Monday, 6 October 2014

Kemalangan Mengundang Pelbagai Emosi..

Part III..sambungan dari Part II

kereta yang remuk begitu juga hati yang remuk redam melihatnya


Selepas kereta tersantak ke divider tepi jalan sebelah kiri..saya ketepikan air bag yang terkeluar di hadapan saya..terus pandang hubby dan anak-anak di belakang sambil cuba menarik hubby di sebelah saya,.namun saya gagal hubby menjerit kesakitan dan memaklumkan bahawa kakinya tersepit..Ya Allah..perasaan saya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata ketika itu. Anak-anak????? tidak seorang pun yang menangis..saya terus keluar sambil mendukung anak saya hayyan ketika itu berusia setahun tujuh bulan yang memeluk sangat erat ketakutan. Keadaan yang menggigil ketika tu kaki saya termasuk dalam longkang saya tak perasan kerana cuaca gelap hujan renyai-renyai turun..Pintu belakang kedua-dua belah tidak dapat dibuka..saya menjerit meminta tolong..alhamdulillah kebetulan ada polis peronda sampai dan meminta saya bersabar. Keadaan saya pada masa tu bagaikan orang hilang arah..apa yang saya fikir suami, anak-anak dan amat saya takutkan kereta akan terbakar..namun ia tidak berlaku...syukur..

Selang beberapa minit anak yang sulong dan kedua dikeluarkan..alhamdulillah mereka selamat dan sedar walaupun tudung, baju dan kain saya berlumuran darah selepas memeluk anak-anak saya. Yer..hidung dan mulut Abang Afiq masih berdarah, dahi dan kaki Kakak Ayra berdarah. Tak lama kemudian anak ketiga Amir berjaya dikeluarkan namun masih belum sedarkan diri. Hubby sahaja yang belum dapat dikeluarkan kerana tersepit..anak-anak semua atas riba saya. Banyak kereta berhenti dan saya cuba telefon semua adik beradik saya dan suami tetepi gagal.... 

Ketika itu ramai yang menghulurkan air agar saya lebih tenang...agak hairan saya ketika itu kerana banyak betul bekas botol air depan saya, air zamzam, air penenang, air yassin...subhanaAllah..dari mana air ni...saya minum seteguk dua tapi tak ingat...kereta banyak sangat masa tue...dalam banyak-banyak kereta ada hamba Allah yang sangat baik hati menumpangkan saya dan anak- anak dikereta naza ria beliau sementara menunggu ambulance dan hubby dikeluarkan...

Bila adik-adik saya sampai tiada kata-kata yang keluar dari mulut saya....ambulance sampai suami berjaya dikeluarkan dari kereta kami sekeluarga turut menaiki ambulance bersama adik lelaki saya yang meriba anak lelaki ketiga yang masih belum sedarkan diri....

Ambulance menuju ke hospital dengan fikiran saya yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...tak sanggup untuk mengingati sesuatu yang pahit...ianya akan membuatkan hati saya amat sayu dan pedihhhhh.....

8 November 2011 ~ Amat Mengerikan Hidup Kami..

Part II

Tanggal 8 November 2011 bersamaan 12 Zulhijjah 1432 Hijrah iaitu Hari Raya Kedua Aidiladha, meninggalkan kenangan pahit untuk dikenang. Tarikh ini juga saya tidak dapat bersama-sama dengan Majlis Korban yang diadakan di JPS Ampang.

...Petanda yang masih saya ingat sebelum kejadian...beberapa hari sebelum itu keempat-empat anak-anak kami demam tidak surut-surut..yang abang afiq makin teruk dengan mulut dicelah-celah giginya berdarah. Saya sudah luahkan hasrat hati saya untuk tidak pulang ke kampung kerana keadaan anak-anak masih tidak sihat...penat sangat bila jaga anak-anak demam ni..semua ibu-ibu pernah rasakan penatnya bagaimana..namun hubby nak pulang juga..ok..saya patuh..dengan hati yang berat..saya syaratkan..kita balik hari sahaja... 

Ok..bergerak kami ke kampung di Tg Karang..sudah selesai malam tu juga kami balik dan terus pulang ke rumah kami dan maklumkan pada abah saya untuk balik sahaja itupun tengok keadaan anak masih tidak sihat. Anak-anak ketika ni demam bersilih ganti bila sorang reda yang lain pulak suhu mendadak naik..Ya Allah..dugaan apakah yang akan kau berikan pada ku Ya Allah..saya berbisik dalam hati dalam keadaan yang amat penat ketika itu.

Keesokan paginya, Kak Yus (kanda saya yang sulong) message..katanya "Na, akak dah siapkan semua sarapan pagi..tak perlu buat apa2 lagi ye..lontong ada lagi ni..akak dah nak balik ke Lipis"..."ok" jawapan saya..membaca message itu hati mula cair sbb kakak dah susah-susah siapkan segalanya unuk saya balik ke rumah abah juga. Saya akur..dan kami balik dengan membawa apa yang patut sahaja terutama ubat-ubat anak. 

Mlm tu hubby susah hati dengan keaddan abg afiq yang masih berdarah gusinya lagi, saya minta dibawakan ke klinik lagi sekali malam tu dengan ditemani adik saya anip. Tak lama lepas tu dapat msg dari hubby 'abg  bawa anak ke Hospital SMC di Shah Alam kena refer hospital ni..' Allahuakbar..semoga tiada apa yang mengejukan hasil pemeriksaan di hospital harapan saya pada masa tu..

Alhamdulillah jam 11.00 mlm hubby balik dengan membawa keputusan yang melegakan saya..abag afiq negatif denggi hasil pemeriksaan darah. Syukur...saya kemudiannya menyuapkan nasi afiq sebab abg tak lalu makan sejak demam tu dan bagi ubat. Sementara tu kakak ayra puteri tunggal saya masih demam dan merengek berterusan. Tengok keadaan tu suami saya ajak pulang ke rumah..jam dah menghampiri 12 tgh mlm..kami serba salah..hubby pun bekerja esok hari..wpun saya masih bercuti. Nak dijadikan sebab..ohhh berus gigi dan set mandian tak bawa..jomla kita balik...sama-sama buat keputusan.

Semua berlaku dengan pantai kaki kami pun laju keluar dari rumah abah dan bawa anak 2 orang yang sudah tido..cuma abg afiq & kakak ayra yang berjaga. Selepas salam dengan abah dan adik-adik..kami bergerak balik. 

Dalam kereta kami dengar kakak dan abg bercerita pengalaman abg kena ambik darah..hubby driving macam biasa tak laju dan tak perlahan..jalan lengang..tiba-tiba sampai satu selekoh..cahaya lampu yang sangat tepay menghala ke arah kami...BERDENTUMMMM!!!!!!...hubby hanya sempat sebut YA ALLAH....saya menjerit ABANG!!!!!!!....kereta kami berpusing 5 ke 6 kali....dan tersantak ke divider sebelah kiri jalan...kami KEMALANGAN....

stop sini dulu sebelum juraian mutiara ini menitis...sambungan di PART III ok..



Aduhai Kuih Bakar......

Assalam Hari Jumaat...

Kuih Bakar...saya teringin la nak makan kuih bakar..yelah bila terkenangkan arwah bonda apa yang kita perlu buat sedekahkan ayat suci Al-Quran dan doa untuk arwah. Selain itu, memang tidak lari dari terkenangkan hasil tangan bonda. Masa kecik-kecik dulu, bila waktu petang mesti ada je kuih muih yang arwah sediakan termasuklah kuih bakar. Kuih bakar dulu dibakar atas api je dalam bekas bulat tengah tu..bila garing haaa memang part garing tu yang jadi rebutan. 



Cerita kuih bakar ni..saya cukup punya confident guna resepi yang satu ni..first time buat buat banyak adunan pulak tu niat dihati untuk dibawa balik ke kampung bonda mertua kerana ada majlis kenduri tahlil arwah ayah. Dengan rasa penuh keyakinan ni..hati berkata-kata 'wahh dapat banyak ni kuih bakar ni'..tapi rezeki tidak berpihak pada saya. Dah lebih satu jam ni tak masak-masak juga..apa silap nih..rasa dah betul sukatannya..

Hmm..takpelah bawak jugaklah semua kuih tu wpun rupanya amat tidak memuaskan hati saya..aduhai..kuih bakar ku...sedih memang sedih. Yang buat hati saya berbunga bunga tu..laku juga kuih ni walaupun rupanya tidak seberapa..hehehe..alhamdulillah habis juga akhirnya.

Dalam hati saya ni..dengan bantuan dariNya saya bertekad untuk study balik adunan yang saya abk dari ternet tu..huhuhu...hmm kebetulan balik dari kursus hari pertama di ampang saya sampai awal ke rumah..apalagi wow dengan semangat yang Allah beri saya adun semula menggunakan sukatan yang saya olah dan mengikut logik dan seakan suara membisikkan ke telinga saya "lalukan dengan jari..bila agak-agak melekat dengan sekali lalu je ok la tue". Ehh bisikan dari arwah ke tue...igauan saya la tu..agak-agak faham tak apa yang saya maksudkan tadi..takpe xfaham xpe. Itu adalah naluri saya..hmm saya rasa cukup yakin untuk bakar..dan..hasilnya..tadaaaaa

Syukur Ya Allah..ammar hayyan tak sabar-sabar suruh potong..keluar dari oven merengek suruh dipotongkan..bila dah kurang sket panas hubby tolong potongkan ( ehh ayah pun tak sabar nak rasa ker..ekeke). Ish ish ish seronok betul anakanda ku itu  makan dalam hangat-hangat yang tak berapa nak sejuk lagi tuh..




RESEPI KUIH BAKAR PANDAN
YMS Creations

Bahan-bahan :
3 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula
4 biji telor gred A
2 cawan air pandan (10 helai daun pandan)
4 cawan santan 
Secubit garam
Dua camca besar butter dicairkan
Sedikit pewarna hijau epal
 
Cara-cara :
Panaskan oven dengan suhu 180  darjah celcius 
Pukul telor dan gula ringan sahaja
Masukkan santan dan air pandan (jika guna kelapa blend pandan dan kelapa sekali mengikut sukatan di atas)
Masukkan tepung dan garam, kacau sebati 
Masukkan butter cair dan sedikit pewarna hijau
Tapiskan adunan dan masukkan dalam acuan yang telah disapu dengan marjerin atau butter
Adunan boleh juga diblend ya tapi saya lebih suka dipukul untuk jaga teksturnya
Bakar sehingga satu jam dengan menggunakan api atas bawah

Cubalah ye pasti tidak kecewa.









Alahai Kek Marble Menduga Kesabaran

Assalam,

Sempena Hari Raya Korban tahun ni saya dan keluarga berada di rumah sahaja memandangkan kondisi suami yang tidak berapa sihat. Saya memasak juga ketupat palas dan rendang ayam serta rendang remis sebagai juadah kami sekeluarga. Di samping itu anak keempat saya Ammar Hayyan meminta saya menyediakan kek!. Aduhai la anak...mama cuba usahakan juga buat kek yang mudah- mudah sahaja namun menduga kesabaran saya...




Saya masih mencari, mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan resepi yang memuaskan hati saya untuk dikongsi dan dicatatkan di dalam blog ini. Selagi tidak memuaskan hati saya..selagi itu tidak akan saya kongsikan resepinya di sini. Apapun alhamdulillah hasil percubaan semalam sedikit memuaskan hati saya namun tidak 100% janji anak mama dapat makan kek ni dengan seronoknyer. Walaupun mama masih kecewa..

Sabarlah duhai hati..teruskan mencari, mencuba dan study resepi kek marble sebelum mendapatkan yang terbaik. Jangan putus asa ye jika kita mahukan sesuatu yang terbaik..walaupun kek ni simple sangat tetapi bagi mendapatkan hasil yang terbaik perlu dilihat dari pelbagai segi. Bermula dari bahan-bahan, jenis mentega yang digunakan, sukatan bahan- bahan, cara adunan, berapa lama diadun, kepanasan oven dan tempoh membakar atau mengukus...huh memang mempengaruhi keberhasilan kek ini. InshaaAllah sekiranya saya berpuashati..saya kongsikan segala-galanya di sini..dengan bantuan hubby sebagai pengkritik utama.




Thursday, 2 October 2014

Kuih Lompang Pandan

Assalam semua,

Sabtu lepas saya teringatkan arwah bonda sempena ulangtahun kelahiran arwah...rindu dengan kuih lompang..kuih lompang ni ada ceritanya sendiri..

Arwah selalu dapat tempahan kuih lompang macam-macam kaler lompang, gula melaka dan warna warni guna gula biasa.. best tolong mak masa tu. Cuma takde perisa pandan masa tu, warna hijau adalah.

Kebetulan raya tahun ni ada jemputan rumah terbuka Kak Zarina ex-housemate & senior di UiTM dulu di Puchong, ada kuih kasui perisa pandan..sedap sangat saya makan. Hati berkata, saya nak cuba la buat kasui pandan lepas ni. Tapi minggu lepas saya dah menyediakan kuih kasui gula melaka yang mendapat sambutan tu hahaha. Nah kita cuba buat lompang pandan pulak lah...



Cantikkan warna hijaunyer... anak-anak ada yang tak suka dibubuh kelapa..
Saya pulak sangat suka diletakkan kelapa yang banyak..hmmm sedapnyer..adunan ni saya study melalui google..dan saya olah ikut kreativiti saya, hasilnya alhamdulillah sangat menepati tekak saya ni. Dapatkan resepi di bawah ni yer..

Resepi Kuih Lompang Pandan
YMS Creations

Bahan-bahannya :

1 1/2 cawan tepung beras
2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan air pandan
1/2 sudu teh kapur makan 
Kelapa parut yang putih
Sedikit garam
Sedikit minyak

Cara-caranya :

Rebus gula bersama air pandan, biarkan sejuk
Bancuh tepung beras dan air 
Masukkan air rebusan tadi dan bancuhan air kapur yang ditapis
Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak
Kacau bancuhan adunan tadi sebelum tuang ke dalam acuan dan cepat- cepat kukus selama 15-20 minit.
Pastikan wap air kukus tidak bertakung dalam kuih 
Setelah masak biarkan kuih sejuk sebelum dicungkil dengan hujung pisau tajam
Boleh diletakkan kelapa putih yang digaul dengan sedikit sahaja garam sesuaikan rasa ye..

Tadaaa...boleh dibuat minum petang dengan secawan kopi panas...wow memang meletops..
Boleh juga dibuat untuk juadah kenduri kendara dan majlis high tea. Cuba lah yer...inshaAllah menjadi!











Wednesday, 1 October 2014

My First Blog...then.....stop

Assalam,,,

Saya teringat mula-mula nak aktif dengan blog ni sangat-sangat dah lama...bila? since 2011..
tetapi saya sangat sibuk bila dah masuk kerja semula di Ampang..out station sana sini..meeting & meeting...bila ada masa waktu rehat saya dating dengan kawan-kawan gi makan-makan..takpun saya gi merayap jalan-jalan sengsorang..haa saya memang ligat bab jalan-jalan nih..

Tapi hubby selalu ingatkan saya banyak kes samun di Ampang so saya slow sikit then kalau keluar dengan kawan-kawan je. Hmm sibuk apa lagi yer...owhh time tu baby masih kecik lagi dalam setahun lebih..so ambik masa rehat untuk saya rehat & lelapkan mata jika tak ke mana-mana lah...

Buktinya..this is my first blog...RENCAH KEHIDUPAN...dengan bantuan adinda ku Mohd Haniff MS..then...stop macam tu je...lebih kepada angan-angan..dan..sebab utama angan-angan ini terhenti kami sekeluarga terlibat dalam kemalangan ngeri pada 8hb November 2011...kehidupan kami berubah selepas itu..(boleh rujuk di SINI)..sabar-sabar..habiskan dulu entri ni..

Bila search google alamak aiii ramai pulak buat tajuk nih...so saya pun perlu fikir untuk cari tajuk yang lebih privacy..bukan ikut-ikut orang..perlu ada kreativiti sendiri..ingat yer..jadi diri sendiri kita jangan jadi orang lain..syukurlah apa yang Allah S.W.T dah beri pada kita...

Hmm sebenarnya ada satu entri saya masukkan ketika konvokesyen adinda bongsu saya tapi dah terrrr delete..maafkan kakak dik..belum mahir lagi ketika tu...

So...enjoy with this my new blog YMS Creations..nak kira ulangtahun..dah lima tahun kewujudan my blog nih.tp tak diambil kiralah yer...kira mula aktif balik dari Rome, Italy tempohari iaitu last year November 2013..cer semak entri yer...

Pengunaan bahasa kita guna yang mudah-mudah sahaja lah ye..make it simple kan yus..lina! jangan serius sangat lah..yang penting u all enjoyss reading my blog ok...

Sayang dengan u alls...thanks a lot....

Radiant Orchids Hi-Tea 25 September 2014

Assalam Semua,...

Saya tujukan entri ni untuk rakan-rakan yang saya amat sayangi di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia terutama ahli Puspanita JPS...dipersilakan untuk komen ye sahabat-sahabatku..berharap sangat kalian baca dan jumpa blog rakan mu ini...tanda saya kesunyian di sini.

Kebetulan saya menghadiri kursus selama 3 hari di Ampang..aturan Allah itu sangat hebat kan..subhanallah..Saya tak nak bercerita panjang nanti ianya membuat saya rasa hiba..nak cerita yang happy-happy je..apa yang penting saya pernah meluahkan kata-kata bahawa Puspanita JPS perlu aturkan suatu majlis yang boleh diingati apabila ahlinya menghadiri majlis itu. Akhirnya mereka boleh laksanakan..cuma ada rasa sedikit terkilan kerana saya tidak dapat turut serta bersama-sama AJK lain kerana terpaksa letak jawatan sebagai AJK Agama, Kebajikan dan Ahli Seumur Hidup kerana pertukaran saya ke tempat kerja sekarang... jom kita layan gambar kenangan ni dulu yer...


I like pastel colour..green is my favorite colour...

Amacam..mcm Ratu tak akhak??? kelasssss kau tipah...ekekeke

Saja-saja je..suka-suka..hmm bukan nak minta dipuji atau nak menang anugerah..saya memang suka macam ni..jadilah diri sendiri ye...saya tak suka hipokrit..saya suka bergaya..bukan saya je..sume pompuan suka pada kecantikan kan..apa-apapun bersyukur pada Allah S.W.T  diberikan kita seadanya.

Yang penting!!!!! jangan ada perasaan dengki, benci, iri hati dan sikap tak mahu kalah..aduhai ruginya kalau kita ada sikap macam tu..kecantikan lahir dari hati..tapi ingat!!! Jangan mengharapkan penghargaan dari manusia namun REDHA ALLAH S.W.T yang kita cari... 


Ini barisan mak-mak orang yang perasan glam hari tu..ekeke..yang tiga-tiga belah kanan ni sama-sama gi cari baju tp yang menang si Fillah tengok baju dia yang vogue lagi berseni tu..hehe Marina yang sebelah kiri pun turut terjebak dek perangai mak-mak yang kepala gila-gila remaja ni..haa perasan la ko mak..hot mama la sangat...


Tengok la perangai mak-mak ni especially yang no dua dan no empat dari kiri haaa yang dua orang lagi control ayu aje..ish ish ish..apa salahnya suka-suka je kan..macam ni lah kalau dapat bertemu..kasi can la yer...

Haaa..ni rakan baik saya yang kiri tu Natalia, saya panggil Nat, sebelah tu yang mcm jopun tu Cik Ijan, Norizan namanya dan gambar kanan tu Kak Z, Zakiah tetiba je datang sapa saya rindula tue hehe..maklumlah saya ni rabun bukan tak ingat kawan..sayang la dengan u olls 

Ok yang sebelah Cik Jan ni Datin Norliyati, isteri orang pertama JPS, Ketua Pengarah merangkap Pengerusi PUSPANITA yang kami sayangi, Datin ni orangnya sangat sporting!..yang baju purlpe glam ni pulak kakak tersangat lah cinta..Kak CT..merayu rayu nak juga asam pedas YMS Creations..letih layan ko kakak..ekeke
Yeahhh..Datin yang sangat sporting...kenangan bersama mu Datin...u are the best!!!..cantikan..decoration dewan ni..i like!!!

Ni isteri Pengarah Korporat Kak Azwa namanya..very the sweet mother kan..boleh dikatakan idola saya ni...maintain je kan wpun anak-anak Kak Azwa dah besar


Saya bangga dan cemburu dengan kerjaya seorang suri macam Kak Azwa..kerana Kak Azwa pegang jawatan tu secara ekslusif..saya kena pegang dua so tak dapat sepenuh masa tertumpu kepada kerjaya itu..Saya tidak pernah sesaki memandang rendah dengan seorang yang bergelar suri kerana saya amat cintakan kerjaya itu, Sya dapat pegang sepenuh masa kerjaya itu bila cuti sahaja, alangkah bertuahnya sesiapa yang bergelar suri ni..jika diberi peluang saya juga ingin menjadi seperti beliau dapat memberi tumpuan sepenuh masa terhadap anak-anak. Namun saya bersyukur semua yang berlaku aturan Allah S.W.T terimalah dengan redha..Nak bangganya saya dengan Kak Azwa ni..beliau aktif sukan..sukan golf lagi dan terror main bowling..I respect u lah Kak Azwa. Anak-anak semua bijak pandai, mak pula maintain bergaya dan yang paling penting kekal sihat..one day nak dating dengan Kak Azwa la...inshaAllah.

Ibu-ibu suri di luar sana jangan sesekali rasa rendah diri yer..jangan sesekali juga menganggap kami yang ada kerjaya lain selain suri ni merasa diri kami hebat!!! oh no no no....saya bukan begitu..jauh panggang dari api yer...tak baik buruk sangka kan..so bersih-bersihkanlah hati kita yer..termasuklah diri saya sendiri..owww  jangan lari dari topik yer..citer yang happy-happy aje..ok..jom layan gambar lagi...


Gambar kiri dengan anak buah saya ketika ampang dulu..Siken..rajin budak ni kadang-kadang nakal juga dengan saya hahaha..kanan sebelum balik bergambar lagi dengan bunga Datin..pinjam sat ye Datin...hehe





Adik manja saya sorang yang comel ini..majuk bila gambarnya tiada dlm entri ni hehe..akhak dah masukkan ye Haza..teringat kenangan kami ketawa dan menangis bersama..moment yang sangat indah..

Kek Carot & kek coklat yang sodap...eh eh tak abih lagi posing ye kakak...ekeke

Sorang pegang pisau, sorang pegang garfu..sorang pegang bunga orchid..dah kenapa..tau tau sebab masing2 dah lapau ..hehehe..
Gambar bawah ni dah selesai acara hi-tea..layan je la....apa yang penting seronok & happening...nak join lagi akan datang..best! best! best!


Yang duduk sebelah kiri tu Kak Jiejah..Azizah namanya..manja je orangnya..nii dah time nak abis dah..penat la gayanye tu excited pun menurun sikit hehehe


Saya sayangkan kawan-kawan saya..tanpa kamu saya sunyi...sorang lagi kakak tercinta ku tiada..Kak Faridah Razelan..why are u did not come dear...miss u so much!!!..kita dating next time yer..

Anak buah saya sorang lagi..Nurwahidah Abd Rahman...dia busy time nihh...tak sempat ber..posing..apa-pun saya sayang kamuuuuuu....

Saya sangat suka entri ni..ianya meninggalkan memori manis..sangat manis untuk dikenang..semoga moment ini berulang ditahun-tahun akan datang. Sebagai Ahli Puspanita Seumur Hidup, inshaaAllah will join u again and again...love u always lovely guys...

Daaaaa.....

YMS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...