Showing posts with label Sambal Belacan. Show all posts
Showing posts with label Sambal Belacan. Show all posts

Friday, 27 January 2017

Sambal Belacan Kuinin

Sedapnya sambal kuinin...makan pulak dengan lauk kari ikan pergghhh memang letup! 


Resepi Sambal Belacan Kuinin
ymscreations

1 biji buah kuinin
1 biji cili besar merah
3-5 biji cili api
1 inci belacan dibakar atau digoreng
garam dan gula secukup rasa

Tumbuk semua bahan hingga lumat kecuali buah kuinin
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Cincang buah kuinin dan masukkan dalam sambal belacan tadi
Dah siap..mudah jer

Makan pulak dgn lauk pauk seperti di bawah memang nasi bertambah laa jawabnya..hehehe..


Alhamdulillah..

~yms~

Wednesday, 8 July 2015

Sambal Belacan Nenas..


Assalam,

Tak sempat nak kongsi pelbagai resepi di bulan mulia ni..masa sangat pantas pergi di rumah macam-macam aktiviti nak buat, perlu tido awal untuk bangun sediakan sahur awal pagi. Tak mengapa saya kongsi menu yang mudah janji boleh dijadikan panduan untuk pembaca kesayangan sekalian yer.

Saya nak kongsi menu mudah yang penting pembuka selera maklumlah bila berpuasa selera pun berkurangan.

Jom kita buat sambal belacan nenas...



SAMBAL BELACAN NENAS
ymscreations

1 biji cili merah besar
7 biji cili api
1 inci belacan digoreng sekejap dengan sedikit minyak (tak perlu garing)
1 ulas bawang merah kecil
1 potong nenas atau lebih ikut suka 
1/2 sdk gula
1 sdk garam

Cili merah dibuang biji
Tumbuk cili merah, cili api, bawang dan belacan hingga lumat
Masukkan gula, garam dan nenas yang dah potong kecil tadi
Tumbuk sikit je bagi sebati


Nota : Jika nenas dah manis tak perlu tambah gula banyak.

Silalah cuba yeaa..

Alhamdulillah..

~yms~

Friday, 15 May 2015

Sambal Belacan Buah Kuinin

Assalam...

Semoga Jumaat Penghulu Segala Hari ini semuanya dilimpahi kerahmatan dari yang Maha Esa. Jom baca dan dengarkan ayat-ayat suci dari Surah Al-Kahfi...fahami maksudnya semoga kita beroleh kemanisan dalam apa jua yang kita kerjakan InshaaAllah.

Hidup di dunia ini jika tidak disulami dengan ilmu akhirat tak rasa manisnyakan..jom kita cari sama-sama ilmu yang bermanfaat dan dikongsikan dengan insan di sekeliling kita. 

Umpamanya bila makan nasi dengan lauk-lauk lain perlu ada sambal belacan kan dah tekaknya orang melayu. Sambal belacan ni pulak macam-macam versi boleh buat. Ada yang sambal belacan biasa sahaja perahkan limau kasturi, kulit limau tu biasanya saya hiris halus dan letak dalam sambal tu memang sedap sangat. 

Kali ni saya buat sambal belacan kuinin, kebetulan gi pasar sabtu yang lepas saya ada beli tiga biji kuinin ni. Aduhai harumnya bau kuinin ni...




Makan dengan sambal camni memang bertambahlah En Hubby saya hehe. Saya tak ingat dah lauk apa yang saya hidangkan hari tu, tetapi yang saya ingat sambal ni memang licin berebut dengan anak-anak lagi..
Memang sedap tau..jom saya kongsi resepi yang mudah aje ni..

SAMBAL BELACAN KUININ

1 biji cili merah besar
7 biji cili api
1 inci belacan digoreng sekejap dengan sedikit minyak (tak perlu garing)
1 ulas bawang merah kecil
1 biji buah kuinin (dihiris memanjang)  
1/2 sdk gula
1 sdk garam

Cili merah dibuang biji
Tumbuk cili merah, cili api, bawang dan belacan hingga lumat
Masukkan gula, garam dan kuinin yang dah diris tadi
Tumbuk sikit je bagi sebati

*Nota : Jika tak cukup garam atau gula sila tambah yer sebab ikut kemanisan buah kuinin.


                       

Alhamdulilah....

~yms~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...