Saturday 14 November 2015

Lempeng di Malam Hari

Assalam, lamanya tidak menulis di alam maya ni..
Sejak saya berpindah tempat kerja sekarang ni memang sangat susah untuk mencuri masa..
Peluang menulis ketika hujung minggu di rumah sahaja itupun jika tiada tuntutan kerja. Alhamdulillah masih punya ruang waktu untuk berkarya..
Malam ni saya hanya buat lempeng..tak sangka pulak laku hehehe sekejap jer dah licin..alhamdulillah asyik nasi jer ubah selera pula kan..


Resepi Lempeng
ymscreation

Tepung gandum
Air masak
Sedikit garam
Sebiji telor
1 sdb minyak masak

Campurkan semua bahan dan kacau rata
Saya anggarkan sahaja bahan-bahan tersebut 
Mudah sahaja kadang2 bila disukat kurang menjadi kita kena berani bila buat kerja dapur ni.. I 


Buat sambal ikan bilis, resepi ada dalam blog ni..begitu juga lempeng di atas tadi jika mahukan sukatannya sila layari laman ini yer..


Saya juga hidang dgn kari sardin haa yang ni sama sahaja macam masak kari ikan bezanya cuma masukkan sardin dalam tin yer..taraaa alhamdulilah siap sajian utk malam ni..

Terima kasih kerana sudi singgah..

~yms~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...