Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Monday, 12 September 2016

Nasi Beriani di AidilAdha 1437H


Assalamualaikum wbt kepada semua pelayar blog ymscreations yang dihormati sekalian.

Pada hari raya Aidiladha pada tahun ini saya tidak ke mana-mana kecuali menjenguk bapa saya di Meru, Klang selepas solat sunat dan selesai menyediakan juadah Nasi Beriani, Ayam Masak Merah dan Kari Daging.


Nasi beriani menggunakan beras basmathi faiza dan rempah juga dari rempah faiza. Resepi saya ikut dalam aturan yang ditulis dirempah beriani faiza ni hasilnya sangat puas hati. Saya taburkan daun ketumbar selepas nasi masak dan titiskan pewarna kuning.


Kari daging bersama kentang dan karot saya juga gunakan rempah kari faiza yang dicampur dengan rempah kari daging yang saya beli dari kedai arab Berkat Madinah..saya campurkan juga dengan rempah biji ketumbar dan jintan manis.
     

Ayam masak merah...resepi dalam blog ni dah ada kan..sila cari yer...

 
Acar jelatah nenas, timun dan karot bancuhkan dengan cuka, sedikit garam dan sedikit gula.

Alhamdulillah....nasi beriani dan ayam masak merah saya habis, lebihan kari daging saya dah ada idea utk dibuat apa hehe juga lebihan acar saya simpan utk hadikan lauk. Jangan membazir kan tak elok...




Alhamdulillah..

~ yms~

Tuesday, 5 July 2016

Salam Aidilfitri 1437H...Persediaan 1 Syawal!

Alhamdulillah hari ni hari ke 30 kita melunaskan kewajiban berpuasa di bulan ramadhan yang mulia..bermakna bulan yang penuh barakah ini akan meninggalkan kita..semoga Allah SWT memberi peluang utk kita bertemu bulan ini ditahun hadapan...




Jom kita sambut 1 Syawal dengan kesederhanaan dan rasa kesyukuran..tetap merasai kemeriahan..
Tahun ni saya dan keluarga menyambut 1 Syawal di kampung suami di Parit 3, Sg Burong, Tjg Karang, Selangor. 

Saya dan hubby memasak menu seperti dalam gambar di bawah dibantu biras, abang dan adik ipar. Menu selebihnya esok awal pagi akan disediakan..



Rendang daging..resepi cari di dalam blog ini yer!


Siap 4 kilo daging!


Penyediaan lontong daun pisang yer! Saya guna daun pisang awak hijau nanti bila dipotong..


Dah siap! Resepi pun ada dlm blog ni..


Daun ketupat yang siap dianyam oleh saya dan hubby! Fuhhhh..


Ketupat Lemak! Rebus dengan santan dan garam kasar, saya buat dalam 40 biji, santan 1/2 kilo dan 1sdb garam kasar serta air. Rebus 4 jam ye!


Salam Aidilfitri kepada semua pelayar blog saya..maaf zahir dan batin! 

Alhamdulillah

~yms~


Friday, 25 September 2015

Daging Goreng Kunyit Sedap!

Sempena hari raya korban ni jom kita masak daging korban..resepi yang mudah-mudah jer...

Daging Goreng Kunyit menu pilihan, mudah disediakan dan sedap dimakan bersama nasi panas.


Resepi Daging Goreng Kunyit
ymscreations 

1 mangkuk daging yg telah dihiris
5 batang kacang panjang dipotong spt dlm gambar
1 labu bawag besar
2 ulas bawang putih
1 sdb ketumbar biji direndam *
1 sdt jintan halus direndam *
1 sdt kunyit serbuk
1 sdt garam
1 biji cili merah dihiris kasar
1 senduk minyak masak


Kisar bahan bertanda * dan gaulkan daging bersama serbuk kunyit dan garam, perap semalaman

Panaskan minyak separuh, goreng daging hingga empuk dan angkat 

Tambahkan lebihan minyak tadi dan goreng hirisan bawang besar, bawang putih dan cili. Apabila sudah layu masukkan potongan kacang panjang dan daging tadi. 

Bila tak cukup rasa garam boleh tambah ikut kesesuaian citarasa masing-masing .



Alhamdulillah 

~yms~

Thursday, 24 September 2015

Salam Aidiladha 11 Zulhijjah 1436H

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan dan rezeki untuk malkasanakan ibadah korban pada tahun ini..


Kami sekeluarga berhari raya di Saujana Utama 2, Sg Buloh Country Resort pada tahun ini. Kebetulan kami tidak pulang beraya pada tahun ini kerana bertugas pada 12 Zulhijjah 1436H.


Tahun lepas juga kami sekeluarga tidak ke mana-mana kerana cuti yang pendek. Trauma masih lagi menghantui fikiran kami sekeluarga, kami sepakat tidak mahu terburu-buru mengejar waktu kebetulan cuti memang tidak banyak.


Alhamdulillah kami menyambut di rumah kami sahaja, berpeluang untuk bersama-sama rakan jiran lain untuk melaksanakan ibadah korban di Masjid SU2, sebanyak 12 ekor lembu ditumbangkan pada tahun ini. Alhamdulillah lembu ke 10 mudah disembelih dan tidak mengambil masa yang lama menghembuskan nafas terakhir dan dilapah. Saya minta anak-anak turut sama untuk menyaksikan ibadah korban dilaksanakan. Selesai penyembelihan saya pulang ke rumah dan terus memasak Nasi Beriani, Ayam Masak Merah dan Acar. Sementelah menunggu suami pulang, saya sediakan rempah untuk menyediakan Kari Daging Korban.

Alhamdulillah..ini adalah menu kami pada Hari Raya Aidiladha 1436H..






Yang pasti untuk Menyambut Hari Raya Korban/ Aidiladha kita mestilah faham dengan erti Pengorbanan yang terjadi pada zaman Nabi Ibrahim A.S bersama anaknya Nabi Ismail A.S..



Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.



Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

terima kasih perkongsian dari http://manusialidi.blogspot.my

SubhanaAllah, lihatlah betapa taatnya Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Sesunguhnya perintah ini sangat berat ketika itu, namun Nabi Ibrahim tetap taat. 

Kita yang  hanya menunaikan kewajiban yang tidak berat pun kadangkala sukar untuk taat. Jom kita sama-sama melaksanakan suruhanNya. Sesungguhnya segala kebaikan yang Allah SWT perintahkan, kebaikan nya kita juga yang perolehi semula. Semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk saya dan keluarga taat menunaikan perintah Mu..Aaminn Ya Rabb

~yms~




Sunday, 30 August 2015

Sup Bebola Daging & Gear Box

Sup Tulang Gear Box 

Segar tulang bila dapat makan sup tulang gear box hehe...

Saya tambahkan dengan bebola daging untuk anak-anak..

Gear box ni yg sedapnya isi di tulang sumsum tu..wow sangat memikat rasanya..tetapi hati-hati siapa yg ada darah tinggi takut tumbang je nanti..

Masak sup mudah aje..saya gunakan periuk noxxa utk melembutkan daging tu..rempah lain saya tumis asing, bila garing saya tuangkan ke dalam periuk noxxa yang berisi tulang gear box yang dah pun sedia lembut.

Rempah sup (kisar jintan manis, ketumbar biji, 3 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah, seinci halia)

Tumiskan dengan minyak panas bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga (buang biji). Masukkan rempah yg dikisar tadi bersama serbuk lads putih dalam 1 sudu kecil. Tumis hingga garing dan wangi kemudian masukkan ke dalam periuk noxxa.


Celur meehoon dan buat sambal kicap (seulas bawang putih, 5 biji cili api, kicap dan perahkan limau kasturi 2 biji).

Hidangkan dengan bawang goreng dan daun sup bagi menambah rasa kesegaran..best tau..


Mudah dan pantas dengan periuk noxxa dan resepi yg menyihatkan..

Alhamdulillah...

~yms~

Saturday, 22 August 2015

Rendang Daging Hijau

Assalam, hari ni teringat ada lebihan Lemang & Ketupat Palas ..cili kering belum berkisar..teringat rendang hijau ketika di Kuala Selangor dulu bila saya bawa balik anak-anak memang suka..jom kita masak Rendang Daging Hijau..


Rendang Daging Hijau
ymscreations

1 mangkuk daging lembut
7 biji cili api
2 biji cili hijau besar buang biji
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
Semua bahan di atas dikisar halus
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
2 sdb kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Sehelai daun kunyit
Panaskan minyak (agak-agak ikut brp byk bahan)
Tumis bahan kisar hingga wangi dan sedikit garing
Masukkan daging, biarkan hingga air daging kering dan daging empuk perlahankan api
Masukkan garam dan gula serta santan
Biarkan hingga sebati dan masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit
Bila dah kering, daging empuk & naik minyak blh di angkat dan hidangkan


Kami makan dgn lemang dan ketupat palas rendang ni..guna ayam pun sedap nih.. 

Alhamdulillah..

~yms~

Wednesday, 8 July 2015

Rendang Daging & Ayam Panggang Masak Merah Express


Assalam Ramadhan ke 21 hari ni..cepatnya masa berlalu..begitulah waktu berlari tanpa menunggu kita yang lalai terus lalai janganlah kita termasuk dikalangan insan yang lalai..Jom kejar malam yang memberi ganjaran berganda Allahuakbar..

Hari-hari berlalu juga pantas sedar-sedar dah jam 4.30 ptg saya memang kena bergegas pulang bila lambat memang lambat sampai ke rumah kesian anak-anak nak berbuka dengan air tangan ibunya.
Saya sanggup bersusah payah demi anak-anak saya yang tercinta..moga kasih sayang ini berpanjangan dan doa saya ketika memasak semoga Allah SWT melindungi anak-anak dari kejahatan syaitan dan manusia..diberikan rahmat semoga menjadi insan yang berilmu dan taat dengan perintah Allah SWT..aaamin.

Semalam tiba-tiba teringin nak masak rendang daging kerana sahabat saya Izan belikan ketupat palas.

Alhamdulillah Allah beri saya kesempatan untuk sediakan rendang kegemaran keluarga..kebetulan saya memang beli daging lembut mahal sikit takpe janji jimat masa dan ternyata sedap. Resepi boleh rujuk di SINI ..sama je macam rendang ayam yang penting keringkan air daging baru masuk santan yer..



Saya sediakan juga Ayam Masak Merah yang sangat mudah..kebetulan Ayam Panggang ada berbaki saya goreng semula biar sedikit garing Sambal tak susah mana pun hanya tumiskan bawang kecil, bawang putih, halia dan serai ketuk. Bila sudah garing masukkan cili kisar, garam, gula, cili sos, tomato sos. Tumis dengan sempurna dan masukkan sedikit air.




Hidangkan Rendang Daging dan Ayam Masak Merah bersama Nasi Lemak dan Timun serta Ketupat Palas.. 


   Alhamdulillah.....

Tuesday, 26 May 2015

Enaknya Gandingan Daging Salai & Belimbing Buloh

Daging Salai...hmmm dengar macam susah je kan nak salai-salai daging nih..tak susah mana pun.

Nak mudah kita beli daging batang pinang, cepat sikit masaknya..beza berapa rm je pun dengan daging biasa tak sampai 10 hengget, janji tugas di dapur menjadi mudah dan cepat.

Jom salai daging dan siapkan bahan tumbuk..petik dulu belimbing buloh yang dok berjuntai kat pokok depan rumah hehehe



DAGUNG SALAI BELIMBING BULOH

Daging 1/4 kilo - dihiris nipis dan disalai guna pemanggang ajaib letakkan minyak zaitun sikit
7 biji cili api*     - suka hati kalau nak pedas
1  biji cili besar* - dibuang biji
1 ulas bawang kecil *
1 inci kunyit hidup*
5 biji belimbing buloh - dibelah dua
1 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
1 cawan santan air
1 keping asam keping

Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat 
Panaskan sesentuk santan pekat, tumis hingga naik bau dan masukkan daging yang telah disalai tadi dan santan cair, biarkan mesra seketika
Masukkan serai, asam keping, santan pekat dan belimbing buloh
Perasakan dengan garam dan kacau jangan biarkan
Bila daging sudah masak sempurna dan santan dah cantik boleh tutup api

Nota : guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu sekejap sahaja dah empuk.



Hidangkan dengan lauk pauk lain hmm yummy alhamdulillah..




~yms~

Monday, 9 March 2015

Daging Ungkep Jawa !!

Assalam,

Bila ku rindu akan ku sebut nama mu...walaupun dikau sudah tiada...hmmm saya rindukan arwah mak saya, semoga arwah tenang di sana. Saya sediakan sendiri lauk ni bila rindukan dia..nama lauk ni Daging Ungkep, orang jawa mesti tau kan..

Bukan ungka ya! Bukan main lagi nak permainkan menu orang..hehheh.

Daging ungkep ni pedas sikit saya tambahkan cili api, memang licinlah kisahnya bila dimakan dengan nasi impit dan kuah kacang..alhamdulillah..

Sejak saya kecil menu ni jadi hidangan wajib! Bukan bermakna hari - hari tetapi kerap dimasak. Dulu arwah nenek, arwah mak dan makcik saya letakkan cili api sebiji-sebiji tetapi kali ni saya blend terus kerana anak-anak saya sukakan pedas. Jangan banyak sangat setakat 5 ke 7 biji cukuplah kan.

Jom selak resepi turun menurun keluarga saya ni.,





RESEPI DAGING UNGKEP
yms creations

Bahan-bahan :

Daging 1/2 kilo - dihiris nipis
2 sdb ketumbar biji*
1 sdk jintan halus*
1sdk jintan kasar*
1 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
5-7 biji cili api*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai*
4 ulas bawang merah atau 1/2 biji bawang besar*
1/2 inci lengkuas*
1 sdk gula
Garam secukup rasa

Cara memasak :

Rendam terlebih dahulu ketumbar biji, jintan halus dan kasar. Blend semua bahan yang bertanda * hingga betul-betul halus. 
Separuh bahan kisar tadi diperap dengan daging dalam 20 minit, lagi lama lg sedap
Saya gunakan pressure cooker untuk melembutkan daging yang diperap tadi bersama rencah
Panaskan minyak dalam sesenduk dan tumis bahan kisar yang separuh tadi
Biarkan hingga garing dan wangi baru masukkkan daging yang telah dilembutkan tadi
Masukkan sedikit air dan perlahankan api, masukkan gula dan garam secukup rasa
Biarkan hingga betul- betul empuk dan mesra rasanya 
Bila sudah agak kering seperti gambar di bawah boleh tutup api dan hidangkan





Kali ni saya hidangkan dengan nasi impit dan kuah kacang...licin! 
Saya bawakan untuk Abah dan adik-adik di Meru..juga licin..alhamdulillah
Syukur kepada Allah S.W.T di atas nikmat yang dikurniakan..



Makanan jawa sentiasa dihati...

~yms~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...