Showing posts with label Belimbing Buloh. Show all posts
Showing posts with label Belimbing Buloh. Show all posts

Tuesday, 26 May 2015

Enaknya Gandingan Daging Salai & Belimbing Buloh

Daging Salai...hmmm dengar macam susah je kan nak salai-salai daging nih..tak susah mana pun.

Nak mudah kita beli daging batang pinang, cepat sikit masaknya..beza berapa rm je pun dengan daging biasa tak sampai 10 hengget, janji tugas di dapur menjadi mudah dan cepat.

Jom salai daging dan siapkan bahan tumbuk..petik dulu belimbing buloh yang dok berjuntai kat pokok depan rumah hehehe



DAGUNG SALAI BELIMBING BULOH

Daging 1/4 kilo - dihiris nipis dan disalai guna pemanggang ajaib letakkan minyak zaitun sikit
7 biji cili api*     - suka hati kalau nak pedas
1  biji cili besar* - dibuang biji
1 ulas bawang kecil *
1 inci kunyit hidup*
5 biji belimbing buloh - dibelah dua
1 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
1 cawan santan air
1 keping asam keping

Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat 
Panaskan sesentuk santan pekat, tumis hingga naik bau dan masukkan daging yang telah disalai tadi dan santan cair, biarkan mesra seketika
Masukkan serai, asam keping, santan pekat dan belimbing buloh
Perasakan dengan garam dan kacau jangan biarkan
Bila daging sudah masak sempurna dan santan dah cantik boleh tutup api

Nota : guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu sekejap sahaja dah empuk.



Hidangkan dengan lauk pauk lain hmm yummy alhamdulillah..




~yms~

Wednesday, 4 March 2015

Ayam Masak Lemak Cili Api Belimbing Buloh

Hati berbunga riang lagi bila nampak pokok belimbing buloh yang ditanam tahun lepas sudah berbuah. Alolo..manja jer berbuahnya,,dapatlah 4 biji, ini kali kedua berbuah yang pertama dulu sudah dipetik tetapi terbawa ke dalam kereta adik saya masa tu nak keluar ke Setiawangsa rasanya. Bila dah balik ke rumah langsung terlupa..adoilahh sayangnya mesti kecu macam tu je dalam kereta si adik bongsu saya tu hehe. Itulah yang dinamkan tiada rezeki, takpe kali ni saya minta Ayra petik dan terum masukkan dalam kuah yang sedang menggelegak di atas dapur.



Mudah je masak lemak ni..

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI API BELIMBING BULOH
yms creations

Bahan-bahan :

Ayam yang telah bersihkan dalam 10 ketul
5 biji cili api 
1 inci kunyit hidup
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah kecil
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 biji kentang potong 4
sebatang serai
sekeping asam keping
5-6 biji belimbing buloh (saya guna 4 biji jer ini je yang ada)
garam

Cara membuat :

Tumbuk cili api, kunyit, bawang putih dan merah besertakan garam hingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk dan ayam, saya perap sekejap dan letak atas api.
Biarkan hingga ayam meresap dan separuh masak, masukkkan serai dan asam keping.
Masukkan santan cair dan kentang.
Bila ayam sudah empuk masukkan santan pekat dan belimbing buloh, masak hingga mendidih.
Rasa cukup masin atau tidak.
Apabila belimbing kentang sudah empuk boleh ditutup api.





Aduhaiii seleranya kami anak beranak makan, hidangkan dengan sambal tempoyak dan ulam-ulaman pun dah cukup enak!!

Alhamdulillah..

~yms~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...