Showing posts with label Labu. Show all posts
Showing posts with label Labu. Show all posts

Thursday, 12 January 2017

Buah Melaka Labu...aduhai lembutnya..

Pernah buat buah melaka gunakan labu?? saya sebelum ni gunakan keledek kali ni saya gunakan labu pulak..mashaaAllah sedap sungguh!

Cukup rasa lemaknya..bila dimakan meletup-letup dalam mulut hehehe..
Mudah je bahan-bahannya saya agak-agak je buat kuih ni macam mak-mak kita dulu bukan guna sukatan pun tapi tetap mabeles..


Resepi Buah Melaka Labu

Labu semangkuk yang telah direbus dan dilecek
1 mangkuk tepung pulut 
2 cubit garam
1 helai daun pandan
1 keping gula melaka dipotong kecil
1 mangkuk kelapa diletak sedikit garam

Masukkan tepung pulut, garam dan labu di dalam mangkuk ulikan hingga jadi doh yang boleh di gentel di telapak tangan. Jika tak cukup tepung tambah sedikit demi sedikit jangan terkeras.

Panaskan periuk yang berisi air dan daun pandan dan sedikit garam.

Ambil sedikit adunan dan isi kan gula melaka dan bulatkan cantik sebelum dimasukkan ke dalam periuk yang telah mendidih. Biarkan hingga timbul dan angkat, toskan biar airnya jatuh dan golekkan dalam kelapa tadi.


Dah siap boleh la dihidang..hubby makan  sepinggan dia sorang aje hehehe...

Apa tidaknya bila kunyah macam tak terasa sebab tersangat lembut alahai dikau sedap sangat!!

Alhamdulilah..

~yms~

Monday, 15 June 2015

Ermm sedap rupanya kari labu

Assalam, 
Labu ni favorite kami sekeluarga..selalunya saya masak lemak labu ni.
Kali ni teringin pulak buat kari labu, arwah ayah mertua suka sangat   dengan kari labu ni. 
  
Saya olah sendiri je resepinya yang pasti bahan utamanya adalah labu, rempah kari dan santan. Pertama kali buat..alhamdulillah anak-anak suka.



RESEPI KARI LABU
ymscreations

1/2 biji buah labu yang sedang
segenggam ikan bilis
2 sudu besar rempah kari daging
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 batang serai diketuk

Labu dikupas dan potong kecil
Tumbuk bawang merah dan putih masukkan ikan bilis tumbuk kasar
Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau 
Masukkan serai dan rempah kari daging, masukkan air biarkan pecah minyak
Masukkan labu dan santan serta air, biarkan menggelegak dan labu empuk
Perasakan garam dan kacau jangan pecah minyak
Biarkan hingga masak dan blh dihidang

Nota : dicampur udang basah pun sedap ni..



Alhamdulillah..anak-anak saya suka sangat..

~yms~

Thursday, 5 February 2015

Bingka Labu Kebabom!!



Assalamualaikum...

Sudah masuk bulan februari 2015 dah kita bersamaan 14 Rabiulakhir 1436, semoga kita semua di bawah perlindunganNya..aamin. Selamat berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa ganti atau sunat hari khamis..jom! kita berpuasa..termasuk lah saya inshaaAllah.

Cerita enti kali ni...suka tak makan LABU?..saya , suami dan anak-anak suka makanan ini. Semua orang tahu kan..LABU ni adalah makanan Sunnah Rasulullah S.A.W. Selain dari itu ianya mempunyai khasita yang sangat baik..sila rujuk di SINI yer. Saya tak mahu copy paste di sini..(tak boleh pun hehe). Baca sendiri ye..

Cerita pasal labu ni saya suka sangat beli labu utnuk dimasak lemak cili api atau masak kari. Haa masak kari ? yer saya pun baru first time makan menu ni..mak mertua ku yang masak. InshaaAllah saya akan kongsika resepi kari labu apabila saya dah memasak sendiri menu itu yer..

Bingka Labu atau Kuih Bakar Labu adalah benda yang sama. Hubby dan anak-anak suka sangat dengan kuih ini. Rasanya dah lebih 10 kali buat samada utk makan sendiri atau sedekah kepada adik beradik saudara mara dan bonda mertua untuk majlis kenduri kendara atau majlis makan-makan, tapi baru hari ni sempat untuk masukkan dlm blog huhu. Saya ni tak sempat memanjang ada masa rehat dan tak keluar lunch alhamdulillah..
   




Ok, saya kongsi resepinya di bawah.

RESEPI BINGKA LABU
YMS Creations

Bahan :

2 cawan labu yang telah direbus dan lecek halus
2 cawan tepung gandum
4 biji telor ayam
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu butter dicairkan
3 cawan santan (santan pekat dan air))
secubit garam

Cara membuat :

Panaskan oven gunakan 175 darjah celcius
Bancuhkan gula, tepung, santan dan telor dalam mangkuk
Gaul gunakan whisk hingga sebati
Letakkan esen vanila
Tapiskan adunan tadi ke dalam bekas lain
Masukkan labu yang telah dilecek tadi dan gaul rata
Masukkan butter cair dan tuang ke dalam acuan
(saya gunakan bekas pyrex seperti di bawah ini untuk membakar bagi satu adunan.)
Masukkan dalam oven dan bakar selama 1 jam

Mudahkan...cubalahhh tak rugi punya










 * Resepi asal dari Kak Azie (Azie Kitchen) 1 adunan beliau separuh dari adunan yang biasa saya buat. Kak Azie guna minyak sapi saya tukarkan kepada butter.

Hasilnya..alhamdulillah sangat lembut, halus dan mulus..kebabom lah..hehe terima kasih K.Azie..





Minggu lepas saya buat juga satu adunan alhamdulillah licin...kebabom tak?? hehehe

~yms~

Friday, 23 January 2015

Cekodok Labu


Assalam, 

Saya suka Buah Labu dan automatik saya suka apa sahaja yang dihasilkan dari buah labu ni..
Labu adalah makanan Sunnah kan..sangat baik dan punya khasiat tersendiri, sila rujuk di SINI
Salah satu makanan yang sangat sedap boleh dihasilkan di sini adalah Cekodok Labu. Anak-anak , suami dan saya sendiri kalau makan taksedar dah habis sepinggan.









Sedap dan mudah..

RESEPI CEKODOK LABU
YMS Creations

Bahan :

1/4 Biji labu yang direbus dan dilenyek halus
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu teh yis mauripan 
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam

Cara :

Masukkan tepung gandum, garam, gula dan yis ke dalam mangkuk besar
Gaulkan sebati dan masukkan air suam ikut kesesuaian jangan pekat sgt auat cair sgt
Biarkan 1/2 jam sebelum digoreng dengan minyak panas
Gunakan jari untuk mendapatkan bentuk yang bulat dan comel-comel ye, goreng hingga masak kekuningan. Saya suka gelap sikit dan rangup
Hidang dengan air kopi atau teh 'o'..sedap tak terkata..






~yms~

Tuesday, 26 August 2014

Kuih Bakar Labu Kegemaran My Hubby


Bingka Labu ni ada ceritanya tersendiri..hubby sangat suka kuih bakar ni. Asalnya ada lebihan labu ketika saya membeli di pasar untuk di masak lemak labu. Saya sangat menggemari sayur labu ni, lagipun ianya makan sunnah. Rasullullah amat menggemari labu, apa salahnya kita sebagai umatnya turut menyukai apa yang nabi suka kan. Cuma saya tidak boleh makan dengan kerap kerna labu ni angin. Teringat saya tahun lepas ketika membawa si kecil dalam kandungan kerap sangat saya menyediakan hidangan berasaskan labu. Boleh dikatakan sentiasa ada stok labu ni di rumah. Sehari selepas saya rasa menikmati keenakan labu ni saya diserang Bell's Palsay atau lebih dikenali minor stroke di muka. Itu kenangan yang saya tidak boleh lupa sepanjang hidup saya. Namun demikian saya redha, Allah Taala akan menguji pada hambaNya yang mampu. Itu janji Allah Taala, saya percaya disebalik ujian itu saya perolehi nikmat sebaliknya. Allah Maha Besar kan. InshaAllah saya akan kongsikan kenangan saya itu untuk perkongsian pembaca blog sekalian dalam ruangan MEMORIES yang akan wujud tidak lama lagi. Sekarang kita layan dulu resepi kuih bakar labu ni yang saya ambil dari blog Azie Kitchen, the famous blog pada saya. Terima kasih Kak Azie, seronoknya kalau saya dapat jumpa bertentang mata dengan Kak Azie.



RESEPI KUIH BAKAR LABU
Oleh : YMS Creations
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-bahan :

2 biji telor
1 setengah cawan santan ( 1 santan + 1/2 cawan air)
1cawan tepong gandum
1/2 cawan gula
sedikit garam
1 sudu kecil vanila
1 sudu besar minyan sapi (saya tukar kepada butter yang dicairkan)
1 cawan labu yang telah direbus dan dilecek
sedikit bijan untuk tabur (saya tak letak kerana anak-anak tak suka)

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius

Satukan bahan-bahan di atas kecuali labu dan kacau guna whisk hingga semua bersatu

Tapiskan adunan tadi baru masukkan labu yang telah dilecek.

Masukkan butter yang telah dicairkan dan bakar selama 1 jam atau hingga masak mengikut kesesuaian oven masing-masing, saya gunakan api atas bawah.

Bila dah masak boleh keluarkan, biarkan sejuk baru dipotong.


Saya sediakan sudah berulang kali alhamdulillah sangat-sangat menjadi, setiap kali dihidang akan menjadi rebutan. Seronok bila apa yang kita hasilkan dinikmati bersama-sama insan tersayang. Hujung minggu ni menu ini sudah ada dalam kepala untuk disediakan sebagai minum petang kami sekeluarga. Labu pun sudah dibeli dari minggu lepas lagi, namun belum diberi kesempatan lagi untuk menyediakan menu ni maklumlah setiap hujung minggu di bulan syawal ni sibuk memenuhi undangan kenduri kawin dan jemputan rumah terbuka disamping menyediakan juadah tempahan selain puding caramel, rendang juga menjadi menu yang suka ditempah. Nantikan resepi rendang versi YMS Creations yer...inshaaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...