Friday 31 October 2014

Saya baru kenal Ikan Kaci


Rezeki saya bekerja di Kuala Selangor bukan sahaja membuka peluang saya untuk mendapatkan ikan-ikan segar di sini namun mengenali nama-nama ikan yang saya tak pernah dengar apalagi merasai ikan tersebut. Mungkin ramai yang tahu cuma saya yang BARU tau...pernah dengar tak ikan KACI ?..si rupawan yang menjual ikan di Pasar Nelayan tu kata ikan kaci ni lagi sedap dari ikan jenahak. Tapi rezeki tidak berpihak pada saya ketika itu kerana ada mak datin dah sambar dulu ikan tue..aduila..kita yang beria benar tanya..takpelah rezeki dia..

Enti ni dah lama saya tulis sebab excited tau Ikan Kaci..tapi tak puas hati pasal gambar. Masih menunggu adik yang jual ikan di Pasar Nelayan Sg Yu tu call untuk ambik ikan kaci. Hmm lama juga menunggu, minggu lepas ada tetapi saya kurang sihat dan hari sabtu ada juga dapat message sayangnya saya di Pengkalan Balak, hadiri family day hubby. Belum ada rezeki saya lagi..pernah dapat sekali dan saya masak asam pedas memang meletop di SINI! ! tetapi tak sempat ambil gambar ikan yang belum dimasak tue...ni saya ambil image dari google..saya baca memang ikan ni sudah didapati di pasar-pasar. Kaki pancing pun susah nak dapatkan ikan ni tau..masih dok menunggu sebab dah tempah dengan si cantik molek adik yang jual ikan di Pasar Nelayan Sg Yu - Faridah Hasni..Has..ingat janji kita hehe.


Ni la rupa ikan kaci - gambar ihsan dari google


InshaaAllah saya akan cuba dapatkan lagi ikan ni untuk di masak asam pedas lagiii huhu, kari, sup atau tiga rasa. Terbayang-bayang rasa keenakan ikan kaci nih..tunggu cerita pasal ikan..saya sangat suka ikan!!!



~YMS~





19 comments:

  1. Tu siakap merah puan.. Tp pemancing kolam paggil ikan kaci.. Ikan kaci lain.. Warnanya kelabu bintik2.. Kat pipi ada jalur kuning..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar ni saya ambil dari google, tetapi yang pasti ikan kaci dan ikan merah sememangnya dua jenis ikan yang berbeza

      Delete
    2. Nak sikit asam pedas ny.. Ikan kaci akk ni mesti rase ny lain mcm.. 😂😂

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Aku x rasa ikan kaci...sbb aku penah mancing dpt ikan kaci...ikan kaci supposed to be warna biru dan ada bintik2 kuning kt badan dia...ikan kaci berwarna cerah...ni warna gelap...sorry to say,ni bukan kaci...ni siakap merah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah masuk kolam x?org2 yg mancing kolam je yg pggil kaci...

      Delete
    2. Ini kakap merah atau jenis mangrove jack. Apa ke jadahnya budak2 kolam panggil kaci. Kaci tu dari keluarga Diagramma Pictum. Jauh beza tu.. Kalau bii atau mak mertua suruh beli ikan kaci kat pasau jangan ko beli kakap merah tu pulak..

      Delete
  4. Betul. Kakap merah. Cuma kat kolam je ikan tu Lupe identiti.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Berminat ikan kaci kolam w.app 0182940019.1kg rm17

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memancing ker? boleh hantar rumah kalau saya order??

      Delete
  7. .....laaaa, bukan ikan nyuk² ka ?
    Sapa tau, ikan nyuk² (belah utaqa glemer), belah Selatan orang dok panggil apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn ikut utara dan selatan .ikan kakap merah .

      Delete
  8. alamak, salah name ikan lah brade

    ReplyDelete
  9. Sapa la yg Mula2 panggil kakap merah tu kaci... Ape ke Masalah la... Kaci lain.. Kakap lain la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai boleh. jangan terlalu pandai .ha ha ha .kakap jadi kagi

      Delete
  10. Siakap merah/mj pon x tau..adoi

    ReplyDelete
  11. Mangrove red snapper@ mangrove jack..a.k.a Mj...
    Ada sesetengah kolam pancing,membahasakan kakap merah ni "kaci"..tapi xtahu mana persamaannya....haha...
    Buta huruf@buta warna biasa dengar.
    Buta ikan ada juga.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...