Sunday, 13 August 2017

Nasi Goreng Bunga Kantan

Teringin pulak makan nasi goreng bunga kantan dan guna udang kering..biasanya saya guna ikan bilis tapi kali ni ubah selera.

Jom kita cuba...orang lain dah biasa buat 
jom kita cuba rasa air tangan kita hehe


Resepi Nasi Goreng Bunga Kantan
ymscreations

2 mangkuk nasi lebihan malam tadi
1 batang bunga kantan dihiris halus dan serong
1 biji telor 
9 biji cili api
3 ulas bawang merah kecil
1/3 bawang besar dihiris halus
2 ulas bawang putih
1 sdb udang kering
Garam secukup rasa

Tumbuk cili api bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga lumat
Tumis hirisan bawang merah hingga sedikit garing dan masukkan bahan tumbuk hingga wangi dan garing
Masukkan bunga kantan yang telah dihiris tumis hingga layu
Masukkan telor dan kacau hingga hancur
Masukkan nasi dan garam secukup rasa, gaul hingga sebati dan hidang

Sedap sangat wallaaa

~Alhamdulillah~




Wednesday, 26 July 2017

Ayam Kampung Goreng Kunyit

As salam..sekejap je dah habis syawal..bulan ramadhan pun sangat pantas berlalu..betapa pantas masa meninggalkan kita..sekarang pun dah mula musim jemaah haji berangkat ke tanah suci menandakan tak lama lagi dah tiba bulan Zulhijjah.


Saya tak berkesempatan utk berkongsi menu ketika bulan puasa baru-baru ni..utk menu syawal tahun ini tidak seperti bulan syawal tahun lepas..saya tidak merendang atau memasak ketuat atau lontong pun. Suami hanya membeli rendang daging dan lemang sahaja dari Kuala Kubu Bharu. Ini semua gara-gara saya yang baru habis berpantang dan tekanan darah yang belum stabil. 
Saya perlu jaga makan utk dptkan tekanan darah yang normal semula disamping mengamalkan pengambilan supplement seperti minyak ikan dan vitamin lain. Sebab itu saya lebih kerap membeli ayam kampung utk dimasak. Kali ni saya sediakan ayam kampung masak kunyit yg mudah disediakan.

Ayam Kampung Goreng Kunyit
ymscreations

1 ekor ayam kampung
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
3-4 batang kacang panjang di potong
1 biji bawang besar
2-3 ulas bawang putih
1 biji cili merah dipotong serong
1 keping asam keping
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit air 
Garam secukupnya


Tumbuk kunyit, halia dan bawang putih 
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan ayam dan gaul sebati
Masukkan sedikit air dan tutup kuali
Biarkan ayam hingga empuk, masukkan kacang panjang, bawang besar hiris, asam keping dan cili potong hingga layu dan kacang masak
Boleh diangkat dan hidangkan dengan nasi panas dan lauk lain

Alhamdulillah
~yms~


Thursday, 25 May 2017

Ikan Siakap Masak 3 Rasa & Sayur Campur ymscreations

Ikan Siakap ni hubby beli di Pasar Nelayan Kuala Selangor..besar juga..saya masakkan menu ini utk juadah petang balik dari kampung hubby..


Mudah jer masak menu ni..macam masam manis juga cuma saya letak hirisan serai dan hirisan daun limau purut..mudah saja..pssstt kalau nak resepi komen di bawah ni..tapi saya rasa dah ada saya kongsikan dlm blog ni..


Saya gandingkan dgn sayur campur versi ymscreations hehe boleh nampakkan bendi, sawi, karot yang ditumis dgn sos tiram dan sotong yg segar hahh licin tau..

Jom ler masak yang mudah-mudah jika nak jimat masa yang pasti sedap..nak sedap ikhlaskan hati..terutama di bulan ramadhan..Salam Ramadhan Kareem..

Alhamdulillah..

~yms~

Bubur Kacang Durian Kunyit

Bila hubby beli kacang hijau saya dah jangka mesti teringin bubur kacang hijau ni..malam tadi bawa balik durian kunyit ermmm sah suruh buat bubur kacang durian kunyit. Bukan letak kunyit yerr nama durian tu Durian Kunyit..haaa warna pun kuning macam kunyit kan..

Alhamdulillah si kecil Ayesha perangai elok hari ni..saya rebus kacang hijau setengah cawan sementelah menunaikan solat zuhur...


Jom masak bubur kacang durian utk juadah berbuka puasa nanti..


Bubur Kacang Durian
ymscreations

1/2 cawan kacang hijau
2 cawan air
10 ulas durian (hubby beli durian kunyit)
1 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 keping gula kabung/ melaka
Gula secukupnya
Secubit garam

Basuh kacang hijau dan rebus dgn air hingga empuk masukkan secubit garam
Masukkan gula kabung, santan cair dan daun pandan kacau sebati dgn api sederhana
Biarkan menggelegak tapi jaga jgn pecah santan, masukkan santan pekat dan kacau
Bila sudah sebati masukkan durian dan tambah gula secukupnya, saya suka manis buah saja 
Bila durian agak lecur seperti gambar di bawah boleh tutup api dan hidangkan 
Masuk dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk pun sedap 


Alhamdulillah 

~yms~

Wednesday, 24 May 2017

Ikan Sardin Goreng Cili

Tinggal lagi 2 ke 3 hari nak berpuasa jika anak bulan mengesahkan kita berpuasa pada hari sabtu ini 27/5/2017 bersamaan 1 Ramadhan 1438H. Sebagai ibu-ibu yang mahukan juadah yang disediakan utk berbuka dan bersahur nanti yang terbaik utk keluarga sudah pastinya dari sekarang sudah memikirkan apa menu yang bakal dimasak. Betulkan..begitu juga saya..selagi daya saya akan sediakan sendiri juadah utk keluarga dibln yg barakah semoga apa yang masuk ke dalam perut suami dan anak-anak adalah terjamin kebersihan bagi meneruskan ibadah selama sebulan.



Menu yang saya kongsikan ni sesuai utk juadah bersahur..Ikan Sardin Goreng Cili..
atau boleh juga dipanggil Ikan Sardin Goreng Sambal hihi kita yang buat dia suka hati lah nak bagi nama apa yer..

Ikan Sardin Goreng Cili

3 ekor ikan sardin digoreng garam kunyit
3 biji cili besar hijau*
1 biji cili besar merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 biji bwg besar*
1/2 inci belacan*
1/2 biji bwg besar dimayang kasar
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
 
Tumbuk bahan yg bertanda* sedikit lumat
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing
Masukkan bwg yg dimayang
Perasakan gula & garam 
Masukkan air asam jawa
Biar hingga pekat dan masukkan ikan yg digoreng td gaul sebati dan angkat
Siap






Alhamdulillah

~yms~

Tuesday, 23 May 2017

Rempah Kari Sudiharti Ayam Kampung

Assalam kpd semua pengunjung setia blog ymscreations yang disayangi..terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ini. Sudilah kiranya menitipkan sebarang komen jika sudah mencuba resepi samada berjaya, suka ataupun sebaliknya..boleh kita jalinkan ukhuwah persahabatan di alam maya kan..


Kali ni saya nak kongsikan rempah kari yang saya beli di Pekan Rabu Alor Setar, Kedah tahun lepas..saya sebenarnya mencari Rempah Kari Cap O tetapi adik yg menjual di Pekan Rabu tu perkenalkan saya Rempah Kari Cap di bawah ni..semoga murah rezeki adik ni..sebab dia bagi yang terbaik utk saya..

Dah tak perlu nak tambah ketumbar biji dan jintan utk menaikkan rasa kari seperti saya buat sebelum ni..

Utk bulan puasa ni..alhamdulillah masih ada lagi stok utk saya sediakan juadah berbuka..



Yang pasti saya akan ke kedai adik nilagi utk borong rempah kari ni lagi. Saya kalau beli memang banyak dan saya sedekahkan kepada adik beradik saya..supya mereka juga merasa kesedapan kari yang di masak.

Owhh cara memasak kari boleh baca diplastik rempah ni atau kita boleh masak dgn cara kita sendiri..Kari Ayam Kampung ni memang sedap dan saya gandingkan dengan nasi minyak.

Alhamdulillah..

~yms~ 

Monday, 15 May 2017

Puding Marble

Musim panas ni sangat sedap kalau buat puding atau agar-agar yang disimpan dalam peti sejuk..bila nak makan keluarkan dan masuk mulut..waduh-waduh enak banget!

Saya pertama kali buat puding ni sangat enak bila saya buat lebihkan sedikit air 'texture' sangat halus dan bila dimakan bagai meletop letop dalam mulut...haaa gitu gambaran yang saya dapat berikan bila menikmati puding marble yang meletop kebabom ni..


Buatnya mudah aje..jom saya kongsikan resepi..ni resepi kembar saya beri pada saya..
Saya lebihkan koko sebab sangat suka rasa koko yang lazat ermm yummy!

Puding Marble
ymscreations

1 paket agar-agar tali 18gram
4 mug air ( saya guna sukatan 1 paket agar-agar)
1 tin susu cair
2 sdb tepung kastard
2 biji telor
2 sdb serbuk koko
1 1/2 cawan gula
1 sdb butter

Masak agar-agar dengan air yang disukat hingga cair masukkan gula dan kacau dgn api sederhana
Masukkan susu, butter & telor ke dalam blender dan kisar
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk agar-agar tadi kacau hingga pekat
Sediakan bekas dan asingkan 1 bahagian
Bancuh koko yang ditapis dgn sedikit air supaya tidak berketul dan masukkan ke dalam periuk dan kacau hingga sebati
Sediakan bekas atau acuan dan isikan puding menggunakan senduk dengan cara bergilir-gilir 
Teknik yang digunakan adalah tindihkan puding kuning di atas puding koko bergilir-gilir sehingga habis


Bila nak hidang potong ikut kesukaan masing-masing yang penting terlajak sedap! 

Tak sempat nak potong cantik-cantik  si kecil Amsyar tak sabar nak makan..hihi
nak tunjuk bahawa marble saya menjadi berselang seli walaupun bahagian koko 
lebih byk..ermm sedap sgt!

Alhamdulillah

~yms~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...