan kerana ketika tingkatan saya di aliran ekonomi sains rumahtangga. Ketika itu nampak macam tak glamour jika dibandingkan dengan kelas aliran perdagangan. Lama-kelamaan saya jatuh cinta kerana ketika itu saya belajar setiap apa yang kita lakukan ketika memasak dan menjahit ada SOP nye sendiri bukan main redah jer..ianya main peranan yang penting bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik!. Zaman sekarang ni Chef pun punya pendapatan agak mewah dan ramai Chef-chef terkenal abad ini mempunyai restoran yang punya kelas tersendiri! Saya amat kagum!.

Apapun saya redha dengan apa yang saya perolehi sekarang walaupun ianya jauh dari apa yang saya cita-citakan. Alhamdulillah berkat mendengar kata orang tua saya berjaya melanjutkan pelajaran hingga peringkat Sarjana. Saya bersyukur di atas anugerah yang Allah S.W.T berikan, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Namun saya terus berusaha melangkah ke depan untuk menggapai apa yang belum dicapai dalam impian saya..inshaAllah saya mohon agar Allah S.W.T bantu saya untuk menggapai impian indah dalam hidup ini tanpa lupa tanggungjawab saya kepada Tuhan dan insan-insan yang berhak menerima kasih sayang saya. Aminn.

Saya punya suami yang sangatttttt suka dengan masakan saya dan saya percaya beliau cintakan saya kerana masakan saya...hahaha boleh macam gitu hehe gurau jer...saya juga punya lima cinta hati yang suka dengan penghasilan masakan saya. Allahuakbar! bila anak-anak gembira, penat memasak saya terubat apatah lagi jika hidangan habis licin...indahnya dunia ini. Satu-satunya anak perempuan Ayra Hadirah sudah mula rajin menolong saya di dapur. Alangkah bahagianya jika anak-anak lain turut bersama menolong di dapur, kurang penat lelah memasak kerana hasilnya boleh dinikmati bersama-sama. Bila rasa bahagia tercipta maka penghasilannya amat bermakna dengan tambahan perisa kasih sayang. Abang Afiq Haikal juga cekap membantu saya, hmm zaman moden sekarang tugas di dapur bukan perempuan sahaja...lelaki juga tidak kurang hebat menyediakan hidangan. InshaAllah semoga anak-anak kita bijak menyediakan hidangan. Tujuan utama blog ini wujud adalah untuk menjadikan rujukan pada anak-anak selain berkongsi maklumat masakan dan minat dengan rakan taulan.

Semoga Allah S.W.T  berikan kesihatan yang baik untuk saya terus mengemaskini blog ini dan segala perkongsian dapat membantu rakan-rakan untuk menyediakan hidangan kepada insan tersayang. InshaaAllah..

Ini gambar family yang saya sayangi....ketika ini si kecil Amsyar belum lahir ke dunia lagi ..love u all....

Ini dia cintee hati saya yang kecil..budak ini sangat manjee...sayang mama...semoga anak-anak dan keluarga ini mendapat perlindungan dariNya dan SEMOGA BAHAGIA MILIK KAMI DAN ALLAH S.W.T YANG PALING UTAMA DALAM HIDUP KAMI..AAMEEN YA RABB


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...