Thursday, 28 August 2014

Hidangan Nasi Minyak

Bila saya menyediakan juadah nasi minyak, tidak lengkap jika ianya tidak bersekali dengan lauk kurma daging, ayam masak merah atau salad telor. Anak saya yang ketiga Muhammad Amir Haziq amat menyukai menu ini, memandangkan anak saya yang seorang ni agak cerewet memilih menu. Sesekali menyediakan menu ini saya pastikan ianya lengkap seperti di atas tadi. Seronok bila lihat anak-anak seronok menambah-nambah apabila makan. Apabila anak gembira kita turut gembira, alangkah bahagianya anak-anak ini apabila merasai hasil air tangan mama mereka sendiri. Disebabkan itu saya gagahkan juga setiap pagi menyediakan menu untuk mereka walaupun hanya telor goreng kicap!. Mereka akan mengeluh setiapkali sekiranya saya tidak sempat menyediakan makanan diawal pagi terutama ketika saya bekerja di ampang dahulu. Alhamdulillah Allah S.W.T Maha Mendengar, walaupun banyak dugaan dan cabaran apabila saya bertugas di tempat baru nikmat yang lain Dia beri. Tetap bersyukur seadanya.

Jom kita layan gambar-gambar hidangan nasi minyak di bawah :

Resepi nasi minyak ni sangat simple, inshaaAllah saya akan kongsikan resepinya akan datang. Kurma daging juga sama dengan resepi yang ada di dalam mana-mana blog dan buku resepi cuma saya suka menambahkan daun sup, bawang yang dibelah empat dan juga kobis sebagai penambah perasa memang sedap! cubalah...
Ayam masak merah pula menu wajib yang perlu ada apabila saya menyediakan ayam masak merah. Favorite menu di Teratak 224 ni..ada kelainan sedikit dalam penyediaan ayam masak merah yang sedap, saya tambahkan santan dalam resepi ni. Rasanya bertambah lazat, cubalah kalau jika ingin rasa kelainanya.

Salad telor ni pulak kegemaran saya, mudah saja lihat gambar sudah tahu bahan-bahannya kan..hmm sedapnyer tak terperi jika dimakan bersama-sama lauk pauk di atas tadi. Jika ada salad hijau lagi marbeles, Anak-anak saya memang sukakan salad! termasuklah di comel Ammar Hayyan tomato pun suka!. Ketika ini salad tidak ada dalam stok, apa yang ada sahajalah. Timun yang digunakan juga amat rangup iaitu timun jepun..tuangkan pula sos di atas salad ni aduhaii..makan bertambah la jawabnyerr. 

~yms~

Tuesday, 26 August 2014

Kenangan Terindah dan Pahit

Alhamdulillah...tahun 2014 masih boleh bernafas di dunia ini. Sesungguhnya semua dugaan dan cabaran yang telah ditempuhi mengajar kita erti kehidupan kita yang sebenar. Ianya sebagai titik tolak untuk kita menghadapi cabaran akan datang. Saya ingin kongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya sepanjang hampir 39 tahun hidup di dunia ini. Namun demikian saya cuba 'list' kan dahulu sebelum saya menulis kisah sepenuhnya bagi setiap tajuk di bawah, inshaaAllah :

  1. Menunaikan Umrah Bersama Keluarga.
  2. Kemalangan Ngeri jam tepat 12.00 tgh malam. ( Part I, Part II, Part III)
  3. Pemergian Bonda Tersayang di saat diri ini amat memerlukan.
  4. Mewakili Jabatan Menghadiri Workshop di ROME, ITALY ( Part I, Part II & Part III)
  5. Mewakili Jabatan Menghadiri Workshop di Bangkok, Thailand
  6. Mewakili Jabatan Menghadiri Workshop di Hangzhou, China
  7. Mewakili Jabatan Menghadiri Kursus di Osaka, Fukuoka & Tokyo Jepun 
Saya akan cuba untuk link kisah kenangan saya di sini untuk tatapan anak cucu apabila mereka besar nanti.

Kuih Bakar Labu Kegemaran My Hubby


Bingka Labu ni ada ceritanya tersendiri..hubby sangat suka kuih bakar ni. Asalnya ada lebihan labu ketika saya membeli di pasar untuk di masak lemak labu. Saya sangat menggemari sayur labu ni, lagipun ianya makan sunnah. Rasullullah amat menggemari labu, apa salahnya kita sebagai umatnya turut menyukai apa yang nabi suka kan. Cuma saya tidak boleh makan dengan kerap kerna labu ni angin. Teringat saya tahun lepas ketika membawa si kecil dalam kandungan kerap sangat saya menyediakan hidangan berasaskan labu. Boleh dikatakan sentiasa ada stok labu ni di rumah. Sehari selepas saya rasa menikmati keenakan labu ni saya diserang Bell's Palsay atau lebih dikenali minor stroke di muka. Itu kenangan yang saya tidak boleh lupa sepanjang hidup saya. Namun demikian saya redha, Allah Taala akan menguji pada hambaNya yang mampu. Itu janji Allah Taala, saya percaya disebalik ujian itu saya perolehi nikmat sebaliknya. Allah Maha Besar kan. InshaAllah saya akan kongsikan kenangan saya itu untuk perkongsian pembaca blog sekalian dalam ruangan MEMORIES yang akan wujud tidak lama lagi. Sekarang kita layan dulu resepi kuih bakar labu ni yang saya ambil dari blog Azie Kitchen, the famous blog pada saya. Terima kasih Kak Azie, seronoknya kalau saya dapat jumpa bertentang mata dengan Kak Azie.



RESEPI KUIH BAKAR LABU
Oleh : YMS Creations
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahan :

2 biji telor
1 setengah cawan santan ( 1 santan + 1/2 cawan air)
1cawan tepong gandum
1/2 cawan gula
sedikit garam
1 sudu kecil vanila
1 sudu besar minyan sapi (saya tukar kepada butter yang dicairkan)
1 cawan labu yang telah direbus dan dilecek
sedikit bijan untuk tabur (saya tak letak kerana anak-anak tak suka)

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius

Satukan bahan-bahan di atas kecuali labu dan kacau guna whisk hingga semua bersatu

Tapiskan adunan tadi baru masukkan labu yang telah dilecek.

Masukkan butter yang telah dicairkan dan bakar selama 1 jam atau hingga masak mengikut kesesuaian oven masing-masing, saya gunakan api atas bawah.

Bila dah masak boleh keluarkan, biarkan sejuk baru dipotong.


Saya sediakan sudah berulang kali alhamdulillah sangat-sangat menjadi, setiap kali dihidang akan menjadi rebutan. Seronok bila apa yang kita hasilkan dinikmati bersama-sama insan tersayang. Hujung minggu ni menu ini sudah ada dalam kepala untuk disediakan sebagai minum petang kami sekeluarga. Labu pun sudah dibeli dari minggu lepas lagi, namun belum diberi kesempatan lagi untuk menyediakan menu ni maklumlah setiap hujung minggu di bulan syawal ni sibuk memenuhi undangan kenduri kawin dan jemputan rumah terbuka disamping menyediakan juadah tempahan selain puding caramel, rendang juga menjadi menu yang suka ditempah. Nantikan resepi rendang versi YMS Creations yer...inshaaAllah.

Percutian Bersama Keluarga Tercinta





Saya nak kongsi percutian saya bersama keluarga dengan pembaca sekalian bukannya untuk bermegah. Hanya sekadar memberi idea untuk kita memilih tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga tersayang. Juga saya ingin jadikan memori yang indah ini disimpan dan boleh ditatap oleh anak cucu andainya saya tiada lagi nanti. Sesungguhnya percutian akan mendamaikan fikiran setelah penat bekerja samada di pejabat dan di rumah. Ianya juga pengikat kasih sayang keluarga, janji kita dapat membahagiakan anak-anak selain membahagiakan diri kita dan suami. Di antara tempat-tempat percutian yang pernah kami sekeluarga lawati adalah seperti di bawah, saya sertakan juga hotel tempat kami menginap :

  1. Kuala Terengganu # Hotel Primula # Hotel Apartment Sumai
  2. Cherating # Suria Cherating
  3. Port Dickson # Selesa Beach Resort
  4. Melaka  # Hotel Bayview # Hotel Sri Costa # Hotel Mahkota # Hotel Equatorial
  5. Johor Baharu # Hotel The Zone # KSL Resort 
  6. Kelantan # Hotel Renaissance
  7. Cameron Highland #
  8. Langkawi # Rumah sewa JPS Langkawi # Bayview 
  9. Muar
  10. Batu Pahat
  11. Sungkai Perak #Felda Residence Sg Klah 
Saya akan kongsikan percutian bersama keluarga ini di entri yang akan saya link dalam senarai di atas yer..InshaaAllah semoga Allah S.W.T beri ruang dan waktu untuk saya berbuat demikian. Aminn

JAVANESE CUISINE

Saya bangga menjadi anak jawa, banyak masakan jawa yang saya tahu hasil dari ajaran arwah mak dan arwah nenek juga makcik-makcik saya.

InshaaAllah saya akan share resepinye nanti, saya senaraikan dulu masakan jawa yang famous dan ada di antaranya menjadi kegemaran orang melayu yang bukan jawa. Ada juga saya jumpa masakan jawa yang telah diubah suai mengikut kesesuaian tekak orang bukan pure jawa. Hmm apa-apa pun saya sangat-sangat suka masakan jawa yang asli dan meletop.


  1. Kuah Pecal berperisa cekur
  2. Sambal Goreng Jawa Original
  3. Ungkep Ayam
  4. Ungkep Daging
  5. Ungkep Sotong
  6. Ikan cuka berempah
  7. Sambal Tempe
  8. Sayur Goreng Tempe
  9. Nasi Ambang
  10. Sambal Tutok
  11. Ikan keli masak cekur
  12. Kuah Lodeh
  13. Lontong 
Setakat ini dulu nanti saya tambah bila saya ingat yer...resepinya nati saya link di setiap tajuk di atas. Maklumlah gambar belum di ambil nanti tak dapat bayang pulak masakannya macam mana kan. Jangan lupa ye visit blog saya lagi untuk dapatkan resepi yang ekslusif dari saya. Satu Masakan satu Cerita!!!

ABOUT ME

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Salam Perkenalan....Pertama sekali terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya yang masih setahun jagung ini. Keinginan utk mempunyai blog sendiri bermula apabila saya suka menyimpan gambar-gambar masakan saya yang sebelum ini dikongsikan bersama rakan fb. Tujuan utama saya adalah utk menjadi tatapan diri sendiri apabila kehilangan idea terutama ketika bulan puasa. Terfikir juga inilah kenangan kepada anak-anak hasil air tangan mamanya...sekurang-kurangnya boleh menatap dan mencuba resepi kegemaran mereka kelak. Selain Memasak saya juga minat decoration, gardening dan jahitan. InshaAllah saya akan kongsikan apa yang saya hasilkan untuk tatapan rakan-rakan lain.

Selamat melayari blog saya ini & have a fun!


Nama saya YUSLINA MOHD SANI...di kalangan keluarga saya dipanggil LINA, di antara rakan-rakan saya lebih dikenali dengan panggilan YUS..ada juga rakan yang memanggil INA, NA..apapun ianya tetap nama saya. Hobi ini terbina bila saya berpindah ke Kuala Selangor kerana saya jarang keluar waktu rehat tidak seperti ketika di Ampang sebelum ini, panjang kaki melangkah kerana ramai teman-teman mengajak saya dating minum dan makan bersama-sama bagi menghilangkan stress bekerja. Di tempat baru ni saya memikirkan apa yang saya boleh lakukan untuk menghilangkan stress bekerja...owhhh blog!!! yes!!! saya memang minat fotografi sejak di  universiti saya memikul kamera video untuk sebarang program yang dijalankan di kampus tempat saya menginap. Saya juga minat memasak, dulu memang saya bercita-cita untuk mendalami bidang masakan dan jahitan kerana ketika tingkatan saya di aliran ekonomi sains rumahtangga. Ketika itu nampak macam tak glamour jika dibandingkan dengan kelas aliran perdagangan. Lama-kelamaan saya jatuh cinta kerana ketika itu saya belajar setiap apa yang kita lakukan ketika memasak dan menjahit ada SOP nye sendiri bukan main redah jer..ianya main peranan yang penting bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik!. Zaman sekarang ni Chef pun punya pendapatan agak mewah dan ramai Chef-chef terkenal abad ini mempunyai restoran yang punya kelas tersendiri! Saya amat kagum!.

Apapun saya redha dengan apa yang saya perolehi sekarang walaupun ianya jauh dari apa yang saya cita-citakan. Alhamdulillah berkat mendengar kata orang tua saya berjaya melanjutkan pelajaran hingga peringkat Sarjana. Saya bersyukur di atas anugerah yang Allah S.W.T berikan, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Namun saya terus berusaha melangkah ke depan untuk menggapai apa yang belum dicapai dalam impian saya..inshaAllah saya mohon agar Allah S.W.T bantu saya untuk menggapai impian indah dalam hidup ini tanpa lupa tanggungjawab saya kepada Tuhan dan insan-insan yang berhak menerima kasih sayang saya. Aminn.

Saya punya suami yang sangatttttt suka dengan masakan saya dan saya percaya beliau cintakan saya kerana masakan saya...hahaha boleh macam gitu hehe gurau jer...saya juga punya lima cinta hati yang suka dengan penghasilan masakan saya. Allahuakbar! bila anak-anak gembira, penat memasak saya terubat apatah lagi jika hidangan habis licin...indahnya dunia ini. Satu-satunya anak perempuan Ayra Hadirah sudah mula rajin menolong saya di dapur. Alangkah bahagianya jika anak-anak lain turut bersama menolong di dapur, kurang penat lelah memasak kerana hasilnya boleh dinikmati bersama-sama. Bila rasa bahagia tercipta maka penghasilannya amat bermakna dengan tambahan perisa kasih sayang. Abang Afiq Haikal juga cekap membantu saya, hmm zaman moden sekarang tugas di dapur bukan perempuan sahaja...lelaki juga tidak kurang hebat menyediakan hidangan. InshaAllah semoga anak-anak kita bijak menyediakan hidangan. Tujuan utama blog ini wujud adalah untuk menjadikan rujukan pada anak-anak selain berkongsi maklumat masakan dan minat dengan rakan taulan.

Semoga Allah S.W.T  berikan kesihatan yang baik untuk saya terus mengemaskini blog ini dan segala perkongsian dapat membantu rakan-rakan untuk menyediakan hidangan kepada insan tersayang. InshaaAllah..

Ini gambar family yang saya sayangi....ketika ini si kecil Amsyar belum lahir ke dunia lagi ..love u all....

Ini dia cintee hati saya yang kecil..budak ini sangat manjee...sayang mama...semoga anak-anak dan keluarga ini mendapat perlindungan dariNya dan SEMOGA BAHAGIA MILIK KAMI DAN ALLAH S.W.T YANG PALING UTAMA DALAM HIDUP KAMI..AAMEEN YA RABB


TEMPAHAN

Saya mula-mula berjinak dengan dunia ini apabila teman baik saya atau lebih mudahnya kakak angkat saya Kak Siti Khadijah merasai  puding caramel yang saya sediakan ketika Majlis Khatam Quran pada tahun 2013 di sini.

Bermula dari situ, beliau selalu memujuk saya menyediakan lagi puding caramel untuk santapan beliau sekeluarga. Sudah diberikan resepi, namun beliau tidak jemu terus menerus memujuk saya bagi suatu jangkamasa berbulan jugalah. Maklumlah ketika itu saya masih membawa Amsyar cinta hati saya yang kelima. Dek tak sampai hati saya akur dengan permintaannya. Bermula dari sini saya diajar oleh beliau untuk mulakan perniagaan secara kecil-kecilan, datang kesungguhan dan minat ianya menjadi hobi saya kerana saya dapat membahagiakan insan lain. Bila sudah mulakan dunia ni saya rasa seronok kerana apabila rakan-rakan kita happy. Niat saya ingin bantu rakan-rakan dan saya niatkan sekiranya pahala yang saya dapat saya sedekahkan untuk arwah mak tercinta. Ini kerana sepanjang hidup arwah beliau juga mengambil tempahan baik jahitan atau masakan. Harga yang ditawarkan juga sangat2 berbaloi kerana ada niat disebalik penghasilannya.. Selain caramel beliau ada juga order rendang ayam, asam pedas ikan dan juga donut ball.  Berikut adalah list tempahan puding caramel yang saya ingat, sekadar rujukan dan seronok-seronok sahaja.




  • Tempahan pertama # Puding caramel untuk anak-anak Kak CT yang tercinta (20++ bekas)
  • Tempahan kedua    # repeat order lagi  oleh Kak CT untuk Majlis Hari Lahir anak beliau (100 bekas)
  • Tempahan ketiga    # tempahan dari Cik Jan kawan rapat saya juga di Setia Alam (60 bekas)
  • Tempahan kempat  # tempahan donut ball dari Kak CT juga selepas dipujuk berulang kali
  • Tempahan kelima    # tempahan rendang seekor ayam K. CT
  • Tempahan keenam  # tempahan rendang daging 3 kilo (my twin Lin)
  • Seterusnya...            # Asam pedas ikan senangin sekilo Kak CT 




~yms~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...